Support My Blog

Monday, March 21, 2011

SAWI PUTIH (Pak Choi)

SAWI PUTIH (Brassica rapa L. cv group Pak Choi) merupakan sejenis sawi dari Keluarga Cruciferae yang di tanam di Malaysia untuk kegunaan daun segar bagi pasaran domestik dan ekspot. Sawi Putih merupakan salah satu daripada beberapa jenis sawi yang ditanam di Malaysia seperti Sawi Pahit, Sawi Hijau, Sawi Kerinting, Sawi Jepun dan beberapa jenis lagi. Keluasan tanaman sawi di Malaysia pada 2010 seluas 2,300 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 24 juta metrik tan. Negeri Johor menanam 28% daripada jumlah keluasan penanam sawi di Malaysia terutama di Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, KulaiJaya, Kluang dan Muar. Nama lain bagi sawi putih adalah Chinese cabbage ; celery cabbage (English), Chou de chine ; chou de shangton (Perancis), paksoi ; pecai ; sawi putih (Indonesia), Sawi Putih ; pak choi (Malaysia), phakkat-khaokwangtung (Thailand), peechay (Filipina) dan pechhaay ; spei khiew (Kemboja). Artikel ini saya memberikan maklumat mengenai teknologi tanaman sawi putih iaitu sebahagian dari industri sayuran di Malaysia dan dari kajian persendirian dan bacaan dari buku lama teknologi sayuran di ASEAN.

Sawi Putih dipercayai berasal dari negara China dan disebarkan ke Jepun serta Asia Tenggara termasuk ke Melaka pada kurun ke 15. Kini sawi putih di tanam diseluroh dunia termasuk di Eropah dan benua Amerika. Sawi Putih popular di kalangan penduduk Malaysia dan Filipina tetapi agak kurang di kalangan penduduk Thailand dan Indonesia. Di Filipina sahaja lebih dari 125,000 metrik tan sawi putih dihasilkan setahun sementara di Malaysia melebihi 190,000 metrik tan setahun. Sawi Putih digunakan sebagai sayuran segar dari daun yang rangup dan di masak tumis atau dalam sop. Sawi Putih jarang-jarang di makan tanpa di masak. Saya paling suka masakan sawi putih dengan santan kelapa yang di panggil sebagai "Bobor" oleh masyarakat Jawa di Muar. Sawi Putih jarang-jarang di proses untuk jeruk di negara ini.

Tumbuhan sawi putih adalah jenis renek yang tumbuh menegak dengan mencapai ketinggian 15-30 cm semasa vegetatif. Daun tersusun secara spiral berwarna hijau gelap atau hijau keputihan dan agak berkilat dengan saiz 7-20 cm x 7-20 cm. Jika berbunga berwarna kuning pudar dengan panjang 1 cm dengan saiz bunga 6 mm x 12 mm (Kecil sahaja). Di Negara temperate seperti China bunga dihasilkan untuk mengeluarkan biji benih (perlu 'long daylength') tidak seperti di Malaysia. Buah sawi pahit dalam kantung (silique) mengandungi 20-30 bijibenih) berwarna coklat kehitaman dengan garispusat 1 mm (Lihat foto sebelah).

Bahagian sawi putih hampir semua boleh di makan kecuali sedikit bahagian akar yang di buang (Kurang dari 15%). Semasa mengutip hasil cuma 14% sahaja bahagian yang di buang iaitu akar dan daun tua yang rosak. Setiap 100 gram sawi putih mengandungi 93 g air, karbohiderat 3.1 g), Serat (0.7 g), Proti (1.7 g), Beta-carotene (2.3 mg), Vitamin C (23 mg), Ca (103 mg), P (46 mg), Fe (2.6 mg) dan sebanyak 86 kilojoule tenaga. Kajian saya mendapati setiap 1,000 biji sawi putih beratnya cuma 3-5 gram sahaja iaitu sangat halus. Berapa pula agaknya harga 1 kg biji benih sawi putih ? Cuba jawab . . . . .

