Penyakit Buah-buahan (Fruit Disease) tempatan merupakan satu masaalah dalam industri tanaman buah-buahan di Malaysia. Keluasan tanaman buah-buahan di Malaysia sebanyak 270,000 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 1.64 juta metrik tan setahun pada 2010. Tanaman Durian (Durio zibethinus) merupakan jenis buah-buahan paling luas ditanam (110,285 ha) diikuti dengan tanaman Pisang (Musa spp) seluas 28,680 hektar dengan penghasilan sebanyak 283,300 metrik tan dan tanaman rambutan (Nephelium lappaceum) seluas 23,400 hektar. Penulis kali ini membincangkan mengenai beberapa penyakit yang terdapat pada tanaman buah-buahan kita di Malaysia berdasarkan kajian dan pengalaman penulis selama hampir 30 tahun dalam bidang pertanian di beberapa Negeri dan Daerah.
Penyakit yang sering menyerang pada pokok buah-buahan ada dari jenis yang sama dan ada yang berbeza-beza bergantung kepada jenis dan varieti pokok buah tersebut. Antara penyakit yang akan dibincangkan ialah seperti Penyakit Cerana, Hawar Daun Rhizoctonia, Bintik Daun Cercospora, Cendawan angin, Antraknos, Kulapok Berdebu, Kulapuk Hitam, Cerana Batang , Bintik Hitam Bakteria, akar Putih, Daun kerekot, Reput akar, Penyakit Sigatoka, Layu Panama dan sebagainya. Bahan terbitan Jabatan Pertanian yang diterbitkan pada 2006 untuk pegawai pengembangan dijadikan bahan rujukkan utama disamping beberapa kursus disgnostik penyakit tanaman yang saya hadiri dan pengalaman semasa lawatan keladang buah-buahan.
a) PENYAKIT BENGKAK CERANA
Penyakit ini menyerang Durian oleh sejenis kulat iaitu Phythopthora palmivora. Simptom serangan ialah pada kulit batang durian yang kelihatan nekrosis bercampur dengan tompok-tompok hitam, ada lelehan cecair dan berlaku keguguran pada daun. Tanda lain ialah pengeluaran bunga dan buah yang banyak. Cara kawal penyakit ini ialah dengan melaksanakan Amalan Pertanian Baik (APB-GAP) dan buangkan bahagian kulit kayu yang diserang dan musnahkannya. Sapu racun kulat yang sesuai mengikut label.
b) HAWAR DAUN RHIZOCTONIA
Penyakit ini juga menyerang pokok durian yang disebabkan oleh kulat Rhizoctonia solani. Simptom serangan dengan terdapatnya bintik2 kecil, berair dan berwarna hijau kekelabuan dikelilingi oleh kawasan yang perang keunguan kemudian bertukar menjadi perang. Apabila bintik2 ini menjadi besar, ianya akan bertukar warna dari perang tua ke perang muda apabila daun sudah kering. Daun-daun durian yang kena jangkitan akan bercantum oleh miselium. Kawalan dengan menjalankan amalan pertanian baik dan penggunaan racun kulat mengikut label.
c) BINTIIK DAUN CEPHALEUROS
Bintik daun ini disebabkan oleh kulat Cephaleuros virescens yang menyerang tanaman Durian, Belimbing dan pokok Limau. Simptom serangan pada pokok durian apabila dilihat tompok2 perang kemerahan yang berupa baldu pada permukaan daun dan ranting. Daun kemudian menjadi kering dan gugur. Bagi pokok belimbing pula, simptom serangan apabila batang membengkak, retak2 dan seterusnya daun boleh gugur serta mati rosot pada batang. Bahagian pucuk belimbing yang diserang juga diselapui dengan tompok2 alga. Bagi pokok limau serangan penyakit ini pada dahan dan buah dengan bertompok2 kemerahan di permukaan. Kawalan penyakit ini dengan amalan pertanian baik atau menggunakan racun kuprum mengikut label.
d) CENDAWAN ANGIN
Cendawan angin (Corticum salmonicolor) menyerang pokok mangga dengan simptom serangan pada batang dan cabang pokok yang menunjukkan keruping yang berwarna merah muda. Pucuk akan jadi layu dan daun akan gugurdan peringkat akhir dahan akan mati. Kawalan dengan amalan GAP dan menggunakan asas kuprum mengikut label disyorkan.
