mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, July 7, 2020

BENIH PISANG TC - PRO AND CON

BENIH PISANG (Musa sp) merupakan keperluan asas didalam penanaman pisang sama ada ia diperolehi daripada benih sulur (Suckers) atau pun terkini telah adalah Benih Kultur Tisu (Tissue Culture atau ringkasnya sebagai Benih TC). Tanaman pisang di negara kita semakin luas ditanam semenjak pulohan tahun dahulu walau pun mengalami pelbagai rintangan termasuk serangan oleh penyakit Moko dan Fusarium Wilt. Daripada data Jabatan dilaporkan pada tahun 2018 sahaja terdapat seluas 35,156 hektar tanaman pisang dengan pengeluaran hasil sebanyak 376,960 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah ketidakcukupan bekalan bahan mentah disebabkan faktor populasi yang semakin bertambah. Bagi mengatasi masalah bekalan makanan maka pelbagai teknologi telah dicipta dan dikembangkan untuk tujuan meningkatkan produktiviti sektor pertanian. Pada penulis blog salah satu teknik yang dimanfaatkan adalah bioteknologi dalam bidang pertanian yang berjaya untuk dibangunkan bagi menggandakan tanaman seterusnya meningkatkan produktiviti atau mutu keluaran. Teknik ini adalah pembiakan tanaman secara kultur tisu. Apa pun kepada pembaca yang kurang mengetahui perkara ini sebenarnya secara ringkas, kultur tisu merupakan kaedah untuk menghasilkan tanaman yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam eksplan seperti batang, daun atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril atau aseptik bagi tujuan tumbesaran. Pihak Kerajaan dan Swasta kini berusaha didalam mengeluarkan benih tanaman daripada makmal kultur tisu disesluruh negara untuk keperluan amai petani. Antara agensi kerajaan yang ada terlibat didalam penyelidikan dan pengeluaran benih TC Pisang seperti Jabatan Pertanian, MARDI, FELDA, Johor Corp, SEDC Terengganu dan banyak lagi syarikat swasta yang jumlahnya mencecah lebi 50 syarikat (Kajian penulis blog tahun 2015). MARDI sebagai contoh  giat menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan teknologi kultur tisu dan antara fokus yang diberikan adalah terhadap tanaman pisang. Pengeluaran benih berkualiti bagi tanaman pisang untuk pengeluaran secara komersial dapat dilaksanakan. Artikel tengahari Raha Kedua Aidilfitri 2020 ini dalam keadaan PKPB sebab Covid19 terus menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai penghasilan benih pisang kultur tisu berbanding dengan benih pisang sulur sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Apa yang penulis blog pernah tinjau dimana melalui kaedah konvensional selalunya setiap pokok pisang hanya mampu menghasilkan sebanyak lima hingga 10 sulur sahaja (Sila lihat foto disebelah). Petani menggunakan benih sulur untuk tanaman seterusnya dan mengambil masa sehingga 9 -10 bulan untuk dituai. Kini dengan adanya teknologi kultur tisu maka setiap sulur pisang mampu mengeluarkan sehingga 2,000 anak benih secara berterusan dan selalunya akan mengambil masa yang lebih singkat untuk mendapatkan hasil tuaian. Penulis blog didalam membuat tinjauan bersama pihak SIRIM semasa membuat Standard Piswaian benih TC Pisang mendapati terdapat 4 (empat) jenis pokok pisang yang diberi perhatian menggunakan kaedah teknologi kultur tisu. Varieti tersebut adalah terdiri daripada Pisang Berangan, Pisang Tanduk, Pisang Emas dan Pisang Nangka. Keempat-empat jenis pisang ini merupakan antara jenis pisang yang popular ditanam dikalangan petani kerana ia mudah dipasarkan dan mampu memberikan pulangan yang baik. Bagaimana pun atas permintaan khusus ada sesetangah makmal atau syarikat swasta yang mengeluarkan jenis Pisang Nipah, Pisang Lemak Manis, Pisang Cacendish dan beberapa lagi. Paling hebat dimana pembekal benih dan petani boleh mengatur jadual penanaman dengan kuantiti yang banyak pada sesuatu masa dengan menggunakan benih pisang TC. Harga benih pisang TC juga didapati lebih rendah dan seragam berbanding dengan harga dan kuantiti bekalan benih pisang dari sulur. Biasanya bergantung kepada jumlah anakpokok, saiz anakbenih, varieti, jarak penghantaran serta perkhidmatan lepas jualan harga benih TC diantara RM1.80 - RM4.00 sepokok. 