Kawasan yang sesuai untuk tanaman sawi putih mesti dari tanah subur jenis lom berpasir atau tanah gambut yang mempunyai saliran yang baik serta bekalan air bersih yang mencukupi. Batas tanaman disediakan dan digaul dengan baja organik dengan kadar 10 - 20 mt sehektar. Sebaiknya di gunakan racun pra-cambah terlebih dahulu untuk mengawal rumpai. Penanaman menggunakan biji benih yang disemai dalam kotak semaian atau ada juga yang menabur terus biji benih keatas batas setelah dicampu dengan pasir halus dan racun kulat. Keperluan benih tabur terus 3-5 kg sehektar. Petani di Malaysia lazim menabur terus benih sawi hijau dan di buat penjarangan agar jarak tanaman 10-20 cm x 10-20 cm. Kaedah menabur terus mempercepatkan penuaian hasil cuma 28 - 30 hari sahaja.

Pembajaan bagi sawi hijau menggunakan baja NPK 15:15:15 pada peringkat penyediaan batas tanaman dengan kadar 60 kg/ha N, 40-80 kg/ha P dan 80-110 kg K. Minggu kedua diberikan baja N sebanyak 55-75 kg sehektar. Kerja-kerja mengawal rumpai dijalankan sekali semasa membuat penjarangan dan apabila kanopi pokok rapat rumpai tidaak menjadi masaalah lagi. Pokok sawi hijau perlukan air yang banyak iaitu kelempaban kira-kira 65-85% dan ini dijalankan dengan menyiram 2 kali sehari kecuali jika ada hujan. Petani yang saya lawati di Johor Bahru suka menanam sawi hijau di bawah Struktur kalis hujan (SPH) dimana ini mengurangkan kerosakan semasa musim hujan lebat. Penyiraman dibawah struktur dijalankan 2 kali sehari.

Sawi Putih kurang diserang penyakit serious kecuali Penyakit Reput Pangkal anak benih semasa musim hujan dikawal dengan racun kulat seperti Thiram. Penyakit Reput Batang (Erwinia spp) boleh berlaku jika tanaman dikebun dan juga kadang-kadang berlaku serangan Penyakit Clubroot (Plasmodiophora brassicae). Serangga yang merosakkan sawi outih seperti Kupu2 Diamond Black Moth (Plutella xylostella) dan Aphid (Aphid spp) yang di kawal dengan Bacillus thuringiensis bagi kupu2 serta racun serangga bagi Aphids.

Mengutip hasil sawi hijau seawal 3 minggu lepas tanam (tuaian awal) tetapi lazimnya kira-kira 30 hari lepas tanam dengan mencabut secara manual atau memotong pangkal pokok sawi putih. Hasil yang dituai dikumpulkaan dalam bakul sebeluk dibasuh untuk membuang kotoran. Jika hendak dijual tempatan akan dikat dengan kertas suratkhabar seberat 10-20 kg satu ikat. Penjualan secara borong sawi putih dimasukkan dalam bakul plastik atau Bakul Bulih dilembabkan dulu. Kerja lepas tuai perlu berhati-hati kerana sawi putih sangat rapuh dan rangup serta mudah patah. Kajian saya di Johor Bahru dan di Bukit Gambir, Muar mendapati anggaran penghasilan sawi putih sebanyak 10-15 mt sehektar di tanah gambut kawasan terbuka dan 15-20 mt diatas tanah mineral dibawah struktur pelindung hujan.

NAMA PAK CHOI.....DIPANGGIL SAWI PUTIH...
CEPAT BERHASIL....BOLEH JADI 'SUGEH' ....
MASAK LEMAK....BOLEH CAMPUR TAUGEH...
LEPAS TULIS BLOG.... BADAN PUN LETIH...

By,
M Anem
Presint sebelas
Ptjya
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...