Saturday, November 6, 2010

KERETA SORONG (Wheelbarrow)




Kereta Sorong atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai "Wheel Barrow' merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian sebagai perkakas yang penting. Alatan ini merupakan sahabat kepada petani dan juga pekerja dalam pembinaan (Construction) untuk memudahkan kerja-kerja pengangkutan. Barang yang berat dapat di ringankan dengan menggunakan kereta sorong dan di tolak atau di tarek menggunakan tangan manusia. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat mengenai alatan bernama 'Kereta Sorong' atau 'Wheel Barrow' berdasarkan pengalaman penulis dan kajian yang dijalankan kerana penglibatan penulis dalam bidang pertanian selama 30 tahun.

Kereta Sorong meringankan beban berat barang atau bahan yang diangkat kerana bebanan tersebut di alihkan kepada sistem roda dan pemegang. Kereta sorong mempunyai Komponen Satu Roda, Sepasang Pemegang, Sepasang Kaki dan Bekas Pengisian. Roda kereta sorong biasanya berukuran 2-2.5 kaki diameter terdiri daripada rim besi dan tayar getah berwarna hitam sama ada mempunyai tiub angin atau 'Tayar Mati'. Jika gunakan Tayar Angin maka kereta sorong tersebut 'agak ringan' digunakan dengan jika gunakan tayar mati yang 'agak berat'. Kebaikan tayar mati ialah ia tidak mudah bocor dan tahan lama.

Komponen struktur utama kereta sorong terdiri dari 'besi hollow' yang kuat dengan sepasang pemegang pada penghujung besi tersebut. Pemegang biasanya dibalut dengan getah lembut agar selesa dan mempunyai 'grip' yang kuat serta tidak licin. Peranan pemegang penting untuk menstabilkan kereta sorong ketika membawa bebanan yang berat melalui kawasan jalan yang tidak rata. Di bahagian bawah kereta sorong terdapat 'sepasang kaki' yang diperbuat daripadaa besi leper berfungsi untuk menstabilkan kereta sorong ketika diletakkan. Tinggi kaki biasanya kira-kira 1-1.2 kaki dimana tidak akan tersentuh tanah ketika kereta sorong ditolak.

Bahagian penting kereta sorong adalah Bekas Pengisian (Container) yang diletakkan diantara tayar dan sepasang pemegang yang akan diisikan dengan bebanan (Hasil Tanaman, Tanah, Baja Organik, Alatan Pertanian, Bahan Binaan, Simen, Bahan Galian Perlombongan dan sebagainya). Bekas ini terbuka di bahagian atas dan mempunyai rekabentuk yang sesuai untuk kerja-kerja mengisi dan menuang keluar isi didalamnya. Bekas ini biasanya diperbuat daripada Zink tebal yang dicat supaya tahan dan ringan. Ada juga wheelbarrow yang menggunakan bekas dari bahan plastik dan kayu.

Dalam sektor pertanian wheelbarrow merupakan satu alatan pertanian yang sangat kritikal. Alat ini digunakan dari mula kerja-kerja penyediaan tanah sehingga menuai dan memasarkan hasil pertanian. Bagi penanam kelapa sawit alatan ini sangat penting untuk membawa tandan kelapa sawit daripada bawah pokok ketepi jalan untuk dikumpulkan dan dinaikan kelori untuk dihantar kekilang. Tanpa wheelbarrow rasanya petani sukar untuk membawa tandan kelapa sawit yang berat dan berduri serta terletak dikawasan yang tidak rata, lereng bukit dan kawasan tanah gambut yang mudah terbenam.

Cara menggunakan wheelbarrow juga mempunyai seni tersendiri. Apabila hendak mengisi pastikan kedudukan roda dan sepasang kaki berada pada kedudukkan yang stabil agar tidak tergolek atau tumbang ketika pengisian bebanan dijalankan. Pastikan kedudukan beban berada pada susunan yang stabil (Tidak berat sebelah kekanan atau kekiri) atau tidak mudah bergerak atau bergolek2 ketika di tolak. Kawalan pemegang wheelbarrow akan menjadi sukar jika bebanan tidak stabil dan membahayakan pengendali.

