Rhytidisera simulan dewasa - ihsan PelitaKabad. |
Kawalan perosak ini perlu dijalankan kerana beberapa pokok mangga varieti Chok Anan yang saya tanam di Kg Tehel, Jasin , Melaka dulu mati akibat lewat dirawat semasa saya berkebun di Melaka dulu. Batang pokok saya dapati berlubang-lubang sehingga ada beberapa pokok mati (Lihat foto sebelah). Setelah menyemak dengan buku Pakej Amalan Teknologi, saya dapati terdapat dua kaedah kawalan perosak ini iaitu Cara Kawalan Kultura (Cultural practices control) dan juga kaedah Cara Kawalan Kimia (Chemical control). Cara kawalan kultura yang kita boleh jalankan adalah dengan menjalankan sanitasi ladang. Pastikan kawasan pokok mangga mesti sentiasa bersih dari sebarang semak yang membolehkan kumbang dewasa bersembunyi dan akan membiak pada pokok mangga. Kebersihan kawasan kebun hendaklah dijaga dengan rapi. Kaedah kedua adalah dengan kit asentiasa melakukan pemangkasan pokok dengan sempurna agar dahan mangga mendapat sinaran matahari mencukupi dan sistem pengudaraan yang baik.Jika dahan terlalu padat dengan tidak dibuat cantasan ia akan memudahkan serangan perosak ini kerana tersembunyi. Kaedah ketiga adalah dengan memeriksa dahan yang telah diserang dan kemudia ia dicantas. Dahan pada bahagian pokok yang diserang yang dipotong perlu dikumpulkan dan dikawasan khas. Cara keempat kawalan kultura perosak ini dengan membakar semua ranting, dahan dan daun mati yang gugur. Setelah semuanya dikumpul ia mesti dibakar sehingga semua larva, telurnya musnah.
Kaedah kawalan secara kimia boleh dijalankan terhadap serangan Ulat Pengorek Batang pada tanaman mangga. Lazimnya syor kawalan adalah dengan melakukan kawalan secara kimia dimana ia perlu dijalankan dengan berhemah dengan mematuhi peraturan di label. Jenis racun yang digunakan mengandungi bahan perawis aktif yang disyorkan adalah iaitu Dimethoate (10ml daripada larutan 1 bahagian racun dalam 10 bahagian air). Larutan ini perlu disuntik kedalam bahagian batang yang diserang yang ada tanda fras yang masih basah melalui lubang yang kita telah kenalpasti. Jika ada banyak lubang, pastikan pilih lubang paling atas agar larutan turun kebawah walau pun kalau kita masukan dari lubang terbawah pun OK juga kerana ia akan dibawa keseluruhan bahagian batang tumbuhan. Kemudian tutup lubang dengan palstisin atau tanah liat sehingga rapat. Ulangi sekiranya tidak ada tanda-tanda perosak telah mausnah atau mati. Jika pokok masih berbunga atau berbuah, elakkan dari makan buah yang masak kerana ia mengandungi sisa residu racun yang merbahaya untuk dimakan. Sekian nukilan kali ini.
Wasallam!
PENGOREK BATANG... IA SERANGGA...
KUMBANG DEWASA..COKLAT WARNANYA...
DALAM BATANG... MENGOREK LARVANYA...
POKOK ROSAK...PERLU KAWALANNYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Room F-8-2, Glory Beach Resort,
Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.
(2 Syaaban 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.