JAMBU MAWAR (Syzygium jambos) merupakan sejenis jambu dari keluarga Myrtaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan lain-lain lagi. Pokok jambu mawar tergolong dalam kumpulan jambu seperti jambu air, jambu bol, jambu gelas dan yang teristimewa mengenai jambu mawar adalah kerana jambu ini mempunyai bau atau aroma yang wangi dan istimewa iaitu bau 'ros'. Nama-nama lain jambu ini adalah seperti chompu namdokmai (Thailand), Tampoy (Filipina), Chom'-puu (Kemboja) dan apple rose/ malabar (English). Penulis ingin berkongsi maklumat mengenai tanaman jambu mawar berdasarkan pengalaman dan ada mempunyai pokok ini di tepi sekolah rendah di Muar, Johor masa dulu. Tanaman jambu mawar di Malaysia tidak direkodkan keluasannya dan penulis menganggarkan kira-kira 25-30 hektar CHE. Penanaman jambu mawar kebanyakkanya disekekliling kawasan rumah secara bercampor-campor dengan tanaman dusun yang lain. Konsep tanaman juga untuk hiasan atau ornamental dikawasan rumah. Saya belum pernah dengar tanaman ini ditanam secara tunggal (monocrops) atau secara komersial yang luas di Malaysia. Bagaimana pun jambu mawar ditanam secara komersil di Australia Utara sebagai satu komoditi yang mampu mengeluarkan sehingga 1,200 metrik tan setahun. Jenis atau varieti jambu mawar yang ditanam merupakan jenis tempatan dan kerana belum ada kajian atau pun proses pendaftaran varieti atau klon Jambu Mawar. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman Jambu Mawar sebagai sejenis buah-buahan tropika yang boleh dimajukan di negara kita.
Penanaman jambu mawar menggunakan anak benih dari biji jambu mawar yang disemai dalam polibeg. Tanam dengan jarak kira-kira 10-12 meter x 15 meter dan pastikan kawasan mendapat cahaya matahari yang mencukupi dan tidak terlindung. Masukkan baja asas organik sebanyak 2-3 kg kedalam lubang penanaman dan siram selepas menanam. Pokok jambu mawar cepat membesar jika dijaga dengan sempurna. Berikan baja NPK 15:15:15 sebanyak 20-50 gram setiap pokokk dengan kekerapan selama 3-4 bulan. Adalah disyorkan iaitu apabila pokok mula berbuah sebaiknya diberikan baja buah NPK 12:12:17:2 sebanyak 20-30 gram sepokok sebanyak 3 kali setahun. Aktiviti membuat cantasan pembentukan dibuat agar dahan yang keluar akan menjadi seimbang. Jambu Mawar adalah jenis buah-buahan yang tidak bermusim dan ianya berbuah sepanjang tahun tetapi terdapat dua kali puncak iaitu pada bulan Mei sehingga September terutama hasil pemerhatian penulis khususnya dinegeri Johor. Walau pun penanaman pokok jambu mawar yang ditanam hanyalah tanaman keliling rumah sebagai dusun bercampur tetapi lazimnya ada pemilik pokok mampu menjual hasil jambu mawar.
Bunga pokok jambu mawar berbentuk jambak dengan beberapa putik yang ada banyak filamen berwarna kekuningan atau merah jambu (Sila lihat foto disebelah). Bila musim berbunga akan terdapat banyak filamen atau rambut bunga yang jatuh ketanah selepas proses pendebungaan berlaku. Tanaman ini dikatakan kurang diserang musuh dan perosak. Bagaimana pun antara musuh bagi tanaman jambu mawar adalah seperti serangan anai-anai dibahagian akar dan batang. Kawalan perosak anai-anai adalah dengan racun serangga jenis sistemik sistemik (Sila anda baca artikel anai-anai - Sila klik disini, Sila klik disini dan Sila klik disini). Musuh lain yang ada menyerang pokok jambu mawar seperti lalat buah (Fruit Fly), tupai, monyet dan burung. Kajian menunjukkan pokok ini kurang diserang penyakit atau tidak banyak yang menyerang pokok jambu mawar. Ini kerana ada rasa kelat dan bau aroma seperti bunga ros yang mungkin mengurangkan serangan perosak dan penyakit. Adalah disyorkan agar sentiasa mengamalkan serta membuat cabtasan jika pokok untuk memberikan ruang pengudaraan.
Jambu mawar adalah untuk kegunaan segar. Buah yang masak boleh dituai menggunakan galah yang mempunyai bekas supaya buah tidak jatuh ketanah kerana jika jatuh terhempas ketanah ia akan rosak akibat lebam. Buah jambu mawar ini hanya golongan kanak2 dulu dikampong yang suka makan. Saya belum nampak buah jambu mawar dijual di Hypermarket atau di pasar buah-buahan. Mungkin satu hari nanti akan ada petani yang menanam jambu mawar secara komersil dan menjualnya dengan harga antara RM 5.00 - RM 8.00 sekilogram. Daripada rujukkan juga saya ada membaca yang daun dan bahagian tertentu (bunga) jambu mawar boleh diproses untuk mendapatkan aroma mawar (rose). Ini juga mungkin perlu dikaji lebih lanjut untuk mengetahui potensinya. Apa yang saya pasti bunga jambu mawar yang mekar disukai oleh lebah madu, mungkin industri lebah sesuai dikongsikan dengan tanaman jambu mawar ..Insya Alah!.
