KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, November 9, 2010

Cashflow MANGGA



Mangga (Magnifera indica) terdapat banyak klon-klon yang di tanam di Malaysia. Klon paling popular masa kini ialah Klon MA224 (Chok Anan) yang ditanam dengan luas di Perak, Melaka, Selangor dan beberapa negeri lain. Di Malaysia seluas 9,375 hektar tanaman mangga ditanam pada tahun 2009 dengan penghasilan sebanyak 24,510 metrik tan. Kawasan utama tanaman mangga ialah di Daerah Jasin Melaka (463 ha) diikuti Daerah Alor Gajah Melaka (419 ha) dan daerah Kuching Sarawak (271 ha). Klon-klon mangga lain yang popular ialah Klon MA 128 (Harum Manis), MA 162 (Foo Fatt / Golek), MA 165 (MAHA), MA 204 (Melele) dan MA 223 (Nam Dok Mai). Artikel kali ini saaya berbincang cashflow tanaman mangga untuk 15 tahun penanaman yang saya kaji untuk tatapan pembaca.

Jarak Tanaman mangga : 5.5m x 6m
Bil.pokok sehektar: 230 pokok
Jangkamasa Penanaman Cashflow : 15 Tahun




A. Aliran wang masuk:
Hasil Mangga sehektar = 166,100 kg
Pendapatan Kasar @ RM 3.00/kg = RM 415,250

B. Aliran wang keluar
1. Kos Pembangunan
a) Membersih Kawasan = RM 2,500
b) Perparitan dan saliran = RM 2,600
c) Penyediaan tanah (bajak, & batas) = RM 740
e) Sistem Pengairan =RM 10,800
f) Jalan Ladang = RM 3,600
g) Pagar =RM 1,645
Jumlah Kecil B1= RM 21,885

2. Kos Bahan Input
a) Baja CIRP = RM 39.56
b) NPK Green = RM 1,380.00
c)Baja NPK Blue = RM 31,988.40
d) Baja organik = RM 51,865.00
e) GML = RM 6,375.60
f) Racun rumput = RM 5,148.00
g)Racun serangga = RM 5,475.56
h) Racun Kulat = RM 5,409.60
i) baja foliar =RM 4,567.50
j) pelekat = RM 735.00
k) Peralatan ladang = RM 3,780.00
Jumlah Kecil B2 = RM 116,764.22

3. Kos tenaga kerja@RM 500/bln/org
Upah Pekerja = RM 162,000
Jumlah kecil B3 = RM 162,000

4.Kos Pelbagai
a)sewa tanah =RM 7,500
b) bahan api = RM 18,000
c) Penyelenggaraan Pagar = RM 658
d) Penyelenggaraan Jalan Ladang = RM 1,440
d) Penyelenggaraan Sistem Pengairan = RM 15,120
Jumlah Kecil B4 (RM) =RM 42,718.00

Jumlah Kos pENGELUARAN (b1,b2,b3,b4) = RM 343,367.22
Perbelanjaan luar jangka@ 10% = RM 34,336.72
Jumlah Kos Pengeluaran = RM 377,703.95


C.ANALISA KEWANGAN
Baki wang Tunai (RM) = RM 37,546.05
Baki wang Timbunan (RM) -
B/C RATIO = RM 1.10
Harga Pulang Modal (RM/kg)* = RM 2.27
Nilai NPV (10%) = (RM 13,556)
Nilai IRR = 6%
Keperluan pekerja
Tahun1-3 = 1 pekerja/ha
Tahun 4 & > = 2 pekerja/ha


By
M Anem
Tanam Mangga Chao anan
di Kg Tehel Melaka dulu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...