KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, November 6, 2010

Kepakaran Pegawai Pengembangan

Pegawai Pengembangan Pertanian perlu mempunyai kepakaran khusus sebagai asas dalam sistem penyampaian kepada pelanggan khususnya petani dimana mereka bertugas. Antara kepakaran yang perlu ada seperti kepakaran dalam bidang tanaman utama, kepakaran berkomunikasi, Kepakaran berucap, kemampuan mengetahui pendidikan dewasa, kepakaran dalam ICT, kepakaran dalam menguruskan orang ramai (crowd) dan sebagainya. Artikel kali ini penulis menjelaskan mengenai keperluan kepakaran pegawai dan petugas pengembangan pertanian untuk bacaan semua para pembaca blog.


Kepakaran Utama dalam bidang pertanian sama ada mengenai teknologi tanaman kekal, tanaman makanan, ternakan, perikanan, Industri Asas Tani dan lain-lain lagi sangat penting sebagai asas untuk menyampaikan teknologi. Kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat tersebut adalah dengan sentiasa membaca dan mendapatkan maklumat teknikal dari sumber-sumber yang sah dan betul seperti buku pertanian, risalah pertanian, Maklumat terbitan2 Jabatan Pertanian dan internet yang boleh dipercayai sumbernya. Mereka perlu fokus kepada beberapa jenis tanaman utama yang terdapat dalam kawasan ia bertugas. Jika kawasan tersebut merupakan kawasan tanaman padi, maka pegawai pengembangan kawasan mesti pakar dalam tanaman padi dari aspek agronomi, penyakit, variety, pembajaan, jadual tanaman, sistem pengairan dan lain2 lagi.


Jika kawasan perkhidmatan terdiri dari tanaman campuran pelbagai buah, sayuran, kelapa sawit dan getah maka pegawai pengembangan perlu mempunyai pengetahuan (knowledge) tanaman2 tersebut dengan tahap yang kompeten. Kemampuan memberikan penjelasan dengan baik kepada para petani dan pelanggan dibuat dengan cara yang betul dan jelas agar mereka faham. Contonya dalam menerangkan serangan Penyakit Pisang Moko maka PP Kawasan Pengembangan perlu benar-benar faham akan penyekit tersebut secara teknikalnya.


Seorang pegawaai pengembangan perlu mempunyai maklumat asas pelanggan dikawasannya ternasuk pprofil petani, umur, tahap pendidikan, komoditi yang dijalankan dan isu serta masaalah program pertanian dikawasnnya. Ada kes2 dimana Pembantu Pertanian Pengembangan tidak mempunyai maklumat yang mencukupi kerana baru bertugas. Mereka perlu mendapatkan bantuan daripada pegawai pengembangan yang telah lama bertugas.


Sietem Pengembangan Pertanian di Malaysia sampai kepada satu tahao baru dimana kaedah pengembangan telah pun diubahsuai mengikut peredaran zaman. Kini petani tradidtioal agak kurang dan yang ramai adalah petani komersial yang mempunyai modal, tanah dan penuaian hasil yang sistematik.


By
Mo Anem
Kesang
Muar
Johor


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...