KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, June 7, 2012

AHLI BOTANI

AHLI BOTANI (Botanist) merupakan seorang pakar sains yang  terlibat dengan aktiviti atau belajar mengenai hidupan jenis tumbuh-tumbuhan termasuk pengkelasan tumbuh-tumbuhan, Struktur dan Taksonomi Tumbuh-tumbuhan, Fisiologi Tumbuhan, Ekologi , Evolusi Tumbuhan, Pembiakan, Penyakit, Pengembangan dan juga kepentingan tumbuh-tumbuhan tersebut dalam ekonomi. Tumbuh-tumbuhan yang ada di muka bumi ini berbeza-beza mengikut keadaan persekitaran , lokasi, jenis, faktur cuaca dan sebagainya melalui proses adaptasi dan evolusi zaman. Sains Botani adalah satu daripada ilmu sains yang melibatkan Sains Tumbuhan dan juga Sains Biologi Tumbuhan yang melibatkan lebi dari  17 jenis bidang. Selain skop tumbuhan sains botani menggkaji hidupan seperti Lumut (Algae), Bakteria, Kulat dan juga Virus. Artikel kali ini saya menulis menganai Ahli Botani dan sains berkaitan botani untuk di kongsi bersama bedasarkan pembacaan dan pembelajaran semasa di universiti dahulu. 


Ahli Botani adalah mereka yang mempelajari mengenai ilmu sain botani dan menjalankan tugas dalam bidang tersebut. Diantara bidang kajian dan aktiviti Ahli Botani adalah seperti mengkaji spesis-spesis baru dan juga menjalankan kajian atau penyelidikan  bagaimana tumbuh-tumbuhan itu tumbuh dalam keadaan berbeza. Ahli Botani juga ada juga menggunakan mikroskop untuk memperincikan kajian struktur-struktur sesuatu tumbuhan. Sementara itu skop tugas juga sebagai pengkaji hanya kepada struktur tumbuh-tumbuhan dengan melakukan kerja lapangan hanya dengan tumpuan kepada corak pertumbuhan sesuatu tumbuhan. Ada ahli botani yang menjalankan sesebuah kajian itu dan menukar bahan kimia yang mudah kepada bahan kimia kompleks semata-mata untuk menentukan bagaimana sifat sesuatu tumbuhan itu. Akhirnya seorang ahli botani mampu mengkaji bagaimana informasi genetik dalam DNA mengawal perkembangan sesuatu tumbuhan.


Ahli Botani mempunyai lebih dari 17 disiplin dimana diantara pengkhususan dalam bidang Sains Botani adalah seperti dalam bidang (1) Anatomi (Anatomi) – Bidang ini adalah kajian yang berkaitan tentang struktur mikroskopik tumbuhan (sel dan tisu). (2) Biokimia (Biochemistry) – Ianya meliputi pelbagai aspek pemprosesan kimia dalam kehidupan tumbuhan. Ini termasuklah penghasilan kimia oleh tumbuhan (phytochemistry). (3) Biofizik (Biophysics) – Bidang ini adalah sains yang mengaplikasian fizik kepada proses hidup tumbuhan. Bidang ini kini mendapat perhatian yang serious dari ramai saintis diseluruh dunia. (4) Sitologi (Cytology) – Bidang ini menumpukan kepada kajian mengenai Struktur, Fungsi dan sejarah hayat sel tumbuhan. (5) Ekologi (Ecology)– Ekologi merupakan sains botani yang mengkaji diantara perhubungan tumbuhan dengan persekitaran baik secara individu ataupun berkelompok. (6) Genetik (Genetics)– Sains Genetik merupakan satu sains yang mengkaji akan variasi dan asal usulnya tumbuhan itu. Pengkajian gen dan fungsinya dalam tumbuhan dilakukan oleh ahli genetik. Sains genetik penting untuk program pembiakbakaan tumbuhan dimana ahli botani perlu terlibat.


Bidang yang menjadi pengkhususan sebagai seorang ahli bitani seterusnya adalah seperti (7) Biologi Molikular (Molecular biology)– Ini adalah satu bidang yang melibatkan pengkajian fungsi dan struktur biologi molikul makro, termasuk biokimia dan aspek molikul sesuatu genetik. (8) Morfologi (Morphology) – Bidang ini merupakan satu sains yang menentukan pembetukan makroskopik tumbuhan. Kajian evolusi dan perkembagan daun, akar dan batang dilakukan oleh ahli morfologi. Ciri-ciri marfologi tumbuhan dijadikan asas penting dalam pencirian varieti tumbuhan terutamanya untuk tanaman makanan. (9) Fisiologi (Physiology) – Bidang ini melibatkan kajian tentang fungsi dan pemprosesan utama tumbuhan. Sebagai contoh, paling ,udah kita nak tahu adalah Proses Fotosintesis dimana ianya melibatkan daun tumbuhan , cahaya matahari, oksijan dan zat galian yang menghasilkan tenaga dan makanan adalah subjek yang antaranya dikaji. (10) Paleobotani – Sain ini mengkaji berkenaan biologi dan evolusi fosil tumbuhan. Mereka menjalankan kajian daripada lokasi dimana berlaku proses perputan dan kajian berkaitan asal usul tumbuhan. (11) Ekologi Sistem – Model yang digunakan adalah berbentuk matematik bagi menjelaskan konsep tertentu seperti kitaran zat makanan.

Dalam sains Botani terdapat beberapa pengkhususan dalam bidang Sains Botani untuk Organisma atau hidupan halus. Diantara bidang pengkhususan untuk botani organisma adalah seperti 
(1) Briologi – Bidang ini mengkaji berkaitan lumut dan juga tumbuhan yang seumpamanya. Aspek identifikasi, klasifikasi dan ekologi lumut juga turut dikaji. (2) Lichenology – Biologi lichens adalah mengenai satu organisma yang terdiri daripada fungus dan alga. (3) Mikologi (Mycology) – Ini merupakan botani yang melibatkan biologi fungus. Fungus sebenarnya mempunyai kesan yang besar terhadap dunia kita. Ia penting dalam biosfera dan ianya dapat membantu mengitar semula bahan organik mati dalam proses pereputan tumbuhan. Malah ada beberapa fungus yang penting kerana menjadi pengeluar utama kepada hasil biologi seperti vitamin dan antibiotik.
(4) Mikrobiologi – Kajian mengenai organisma mikro. pengkhususan dalam bidang organisma di lakukan oleh Ahli organisma mikro sepertimana ahli mikrobiologi yang mengkaji bakteria. (5) Pteridology – Mengkaji mengenai paku pakis dan tumbuhan seumpamanya. Ahli pteridologi mengkaji semua aspek biologi paku pakis. (6) Phycology – Sains botani ini berkaitan dengan kajian mengenai algae, adalah merupakan asas rantaian makanan dalam persekitaran ekuatik. Juga dikenali sebagai ahli botani marin.

Negara kita mungkin tidak mempunyai ramai Ahli Botanis yang berkecimpong dalam sektor ini kecuali dibeberapa agensi penyelidikan kerajaan, swasta dan amat kurang yang buat secara persendirian. Bilangan saintis dalam bidang botani perlu di tambah untuk meningkatkan hasil kajian terutamanya untuk tanaman makanan dan buah-buahan tropika. Pihak universiti tempatan perlu menyediakan kursus-kursus berkaitan Sains Botani untuk menghasilkan graduan-graduan yang akan menjadi pakar dalam bidang ini. Sekian Wasallam.


By,
M  Anem
Room 1620, Hotel Gold Course,
Kelang, Selangor,
Malaysia

(16 Rejab 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...