Sunday, September 5, 2010

RACUN KULAT (Fungicide)

Reactions: 


Racun Kulat (Fungicide) adalah racun yang digunakan untuk mengawal penyakit tumbuhan yang disebabkan oleh Kulat (Fungi). Terdapat berbagai-bagai jenis racun kulat sama ada kompoun kimia atau microrganisma biologi di cipta bagi mengawal berbagai-bagai jenis kulat mengikut kaedah saintifik. Kulat menyerang tumbuhan dan tanaman yang akan menyebabkan kerosakan pada tumbuhan dalam semua peringkat mengakibatkan kerugian hasil, mengurangkan keuntungan dan kemusnahan tanaman. Artikel kali ini penulis berkongsi pengalaman didalam blog 'Anim agro Technology' mengenai Racun Kulat berdasarkan ilmu semasa belajar di Universiti dan pengalaman nerkecimpong didalam bidang pertanian lebih 31 tahun.


Racun Kulat bertindak samaada secara SENTUHAN atau SISTEMIK untuk menghalang atau membunuh kulat. Cara sentuhan ialah racun yang disembur terus kepada kulat dan cara sistemik dengan disembur pada tumbuhan dan meresap masuk kedalam kulat yang ada pada tumbuhan tersebut. Kebanyakkan racun kulat disediakan dan dijual dalam bentul Cecair dan kebanyakkanya mengandungi unsur SULFUR. Racun kulat yag disediakan dalam bentuk Serbuk atau Tepong sangat kuat dan merbahaya. Racun kulat meninggalkan kesan sisabaki pada hasil tanaman dan memberikan kesan toksik serta menjejaskan kesihatan kepada manusia jika tidak diuruskan dengan sempurna.

Pathogen atau Kulat yang disembur racun juga akan membentuk kekebalan apabila disembur racun kulat yang sama secara berulang-ulang. Oleh itu perlu digunakan racun kulat yang mengandungi bahan aktif berbeza-beza bagi mengelakan kekebalan pathogen tersebut. Di Malaysia terdapat 64 jenis bahan aktif yang digunakan sebagai bahan asas racun kulat daripada jenis axoxystobin (Kumpulan strobrilurin : methoxyacrylate) sehingga bahan aktif ziram (Kumpulan dithiocarbamate).

Artikel ini akan membincangkan beberapa jenis racun kulat yang sering digunakan oleh petani di Malaysia dan mudah didapati dikedai penjual racun. Racun Kulat ini juga disyorkan oleh penjual racun berlesen serta di kenali oleh petani yang sering menggunakannya terutamanya untuk tnaman makanan khususnya sayuran dan tanaman kontan. Antara racun kulat yang akan dibincang adalah racun yang mengandungi bahan aktif axoxystrobin, benomyl, captan, carbendazim, copper oxychloride, fosetyl-aliminium, mancozeb, maneb, mepronil, methalaxyl, propineb, sulfur, trebuconazole, thiramzineb dan banyak lagi.

1) Racun Kulat Jenis a.i. - axoxystrobin
Racun kulat ini mengandungi bahan aktif tersebut diatas dan dari kumpulan strobirulin: methoxyacrylate dan bertindak dengan perlindungan, sembuhan, sistemik dan translaminar. Racun ini menghalang proses respirasi. Antara jenama dagangan racun jenis ini di pasaran seperti AMISTAR.

2) Racun Kulat Jenis a.i - Benomyl
Racun jenis ini dari kumpulan methyl benzimidazole carbamate merupakan racun yang bertindak dengan menghalang proses mitosis atau proses pembahagian sel. Racun ini adalah jenis Sistemik. Antara produk dan nama dagangan dipasaran adalah seperti BEBEX, BENOCIDE 50WP, CH BENOMYL dan COMPLY 50 WP.

