Wednesday, September 29, 2010

KUNDUR



Kundur (Benincasa hispida) adalah sejenis tumbuhan menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara tetapi kini telah di tanam di seluroh dunia. Tumbuhan ini sama dengan timun, tembikai dan keluarga cucurbit yang lain adalah dalam keluarga sayuran cuma kundur mengeluarkan buah paling besar diantara keluarga cucurbit. Banyak nama kundur diberikan mengikut lokaliti seperti Wax Gourd, Ash Gourd, Winter Melon, Fuzzy melon, green pumpkin, white gourd, Hairy melon (English), To'gan (Jepun), donggua (China), tak, Faeng, mafaeng (Thai), Courge a la cire ; courge cireuse (Perancis), Kondol, tabiyan (Filipina), Kundo ; kundur, bligo (Indonesia) dan banyak lagi. Tanaman ini kini banyak diusahakan di Asia Selatan dan Asia Barat. Artikel kali ini penulis memberikan maklumat teknologi tanaman kundur berdasarkan pengalaman penulis ketika bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah selama 16 tahun dan pembacaan buku teknikal sayur-sayuran Asia Tengara : PROSEA Books.

Tidak ada rekod rasmi keluasan penanaman kundur di dunia tetapi di Malaysia direkodkan seluas 1,240 hektar dengan penghasilan sebanyak 45,550 metrik tan pada tahun 2009. Kawasan pengeluaran utama kundur ialah Negeri Johor (386 ha), Pahang (275 ha) dan Perak (188 ha). Negeri lain yang ada menanam kundur ialah seperti Sabah, Kelantan dan Selangor dengan keluasan kurang 70 hektar. Kebanyakkan tanaman kundur dibuat secara tanaman kontan atau tanaman selingan dikawasan penanaman semula getah atau kelapa sawit dan hanya untuk pengeluaran segar sahaja. Pemantauan saya di Johor mendapati di Kota Tinggi terdapat 2 usahawan yang mempunyai kepakaran dalam menanam kundor sejah berpuloh tahun dulu.


Tanaman kundur menghasilkan buah yang digunakan sebagai sayuran dengan memotong dadu atau 'slice' yang dimasak sebagai sup air atau si Johor dipanggil sebagai sayur "Bening". Kaum Cina merupakan paling suka dengan kundur dimana buah kundir yang memasak atau mengukus (steam) buah kundur bersama daging, udang, cendawan, biji lotus dan rebung. Terdapat juga buah kundur yang di jadikan 'candy' manis dengan memasaknya dengan gula dipanggil sebagai 'tangkwe'. Pucuk dan daun muda kundur juga dimakan sebagai sayuran segar. Biji kundur di keringkan dan di proses untuk dijadikan makanan ringan (snack food) yang di panggil senagai 'Kuaci'. Dari segi perubatan didapati buah kundur dapat menyejukan suhu badan dan baik untuk sistem penghadaman serta mereka yang menghidapi masalah kencing manis.


Kajian dimakmal juga saya dapati buah kundur kurang mengandungi khasiat dimana setiap 100 gram bahagian yang boleh dimakan ada air (96 g), Protin (0.2 g), Lemak (0.1 g), Karbohiderat (3.5 g), sedikit vitamin A, Vitamin B1 (0.02 mg), Vitamin B2 (0.03 mg), Niacin (0.3 mg), Vitamin C (14 mg), Ca (14 mg), Fe (0.4 mg), Magnesium (16 mg) dan tenaga sebanyak 63 kiloJoule. Terdapat kandungan munyak dalam biji kundur yang dipanggil sebagai 'pale yellow oil' yang sangat berguna dalam industri kimia. Biji kundur menpunyai berat 70 gram bagi 1,000 biji. Terdapat beberapa spesis atau varieti kundur yang di tanam di seluroh dunia iaitu Benincasa hispida dan Benincasa cerifera.