Jika ada yang pernah membuat tinjauan teknologi ke premis menyediakan benih pisang TC tetunya akan mengejutkan bagaimana pengeluaran jumlah benih pisang sering mencecah puluhan ribu pokok dalam masa singlkat. Kaedah pengeluaran Kultur Tisu ini merupakan salah satu kaedah pembiakan pokok pisang dimana ia perlu menerusi beberapa proses utama iaitu proses pemilihan tanaman, penyediaan bahan induk, penyediaan kultur disteril, penggandaan tunas, proses pengakaran dan pengalihan ke dalam polibeg sebelum ditanam di ladang.Lazimnya bahan tanaman iaitu sulur akan diambil daripada ladang dan diproses dalam makmal. Kebiasaannya juga sulur pedang akan digunakan kerana selalu proses pembiakan dan pertumbuhannya lebih pantas. Kemudian sulur tersebut akan disteril dengan bahan iaitu pembasmi kuman dan juga air suling selama 45 minit. Kemudian proses pemotongan eksplan dilakukan dan diletakkan dalam medium pertumbuhan yang mengandungi nutrien serta hormon untuk tujuan pembiakan. Kemudian selepas disimpan selama 45 hari dalam bilik tumbesaran yang bersuhu 24 hingga 28 darjah selsius, ia akan menghasilkan akar dan mengeluarkan tunas. Tunas berkenaan kemudiannya akan dipindahkan ke dalam medium baharu bagi tujuan pembiakan seterusnya sebelum melalui proses pengakaran. Seterusnya bagi proses pengakaran maka setiap tunas atau platlet yang mencapai ketinggian yang telah ditetapkan akan diasingkan dan seterusnya dipindahkan ke dalam polibeg yang mengandungi medium campuran.

Selepas jangkamasa selama 5 - 8 minggu maka anak pokok pisang berkenaan akan mencapai ketinggian dan kriteria yang ditetapkan, seterusnya sedia untuk dijual serta dipindahkan ke ladang. Perbezaan antara pokok pisang yang dihasilkan secara kultur tisu dengan kaedah konvensional ialah benihnya akan tumbuh seragam atau sekata dan berbuah dalam tempoh yang sama. Perkara ini akan memudahkan petani untuk menuai hasil selain kualiti buah yang lebih terjamin dari segi kualiti dan selamat untuk dimakan. Bagi menjawab akan banyak soalan kepada penulis blog apa kelebihan Benih Pisang Kultur Tisu akan dibeincangak. Pada penulis blog jika ladang dibuka itu luas dan memerlukan jumlah benih pokok yang banyak dalam masa singkat maka keberadaan benih tisu kultur pisang yang ada dipasaran adalah jawapannya. Ini kerana dari hasil tinjauan penulis blog adalah dimana benih TC ini lebih daya ketahanan terhadap penyakit. Benih ini juga memang dilapoprkan tidak mewarisi penyakit daripada induk. Semua kelebihan pastinya ada kelemanannya atau kekurangannya tersendiri. Bagi benih pisng TC ini lazimnya tempoh masa yang agak lama untuk matang iaitu dari fasa botol-polibag-tanah dimana ia juga lebih lama sedikit berbanding benih sulur. Benih ini juga didakwa lebih sensitif kepada cahaya dan air serta bajadimana perlukan proses 'hardening' yang mana ia boleh menyebabkan pokok pisang akan mudah mati jika bermasaalah. Ada dakwaan orang ramai dimana benih TC menyebabkan rasanya kurang manis berbanding pisang biasa. Ini menyebabkan akan agak sukar (jika pengguna tahu) bagi tujuan dijual di pasaran tempatan kerana terdapat sebahagian peraih tidak mahu mengambilnya dengan alasan masyarakat kurang suka.

Penulis blog kini meneruskan akan isu kekurangan benih pisang TC lagi seperti memang tidak banyak jenis pisang atau pun varieti pisang yang ada kultur tisu. Hanya ada beberapa varieti atau pun jenis pisang kultur tisu perlu diuji hasilnya sama ada menjadi atau tidak. Jika tersilap memilih pembekal benih tisu, ladang anda mungkin terpaksa disodok rata bulldozer selepas 10 bulan keran aokok tidak mahu bebrbuah (mandul). arganya lebih mahal berbanding pisang sulur. Harga pasaran RM2.50-RM4 sepokok. bagaimana pula jik apetani hendak memilih Bneih Pisang Sulur untuk penanaman dikebunnya?. Ini kerana kelebihan benih sulur adalah mempunyai sistem akar pokok lebih kuat kerana lebih banyak support di sekeliling pokok. Pokok dari benih sulur juba sesuai ditanam secara langsung di dalam tanah. Apa pun sebaiknya tanah untuk tanaman pisang adalah terdedah lebih banyak kepada top soil dan nutrien tanah yang banyak. Benih sulur juga mudah dikenali jika diambil terus pada pokok induknya yang dikenalpasti dan terdapat masa lebih singkat untuk pusingan pertama, kedua dan ketiga. Biasanya dari segi harga benih sulur adalah lebih murah berbanding benih tisu. Harga pasaran benih pisang sulu sekitar  RM1.00 - RM2.00 bagi setiap pokok. Antara kekurangan atau kelemahan benih sulur adalah seperti ia boleh merosakkan pokok induk, jika ia mewarisi penyakit daripada induk maka ada risiko pada benih ini. Sebaiknya diperiksa kerana hanya dapat dikenalpasti selepas berbuah dan dituai hasilnya. Apa pun juga agak sukar dikenalpasti jika bercampur aduk dengan jenis pisang lain. Semua boleh memilih mana-mana berdasarkan bajet sendoro kerana tidak semestinya benih pisang sulur kelihatan banyak kelebihan, anda mendapat semua kelebihan itu. Pada penulis apa yang penting adalah untuk memilih pembekal benih yang jujur dan boleh terus dipercayai. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology. Wasallam!!!...
 BENIH PISANG... SANGAT BERGUNA...
BENIH SULUR... BENIH TC PUN ADA...
CEPAT BERBUAH... MUDAH DAPATNYA...
SKALA KOMERSIL... BERUNDING HARGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(2 Syawal 1441H)SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...