Friday, June 15, 2012

BAHAYA RACUN PEROSAK


Racun Makhluk Perosak (PESTICIDE) adalah bahan yang digunakan untuk memusnah dan mengawal serangga atau tumbuhan perosak. Contoh racun makhluk perosak ialah racun paraquat, organofosfat, organoklorin, glifosat dan karbamat dan banyak lagi yang dijual untuk kegunaan petanian dan domestik. Racun makhluk perosak berguna untuk mengawal makhluk perosak dan meningkatkan penghasilan pertanian tetapi ia juga berbahaya kepada manusia. Di rumah sering kita gunakan racun makhluk perosak untuk menyembur serangga seperti Nyamuk, Lalat dan Lipas juga tergolong dalam jenis racun serangga kelas III atau Kelas IV. Siapa kata racun tersebut tidak erbahaya kepada kesihatan kita!....  Semua jenis racun kebanyakannya adalah mengandungi bahan yang boleh merbahayakan manusia jika  tdak digunakan dengan sempurna. Artikel hari Jumaat ini saya menulis mengenai Bahaya Racun Perosak untuk tatapan anda semua.

Bagaimana keracunan boleh berlaku?
Seseorang boleh terdedah kepada keracunan racun makhluk perosak melalui 3 cara iaitu yang pertama dengan keadaan dimana kita tertelan makanan atau minuman yang dicemari racun makhluk perosak, melalui sentuhan kulit dengan racun makhluk perosak dan dengan cara terhidu racun makhluk perosak.

Siapakah mereka yang berisiko?
Mereka yang berisiko adalah orang yang terlibat dengan penggunaan racun perosak terdiri daripada Petani dan Pekerja ladang atau Pekerja Estet yang membuat semburan. Golongan ini sering menghadapi risiko terhadap kesan toksik semasa membancuh, menyembur, mencuci tong, menyimpan racun dan berjalan dikawasan yang baru disembur racun. Pengalaman saya semasa bertugas di estet Pamol di Kluang dulu melihat bagaimana pekerja ladang tidak mematuhi peraturan keselamatan menggunakan racun menyebabkan ada yang mempunyai sakit kulit. Kumpulan lain adalah mereka yang berkerja dalam kilang atau pekerja kilang racun makhluk perosak juga terdedah kepada risiko keracunan.

Gejala Terkena Racun
Mungkin ramai diantara kita yang kurang tahu akan simptom atau tanda-tanda kita terkena racun perosak. Pendedahan kepada racun makhluk perosak boleh menyebabkan kecederaan kepada badan dan anggota serta organ badan tanpa disedari. Diantara tanda atau gejala terkena racun iaitu kesan serta-merta seperti sakit kepala, loya, berpeluh, kulit merengsa dan malah pada tahap yang serius boleh menyababkan kes-kes kematian. Kita juga mungkin terdedah untuk kesan jangka masa panjang seperti tangan mengeletar, kelupaan, kurang daya ingatan, kurang daya tumpuan, kekuningan mata serta keletihan. Jenis racun sistemik memang mempunyai kesan jangkapanjang yang kita tidak sedar. Awasi dan buat pemeriksaan doktor sekiranya kita menggunakan racun dan ada simptom diatas dengan segera.

Komplikasi yang paling teruk boleh terjadi akibat keracunan ini?
Kita perlu faham yang racun perosak mampu menyebabkan kerosakan pada organ dalaman dalam jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang. Daripada kes-kes yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dilaporkan bahawa terdapat kes-kes krosakan kekal fungsi ginjal (buah pinggang), hati, paru-paru dan saraf serta kemandulan dan kematian akibat terdedah kepada racun. Kematian dengan meminum racun untuk tujuan bunuh diri bagaimana pun tidak termasuk didalam kes yang kita bincangkan.