Saya berpengalaman dalam membawa dan mengendali wheelbarrow membawa bebanan tandan kelapa sawit yang berat melalui kebun sawit bapa saya diatas tanah gambut. Memang satu masaalah mengendalikan alatan tersebut kerana tayar akan tenggelam dalam tanaah gambut dan sukar untuk ditolak....cara yang mudah ialah dengan menarik atau mengundur. Memang benar tanpa alat wheelbarrow dikebun kelapa sawit sukar untuk mengumpulkan buah sawit oleh pekebun2 keci.


Dikebun sayur alat wheel barrow digunakan untuk membawa bebanan tahi ayam, baja kimia, pam air kecil, hasil tuaian dan sebagainya. Kerja2 menuai akan menjadi mudah dengan menggunakan wheelbarrow yang diletak disekitar batas tanaman dan hasil sayuran dimasukkan kedalam bekas untuk dikumpulkan kemudan dibuat grading.


Kajian penulis mendapati terdapat berbagai jenis dan kualiti kereta sorong di Malaysia bergantung kepada spesifikasi pengilang. Harga satu unit bergantung kepada jenis dan kualiti diantara RM 80.00 - RM 200.00 satu unit. Jabatan Pertanian Johor ada satu skim subsidi Harga 50% pembelian alatan Kereta Sorong kepada petani yang layak dengan membayar 50% sahaja satiap unit di panggil Program Galakkan Usaha Tani (GUT). Kereta sorong yang murah biasanya mempunyai bekas yang menggunakan zink yang nipis, pemegang yang mudah patah dan kaki yang mudah bengkok serta tidak sesuai untuk bebanan berat.


Diharap artikel ini memberikan sedikit maklumat mengenai alat kereta sorong atau wheelbarrow yang penting dalam sektor pertanian. Walaupun banyak teknologi dan alatan baru diperkenalkan dalam sektor pertanian tetapi penggunaan kereta sorong tetap penting.


KERETA SORONG....SANGAT BERGUNA....
WHEELBARROW JUGA...DIJUAL SAMA....
MERINGANKAN BEBANAN....SESUAI DIMANA2....
ARTIKEL DITULIS.....UNTUK DIBACA...



By
M Anem
Ipoh
Perak


6 comments:

Cah Mblora said...

Gunung Api Bawah Laut di Cari di Pulau Kawio

1 / 3 Mars Ternyata Dikelilingi Lautan

Ditemukan, Gua Misterius Di Planet Mars

Pesawat NASA Dibajak Alien

Hanya di http://andyspensa.blogspot.com

MAHANI AMAT said...

salam...saya ingin berhubung /berjumpa dengan en anim utk info pertanian dengan lebih mendalam mengenai labu kundur. saya ada email di facebook en anim. tp tiada jawapan. harap dpt bertemu.

mahani, A.O, APEEC UPM

kami said...

boleh saya tanya...
kebiasaannya berapakah harga tayar kereta sorong di Malaysia?
yang paling murah berapa dan jenis tayar yang macam mana? harap saudara/i dapat menjawab dalam kadar yang segera....terima kasih

M Anem said...

Harga kereta sorong paling murah sekitar RM 80 atau RM 100 saja tetapi lantai zinc nipis, tayar mati dan sokong tak tahan. Untuk yang sederhana lingkungan RM 120 - RM 150 sesuai untuk angkat sayuran / buah2an tetapi jika nak angkat tandan sawit kena cari yang mahal sikit. Tayar kereta sorong?....jenis tayar mati atau Tayar ada angin? ...Saya tak boleh jawab.

kami said...

if tayar mati berapa harga dan tayar ada angin berapa harga?
if tayar solid microcellular polyurethane foam berapa pula harganya?
ape maksud size tayar kereta sorong tersebut.contohnya: 8x3.00-4.00??
8,3.00 n 4.00 tu stand for what?
stardard size tayar kereta sorong brape ye?
maaf if saya byk bertanya..

nurkaba said...

didalam ladang kelapa sawit, berapa jarak yg sesuai bagi seseorang buruh untuk membawa kereta sorong berisi sawit dari pangkal pokok hingga ke platform pengumpulan...kalau terlalu jauh, bermakna membuang masa dan tenaga, dan sekiranya terlalu dekat, akn mengurangkan dirian pokok....tolong bagi jawapan dalam meter/.....saya nak buat assignment nih

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...