e) ANTRAKNOS
Penyakit antraknos adalan penyakit yang popular disebabkan oleh Collectotricum gleosporioides yang menyerang tanaman durian, mangga dan betik. Simptom serangan ialah bila dahan dan ranting menjadi mati pucuk. Batang kering dengan cepat yang bermula dari hujung dan merebak kebahagian bawah batang. Daun akan menjadi kecut dan gugur. Bahagian yang diserang mempunyai garis-garis perang gelap dihujung. Kawalan dengan GAP dan penggunaan racun kimia dengan betul.
f) KULAPOK BERDEBU
Penyakit kulapok berdebu yang menyerang rambutan disebabkan oleh kulat Oidium nephell. Simptom serangan apabila kelihatan miselium menyelaputi buah dan dikawal dengan membuat cantasan pokok agar lebih banyak pengudaraan dan mendedahkan kepada cahaya matahari. Penggunaan racun kimia ikut label.
g) KULAPOK HITAM
Penyakit Kulapok hitam menyerang tanaman Rambutan dan Mangga disebabkan oleh kulat Meliola spp. Kulat ini menyerang bahagian permukaan kulit dan daun pokok dengan kelihatan kulapok. Kawalan dengan mencantas dahan yang diserang iaitu dahan yang rapat2. Kawal koya sebagai agen pembawa dengan menggunakan minyak putih (White oil) pada kadar 150 bahagian air.
h) CERANA BATANG
Penyakit cerana batang menyerang pokok Rambutan disebabkan oleh Dolabra nephellae yang menyerang bahagian batang pokok rambutan. Simptom penyakit dengan adanya keruping yang bengkak pada dahan dan ranting. Kawalan penyakit ini dengan menjalankan amalan pertanian yang baik dan memberi pengudaraan yang baik serta kikis semua keruping yang ada.
i) BINTIK HITAM BAKTERIA
Penyakit bintik Hitam Bakteria disebabkan oleh Xanthomonas campestris yang menyerang tanaman mangga. Simptom serangan pada daun mangga dengan tanda bintik2 kecil seperti lebam air, membesar dan membentuk bulat dan bujur. Tanda serangan akan menjadi membengkak pada bahagian tengah seperti kanker berbentuk bintang dan kerapkali mengeluarkan lelehan getah. Kawalan penyakit ini dengan menjalankan amalan pertanian baik seperti membungkus buah dan membuat cantasas. Kawalan penyakit ini dengan menggunakan racun Kuprum mengikut label.
j) AKAR PUTIH
Penyakit akar putih menyerang tanaman Belimbing (Avverhoa carambola) yang disebabkan oleh Kulat Rigidoporous lignosus. Serangan pada daun yang akan menjadi layu. Bahagian akar akan kelihatan berbenang2 rizomorf berwarna putih di permukaannya. Pnyakit ini dikawal dengan membuang akar yang diserang dan kawasan tanah yang diserang disiram dengan racun kulat. Jika serangan sampai tahap teruk maka pokok belimbing hendaklah dicabut dan dibakar bersama-sama akarnya sehingga musnah.
k) BINTIK DAUN CERCOSPORA
Penyakit bintik daun cercospora menyerang tanaman belimbing yang disebabkan oleh kulat Cercospora avverhoa. Simptom serangan ialah ujudnya bintik2 daun nekrotik kemudian bintik2 ini akan bercantum. Bahagian tengah daun akan berbintik putih kelabu manakala bahagian tepi gelap dikelilingi oleh tisu klorotik. Serangan teruk mengakibatkan daun muda pokok belimbing akan gugur. Kawalan menggunakan racun kulat asas kuprum.
l) DAUN KEREKOT
Penyakit daun kerekot atau Daun Berumpun menyerang tanaman betik (Carica papaya) disebabkan oleh sejenis kulat iaitu Cladosporium oxysporium. Serangan penyakit ini hanya terdapat pada betik Eksotika dibahagian pucuk betik. Simptom serangan dimana pucuk kelihatan cacat dan terdapat bintik daun berlubang berukuran 1-3 cm. Pada daun tua akan kelihatan bintik perang dan daun akan kerekot. Jika serangan terlalu teruk akan tinggal tangkai daun sahaja dan pokok betik akan bantut dan buah menjadi kecil. Kawalan menggunakan racun serangga untuk kawal kutu thrips yang membawa penyakit ini.
