Support My Blog

Thursday, May 14, 2015

KELAPA MYD - APA DIA?

KELAPA MYD (Malayan Yellow Dwarf) merupakan satu varieti kelapa renek didaftarkan dengan Kod CN5 yang banyak ditanam di Malaysia sebagai tanaman untuk menghasilkan biji kelapa disamping menjadi tanaman landskap yang boleh mendatangkan hasil. Kelapa varieti ini (Cocos nucifera) dipercayai natif dari Malaysia berdasarkan kepada nama diberikan iaitu Malayan Yellow Dwarf atau Kelapa Renek Kuning (KRH).  Mungkin ada dikalangan pembaca rupa-rupanya ada menanam sepokok dua pokok MYD ini dikawasan keliling rumah terutama mereka yang duduk dikawasan kampong tradisional. Mendengar namanya tentu kita boleh mengagak bahawa pokok kelapa ini adalah jenis renek berbanding dengan jenis kelapa tinggi. Kelapa boleh dibahagikan kepada dua kategori mudah iaitu KELAPA RENEK (Dwarf) dan juga KELAPA TINGI (Tall). Antara ciri varieti kelapa renek yang ada dinegara kita seperti Malayan Green Dwarf (MGD), Malayan Yellow Dwarf (MYD), Malayan Red Dwarf (MRD - Kod CN4) dan juga Malayan Brown Dwarf (MBD).  Jenis kelapa tinggi pula adalah seperti Malayan Tall (MT), Tagnanan (TAG) dan West African Tall (WAT). Anda boleh membaca pendaftaran varieti kelapa dengan membaca artikel sebelum ini (Sila klik disini). Bagaimana pun kini terdapat gabungan diantara kelapa renek dengan kelapa tinggi yang dipanggil sebagai kelapa kacukan (Hibrid) seperti MAWA (Antara Malayan Tall dengan WAT), MATAG (Antara MRD/ MGD/ MYD dengan Tagnanan) dan beberapa lagi. Memang banyak varieti kelapa yang ujud diseluruh dunia terutama dikawasan negara yang berpulau-pulau sebagai tanaman penting menjadi sumber ekonomi mereka. Ini kerana tanaman kelapa adalah dari jenis yang lasak dan mempunyai jenis benih yang 'keras kepala' atau 'recalcitrant seeds'. Apa pun artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis tanaman kelapa varieti Malayan Yellow Dwarf untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Kelapa MYD merupakan jenis kelapa yangunik kerana jika kita tidak kenal akan kelapa ini akan menyengka pokok kelapa ini tidak cukup baja kerana warna daunnya tidak hijau seperti pokok kelapa Malayan Tall (Kelapa Tinggi biasa). Sebaliknya daun pokok MYD agak kekuningan dan buahnya juga berwarna kuning cerah (Sila lihat foto disebelah). Buah kelapa MYD lezimnya berbentuk bulat dengan saiz kecil dengan mengandungi air kelapa yang sedikit berbanding dengan kelapa tinggi seperti Tagnanan, MT dan kelapa hibrid Matag. Kelapa ini banyak ditanam di Stesyen Pertanian Jabatan Pertanian (untuk pokok induk bagi pengeluaran benih), Stesyen MARDI (untuk penyelidikan) dan beberapa estet swasta (United Plantation dan NLFCS). Kelapa MYD juga ditanam dikeliling rumah dikawasan kampong atau taman perumahan untuk dijadikan tanaman hiasan tetapi ia tetap mengeluarkan hasil. Kawasan rekreasi seperti Taman Bunga dan Pusat Riadan juga ditanam dengan kelapa MYD untuk mencantikkan lokasi terutama jika ada kolam atau tasik atau sepanjang sungai.


Kelapa MYD merupakan jenis Kelapa Renek yang mudah ditanam dan cepat berhasil. Lazimnya dengan penjagaan baik pokok kelapa MYD akan berbuah dalam masa 3 tahun sahaja. Pokoknya setinggi 2-3 kaki tinggi akan berbunga dan mengeluarkan buah pada tandan. Lazimnya bilangan buah pada pokok muda sekitar 3 - 7 biji setandan tetapi boleh mencecah sehingga 10 - 15 biji setandan jika pokok telah matang dan dibaja dengan baik serta dikawal seragan perosak dan penyakit. Kebanyakan buah kelapa MYD yang kecil ini tidak dijual dikedai runcit kerana pengguna tidak berapa suka akan saiz yang kecil ini. Bagaimana pun kalau kita ada pokok kepala MYD sendiri dirumah boleh dibuang kulit sabutnya dan diambil santannya. Isinya mampu menghasilkan santan yang baik walau pun saiznya kecil sahaja. Bagaimana pun untuk diambil sebagai kelapa muda untuk minuman tidak jadi masaalah. Ini kerana walau pun kelapa ini tidak mempunyai aroma enak seperti kelapa pandan, jika dipetik pada tahap umur betul ianya masih boleh dijual. Ada beberapa usahawan yang mengambil kelapa MYD ini dan dibuang kulitnya dan dibentuk cantik dijual dengan harga RM1.50 sebiji diladang. Ia boleh di jual sehingga RM5.00 sebiji disekitar Lembah Kelang di kebanyakan restoren dan hotel. Kelapa MYD bleh ditanam oleh mereka yang berminat kerana kelapa jenis ini adalah lasak, tahan kkemarau dan kurang serangan serangga perosak dan penyakit berbanding dengan kelapa Matag dan Kelapa Pandan. Semuga artikel ini memberi sedikit info kepada anda. Wasllam.


KELAPA RENEK... MYD NAMA DIBERI...
WARNA KUNING...AMAT UNIK SEKALI...
BERBUAH KECIL... BANYAK BERBIJI...
SESUAI DITANAM... MERATA LOKASI...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 313, HIG Hotel Langkawi,
Kuah, Langawi,
Kedah, Malaysia.
(1 Rejab 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...