KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, May 23, 2015

PERANGKAP LEBAH TUKANG

PERANGKAP LEBAH TUKANG atau LEBAH KAYU (Xylocopa spp) atau Carpenter Bees merupakan satu inovasi yang berjaya digunakan untuk memerangkap lebah tukang. Lebah tukang ini adalah dari keluarga Xylocopidae yang terdapat diseluruh dunia dengan mempunyai lebih daripada 500 spesis. Apa yang mnenarik tentang lebah ini atau lebih dikenali sebagai 'Carpenter bees' adalah kerana sifatnya yang suka mengorek lubang sama ada batang kayu, buloh, papan, beruti, pokok kering, tunggul kayu sehingga ianya merosakan kekuatan struktur. Daripada pengalaman penulis sendiri, saya dapati Lebah boleh dibahagikan kepada 5 keluarga iaitu Keluarga Adrenidae (Lebah liar yang suka tinggal dalam tenah), Megachiledae (Lebah yang suka memotong daun), Bombidae (Bumblebees), Apidae (Lebah Madu) dan akhir sekali adalah dari Keluarga Xylocopidae (Lebah Tukang / Lebah Kayu). Lebah mempunyai beberapa cara berkomunikasi iaitu melalui bau, getaran dan juga interaksi secara fizikal. Terdalat jenis lebah yang suka bersosial atau berkoloni sementara ada juga yang tidak bersosial. Bagaimana pun kebanyak serangga lebah adalah mengunjungi bunga untuk mendapatkan makanan dan secara tidak langsung merupakan agen pendebungaan kebanyakan tumbuhan. Lebah lazimnya hanya mengunjungi bunga-bunga yang bersih dan segar dimana terdapat nektar dan pollen yang digunakan sebagai sumber makanan untuk membekalkan tenaga. Lebah madu pula mengumpulkan nektar atau gula untuk dibawa balik kesarangnya yang kemudia diproses menjadi madu lebah. Bagaimana pun lebah tukang atau dikampong saya lebih mudah dipanggil sebagai 'kumbang hitam pengorek kayu' ini mempunyai perangai mengorek kayu kering sebagai sarangnya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu inovasi Perangkap Lebah Tukang yang boleh dijadikan bahan rujukan dan bacaan.


Lebah Tukang merupakan sejenis serangga yang suka menebuk kayu untuk bersarang. Dalam keadaan semulajadi ia menebuk lubang sekitar 2 cm garispusat terus masuk kedalam kayu dengan seakan terowong. Inovasi bagi membuat perangkap lebah tukang ini juga menggunakan konsep yang sama dimana lebah tukang akan menggunakan semula bekas lubang yang telah ditinggalkan atau lubang terbiar. Oleh itu satu kotak kayu berbentuk 'Kon' disediakan dengan membuat 3 lubang iaitu dihadapan, kiri dan kanan dengan saiz sama seperti lubang asal (Sila lihat foto disebelah). Gunaka jenis kayu yang disukai oleh lebah tukang dari jenis tidak berminyak dan kayu lembut. Pemasangan perangkap lebah tukang diletakkan dengan digantung di tepi dinding luar rumah atau lokasi dimana lebah tukang sering datang untuk membuat sarang. Lebah tukang akan mendekali lubang yang dibuat dari 3 arah dan kemudian masuk kedalam kotak kon yang dibina.


Kotak kayu kon ini akan disambungkan dengan dua buah botol plastik (bekas botol air mineral) dibawahnya. Cara meletakkan botol tersebut perlu kukuh dengan separuh botol dilekatkan dimana corong menghala kebawah. Botol yang dipotong separuh diletakkan dinawah kon kayu dimana ia membolehkan lebah tukang yang masuk dalam akan jatuh kedalam corong tersebut. Ia kemudian disambung dengan botol mineral lain disambung pada lubang dan diikat dengan getah pengikat (Sila lihat foto disebelah). Pastikan ikatan kedua-dua botol tersebut kuat dan kukuh. Tujuan botol air meneral ini adalah untuk mengutip lebah tukang yang telah masuk dalam perangkap dan ia akan jatuh dibawah botol tersebut dan tidak dapat keluar dan akhirnya lebah tukang akan mati didalamnya.

Kegunaan perangkap ini amat mudah disediakan dan didapati praktikal dipasang dilokasi yang mempunyai masaalah serangan lebah tukang. Ia sesuai dipasang dimana lubang pada kayu menghadap luar bangunan dan pada tempat agak tinggi seperti dibucu loteng atau tepi ruumah (Sila lihat foto disebelah). Pastikan memakukan dengan kuat pada bunbung rumah agar tahan dari tiupan angin dan mudah lebah tukang melihatnya. Apabila banyak lebah tukang yang terperangkap pada botol bawah maka ia boleh dikeluarkan atau dibiarkan sahaja ditempat tersebut. Pemantauan dilakukan sesekali untuk melihat bahawa ikatan pada dua botol tersebut masih kukuh dimana ia bermakna perangkap masih berfungsi. Beberapa perangkap boleh dipasang seperti pada rumah kayu, rumah cendawan, rumah setor dan sebagainya asalkan ada kemungkinan lebah tukang akan membuat sarang. Inovasi ini penulis dapat daripada teknologi memerangkap lebah tukang dari luar negara semasa berkursus dahulu. Semuga memberi info berguna kepada anda. Wasallam!.


PERANGKAP.... LEBAH TUKANG...
DEKAT RUMAH... DIGANTUNG...
ADA PINTU... MASUK LUBANG...
MUDAH DIBUAT..SENANG PASANG... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 687, Hotel Nouvelle,
Sg Besi, Selangor,
Malaysia.
(28 Rejab 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...