KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, June 17, 2013

SAYUR KAMPONG

SAYUR KAMPONG merupakan hidangan yang popular dikalangan masyarakat Malaysia sebagai satu pilihan didalam menu harian. Terdapat beberapa hidangan sayur kampong yang kini popular untuk disediakan dan dimakan. Beberapa kategori mengenai sayur kampong adalah seperti Jenis Ulam-ulaman, Masakan Biasa, Masakan Khusus dan sebagainya. Ulam-ulaman merupakan salah satu pilihan terbaik untuk menu sayur kampong dimana ulam yang segar dipetik dikeliling rumah dimakan mentah sama ada begitu sahaja atau pun dicelur dengan air panas. Diantara ulam-ulaman yang popular dijadikan sayur kampong seperti Daun Pegaga, Daun Selom, Ulam Raja, Timun, Terung Pipit, Jering, Petai, Kerdas, Daun Teneggek Burung, Jantung Pisang Rebus, Kacang Botor, Tomato, Kacang Panjang, Pucuk beluntas, umbut dan sebagainya. Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi. Ulam sudah terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunga. Artikel subuh sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis sayuran kampong untuk dibaca dan dibuat rujukkan.


Beberapa jenis ulam segar.
Masakan Sayur Kampong ada beratus-ratus jenis yang telah dibukukan dan dijadikan resepi turun temurun. Pada saya hanya beberapa masakan sayur kampong yang popular di Johor iaitu Pecel Ikan Keli, Daun Ubi Masak Lemak, Kangkong Goreng Belacan, Tumis Bayam Cili Api, Rebung Buloh Masak Lemak, Ayam Kampong Masak Ungkep, Sayur Nangka Masak Lemak, Daun Ubi atau Daun keledek Celur dengan sambal, Umbut Kelapa Masak lemak dan banyak lagi. Kesemua resepi ini sesuai untuk disediakan bagi dimakan oleh ahli keluarga atau pun ketika mengadakan majlis kenduri. Kalau dihidangkan untuk majlis kenduri, tentunya masa menyediakan melibatkan ramai orang dan bahan mentah yang agak banyak. Contohnya didalam menyediakan masakan nangka masak lemak, beberapa biji nangka muda diperlukan bersama banyak kelapa untuk diambil santannya. Menu ini lazimnya popular dikampong ketika majlis makan untuk 'perewang' sebelum mereka mulakan tugas di Johor. Kini sayur nangka muda merupakan mernu yang boleh didapati direstoran dikawasan bandar besar.


Acar yang sangat enak.
Didalam saya membuat rujukan kepada beberapa buku 'Resepi Masakan Sayur Kampong', didapati lebih daripada 120 jenis masakan sayuran kampong telah disenaraikan. Diantara resepi tersebut ada yang berasaskan sayuran, ikan, daging dan ulam-ulaman. Saya akan senaraikan apa yang dikategorikan sebagai masakkan sayur kampong untuk dijadikan panduan kepada pembaca semua. Senarai teratas adalah Kangkung Udang Tauchu diikuti dengan Bawal Goreng Tomato, Udang Goreng Bercili, Hati Masak Berempah, Ayam Masam Manis Kismis, Ayam Masak Merah Pudina, Ayam Masak Nanas,  Ayam Kukus Sri Wangi, Ayam Masam Manis, Ayam Masak Putih, Ayam Bakar Berempah, Ayam Masak Ketumbar, Ayam Percik Mek, Ayam Lemak Cili Api dan juga Puyuh Bersantan. Seterusnya dalam kategori 'ACAR' adalah seperti Acar Bijan Losail, Acar Buah Momura, Acar Buah Istimewa, Acar Ikan Haruan dan juga Acar Pisang Gala.