3) Racun Kulat Jenis a.i. -captan
Racun kulat ini saya dengar sejak dulu kala dan popular digunakan untuk kawalan kulat pada biji benih. Racun ini dari kumpulan methyl benzimidazole carbamate merupakan jenis sistemik yang bertindak dengan menghalang mitosis dan pembahagian sel. Antara jenama dagangan dijual di Malaysia seperti BENDAZIM 50 WP, BASTIN 50WP, BENZIM SC, CARBEN 50, CROPDAZIM 50WP, DEROSAL 50D, RAPTURE 50WP, ZIMEC FC dan banyak lagi.

4) Racun Kulat Jenis a.i. -chlorothalonil
Racun Kulat yang ada bahan aktif diatas bertindak dengan penyembuhan dan perlindungan. Ianya dsri kumpulan chloronitrate yang dijual dengan jenama daganan seperti AGRINIL 40 SC, ANCONIL 500, CHLOROTEX, CONIL, DACONIL (2787, 500, 720, S), DYNAM 500, ETANIL, FARMCONIL, HALEX THALONIL, MACCONIL 75, TECONIL dan banyak lagi.

5) Racun Kulat Jenis a.i. - copper base (oxychloride, hydroxide, sulphate)
Racun ini dari kumpulan inorganik yang perlindungan aaktiviti di pelbagai tapak. Antara jenama dagangan adalah seperti BLUEMAX, COMMANDE, KOCIDE, MICRON BLUE , PARASOL dan U-JUE bagi copper hydroxide. Jenama dagangan bagi copper oxychloride seperti COPCIDE, COPPE IMAS 88, COPPER 85WP, COPPER TOX 84, CEPPERTOL 870, COPRANTOL 870 dan banyak lagi. Bagi jenis copper sulphate seperti NUFARM CUPROXAT, FLOWABLE dan PHYTON 27.

6) Racun Kulat a.i. - mancozeb
Racun kulat mancozeb adalah dari kumpulan dithiocarbamate yang selalu kita dengar dalam buku dan pengesyoran racun kulat. Racun ini bertindal dengan kaedah perlindungan aktiviti dipelbagai tapak. Antara jenama dagangan ialah seperti ACM MANCOZEB, AGROZEB 80WP, ALANEX 80, DISAN, DITHANE,COMET M45, MANCOZEB 80WP, EURO SC, INSURE 80, KENKOZEB M45, MANCOB MX 80, MAGGAMEX M-45, MANCOTHANE 80WP, MANZATE 200, PENNCOZEB, WINNER M-45 dan banyak lagi.

7) Racun Kulat jenis a.i. - maneb
Racun ini juga popular dan sering digunakan untuk mengawal kulat dari kumpulan dithiocarbamate. Ia bertindak dengan perlindungan dipelbagai tapak. antara jenama dagangan racun jenis ini ialah BM MANEB, CH MANEB, MANEB 80WP, TRINEB dan juga
I-MANEB 80.

8) Racun Kulat Jenis - methalaxyl
Racun jenis ini dari kumpulan phenylmide merupakan racun yang bertindak dengan perlindungan, sembuhan, sistemik dan penghalang sisntesis asid nucleic. Antara jenama dagangan dipasaran seperti ACTIVATE 25WP, METHALAXYL 35WP, PRONTHO, SENSOR, TASK 25WP dan banyak lagi. bagi jenis a.i, methalaxyl + mancozeb pula dijual dengan nama dagangan BM METHALAXYL MZ, GALAXYL 50WP, SERBAMALIL MZ dan TEEM 648. Bagi racun kilat methalaxil M pula yang popular digunakan ialah jenama RIDOMIL G MZ 68WP dan RIDOMIL G 480EC.

9) Racun Kulat Jenis a.i. - Propineb
Racun kulat dengan bahan aktif propineb dari kumpulan dithiocarbamate merupakan racun kulat jenis sentuhan dan tidak spesifik. Tindakannya dengan aktiviti di pelbagai tapak. Antara jenama dagangan racun ini seperti ANCOL 700, ANTRACOL (35WP DAN 70WP), ANTRACOL WG, CASORON 700, LONTARI, VESTA 700 dan beberapa lagi.

