Support My Blog

Friday, January 16, 2015

KOKO - PENYAKIT KOKO MUDA

KOKO (Theobroma cacao L) merupakan sejenis tanaman industri yang menghasilkan buah dan biji koko yang mana ia kemudian dijadikan produk berasaskan coklat. Pengeluaran biji koko dunia adalah sekitar 3.5 juta metrik tan setahun dengan Ivory Coast merupakan pengeluar utama biji koko sebanyak 1.238 juta mt setahun atau 34.5% dari jumlah dalam pengeluaran dunia. Negara kedua pengeluar biji koko adalah Ghana diikuti dengan Indonesia, Cameroon, Nigeria, Brazil, Ecuador dan Malaysia menyumbang sebanyak 32,000 mt setahun atau 0.9% dari pengeluaran biji koko dunia. Tanaman koko di Malaysia adalah tanaman komoditi ketiga terpenting selepas kelapa sawit dan getah. Pada tahun 2009, komoditi ini menyumbang RM3.23 billion kepada pendapatan negara. Statistik jumlah keluasan tanaman koko di Malaysia adalah 20,561 hektar di mana pekebun kecil mewakili 87% daripada keseluruhan kawasan penanaman. Sarawak mempunyai kawasan penanaman koko paling luas iaitu 5,551 ha (40.4%) diikuti dengan Sabah seluas 5,050 (36.8%) dan Semenanjung Malaysia seluas 3,127 hektar (22.8%). Pengeluaran biji koko kering pada tahun yang sama adalah 18,152 tan dengan purata pengeluaran nasional 1.3 tan sehektar. Jumlah pengeluaran ini hanya mampu menampung 6.5% keperluan industri pengisaran semasa iaitu 279,000 tan pada 2009. Sektor pengisaran koko terus berkembang pesat dengan kapasiti pengisaran semasa adalah 360,000 tan biji koko kering setahun. Malaysia kini menduduki tangga kelima di antara negara pengisar koko utama dunia dan terbesar di kalangan negara Asia-Oceania. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa penyakit pokok koko muda untuk rujukan pembaca semua berdasarkan risalah dari LKM.


Pokok koko masih muda atau diperingkat vegeratif juga diserang beberapa penyakit jika tidak diperiksa dan diselenggara dengan  baik. Pokok muda perlu dijaga hidup sihat agar ia sesuai dipindahkan keladang dari serangan penyekit terutama oleh jangkitan kulat (Fungus). Kebanyakan penyakit anak pokok muda dinurseri berlaku kerana keadaan yang lembap dan kedudukan yang padat. Antara penyakit yang mungkin dijumpai adalah seperti Penyakit Mati Rosot Jejalur Vaskular (VSD), Penyakit Lecur Daun, Penyakit Bintik Daun dan juga Penyakit Akar Koko. Beberapa tindakan kawalan berdasarkan tahap serangan boleh dilakukan mengikut syor. Penjagaan anak koko dinurseri perlu berhati-hati dengan mengelakkan takungan air dan penyiraman berlebihan. Kawasan yang sering mengalami masaalah banjir perlu disediakan sistem perparitan sempurna dan pastikan elak air bertakung.


1) PENYAKIT MATI ROSOT JEJALUR VASKULAR (VSD)

Penyakit akak koko ini disebabkan oleh sejenis kulat iaitu Ceratobasidium (Oncobasidium) theobromae yang mana simptom serangan anak pokok diserang akan mati kekeringan. Sebaiknya elakkan dari mendirikan nurseri diatas tapak yang berhampiran dengan ladang koko dewasa yang telah dijangkiti dengan penyakit VSD ini sebelumnya. Kawalan dengan menggunakan semburan racun kulat dengan bahan aktif mengandungi Propiconnazole atau bahan aktif Hexaconazole adalah disyorkan mengikut kaedah dan sukatan yang betul. 


2) PENYAKIT LECUR DAUN

Penyakit ini disebabkan oleh kulat dikenali dengan nama Phytophthora palmivora yang sering berlaku apabila keadaan yang terlalu lembab. Ia memudahkan jangkitan kulat ini pada anak benih koko bermula dari bahagian daun muda atau pucuknya (Sila lihat foto disebelah). Kawalan dengan kaedah mengelakan penyiraman berlebihan dan hindarkan air bertakung dalam kawasan nurseri. Kawalan dengan menggunakan semburan racun kulat yang mengandungi bahan kuprum atau Metalaxyl mengikut arahan pada label disyorkan.


3) PENYAKIT BINTIK DAUN

Penyakit bintik daun adalah lazzim berlaku disebabkan oleh sejenis kulat iaitu Collectotricum sp dan juga Gleosporium sp. Tanda serangan apabila dilihat terdapat bintik-bintik yang semakin membesar dan akhirnya bercantum antara satu sama lain dan akan menyebabkan daun menjadi Layu. Kawalan dengan mengelakan mengatur anak bneih terlalu rapat bagi mengelak kelembapan dan sistem pengudaraan yang baik. Kawalan dengan semburan racun kulat yang mengandungi bahan aktif sesuai dibuat  pada peringakat serangan yang serius.

4) PENYAKIT AKAR KOKO

Penyakit Akar anak koko pula disebabkan oleh sejenis kulat dalam tanah iaitu Rigidoporus lignosus dimana ia boleh menyebabkan anak benih menjadi layu dengan tiba-tiba dan akhir pokok akan mati kekeringan. Apabila diperiksa pada bahagian akarnya didapati terdapat rizomorfa kulat keputihan yang melekat pada akar (Sila lihat foto sebelah). Kawalan dengan mengelakkan mengelakan ada benda asing seperti kayu pada media tanaman dalam polibeg dan kita boleh siram dengan racun kulat jenis tetraconazole atau Hexaconazole mengikut arahan pada label. Ketika menulis artikel teknologi seperti ini saya memerlukan ilmu dan rujukan yang betul.
Wasallam!. 
BENIH KOKO...ADA PENYAKITNYA...
PENYAKIT VSD...APA TANDANYA...
LEMBAB...ANTARA PENYEBABNYA...
IA PERLU DIKAWAL... SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Inovasi dan Teknologi Koko,
Nilai, Negeri Sembilan,
Malaysia.
(27 Safar 1436H)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...