Kategori masakan kampong dari IKAN adalah seperti Cencaru Panggang Asam Manis, Kembung Goreng Berinti, Kembung Asam Pindang, Tenggiri Cuka Berempah, Talapia Merah Goreng Bercili, Pari Rempah Berlada, Siakap Goreng Udang Kering, Siakap Kukus Asam Pedas, Kerapu Kukus Masam Manis, Kerapu Kukus Halia, Ikan Bakar Tempoyak dan juga Masak Lemak Pegaga Keli Salai.  Kombinasi antara buah-buahan dan ullaman pula adalah seperti resepi Rendang Pucuk Ubi, Mangga Masak Masam Manis, Nasi Ulam Kautsar, Nasi Kerabu Goreng dan Nasi Ulam Goreng. SAMBAL merupakan antara resepi masakan kampong yang sangat popular di negara kita dimana terdapat banyak jenis sambal yang kita boleh jumpa. Antaranya adalah seperti Sambal Nangka, Sambal Tempoyak Wakra , Sambal Tempoyak Bersantan, Sambal Goreng Campur, Sambal Udang Kering, Sambal Goreng Nangka,  Sambal Tumis Ayam, Sambal Goreng Kentang, Sambal Budu  dan juga Sambal Cili Api Ikan Bilis.

GULAI merupakan Masakan Khusus sayur kampong yang sangat digemari oleh ramai orang tempatan. Diantara beberapa jenis gulai sayuran kampong seperti Gulai Pisang Nangka, Gulai Lemak Lala, Lala Masak Berlada dan juga Tenggiri Lemak Rebung. Selain itu masakan ASAM PEDAS merupakan menu resepi masakan popular terutama di Melaka dan Tanjung Emas, Muar yang dihidangkan digerai dan restoran disana. Diantara beberapa jenis asam pedas yang popular seperti Asam Pedas Tulang Lembu, Asam Pedas Wak, Asam Pedas Batang Keladi, Asam Pedas Kawan, Asam Pedas Terubuk, Asam Pedas Daging Daun Kesum  dan Dendeng Daging Merbau. Masakan seperti Puyuh Bersantan, Terung Goreng Taucu, Rendang Hitam Jaja, Siput Sedut Lemak Keledek, Gulai Lemak Ketam Jannah, Pucuk Paku Udang Kering, Masak Lemak Perut Lembu, Kupang Masak Ketumbar, Kerutuk Ayam Kampung dan juga Udang Masak Halia. Makanan laut seperti Sotong Goreng Berempah, Sotong Bersalut Tepung juga popular. 

KERABU merupakan antara jenis hidangan Masakan Khusus yang dihasilkan dengan bahan mentah tanpa dimasak. Kerabu boleh dimakan bersama nasi putih seperti Kerabu Daging Karatiyat, Kerabu Udang Goreng, Kerabu Udang Nenas, Kerabu Mangga Udang, Kerabu Daging Salai, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Ikan Keli, Kerabu Buah Bacang, Kerabu Pucuk Paku Siantan, Kerabu Perut Taugeh, Kerabu Perut Limau Purut dan juga Kerabu Perut Bunga Kantan. Selain itu menu masakan kampong termasuk juga Ikan Panggang Sri Wangi, Kurma Ayam Belimbing Buluh, Ketam Masak Singgang, Udang Masak Lemak Pucuk Kaduk, Tom Yam Kasturi, Ikan Pari Bakar Bertumis, Lemak Cili Api Pucuk Ubi, Limpa Bersantan, Rendang Pedas Udang, Daging Masak Rebung, Daging Asam Berempah, Daging Bakar Berkuah, Daging Gulai Tairu, Daging Rendang Karatiyat, Daging Masak Hitam, Daging Salai Gulai Mangga, Rendang Daging Mek, Serunding Daging Mek. Saya tidak lupa juga akan Sayur Goreng Campur, Sup Bebola Tenggiri dan beberapa lagi menus hidangan didalam kategori sayur kampong. semuga artikel ini dapat membuka minda kita bahawa masalan sayur kampong merupakan satu bidang ilmu yang hebat. Wasallam!

SAYUR KAMPONG... POPULARNYA...
BAHAN DIMASAK... ENAK RASANYA...
LEBIH 120 JENIS... ADA SEMUANYA...
HARGA BERPATUTAN... SEGARNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Precint 11, Putrajaya
WP Persekutuan,
Malaysia
(15 Rejab 1434H)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...