KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, March 2, 2011

PEPATUNG


PEPATUNG atau DRAGONFLY (Anisoptera) adalah sejenis serangga dalam Order ORDONATA , Suborder EPIPROCTA dan Infraorder ANISOPTERA yang mempunyai 11 Keluarga dan ianya terdapat diseluroh dunia. Nama-nama lain serangga ini adalah Dragonfly, Damselfly (English), Pepatung; Patung-patung, Sibur-sibur, Sesibur (Malaysia), Capung (Indonesia), Kinjeng (Jawa Muar - Kampung saya) dan banyak lagi. Saya memang kenal pepatung (dragonfly) semenjak kecil lagi dan suka memerhatikan pergerakannya terutama ketika dragonfly terjun atas permukaan air berulang-ulang kali - untuk mandi kata rakan-rakan sebaya. Saya juga ada membuat 'senapang karet' untuk menembak dragonfly dan membunuhnya ketika kanak-kanak dulu...sungguh seronok!. Artikel kali ini saya akan cuba mengupas maklumat dragonfly berdasarkan pembacaan beberpa buah buku, majalah trubus, maklumat dari website dan pengalaman penulis yang terlibat dalam sektor pertanian.

Dragonfly atau pepatung adalah serangga yang mempunyai sepasang mata besar 360 darjah yang kompleks dan sepasang kepak besar yang jernih (transparent) dan kuat. Serangga ini seperti serangga lain mempunyai 6 kaki dan tidak mampu berjalan. Kajian para saintis menunjukkan pepatung gergasi merupakan serangga paling pantas terbang dengan kadar purata kelajuan sehingga 60 batu sejam atau 97 km sejam! wow...macam naik kereta lajunya. Gerakan kedua-dua kepak yang sangat laju dan bentuk badan yang ringan serta 'aerodinamik' menyebabkan 'Pepatung Gergasi' mampu terbang laju. Pepatung bersaiz Besar pula mampu terbang dengan kelajuan 10-15 meter sesaat atau 20-25 batu sejam dan pepatung bersaiz sederhana terbang dengan kelajuan 4.5 meter sesaat (10 bsj). Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai serangga pepatung yang ada dikeliling kita untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan pembaca blog ini.

Kajian mendapati pepatung betina bertelur diatas permukaan air dan telurnya akan berada pada permukaan air atau melekat pada tumbuhan dalam parit atau kolam. Saya sering perhatikan pepatung betina akan masuk keseluruhan badannya dalam air (menyelam) untuk bertelur beberapa kali dalam air. Telur pepatung akan menetas untuk jadi 'Nymph' dimana jangkahayat pepatung paling lama adalah dalam bentuk nymph dalam air. Nymph (Lihat Foto) ini berada dibawah permukaan air dan makan menggunakan taringnya untuk memakan jentik-jentik nyamuk atau sebarang hidupan yang berada dipermukaan air. Pada peringkat ini iannya mempunyai insang untuk pernafasan dalam air dan berenang. Kajian menunjukkan larva pepatung biasa hidup antara 2 bulan hingga 3 tahun dalam air (ada yang dilaporkan sehingga 5 tahun). Saya sebelum ini pun kurang mengetahui akan perkara ini. 

Apabila larva atau nymph ini sudah bersedia untuk jadi pepetung dewasa (metemorphosis) maka larva akan naik kedarat dan hinggap pada daun tumbuhan yang terdapt disekelilingnya dan mula mengeras dan bernafas. Pembentukkan dua pasang kepak yang jernih dan kuat akan berlaku dan juga bahagian mata, kaki, ekor dan sebagainya. Pada waktu ini ia makan serangga halus, hamama atau kutu daun sehingga ianya mampu untuk terbang. Kajian mendapati pepatung satu-satunya serangga unik yang mampu terbang 6 arah ; KEDEPAN, KEKIRI, KEKANAN, KEBELAKANG, KEATAS dan KEBAWAH dengan pantas dan cepat menggunakan kepak dan ekornya yang unik. Pepatung dewasa biasanya mampu hidup antara 5 - 6 bulan.

