KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, May 25, 2015

KOSTING - KANGKONG

KANGKONG (Ipomoea spp) merupakan sejenis tanaman dalam kategori sayur daun yang popular di negara kita untuk pasaran domestik. Kangkong tergolong dalam famili Convolvulaceae ddipercayai ia berasal dari India. Kangkong di negara Cina dikenali sebagai 'Weng cai' yang juga merupakan satu jenis tanaman sayuran penting untuk kegunaan harian. Di negara barat pula, kangkung biasa disebut swamp cabbage, water convolvulus, atau water spinach. Kangkung terbahagi kepada dua jenis iaitu Jenis Kangkung Darat (Impomea reptans) dan Jenis Kangkung Air (Impomea aquatica). Perbezaannya boleh dilihat pada bentuk daun, batang dan warna bunga. Kangkung darat berdaun tirus, batang berwarna hijau cerah dan bunga putih. Manakala kangkung air pula berdaun agak lebar, batang lebih besar dan hijau tua, bunga kemerah-merahan. Kangkung darat boleh ditanam di batas seperti sayur lain, tetapi kangkung air hanya hidup di kawasan yang berair. Keluasan tanaman kangkong di Malaysia seperti dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia seluas 2,600 hektar dengan anggaran pengeluaran sebanyak 125,500 metrik tan yang bernilai RM 14.6 juta setahun (Laporan Tahunan Statistik Jabatan Petanian Malaysia 2013). Terdapat banyak khasiat pada kangkung, antaranya sebagai antitoksik, sedatif, antiradang, deuratik dan dipercayai boleh menyejukkan badan. Kangkung juga kaya dengan vitamin A, B, C, protein, fosforus dan karoten. Artikel petang Ahad ini dalam hujan ribut diluar rumah saya menulis dalam "Anim Agro Technology" iaitu mengenai Kosting tanaman kangkong dan teknologi penanamannya.

Kangkung boleh di tuai antara 28 -35 hari lepas tanam dan dijual lingkungan RM 0.50 hingga RM 0.80 sekilogram pada harga ladang. Kangkung yang dituai perlu dibersihkan dari tanah pada akar dan dimasukkan dalam baul buluh untuk dihantar segera ke pasaran. Pastikan TIDAK MENYEMBUR racun beberapa hari sebelum menuai untuk elakkan Sisabaki Racun. Bagi racun Dimethoate perlukan 7 hari, Racun Cymethrin (3 hari), Benomyl dan Mancozeb (14 hari) sebelum menuai. Kangkong juga mempunyai simptom kekurangan nutrien seperti kekurangan N, P,K dan zat pekit seperti Ca, Fe, Mo, Boron, Mn dan sebagainya yanng perlu dikaji dan diatasi masaalah ini. Penuaian kangkong adalah dengan mencabut menggunakan tangan keselurohan pokok bersama-sama akarnya untuk mengekalkan kesegarannya dan tahan lama. Bersihkan dari tanah dengan membasuh menggunakan air bersih dan ikat dengan lapisan kertas surat khabar dan masukkan dalam bakul buloh yang dilapis kertas sebelum dihantar kepasar. Secara fizikal kangkong perlu di tuai sebelum ianya mula menjalar atau pokok mulai tunduk (asalnya menegak). Potensi pengeluaran hasil kangkong sebanyak 10-15 metrik tan sehektar tetapi lazimnya sebanyak 12 mt sehektar di kebanyakan tempat di Malaysia.


Jadual 1: Kosting Tanaman Kangkong






Jadual 1 diatas menunjukkan kosting tanaman Kangkong yang boleh dijadikan bahan rujukkan. Kangkong adalah tanaman yang cepat berhasil jika dibandingkan dengan tanaman sayuran lain. Anggaran hasil tanaman kangkong sebanyak 12,000 kg sehektar dan jika purata harga ladang kangkong sekitar RM1.00 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar ladang sebanyak RM12,000 semusim. Kos Pengeluaran melibatkan kos bahan input sebanyak RM3,150, Kos upah tenagakerja sebanyak RM4,480 dan kos tetap dan luarjangka menjadikan jumlah kos pengeluaran tanaman kangkong sebanyak RM8,648.85 sehektar. Analisa kewangan menunjukkan anggaran pendapatan bersih ladang bagi tanaman kangkong sekitar RM 3,531.15 sehektar semusim. Ini membolehkan petani menanam sebanyak 8 - 10 kali penanaman kangkong ditapak sama jika diusahakan dengan komersil. Anggaran purata titik pulang modal sekitar RM 0.72 sekilogram dan nilkai BC Ratio adalah 1.39. Ini bermakna menanam kangkong adalah menguntungkan iaitu jika ditanam secara komersil memang memberikan pendapatan yang lumayan. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.



TANAM KANGKONG...  CEPATNYA...
JENIS DARAT...MUDAH TANAMNYA..
HARGA RM1.00... MUDAH JUALNYA...
MENJADI PILIHAN... PETANI SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek TKPM Ulu Tiram,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(13 Syaaban 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...