Rawatan Terkena Racun
Adakah anda tahu bagaimana langkah-langkah rawatan jika terkena racun ? Paling penting di peringkat awal dimana rawatan kecemasan perlu diberi serta merta untuk menyelamatkan nyawa mangsa. Jika ada kes maka dengan segera bawa mangsa terlibat ke tempat yang selamat yang mempunyai pengudaraan yang baik seperti kawasan lapang atau kawasan tidak tercemar dengan racun. Ingat jangan pula kita yang terkena akibat menolong mangsa. Kemudian kita tanggalkan pakaian yang tercemar dan jangan cuba memaksa pesakit untuk muntah. Bersihkan bahagian tubuh atau anggota yang tercemar dengan racun makhluk perosak dengan menggunakan air yang banyak selama 15-20 minit. Hantarkan mangsa terlibat ke hospital dengan segera. Jangan lupa untuk membawa bekas racun yang terlibat ke hospital bersama pesakit. Ini memudahkan doktor untuk mengenalpasti jenis racun yang terkena untuk memudahkan pemberian ubat atau anti-dot yang sesuai. 

Mencegah Kejadian Keracunan?
Kita boleh mencegah kejadian keracunan Racun Makhluk Perosak dengan mengambil langkah awal pencegahan. Pertama sekali pastikan anda tahu jenis racun makhluk perosak yang digunakan dengan membaca label dan Kelas Racun Tersebut. Racun Kelas 1 adalah sangat merbahaya berbanding dengan racun kelas IV dan Kelas V. Pastikan racun yang digunakan adalah racun berdaftar dengan LPRMP dan jangan gunakan 'racun haram'. Kita perlu patuhi setiap arahan pengendalian racun makhluk perosak yang dibekalkan oleh pengeluar setiap masa yang ditulis pada label dan peraturan keselamatan. Ketika menggunakan kita perlu mengmalkan teknik pengendalian yang selamat dan betul. Labelkan bekas racun makhluk perosak dengan betul sebelum menyimpanan dan baki racun yang tidak habis digunakan. Dalam setor penyimpanan perlu disimpan racun makhluk perosak di tempat yang berkunci dan berasingan dari barang-barang lain. Jangan pindahkan racun makhluk perosak ke dalam bekas lain; gunakan bekas yang asal sahaja.  Jangan gunakan semula bekas racun makhluk perosak yang telah kosong.         Lupuskan semua bekas racun makhluk perosak yang kosong dengan menanam dalam tanah yang sesuai atau hantar kepada pihak tertentu yang dilantik.                  Gunakan alat pelindung diri yang sesuai dengan cara yang betul.


Apakah amalan pengendalian yang selamat?
Langkah keselamatan menggunakan racun ada di berikan oleh pegawai teknikal dan penjual racun. Paling asas adalah dimana kita perlu memakai pakaian dan peralatan pelindung diri yang sesuai  untuk menjalankan aktiviti meracun. Kita perlu sentiasa menggunakan sarung tangan semasa membancuh racun makhluk perosak. AWAS! Jangan makan, minum atau merokok semasa mengendalikan racun. Ini merupakan pantang kerana siapa tahu akan berkalu kemalangan akibat pencemaran racun terhadap makanan tersebut. Sering diingatkan agar kerja-kerja penyemburan racun makhluk perosak mestilah menurut arah angin. Ini elakkan racun terkena badan kita. Basuh bahagian badan yang terdedah SEGERA dan mandi selepas setiap kali mengendalikan racun.

Pakaian sesuai dan selamat ketika meracun
Perkara ini sering diwar-warkan dalam banyak massmedia dan risalah keselamatan pengendalian racun perosak. Ramai petani di luar bandar yang kurang sensitif tentang perkara ini dan diambel ' enteng' sahaja. Mereka tidak pedulikan pakaian yang digunakan. Pastikan kita memekai Baju berlengan panjang dan seluar panjang, memakai Topi, Apron plastik, Kasut atau But keselamatan, Sarung tangan getah, Topeng muka dan Kacamata pelindung mata. Ramai pengguna kata pakaian ini kurang selesa kerana panas, berat dan leceh. Mana lebih penting?... Keselesaan atau risiko terkena racun?

RISIKO RACUN.... AMAT MERBAHAYA....
KALAU TERKENA... MENGANCAM NYAWA...
BACA LABEL... PASTIKAN CARA GUNANYA...
PERIKSA KESIHATAN...DOKTOR PASTIKANNYA...

By,
M Anem
TKPM Sg Blankan, Sg Pelek,
Sepang, Selangor.
Malaysia
(25 Rejab 1433H) 

1 comment:

armouris said...

terjumpa info ni, pasal keracunan makanan… sharing is caring :) - Keracunan Makanan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...