JAMBU CANTIK...JAMBU MAWAR...
BAU WANGI...SENTIASA SEGAR....
KURANG DITANAM...BELI SUKAR....
ADA KHASIAT...KENA BONGKAR...
Related articles:
1. Jambu Batu (Klik disini)
2. Jambu Bol (Klik disini)
3. Jambu Air Merah (klik disini)
4. Jambu Air Johor (Klik disini)
5. Jambu batu Giant (Klik disini)
By,
M Anem
Senior Agronomist
Kg Parit Bengkok, Gersik,
Ledang, Johor,
Malaysia
(Kemaskini pada 1 Disember 2014)
Pokok Jambu Mawar merupakan pokok saka yang ketinggiannya mampu mencapai sehingga 10 meter dengan ukurlilit batang mencapai 50-60 cm. Pokok ini mempunyai banyak cabang dan dan daun berbentuk lonjong panjang sepanjang 9-12 cm berwarna hijau gelap dan berkilat (Lihat foto disebelah). Dahan pokok jambu mawar pula adalah berbentuk rimbun. Batangnya berkayu sederhana keras dan berwarna coklat. Bunga jambu mawar berwarna putih yang mempunyai banyak jambak dan keluat dari dahan atau ranting yang telah matang. Akar juga dari jenis akar tunjang yang kukuh. Buah jambu mawar berbentuk unik ialtu ada yang bulat lonjong, ada yang berbentuk bulat leper dan ada yang berbentuk macam jambu air merah. Warna buah juga ada yang hijau muda, hijau tua, kuning muda kuning keputihan dan kadang2 menjadi kemerahan apabila cukup matang (Foto pertama) . Saiz buah antara 3-5 cm garispusat dan mempunyai rasa yang kelat pada peringkat muda (Rasa kelat dipercayai akibat kandungan pektin dalam buah). Satu tangkai biasanya mempunyai 4-5 biji buah. Dalam buah biasanya ada satu atau 2 bijibenih yang berzaiz 1-2 cm garispusat. Jenis yang ada dekat kampong saya di Muar, Johor kebanyakkannya dari jenis jambu mawar hijau. Jambu jenis hijau agak kecil dan rasa kelat juga tidak berapa kuat.
Penanaman jambu mawar menggunakan anak benih dari biji jambu mawar yang disemai dalam polibeg. Tanam dengan jarak kira-kira 10-12 meter x 15 meter dan pastikan kawasan mendapat cahaya matahari yang mencukupi dan tidak terlindung. Masukkan baja asas organik sebanyak 2-3 kg kedalam lubang penanaman dan siram selepas menanam. Pokok jambu mawar cepat membesar jika dijaga dengan sempurna. Berikan baja NPK 15:15:15 sebanyak 20-50 gram setiap pokokk dengan kekerapan selama 3-4 bulan. Adalah disyorkan iaitu apabila pokok mula berbuah sebaiknya diberikan baja buah NPK 12:12:17:2 sebanyak 20-30 gram sepokok sebanyak 3 kali setahun. Aktiviti membuat cantasan pembentukan dibuat agar dahan yang keluar akan menjadi seimbang. Jambu Mawar adalah jenis buah-buahan yang tidak bermusim dan ianya berbuah sepanjang tahun tetapi terdapat dua kali puncak iaitu pada bulan Mei sehingga September terutama hasil pemerhatian penulis khususnya dinegeri Johor. Walau pun penanaman pokok jambu mawar yang ditanam hanyalah tanaman keliling rumah sebagai dusun bercampur tetapi lazimnya ada pemilik pokok mampu menjual hasil jambu mawar.
Bunga pokok jambu mawar berbentuk jambak dengan beberapa putik yang ada banyak filamen berwarna kekuningan atau merah jambu (Sila lihat foto disebelah). Bila musim berbunga akan terdapat banyak filamen atau rambut bunga yang jatuh ketanah selepas proses pendebungaan berlaku. Tanaman ini dikatakan kurang diserang musuh dan perosak. Bagaimana pun antara musuh bagi tanaman jambu mawar adalah seperti serangan anai-anai dibahagian akar dan batang. Kawalan perosak anai-anai adalah dengan racun serangga jenis sistemik sistemik (Sila anda baca artikel anai-anai - Sila klik disini, Sila klik disini dan Sila klik disini). Musuh lain yang ada menyerang pokok jambu mawar seperti lalat buah (Fruit Fly), tupai, monyet dan burung. Kajian menunjukkan pokok ini kurang diserang penyakit atau tidak banyak yang menyerang pokok jambu mawar. Ini kerana ada rasa kelat dan bau aroma seperti bunga ros yang mungkin mengurangkan serangan perosak dan penyakit. Adalah disyorkan agar sentiasa mengamalkan serta membuat cabtasan jika pokok untuk memberikan ruang pengudaraan.
JAMBU CANTIK...JAMBU MAWAR...
BAU WANGI...SENTIASA SEGAR....
KURANG DITANAM...BELI SUKAR....
ADA KHASIAT...KENA BONGKAR...
Related articles:
1. Jambu Batu (Klik disini)
2. Jambu Bol (Klik disini)
3. Jambu Air Merah (klik disini)
4. Jambu Air Johor (Klik disini)
5. Jambu batu Giant (Klik disini)
By,
M Anem
Senior Agronomist
Kg Parit Bengkok, Gersik,
Ledang, Johor,
Malaysia
(Kemaskini pada 1 Disember 2014)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.