KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, June 8, 2012

ANALISA TANAH

ANALISA TANAH adalah satu aktiviti yang dijalankan untuk menentukan kandungan unsur permakanan yang boleh diambil oleh tumbuh-tumbuhan dan kadar kontaminasi dalam tanah. Analisa ini lazimnya dijalankan menggunakan teknik khusus dengan mengambil sampel tanah dan di analisa menggunakan peralatan makmal yang sesuai didalam makmal dengan 'Standard Operation Procedure (SOP)' rutin secara saintifik dan sistmatik. Analisa tanah merupakan salah satu daripada ujian untuk mengetahui kandungan nutrien dalam tanah selain daripada ANALISA DAUN, ANALISA AIR dan ANALISA KANDUNGAN BAJA. Data daripada aktiviti di makmal merupakan data yang bersifat Fizikal dan Kimia dimana ianya memberikan status unsur atau nutrien dalam tanah. Tujuan utama aktiviti analisa tanah yang saya faham dan ingat semasa belajar dan berkursus adalah untuk menentukan dan meneliti tahap kesuburan tanah dan membuat pengesyoran (recommandation) pembajaan bagi meningkatkan kesuburan tanaman dan meningkatkan hasil pertanian. Malam Jumaat ini saya teruskan artikel kedua untuk berbincang informasi mengenai Analisa Tanah untuk pembaca semua.

Aktiviti Ujian Tanah untuk Analsia Tanah lazimnya dijalankan didalam makmal dengan peralatan khas dan agak rumit. Terdapat beberapa jenis ujian tanah yang menggunakan alatan Simpel (Simple Kit Soil Test) seperti alat eletronik untuk menguji tahap keasidan tanah menggunakan pH meter. Alat ini hanya akan membaca tahap keasidan dalam tanah dengan cepat dan tepat dan sangat mudah dibawa kemana-mana. Tetapi bagi ujian untuk menentukan kandungan unsur nutrien makanan atau unsur kimia memerlukan bahan asas tanah yang di ambil dari kebun dan di bawa ke makmal uuntuk dibuat analisa. Sampel tanah yang diambil perlukan protokol dan SOP yang khusus bagi mendapatkan bahan sampel yang betul dan menepati kehendak analisa tanah. Alatan seperti Pengorek Tanah (Soil Auger) perlu digunakan bagi mendapatkan sampel tanah pada kedalaman yang betul. 


Persiapan di makmal perlu disiapkan dahulu terutama dengan pemeriksaan peralatan dan mesin yang akan digunakan untuk membuat analis tanah. Peralatan tersebut mestilah dalam keadaan baik dan mempunyai kalibrasi (Calibbration) yang tepat agar data yang dikutip nanti akan memberikan keputusan yang betul mengenai pengesyoran tanah. Pastikan terdapat buku daftar utama yang akan mencatitkan sampel-sampel tanah yang diterima dan disimpan sebelum dianalisa mengikut susuan yang betul. Buku Daftar ini perlu di kemaskini sehingga data analisa dikeluarkan dan dihantar kepada pemohon analisa. Borang-borang khas digunakan dalam sistem penerimaan dan penghantaran maklumat. Pastikan bahan-bahan kimia dan cecair yang mencukupi untuk membuat ujikaji yang akan dijalankan. Bahan Kimia tersebut mestilah dalam keadaan belum rosak (maih belum ;expired') ketika menjalankan analisa. Kebanyakan sampel tanah yang diterima perli di simpan dengan sempurna untuk dianalisa mengikut kepentingan dan keutamaan.


Diantara beberapa Analisa Tanah yang perlu dijalankan di Makmal adalah seperti Penetapan Analisa Kadar Air Dalam Tanah, Penentuan kadar aliran letrik dalam tanah, Penentuan pH atau Keasidan Tanah, Penentuan Kadar Keperluan Pengaporan untuk tanah dan juga Penentuan  Kaedah Keasidan Tanah yang boleh ditukar.  Analisa Tanah yang lain adalah berkaitan dengan TEKSTUR tanah sama ada ianya menggunakan kaedah penetapan tekstur secara Pipet atau secara Hydrometer. Bagi analisa kandungan nutrien dalam tanah seperti kandungan Posforus (P)  dan Kaliam (K) akan dijalankan dengan Kaedah Ekstrak HCL (pada kepekatan 25%). Kaedah ini akan memberikan data mengenai kandungan P dan K dalam sampel tanah. Jika kita hendak menentukan kandungan P yang tersedia lazimnya akan menggunakan Teknik Methode Olsen atau Methode Bray.   Kaedah DPTA pula sering digunakan untuk menentukan kandungan unsur mikro seperti Fe, Mn, Zn dan Cu dalam tanah. Ada juga kaedah yang dinamakan Teknik Morgan Wolf bagi mengesan kandungan unsur Makro dan juga Unsur Mikro sekali gus. Nagi menentukan kandungan N dlam tanah dijalankan secara khas bagi menentukan kandungan N secara total atau pun C-Organik. Kandungan logam berat juga perlu dijalankan pada sampel tanah untuk menentukan tahap yang minimum. Sebenarnya terdapat banyak cara kita boleh menganalisa tanah di maklam bagi mendapatkan data. Data ini akan di analisa menggunakan sistem khusus yang mana pada masa ini banyak sistem berkomputer yang membantu mempercepatkan keputusan analisa tanah.


Data yang di analisa akan di kalibrasi dan di tukar kepada maklumat yang boleh difahami oleh pegawai pertanian dan petani. Sebagai contoh mungkin tanah dari kebun A perlukan baja kampor sebanyak 20 kg/ha, Baja N tambahan 36 kg/ha, Baja Mikro Boron, Mn dan Fe mengikut kadar yang dinayakan dalam keputusan makmal. Oleh itu maka petani perlu mendapatkan baja-baja yang mempunyai formulasi seperti kehendak syor dari analisa tanah untuk mempastikan keadaan tanah akan menjadi subur dan meningkatkan hasil. Sesungguhnya Analisa Tanah adalah satu aktiviti yang perlu dipergiatkan di negara kita kerana ini akan meningkatkan tahap penggunaan teknologi. Jabatan Pertanian difahamkan ada memberikan khidmat analisa tanah di beberapa makmal tanah yang ujud diseluruh negara. Khidmat ini nagi membantu petani terutama dari kawasan projek tumpuan jabatan seperti di Projek TKPM, Projek Tanah Terbiar dan beberapa projek komersil lain diseluruh negara. Wasallam.


ANALISA TANAH...PENTING KEDUDUKANNYA...
SAMPEL TANAH... DI AUGER CARANYA...
DIUJICUBA DI MAKMAL.... DATA DIPUNGUTNYA...
DAPAT PENGESYORAN BAJA...AMALKANNYA...


By,
M Anem
Jalan Istana, Air Keroh,
Melaka , Malaysia.
(18 Rejab 1433)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...