KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, January 6, 2015

BENIH KELAPA MATAG - PEMILIHAN MATAG

BENIH KELAPA MATAG (Cocos nucifera) kini merupakan jenis benih kelapa hibrid yang dihasilkan melalui proses pendebungaan silang (Cros pollination) diantara Bunga betina Kelapa Rendah Malaya (MRD atau MYD) dengan bunga jantan daripada Kelapa Tinggi Tagnanan. Kelapa ini mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penanam kelapa di Malaysia kerana kemempaunnya menghasilkan buah kelapa yang tinggi dan cepat berhasil berbanding dengan Kelapa Tinggi malaya (Malayan Tall Variety) yang banyak ditanam selama ini. Walau pun kini benih ini agak sukar diperolehi, namun penulis medapat info menyatakan kapasiti pengeluaran benih kelapa Matag dalam negara sekitar 150,000 - 180,000 pada tahun 2014 dan akan meningkat lagi. Pengeluaran benih kelapa hibrid ini hanya boleh dihasilkan oleh Kebun Benih Terpilih yang telah pun dikhususkan untuk pengeluaran benih hibrid ini. Ini kerana benih kelapa Matag F2 yang dihasilkan darii pokok Matag F1 tidak boleh dijadikan benih tanaman kelapa matag kerana ia mungkin akan menjadi pokok induk asalnya atau dalam bahasa mudah bukan kelapa matag lagi. Terdapat beberapa usahawan nurseri swasta yang mendakwa mempunyai benih kelapa matag ini tetapi perlu disiasat kerana hanya ada 5 pengeluar benih kelapa Matag di Malaysia yang dijamin ketulinannya. Pengeluar tersebut adalah 3 kebun benih iaitu oleh Jabatan Pertanian (Jorak di Johor, Lekir di Perak dan Menumbok, di Sabah), United Plantation Estates di Teluk Intan dan NLFCS Estates di Sg Siput, Perak. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai proses penyediaan debunga jantan Tagnanan untuk membuat benih hibrid kelapa Matag untuk pengetahuan dan rujukan pembaca semua.


Proses Pemilihan Benih Matag ini merupakan poses Paling Kritikal dalam penyediaan benih hibrid Kelapa Matag. Oleh kerana kelapa matag terhasil daripada pendebungaan silang maka pemilihan benih tulen perlu dilakukan diperingkat tapak percambahan sebelum dipindahkan ketapak semaian. Pemilihan benih perlu dilakukan dalam mas 2 minggu sehingga 3 bulan selepas ia disemai. Kepakaran pegawai dan pekerja dalam menentukan sama ada benih kelapa tersebut tulen atau tidak adalah berdasarkan kepada kriteria dan kemahiran. Mengikut amalan, kini terdapat 3 jenis kelapa Matag yang telah didaftarkan selaras dengan kriteria warna tunas dan buah kelapa. Kelapa matag CN13 (Matag Green), CN14 (Matag Orange) dan CN15 (Matag Gold) akan dihasilkan bergantun kepada sumber kedua-dua induk jantan dan betina yang digunakan. bagaimana pun kajian penulis dibeberapa lokasi penanaman kelapa matag komersil di beberapa lokasi mendapati warna ini tidak memberikan perbezaan signifikan dalam penghasilan, penjagaan dan faktur lain. 


Kelapa Matag Hijau (CN13) merupakan jenis kelapa kacukan diantara Kelapa Rendah Kuning (MYD) dengan Kelapa tagnanan Hijau. Kelapa matag Oren (CN14) pula adalah hasil kacukan diantara Kelapa Rendah Kuning (MYD) dengan Kelapa Tagnanan Jingga atau Kelapa Rendah merah (MRD) dengan Kelapa Tagnanan Hijau. Begitu juga kelapa Matag Gold merupakan hasil kacukan diantara Kelapa Rendah Merah (MRD) dengan Kelapa Tagnanan Jingga. Selepas pemilihan melalui beberpa cili pada tunas, maka benih kelapa ini boleh dipindahkan ketapak semaian. Anakbenih ini perlu disemai diatas tanah pasir dengan kedalaman 15-30 cm dimana ia juga perlu ditukar setiap 3 kali pusingan semaian. Pasangkan jaring hitan 50% ketelusan cahaya. Susun benih dengan jarak 45 cm x 45 cm dan ditimbus 2/3 dalam tanah pasir. Susunan benih adalah 5 barisan satu petak dan jika dala 20 pokok panjang maka jumlahnya adalah 200 pokok. Anak pokok sesuai diedarkan kepada petani atau dijual selapas 4 bulan dalam semaian. maksimum umur pokok hibrid matag dalam semaian adalah 12 bulan.  Ada juga pihak tertentu yang menyemao anakbenih kelapa hibrid dalam polibeg besar. 


Semua benih yang disemai perlu direkodkan dengan sistematik. Tuliskan tarikh semaian, blok atau buah yang dikait serta bilangan anakbenih yang disemai setiap petak. PENAKAIAN anakbenih adalah proses yang dibuat 120 hari berada ditapak semaian. Anakbenih yang ditakai adalah anakbenih yang tidak normal. Antara benih yang perlu ditakai adalah mempunyai warna pelepah selain daripada hijau, oren atau keemasan (Jingga kemerahan). Buang juga anakbenih yang mempunyai laidaun yang pendek, jarang, berlingkar dan berputar. Juka ditakai pokok yang tangkai pelepahnya panjang, tegak atau kecil saiznya. Anak benih yang kembar juga perlu ditakai. Anakneih normal lazimna mempunyai 5-6 helai daun sementara yang tidak normal cuma ada 2-4 helai daun. Ketinggian anakbenih normal sekitar 45 cm sementara yang tidak normal kurang dari 45 cm. Sila baca artikel berkaitan selepas ini . Wasallam!.



BENIH MATAG... HIBRID ASALNYA...

ADA 3 JENIS... HIJAU, OREN DIA...
JENIS GOLD... CN15 DAFTARNYA...
JANGAN KELIRU...SEMUA SAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Teluk Baru,
Teluk Intan, Perak,
Malaysia.
(12 RabiulAwal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...