KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, June 9, 2013

SAYUR - FAKTA KEPADATAN

PENANAMAN SAYURAN merupakan satu industri penting yang dijalankan diseluruh dunia termasuk dinegara kita Malaysia untuk membekalkan sayuran segar daripada aktiviti pertanian. Jumlah keluasan bertanam sayur-sayuran di Malaysia berjumlah 58,146 pada tahun 2000 dan berkurang kepada 50,339 pada tahun 2010. Pengurangan sebanyak 13% ini disebabkan oleh persaingan kawasan penanaman sayuran dengan sektor lain seperti sektor industri, sektor perbandaran dan juga digantikan dengan tanaman kekal terutamanya kelapa sawit. Kajian yang saya jalankan dari Laporan statistik Jabatan Pertanian mendapati, keluasan bertanam kekal sayuran adalah sekitar 50,000 hektar iaitu 48,692 ha (2006) dan telah meningkat kepada 50,339 ha (2010). Saya dapati juga sebanyak 83% daripada keluasan bertanam sayuran tersebut adalah berada di Semenanjung Malaysia manakala bakinya di Sabah dan Sarawak. Bagi Sabah dan Sarawak, keluasan bertanam sayuran masing-masing meningkat daripada 2,641 ha kepada sejumlah 2,820 ha dan 3,288 ha kepada 4,190 ha. Malaysia juga telah mengeksport sayuran sebanyak 241 ribu tan metrik (2000) dan telah pun meningkat kepada 440 ribu tan metrik (2010) terutamanya kenegara jiran. Manakala jumlah import dilaporkan sebanyak 762 ribu tan metrik dan dijangka akan terus meningkat hampir 1.4 juta tan metrik (2020). Saya dapati keadaan ini adalah berikutan beberapa peningkatan kadar penggunaan daripada 1 juta tan metrik (2000) kepada hampir 1.6 juta tan metrik (2010). Walau bagaimanapun saya dapati sebanyak 80% daripada jumlah import terdiri daripada jenis sayuran yang tidak sesuai ditanam atau tidak ekonomik ditanam di Malaysia seperti bawang, bawang putih, ubi kentang, kekacang, brokoli dan lobak merah. Artikel malam Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta bagi beberapa jenis sayuran terpilih iaitu mengenai jarak tanaman dan kepadatan tanaman berdasarkan kepada kajian dan pengalaman penulis yang bertugas dalam sektor pertanian lebih dari 32 tahun.


JADUAL 1: KEPADATAN TANAMAN SAYUR BUAH SEHEKTAR
Tanaman sayuran dari jenis sayur buah ditanam secara komersil dan secara kecil-kecilan untuk pasaran domestik, ekspot dan kegunaan sendiri. Jadual 1 diatas menunjukkan sebanyak 7 jenis sayuran buah dengan jarak tanaman dan kepadatan pokok setiap hektar. Kepadatan tanaman Cili (Capsicum annum) adalah dianggarkan sebanyak 7,000 sehektar dengan jarak tanaman 0.9m x 1.2 m. Kepadatan ini berubah-ubah mengikut sistem tanaman cili yang diamalkan oleh petani. Jadual diatas juga menunjukkan kepadatan tanaman sebanyak 20,000 bagi Timun (Cucumis sativus), sebanyak 5,500 bagi tanaman Bendi (Abelmochus esculentus), sebanyak 25,000 bagi Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris)   dan sebanyak 27,700 bagi Kacang Panjang (Vigna sesquipedalis). Kepadatan bagi tanaman Terung (Solenum melongena) sebanyak 5,500 sehektar dan nagi tanaman tomato (Lycopersicum esculentum) adalah 20,800 sehektar.  

JADUAL 2 : KEPADATAN TANAMAN SAYURAN DAUN SEHEKTAR
Bagi tanaman jenis sayur daun, Jadual 2 menunjukkan beberapa jenis tanaman iaitu Kobis, Kangkung, Bayam, Sawi dan juga Kailan. Kepadatan tanaman kobis adalah sebanyak 23,000 sehektar, tanaman Kangkong (Impomea reptans) sebanyak 330,000 sehektar dan tanaman Bayam (Amaranthus spp) sebanyak 330,000 sehektar. Bagi tanaman Sawi (Brassica spp) juga mempunyai kepadatan tanaman sebanyak 330,000 sehektar dan tanaman kailan dengan kepadatan 250,000 pokok sehektar. Penanaman sayur daun kebanyakannya adalah diusahakan dengan intensif dikawasan sama dengan sistem agronomi tanaman yang juga intensif. Benih sayur daun hampir 95% adalah dimpot dari luarnegara. Kepadatan sayur daun sangat bergantung kepada jadual penanaman matrik yang dijalankan.


JADUAL 3 :  KEPADATAN TANAMAN JANGKAPENDEK SEHEKTAR

Tanaman Jangkapendek mempunyai jumlah kepadatan tanaman berbeza-beza dengan ketara bergantung kepada jenis tanaman. Jadual 3 diatas saya ada menunjukkan 7 jenis tanaman jangka pendek dengan kenyataan jarak tanaman dan kepadatan berbeza. Tanaman Halia (Zingiber officinales) mempunyai kepadatan 60,000 pokok sehektar. Kepadatan tanaman ubi kayu adalah sebanyak 7,500 pokok sehektar sementara bagi Labu Manis adalah 2,600 pokok sehektar. Jagung lazimnya ditanam dengan kepadatan sebanyak 40,000 pokok sehektar dengan jarak tanaman 0.75m x 0.25 m. Bagi tanaman keledek (Impomea batatas) kepadatan tanaman adalah sebanyak 30,000 sehektar. Kepadatan tanaman sangat kritikal dalam menentukan kaedah amalan agronomi dan jangkaan pendapatan kebun. Semua artikel ini memberikan informasi berguna kepada anda pembaca semua; Wasallam! 


Penulis dengan peserta TKPM Sekijang... dulu.

TANAMAN SAYUR... ADA JARAKNYA....
TANAM RAPAT... BANYAK JUMLAHNYA...
KEPADATAN SESUAI...IKUT KAEDAHNYA....
HASIL TINGGI... PENDAPATAN BAIKNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
TKPM Sekijang, Segamat,
Johor, Malaysia.
(29 Rejab 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...