m) REPUT AKAR
Penyakit Reput Akar disebabkan oleh kulat Phythopthora parasitica atau Phythopthora palmivora yang menyerang tanaman Betik. Tanda serangan apabila daun muda mnenjadi layu dan daun tua menjadi kuning kemudian akan patah terkulai disekeliling batang sebelum ianya jatuh. Pokok betik yang diserang tidak tahan kemarau dan senang tumbang apabila ditiup angin. Kawalan dengan amalan pertanian baik.
n) PENYAKIT SIGATOKA
Penyakit Sigatoka menyerang tanaman pisang (Musa spp) dimana bahagian daun yang diserang akan berwarna kekuningan kemudian coklat dan akhirnya kering dan mati. Serangan ini menyebabkan daun pisang tidak dapat membuat fotosintesis dan akibatnya pembentukkan buah pisang tidak sempurna jika serangan serious. Kawalan dengan amalan pertanian baik dan penggunaan bahan tanaman yang tahan serangan.
o) PENYAKIT PANAMA
Serangan penyakit Panama menyerang pokok pisang dan jika serangan serious akan menyebabkan pokok pisang akan mati. Serangan ini disebabkan oleh kulat yang merebak dengan cepat dan mampu memusnahkan keseluruhan tanaman pisang. Penyakit ini dikawal dengan menggunakan bahan tanaman yang tahan dan penggunaan racun kulat.
p) KANKER LIMAU
Penyakit kanker limau menyerang tanaman limau yang disebabkan oleh Xanthomonas citri. Simptom serangan apabila terdapat bintik2 atau luka brbentuk bulat dan terbenam bulat dibahagian daun, ranting dan buah. Pada kedua permukaan daun dikelilingi lingkaran berwarna kuning tetapi daun tidak berkerekot. Kecederaan pada buah tidak menembusi kebahagian dalam ini. Terdapat tompok2 keruping pada ranting yang diserang. Kawalan dengan menggunakan tanaman cantuman menggunakan bahan penanti dari jenis tahan penyakit. Buat cantasan bahagian yang diserang serta petik buah yang diserang dan musnahkan. Gunakan racun kulat yang sesuai.
q) REPUT AKAR
Reput akar menyerang tanaman limau disebabkan oleh Phythopthora nicotiane. Simptom serangan adalah dimana bahagian akar diserang bermula dari pangkal pokok merenak kebahagian lain akar. Daun akan menjadi kuning dan kemudiangugur. Ranting akan mati rosot. Kawalan dengan mempastikan saliran dikawasan kebun dan gunakan benih tanaman yang gunakan pokok penanti yang tahan serangan. Gunakan racun kulat mengikut label.
r) KERUPING
Keruping terdapat pada tanaman limau yang disebabkan oleh Eisinoe fawcett. Keruping menyerang bahagian daun, ranting dan buah dimana terdapat tanda cedera dan berwarna coklat kekuningan. Daun yang teruk diserang akan kerekot dan terbantut. Buah akan terbantut dan ada keruping. Kawalan dengan racun kulat yang sesuai.
Artikel ini memberikan maklumat teknologi mengenai simptom serangan dan beberapa kaedah kawalan yang sesuai. Bagaimana pun pemeriksaan dan 'confirmation' perlu dilakukan di makmal untuk mempastikan punca penyakit sebenarnya dan cara-cara kawalan yang betul. Penggunaan racun hanya satu kaedah kawalan dan dalam pendekatan Kawalan Bersepadu serta Amalan Pertanian Baik (APB-GAP) perlu dijalankan. Wasallam!.
BUAH-BUAHAN ....ADA PENYAKITNYA.....
SIMPTOM KENAL....DIOGNOS CARANYA....
CARA KAWALAN....BANYAK CARANYA...
HASIL BERKUALITI...ITU SASARANNYA...
By
M Anem
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia
(30 Ramadan 1433H)
Kemaskini pada 27 Mei 2015)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.