KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, June 3, 2013

ARAPAIMA - IKAN GERGASI

IKAN ARAPAIMA (Arapaima gigas) merupakan sejenis ikan gergasi air tawar dari Sungai Amazon yang kini telah ada dipelihara di Malaysia. Ikan ini juga dikenal dengan nama 'Pirarucu' di Brazil dan 'Paiche' di Peru merupakan salah satu jenis ikan air tawar terbesar di dunia yang masih hidup. Ikan raksasa ini merupakan haiwan warisan dari zaman purba yang tidak mengalami evolusi dan belum punah. Pembacaan saya daripada beberapa buku dan lamanweb mendapati ada 3 spesis ikan ini yang dikenal sebagai Arapaima agaszazii, Arapaima arapaima dan Arapaima mapae. Kesemuanya adalah natif disekitar Amerika Selatan didalam sungai air tawar. Ikan ini diburu menggunakan harpoon atau jaring untuk diambil dagingnya yang dikatakan amat lazat. Seekor arapaima dewasa mampu menghasilkan daging ikan sebanyak 70 - 75 kg. Ikan ini akan timbul dipermukaan air untuk mengambil udara dimana dimasa itulah nelayan sungai akan menembak dengan harpoon. Spesis ini didapati semakin pupus didalam keadaan liar semulajadi kerana pemburuan ikan ini untuk dijadikan makanan. Kalau kita hendak melihat ikan ini di Malaysia amat mudah dimana ia merupakan ikan peliharaan di Hypermarket Giant (Johor Bahru), Taman Bunga Swasta, Nursery dan banyak pusat rekreasi serta pusat perlancongan. Artikel subuh Isnen ini sempena cuti rehat di Melaka, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ikan arapaima setelah melawat satu pusat pelancongan di Melaka.


Ikan Arapaima adalah ikan yang bersaiz besar dengan panjang mencecah 2 - 25 meter dengan seberat mencecah 100 kg seekor. Terdapat juga laporan ikan ini yang sangat besar sehingga mencapai berat badan sehingga 200 kg. Pada masa ini ikan arapaima yang besar ini jarang dijumpai kerana aktiviti memburu untuk dimakan atau di jaring untuk diekspot sebagai ikan eksotik dipamerkan. Ikan ini mempunyai insang besar yang perlukan udara yang diambil dari permukaan air setiap 5 - 10 minit. Ikan ini secara semulajadi makan ikan kecil yang lain, krustacea malahan haiwan kecil lain yang terdapat disepanjang sungai seperti burung. Ikan ini adalah pemangsa (predators) paling bahaya jika paras air sungai berkurangan dan ia akan makan banyak jenis ikan lain. Apa yang saya lihat mengenai anatomi ikan ini sepintas apabila dilihat dari sisi, ikan ini memiliki bentuk tubuh yang mirip ikan arwana. Arapaima memang satu keluarga (famili) dengan ikan arwana yaitu famili Osteoglossidae. Namun bentuk tubuh ikan arapaima lebih bulat sedangkan ikan arwana berbentuk tubuhnya pipih. Kepala arapaima lebih tirus jika dilihat dari samping dan lebih ceper. Bentuknya yang unik (mirip ikan arwana) dan ukurannya yang amat besar maka kini ikan ini sekarang menjadi ikan hiasan yang banyak diminati.


Habitat asal ikan ini ialah Sungai Amazon, Tasik serta lembah berair di Amerika Selatan. Taburan ikan ini terhad jika adanya jeram besar atau air terjun yang tidak boleh mereka melaluinya. Ikan ini memang jenis ikan yang bernafas di permukaan air dengan mengambil udara terus dari atmosfera. Ikan arapaima muda pula sering muncul dipermukaan air dengan kekerapan setiap 5 minit sekali manakala ikan dewasa muncul setiap 15 – 20 minit sekali. Meskipun arapaima menyelam di bawah air selama beberapa minit, lazimnya dilaporkan ikan ini cenderung untuk berada pada permukaan air. Ini menyebabkan nelayan sungai sering menunggu untuk berburu ikan arapaima yang sering menghirup udara yang menimbulkan suara khas seperti suara batuk. Saya telah nyataka ikan in adalah jenis ikan pemangsa (Carnivore)Banjir musiman Amazon telah menjadi sebahagian dari putaran kehidupan ikan ini membiak. 


Daging ikan arapaima.
Arapaima akan bertelur pada bulan-bulan dimana ketinggian air surut atau mulai naik. Arapaima membuat sarang kira-kira 50 cm lebarnya sedalam 15 cm di dasar air yang biasanya di kawasan yang berlumpur. Apabila paras permukaan air naik maka telur-telur ikan tersebut menetas dan anaknya akan mengikut air banjir untuk membesar walau pun hanya sebahagian yang hidup. Lazimya ia berlaku pada bulan Mei - Ogos setiap tahun dalam kitaran semulajadi. Ikan dewasa akan melindungi anaknya didalam mulutnya sehingga ia cukup umur untuk dilepas berenang sendiri. Arapaima betina juga akan membantu melindungi arapaima jantan dan anak-anaknya dengan mengelilingi dan menghalang pemangsa lain memakan anak ikan tersebut. Arapaima selalunya boleh sampai 20 tahun lamanya. Ikan ini semakin berkurang didapati dalam keadaan semulajadi kerana ia sedang diancam punah kerana ikan ini bukan termasuk spesies haiwan yang dilindungi. Kecenderungan arapaima untuk timbul pada permukaan air membuatkan ia mudah diburu oleh manusia yang dengan mudah dapat membunuhnya dengan tombak. Beberapa masyarakat tempatan di negara tersebut makan daging dan lidah arapaima serta  mengumpulkan sisiknya yang dibentuk menjadi perhiasan unik dan barang-barang lainnya. Diharap artikel ini dapat memberikan anda maklumat berguna. Wasalam!.

IKAN BESAR... IKAN ARAPAIMA...
ADA DIBELA... GIANT PASARAYA....
HABITAT ASAL...IKAN PEMANGSA...
DISUNGAI KITA...IKAN BINASA....

By,
M Anem
Senior Agronomist
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(23 Rejab 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...