KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, June 7, 2012

KEPERLUAN NUTRIEN TUMBUHAN

APAKAH KEPERLUAN NUTRIEN BAGI TUMBUH-TUMBUHAN?  Itu merupakan satu pertanyaan yang penting untuk kita tahu dalam mempelajari ilmu Sains Pertanian di bawah tajuk yang berkaitan Pembajaan. Pokok memerlukan nutrien  untuk proses fotosintesis seterusnya membekalkan tenaga dalam bentuk gula dan sebagainya untuk pokok membesar dan memberikan hasil. Sebenarnya terdapat 12 jenis unsur nutrien (12 elements) yang perlu ujud dalam tanah untuk diambil oleh akar pokok. Unsur ini boleh di tambah dengan cara menambahkannya kepada tanah melalui proses memberikan baja mengikut formulasi yang diperlukan. Ini menyebabkan sektor industri pengeluaran baja merupakan satu industri yang bernilai berbillion ringgit diseluruh dunia dimana ianya mempastikan tumbuh-tumbuhan terutama tanaman makanan dapat menghasilkan produk makanan untuk keperluan penduduk dunia. Artikel malam Jumaat ini saya menulis beberapa nutrien penting yang di perlukan oleh tumbuh-tumbuhan bagi rujukan dan pengetahuan pembaca semua.


Sebenarnya terdapat 12 jenis unsur atau nutrien yang penting untuk pertumbuhan tanaman. Nutrien tersebut diperlukan sebagau Unsur Utama (NPK) dan juga Unsur Pekit (Selain daripada NPK). Unsur Utama adalah Nitrojan (N), Posforan (P) dan Kalium (K) yang lazimnya menjadi komponen utama dalam komposisi baja yang digunakan dan dijual dipasaran. Walau pun ketiga-tiga unsur tersebut diperlukan dengan kuantiti banyak tetapi unsur pekit seperti Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S), Zat Besi /Ferum (Fe), Manganese (Mn), Zink (Zn), Boron (B), Kuprum (Cu) dan Molybdenun (Mo)  juga signifikan keperluannya. Jadual dibawah menunjukkan nama-nama nutrien dalam Bahasa Inggeris dan Simbol-simbol yang digunakan. Setiap jenis unsur tersebut di ukur dalam bentuk yang boleh sidapati seperti bagi Nitrojan (N), Posforan (Posforus okside- P205), Kalsium (Kalsium Oksaid - CaO) dan sebagainya. 






Jadual diatas bagi tanaman Jagung (Zea mays) contohnya memerlukan sebanyak 150 kg/ha  untuk nutrien untuk menghasilkan sebanyak 6 mt bijirin jagung (6,000 kg). Nutrien lain yang diperlukan adalah seperti Posforus (60 kg/ha), Kaliam (120 kg/ha), Kalsium (15 kg/ha), Magnesium (35 kg/ha), Sulfur (17 kg/ha), Zat Besi (15 kg/ha), Manganese (0.4 kg/ha), Zink (0.3 kg/ha), Boron (0.15 kg/ha), Kuprum (0.10 kg/ha) dan Molybdenum (0.01 kg/ha). Tanaman jagung juga merupakan tanaman bijirin utama didunia yang menghasilkan jagung untuk dijadikan makanan manusia dan makanan haiwan memerlukan semua 12 jenis nutrien diladang. Kegagalan untuk membekalkan nutrien tersebut dengan kadar yang mencukupi akan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut, pengeluaran bunga kurang, pokok jagung mudah diserang perosak, pokok rebah dan akan memberikan hasil yang sedikit serta rendah kualitinya.


Berbeza dengan pokok Saderi (Apium graviolens) atau Celery yang hanya perlukan 5 jenis sahaja unsur iaitu nutrien untuk pertumbuhan yang sempurna. Bagi menghasilkan 80 mt saderi sebanyak 206 kg unsur Nitrojan sehektar diperlukan. Unsur lain adalah seperti Posforus (154 kg/ha), Kalium (240 kg/ha), Kalsium (316 kg/ha) dan Magnesium (24 kg/ha). Sadri memerlukan masa selama 6 minggu untuk dituai selepas ditanam. Penuaian celery di kawasan Eropah dijalankan dalam 4-5 kali pemotongan ratoon tetapi saderi di Malaysia jarang-jarang di buat ratoon. Bahan nutrien Unsur Pekit tidak kritikal untuk pertumbuhan saderi. Sebenarnya telah banyak kajian dijalankan oleh agronomis untuk mengetahui keperluan kadar nutrien dalam tanah untuk tumbuhan. Pelbagai faktur membezakan keperluan unsur makanan tumbuh-tumbuhan bergantung kepada jenis tanaman, jenis tanah, cuaca, altitud, umur pokok, sistem pengairan dan banyak lagi. Artikel ini diharap telah dapat menambahkan sedikit maklumat berguna kepada pembaca semua. Wasallam.


NUTRIEN DIPERLUKAN... UNTUK TUMBUHAN...
UNSUR UTAMA... MEMANG N,P,K DI PERLUKAN...
UNSUR PEKIT.. PENTING DIBEKALKAN...
TABUR BAJA... MENETUKAN KESUBURAN... 


By, 
M Anem 
Conference Room, Aras 8,
Gold Course Hotel,
Kelang, Selangor ,
Malaysia.
(17 Rejab 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...