10) Racun Kulat bahan a.i. - thiram
Racun kulat thiram memang dikenali sejak dulu sebagai sejenis racun kulat yang digunakan dalam kawalan kulat dalam biji benih. Racun ini dalam kumpulan dithiocarbamate bertindak dengan cara sentuhan dan perlindungan dalam aktiviti di pelbagai tapak. Antara nama dagangan adalah seperti ANCOM THIRAM 80, IMAS THIRAM 80, UCB THIRAM 80WG, UCB THIRAM 80WP dan WESCO THIRAM 80.

11) Racun Kulat Jenis a.i. - tridemorph
Racun yang mengandungi bahan aktif tridemorph dari kumpulan morpholine ini merupakan racun sistemik yang bertindak dengan menghalang biosintesis sterol dalam membran sel. Antara jenama dagangan digunakan di Malaysia seperti CALIXIN, CALIXIN 84,CALIXIN COLLAR PROTECTANT dan CALIXIN READY MIXED.

12) Racun Kulat Jenis a.i. - zineb
Racun kulat jenis bahan aktif zineb dari kumpulan dithiocarbamate dijual dengan jenama dagangan LONACOL 75WP, PAINTFORTS21, PEROZIN 800 dan ZINACOL.

13) Racun Kulat Jenis a.i. - ziram
Jenis racunn ini dari kumpulan dithiocarbamate yang juga dari jenis sentuhan dan perlindungan. Antara jenama dagangan adalah seperti THIONIC 90WP, THIONIC WPG dan UCB THIONIC WG.

Penggunaan racun kulat perlu mengikut label yang ditampal pada bekas racun. Cara mengguna mestilah ikut kadar yang disyorkan pada label dengan jangkamasa semburan dipatuhi sebelum menyembur berulang . Oleh kerana kebanyak racun kulat adalah sistemik dan lambat untuk lupus maka kesan sisabaki pada hasil tanaman biasanya tinggi. Kajian penulis dari laporan berlebihan MRL dari AVA Singapura mendapati kebanyakkan sisabaki racun dalam sayur-sayuran mengandungi racun kulat terutama dari kumpuoan organophosphate dan carbamate.

RACUN KULAT ...HARGANYA MAHAL....
RACUN DISEMBUR...JANGAN DIJUAL...
CARA BERTINDAK...SISTEMIK DAN SENTUHAN...
BACA LABEL... ELAKKAN MRL BERLEBIHAN...

Related articles:-
1. Racun Rumpai (Klik disini)
2. Racun Tikus (Klik disini)
3. Racun Paraquat (Klik disini)
4. Kajian Penggunaan Racun di Malaysia (Klik disini)
5. Knapsack Sprayer (Klik disini)
6. Kawalan Perosak Bersepadu - IPM (KLIK DISINI)
7. Rumput Israel (Klik disini)
8. Rumput Kerbau (Klik disini)
9. Rumput Kapalterbang (Klik disini)
10.LUMUT (Klik disini) 


By
M Anem
Subuh 26 Ramadan 1431
Putrajaya
Malaysia
(Kemaskini pada 3 Oktober 2012)

6 comments:

  1. untuk cili, majoriti farmer guna copper-based fungicide ape?

    ReplyDelete
  2. kat mana lg nk dptkn info tntng racun kulat n serangga ek??

    ReplyDelete
  3. Info racun2 boleh didapati daripada internet, Pejabat Pertanian (Bahagian Racun, Jalan galagher, Kuala Lumpur), Kedai2 Jual Racun dan bertanya terus kepad Urusetia LPRMP Malaysia.

    ReplyDelete
  4. salam, boleh x saya nak copy artikel nie?
    dan macam mane saya nak copy artikel nie?

    ReplyDelete
  5. salam, sy sdg buat kajian ttg pggunaan input2 ptanian utk tanaman lada..brp harga amistar d pasaran??

    ReplyDelete
  6. kat mana boleh beli fungicide jenis Captan dan methalaxyl di pulau Pinang.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA