KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, June 12, 2013

RUMPAI LAUT - KOS PENGELUARAN


RUMPAI LAUT (Seaweed) adalah jenis tumbuhan yang hidup didalam air laut yang mempunyai potensi utntuk dijadikan satu industri penting di Malaysia. Beberapa negara maju didunia telah berjaya memajukan rumpai laut sebagai satu industri yang amat berjaya dan memberikan pulangan sangat lumayan kepada negara tersebut. Di Malaysia, industri penanaman rumpai laut telah pun dijadikan satu Projek Berimpak Tinggi (High Impact Project) terutama dikawasan sesuai diperairan Sabah. Antara spesis yang sesuai dan popular di Sabah adalah jenis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii atau kita lebih selesa dengan nama tempatan sebagai Agar-Agar. Apa yang saya lihat, tumbuhan rumpai air ini adalah sejenis tumbuhan akuatik yang hidup terapung di atas permukaan air laut yang tidak tercemar. Pengeluaran hasil industri rumpai laut di Sabah telah mencapai sebanyak 10,500 metrik tan pada tahun 2010 dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 52 juta dan terus meningkat setiap tahun dengan projek-projek galakan daripada kerajaan Malaysia. Seramai 5,000 orang pengkultur individu dan 20 syarikat swasta terlibat dengan industri ini di Sabah dengan penggunaan teknologi pengkulturan yang lebih moden, produktik, selamat dan kos yang efektif. Artikel subuh Ahad ini saya menulis mengenai Industri Rumpai Laut berkaitan kos pengeluaran dan beberapa isu pengkulkturan dalam "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan rujukkan dan pembacaan.



Teknik Pengkulturan Rumpai Laut di Sabah mempunyai 3 cara iaitu menggunakan Sistem Pancang, Sistem Rawai dan juga Sistem Rakit. Jadual 4 diatas menunkjukkan setiap sistem memerlukan kos operasi berbeza. Bagi sistem Panchang dan Rawai ia memerlukan kos seekar hampir sama iaitu sekitar RM 600 - RM 1,000 seekar. Bagaimana pun sistem rakit memerlukan kos sebanyak RM 1,300 seekar iaitu untuk sebanyak 15 buah rakit seekar. Pengkultur akan memerlukan peralatan seperti kayu belian dengan ukuran 2”x2”x15’, tali nyalon, tie-tie, pelampung botol plastik dan benih rumpai laut (sebanyak 200 -  400 kg). Dalam masa sebulan lazimnya rumpai laut akan terus mengalami pertumbuhan dimana para pengkultur akan memotong tunas dan mengkulturnya sehingga mencapai keluasan 0.5 - 1.0 ekar. 

Lazimnya dalam keadaan penjagaan baik dalam masa 45 - 55 hari maka rumpai laut tersebut sesuai untuk di tuai. Rumpai laut yang dituai dibawa balik untuk dikeringkan pada sinaran cahaya matahari selama 3 hari. Apabila kering aia akandi bungkus (packing) dan dijual 
kepada orang tengah yang datang ke ladang pengkultur. Kajian Jabatan Pertanian Sabah mendapati anggaran purata pendapatan nelayan kecil (pengkultur rumpai laut) adalah diantara RM450 - RM1,500 sebulan dengan keluasan ladang 1 ekar. Jika dikira secara kasar, purata produktiviti ladang rumpai laut di Semporna sebanyak 14,500
kg/ekar (rumpai laut basah). Harga ladang pasaran rumpai laut adalah berubah-ubah mengikut keadaan iaitu pada mulanya RM 0.80, RM 1.00, RM 1.20 sekilogram sehingga kini telah pun meningkat kepada RM 2.20, RM 1.80, R M2.20 dan RM2.50/kg rumpai laut kering. Kajian menunjukkan anggaran harga benih turun naik antara RM 0.35 – RM 1.20 sepokok dan purata untuk perbandingan pula purata keseluruhan harga harga rumpai laut kering diantara RM 0.80 - RM2.20.

Sering saya tertanya-tanya selain daripada untuk dibuat agar-agar, apakah kegunaan lain Rumpai Laut?. Beberapa buku yang saya rujuk menyatakan rumpai laut digunakan didalam industri pembuatan cat, pembuatan shampoo, dakwat, tekstail, spray serangga, Agen pembersih, sebagai bahan pengikat  dalam industri pembuatan bahan letupan, Sebagai bahan pengembang dalam industri permakanan, Industri farmasi (pengikat ubat-ubatan) dan juga sebagai bahan kosmetik dan lain-lain kegunaan. Bahan rupai laut yang telah kering ini akan dijual sebagai rumpai laut kering terus keluar negara pengimpot atau kini terdapat beberapa kilang yang telah memproses rumpai laut untuk dijadikan serbuk. Cara ini akan meningkatkan kualiti dan nilai tambah rumpai laut keluaran negara kita. 

Sementara itu saya mendapati aktiviti mengkultur rumpai air juga mempunyai masalah serangan penyakit dan perosak. Antara Penyakit rumpai laut adalah seperti Penyakit Ais-Ais (reput batang) dimana penyakit ini terjadi apabila tapak pengkulturan tidak mempunyai aliran arus air yang kuat dan kurang pengawasan oleh pengkultur kepada tanamannya. Kedua adalah Penyakit Epiphytes (nama tempatan ‘sereng’) dimana menurut sumber akan terdapat warna putih pada batang rumpai laut disebabkan kandungan nuterien yang terlalu tinggi. Bagaimanapun kajian lanjut adalah perlu dijalankan penyebab penyakit ini. Ketiga adalah serangan oleh Penyu dimana gangguan penyu yang memakan tanaman rumpai laut akan menyebabkan ladang pengkultur rosak. Bagaimanapun jika ladang diusahakan secara berkelompok dalam jumlah yang luas  gangguan ini tidak memberikan masalah besar kepada pengkultur. Wasallam!

KOS KULTUR... TANAM RUMPAI...
RM 1,000 SEEKAR...MAHAL ALAHAI...
SELEPAS 2 BULAN... SUDAH TUAI...
KAWAL PEROSAK... HINGGA SELESAI...

By,
M Anem
Precint 11
Putrajaya
Malaysia
(9 Rejab 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...