KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, November 10, 2010

Cashflow NANGKA

Nangka (Artocarpus heterophyllus) merupakan jenis buah-buahan yang popular untuk ditanam secara kecil-kecilan keliling rumah dan secara komersial. Di Malaysia terdapat banyak klon nangka tetapi yang popular seperti Klon J29, Klon J31, Klon Tekam Yellow, Klon Mastura dan juga tidak ketinggalan Klon J33 (Nangka Madu), Klon Mantin, Klon Uncle Hong dan Klon Kristal (PPK). Terdapat seluas 3,640 hektar kawasan tanaman nangka di Malaysia dengan anggaran pengeluaran sebanyak 28,970 mt pada tahun 2010. Kawasan pengeluaran utama nangka ialah di Daerah Temerloh Pahang (207 ha), Daerah Kota Tinggi Johor (192 ha) dan Daerah Segamat Johor (136 ha). Artikel ini membentangkan Aliran Wang Tunai Tanaman Nangka berdasarkan kajian saya di Segamat, Tapah, Melaka dan Selangor.


Jarak Tanaman : 9.0 m x 9.0 m
Kepadatan Tanaman : 123 pokok
Luas Kawasan Kajian : 1 Hektar
Jangkamasa Penanaman Cashflow : 20 Tahun

I) ALIRAN WANG MASUK
a. Anggaran Hasil Nangka (kg/ha) = 514,755 kg*
b. Pendapatan Kasar @ RM 1/kg = RM 772,133

II) ALIRAN WANG KELUAR

A. KOS PEMBANGUNAN
1 Pembersihan kawasan = RM 2,000
2 Membina Infra (parit ladang, jambatan DLL) = RM 10,000
4 Memasang Pagar = RM 2,000
5 Penyediaan Tanah = RM 1,000
6 Menanam pokok (RM3/lubang) = RM 369
7 Sistem Pengairan = RM 9,000
8 Bina Stor Ladang = RM 500
Jumlah Kos Pembangunan = RM 24,869

B. KOS BAHAN/INPUT
1 Anak pokok @ RM5/pokok = RM 677
2 Baja : -
i. Baja Basal (CIRP) = RM 35
ii. Baja Organik = RM 43,634
iii. Baja NPK Green = RM 336
iv. Baja NPK Blue = RM 30,104
v. GML = RM 1,418
3 Racun Serangga dan kulat = RM 8,887
4 Racun Rumpai = RM 6,318
5 Alatan Kecil Ladang = RM 3,500
Jumlah Kos Bahan-Bahan 94,909

C. KOS TENAGA KERJA
1 Membaja = RM 4,500
2 Kawalan Serangga & Penyakit = RM 6,840
3 Kawalan Rumpai = RM 4,080
4 Pemangkasan = RM 4,590
5 Membalut buah RM 0.40/biji = RM 10,295
6 Memungut Hasil @ RM 0.10/ kg = RM 51,476
Jumlah Kos Tenaga Kerja = RM 81,781

D. KOS PELBAGAI
1 Kos Bahan Api = RM 24,000
2 Cukai Tanah = RM 10,000
3 Penyelenggaraan Infra-struktur = RM 30,000
Jumlah Lain2 Kos = RM 64,000

III) ANALISA CASHFLOW
JUMLAH KOS PENGELUARAN A+B+C+D = 265,558
KOS LUAR JANGKAAN (10%) = RM 26,556
JUMLAH ALIRAN WANG KELUAR = RM 292,114
BAKI WANG TUNAI = RM 480,018
BAKI WANG TIMBUNAN =
NILAI BERSIH KINI (NPV) @ 10% = RM 128,284.96
KADAR PULANGAN DALAM (IRR) = 31%
NISBAH FAEDAH KOS (B/C RATIO) @ 10% = RM 2.01
Harga Pulang Modal (RM/kg) = RM 0.81

*Nota:
1. Berat buah 20kg/biji
2. Kekerapan kawalan serangga perosak dan kulat 6 kali/tahun
3. Kekerapan kawalan rumpai 4 kali/tahun



By,

M Anem

Segamat Johor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...