Saya juga mengetahui semasa belajar di Universiti dulu bahawa pepatung adalah sejenis serangga pemangsa (Predator) yang sangat berguna dalam sektor pertanian. Kenapa ?.... Ini kerana pepatung memakan serangga perosak tanaman seperti Lalatbuah (Dacus dorsalis) atau(Fruit Fly - foto sebelah), Nyamuk, belalang kecil, kumbang, semut, hamama dan banyak lagi. Dikawasan kebun mangga atau buah-buahan tropika seperti jambu batu, nangka, betik, belimbing dan lain-lain pepatung akan mengurangkan populasi lalat buah dengan baik sekali. Bagi lokasi seperti di kawasan perumahan di bandar dimana terdapat pepatung yang banyak akan memakan nyamuk yang membiak dikawasan berhampiran.

Di Malaysia tiga jenis pepatung ialah Dragonfly yang mempunyai saiz besar dan sederhana dan sejenis lagi di panggil Pepatung Jarum atau Damselffly yang kecil dan perlahan (Lihat foto sebelah). Satu jenis lagi di panggil sebagai Anisozygotera iaitu kombinasi antara keduanya. Serangga kecil ini mempunyai pelbagai warna menarik seperti biru, merah, hijau, hitam, ungu, kuning, silver dana banyak warna lagi. Musuh utama yang memakan pepatung seperti burung, cicak, megkarung dan semua haiwan pemakan serangga. Labah-labah yang memasang jaring (spider-web) juga merupakan pembunuh tegar dimana pepetung yang sangkut pasti akan jadi makanan labah-labah. Semut dan kerengga juga kadang-kadang tangkap kaki pepatung untuk dijadikan makanannya.

Pepatung telah dijadikan inovasi oleh manusia untuk mencipta 'Helikopter' yang mampu terbang dengan konsep yang sama. Rekabentuk, cara pergerakan, cara terbang banyak menggunakan pergerakan pepatung. Ramai antara kita akan tertarik bagaimana pantas dan uniknya kaedah pepatung bergerak. Helikopter menggunakan kipas diatas untuk naik dan turun, ekor di belakang untuk menghala laluan dan turbo di belakannya untuk maju kehadapan. Pergerakan pepatung adalah sesuai untuk memburu mangsa yang terdiri daripada serangga kecil lain yang terbang dengan pantas. Dengan mempunyai kepak yang tidak berwarna dan kaki yang kuat, pepetung mampu menangkap mangsa dengan cekap dan pantas. Serangga ini dimakan dengan mulutnya yang mempunyai gigitajam dan kuat.

Pepatung merupakan sejenis serangga yang ujud semenjal zaman purba dimana terpapat fosil-fosil yang ujud semasa zaman dinosour yang musnah akibat perubahan iklim dunia. Serangga ini dikaitkan dengan pelbagai kepercayaan agama, kebudayaan dan kepercayaan diseluroh dunia. Kehebatannya dalam mengadaptasi cuaca, iklim dan suhu menyababkan ianya terus ujud dan membiak sehingga kini. Pepatung dikaitkan dengan alam sekitar yang bersih, mampan dan tidak tercemar dimana ianya ianya tinggal. Keujudan air sangat penting untuk pepatung membiak. Dikalangan para saintis pepatung beoleh di katakan sebagai "Doktor Udara" dimana ianya memakan serangga pembunuh manusia seperti nyamuk aedes dan nyamuk tiruk.

AMARAN: JANGAN SUKA BUNUH PEPATUNG!

NAMA SIBUR-SIBUR...JUGA PEPATUNG.....
DRAGONFLY, DAMSELFLY....JUGA DIGABUNG....
TERBANG PANTAS....40-60 KM SEJAM....
SERANGGA BERGUNA....BOLEH BERGANTUNG....


Related articles you may read:
1. Kerengga (Klik disini)
2. Semut Hitam (Klik disini)
3. Fruit Fly (Click Here)
4. Belalang Kunyit (Klik disini)
5. Bee Keeping Eqiipments (Click here)


By,
M Anem
Senior Agronomist
Pasir Gudang
Johor
Malaysia
(Kemaskini pada 6 Mei 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...