KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, April 1, 2010

Tiram Sungai Muar


Tiram (Crasostera gigas) merupakan sejenis hidupan dari jenis kerang yang terdapat di laut atau kawasan air payau atau lokasi lain yang sesuai diseluroh dunia. Sungai Muar di Johor merupakan salah satu lokasi terdapat hidupan Tiram semulajadi yang sangat bermutu dan didakwa mempunyai kualiti terbaik didunia. Hari ini (1 April 2010) merupakan hari paling bersejarah di Parit Tiram Muar kerana YAB Menteri Besar Johor telah hadir sediri melihat aktiviti pengutipan tiram secara semulajadi. Penulis bersama-sama rombongan MB menyaksikan bagaimana 4 orang nelayan menyelam sedalam antara 15-25 kaki tanpa menggunakan sebarang alatan bantuan menyelam. Mereka hanya menggunakan kayu sepanjang 45 kaki dan dipacakkan diatas dasar sungai dan menyelam antara15-20 minit untuk selama 2 jam setiap kali aktiviti. Mereka menyelam tanpa menggunakan bantuan alatan menyelam dan gas oksijan. Tiram yang dikutip akan dibawa ke tepi sungai dan di kopek mengguna kan sejenis pisau khas. Isi Tiram segar dijual dengan harga RM 25.00 - RM 30.00 sekilogram. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" iaitu satu teknologi mengenai tiram dari Sungai Muar dimana saya bertugas di daerah ini selama 5 tahun.


Menteri Besar Johor menyaksikan acara menyelam di Sg Muar kutip tiram.

Tiram (Crassostera gigas) yang terdapat di Sg Muar telah di sahkan bermutu tinggi oleh pasukan pengkaji dari UPM, UMT dan Pasukan kerjasama JICA dari Jepun. Daging Tiram ini mengandungi kalsium yang tinggi dan Vitamin serta kalori yang rendah. Daging tiram atau juga dipanggil 'kerang' oleh penduduk tempatan adalah segar dan sesuai dimakan atau diproses dan juga terdapat tiram untuk ternakan mutiara. Tiram mempunyai kulit keras yang memakan plankton dalam air. Kualiti air akan menentukan hasil tiram iaitu jika air tercemar serta mengandungi logam berat makan kerang tersebut tidak sesuai uuntuk dimakan.Ingsang Tiram atau cilia akan menapis air dan kemapuan sebanyak 5 liter air dalam satu jam dan mengumpulkan segala nutrient dalam air sebagai makanan.


Tiram yang hidup di Sungai Muar merupakan jenis air payau iaitu kira-kira 4-5 km dari Kuala Laut dimana terdapat benting pasir dalam dasar sungai untuk tiram hidup. Tiram ini biasanya matang dalam masa satu tahun dimana pada tahun pertama ia bertindak sebagai tiram jantan dengan mengeluarkan spermanya dalam air. Tiram berumur antara 2-3 tahun pula akan menjadi tiram betina dimana akan membebaskan telur kerana mempunyai tenaga yang banyak untuk membiak. Aktiviti penting yang diamalkan oleh pengutip tiram ini akan membuang semula kulit-kulit tiram yang telah di kopek kedalam sungai semula selepas di ambil isinya. Kulit tiram ini yang mempunyai benih2 semulajadi didapati membantu dalam proses pembiakan tiram untuk meningkatkan populasinya.


Antara musuh bagi tiram dikenalpasti adalah seperti Manusia yang mengutip dan memakan tiram. Manusia merupakan pemusnah utama tiram jika tidak di kawal dengan sempurna. Selain daripada itu musuh tiram adalah moluska lain seperti ketam, tapak sulaiman dan buruh laut. Tiram digunakan sebagai makanan manusia dimana sejak dulukala dan memang dijadikan makanan yang eksotik. Makanan tiram mengandungi zat ZINK yang tinggi dimana membantu dalam pengeluaran Testosterone manusia. Testosteron sangat berkait rapat dengan sistem pembiakan manusia.

Kaedah memakan tiram boleh dimakan berbagai cara seperti makan mentah, di kukus, digoreng, dipanggang, ditumis dengan sambal , di bakar atau apa juga cara. Hasil tiram juga boleh dikumpul dan dismpan dalam bentuk sejuk beku. Antara pproduk tiram di Malaysia yang mendapat permintaan pengguna ialah SOS TIRAM keluaran pelbagai syarikat seperti ADABI, JALEN dan banyak lagi syarikat bukan bumiputra. Sos Tiram digunakan dalam pelbagai jenis masakan sebagai bahan perasa yang menambahkan keenakan makanan. Kajian mendapati kandungan kalori tiram sangat rendah iaitu setiap satu dozen tiram cuma ada 110 kk (Kilokalori atau 420 joule) dimana tiram juga menganungi zink, Ferous (Zat Besi) dan Ca (Kalsium). Kajian penulis mendapati tiram boleh dijadikan sebagai satu produk baru bagi Daerah Muar.

DI SUNGAI MUAR...ADATIRAM...
SELAM TIRAM...JANGAN SERAM...
TENGOK ISI TRIAM....NAIK GERAM....
NAK MAKAN....SILA BERI CENGKERAM....
DAM MAKAN TIRAM...CEK KESIHATAN....


YOU MAY LIKE TO READ:
1. Belut (Klik disini)
2. Siput Sedut (Klik disini)
3. Kupang (Klik disini)
4. Ikan Hiasan (Klik disini)
5. Industri Ikan Akuarium di Malaysia (Klik disini)

By

M Anem
Senior Agronimist
DOA Muar

JOHOR
MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...