Pokok kundur jenis menjalar yang mempunyai daun lebar berwarna hijau dan mampu mencapai ketinggian 15-20 cm. Ada petani yang menyediakan struktur sistem trellis untuk tanaman kundur tetapi kebanyakkannya ditanam terus diatas tanah. Tanah yang sesuai dari jenis tanah gembur berpasir yang menerima cahaya matahari 100% dan mempunyai saliran yang baik. Bunga Kundur berwarna kuning dan menarik serangga pendebunga seperti lebah, rama-rama, lalat dan sebagainya. Buah Kundur berbentuk bulat lonjong berwarna hijau atau keputihan yang berbulu ketika muda dan licin apabila hampir matang. Buah Kundur mampu membesar dengan berat sehingga 10-15 kg sebiji. Buah kundur jya ada lapisan seperti lilin pada kulit dan mempunyai isi berwarna putih yang kenyal san rasa yang tawar tidak seperti tembikai yang manis dan sedap dimakan segar. Biji kundur banyak bersaiz kecil dibahagian tengah buah.


Kundur ditanam menggunakan biji benih dari buah yang cukup matang dan dirawat dengan racun kulat (Thiram atau capstan). Bubuh 2 biji benih satu lubang yang mana baja organik sebanyak 3-4 mt/ha telah digaul semasa penyediaan tanah. Jarak tanaman ialah 1.5-2.0 m x 2.5-3.0 m dan sebaiknya disediakan batas tanaman atau 'ridging technique'. Terdapat kaedah menanam kundur dengan menggunakan sistem para trellis dibeberapa negara. Kaedah ini sangat sesuai bagi menghasilkan kundur yang besaiz sederhana dinama buanya akan bersih dan dapat dikawal berbanding dengan menanam diatas tanah sahaja. Baja NPK 15:15:15 sebanyak 20 gm/pokok diberikan 2 kali dan kemudian baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 250 kg/ha. Kawalan rumpai dijalankan dengan cara manual dan cara kimia.


Antara musuh tanaman kundur seperti keluarga cucurbit yang lain ialah serangan Aphid, Ulat Pengorek Daun (Aulacaphora spp), Kutu Daun (Aphis craccivora) yang boleh dikawal dengan racun serangga. Terdapat juga serangan Kumbang kundur (Aulacophora foveicolis) dan Lalat Buah (Daucus spp) yang menyerang buah kundur. Penyakit pula seperti Antraknos (Collectotrichum spp), Downy Mildew (Pseudomonas cubensis) dan Penyakit Layu Karat (Rust Mildew Erysiphe spp) dan dikawal dengan Amalan Pertanian Baik, Kebersihan ladang, Varieti tahan serangan dan beberapa jenis racun kulat.


Buah kundur akan di tuai mengikut peringkat kematangan dan tujuan pemasaran. Bagi petani yang menanam kundur keliling rumah dan hendak petik muda untuk dibuat sayur boleh petik kundur seminggu selepas proses anthesis. Buah yang matang akan dituan 100-160 hari selepas menanam diladang. Buah yang matang dikenali dengan warna hijau dan keputina seperti berlilin dan di potong dengan pisau tajam. Buah di bersihkan dari kekotoran dan digredkan mengikut saiz dan kualiti sebelum dijual. Kajian saya mendapati berat setiap biji buah kundur antara 1 - 15 kg bergantung kepada penjagaan tanaman. Anggaran hasil sebanyak 20 -50 mt/ha. Buah muda tidak tahan lama tetapi buah matang tahan hingga beberapa minggu kerana lapisan lilin membantu menghalang serangan organisma perosak.


Kajian penulis di Mersing, Johor mendapati kos untuk sehektar penanaman kundur sebanyak RM 9,140 sehektar dan mampu menghasilkan sebanyak 45,000 kg buah dijual dengan harga RM 0.30 sekilogram. Pendapatan kasar sebanyak RM 13,500 sehektar. Pendapatan bersih sebanyak RM 4,350 sehektar. Analisa penulis mendapati Kos setiap bagi kg kundur ialah sebanyak RM 0.20 sekilogram dan keuntungan setiap ringgit dilaburkan sebanyak RM 1.47. Tanaman kundur di Malaysia merupakan sistem perladangan yang tidak meluas diusahakan kerana agak sukar untuk mencari pasaran tetap. Kajjian saya mendapati hanya terdapat kurang dari 10 pengusaha kundur komersial yang aktif menanam kundur di Malaysia.


TANAMAN KONTAN...TANAM KUNDUR....
DIJAGA SEMPURNA...POKOKNYA SUBUR....
SENANG DIJAGA...BAJA TERUS DITABUR...
DAPAT UNTUNG....KENA BERSYUKUR....


By
M Anem
Mersing
Johor
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...