Kacang Soya Hijau (Glycine max C) merupakan sejenis tanaman baru yang telah di perkenalkan di Malaysia semanjak tahun 1980'an dan tahun 1990'an lagi. Kacang Soya Hijau dari keluarga Leguminoceae merupakan sejenis tanaman kekacang ditanam secara meluas di negara Jepun dan China. Peduduk di negara tersebut menggunakan kacang soya hjau sebagai bahan makan ringan yang sangat digemari. Kacang ini mengandungi protin yang tinggi (12%) dimana ianya didapati mengandungi asid amino yang baik untuk kesihatan. Kandungan serabut (15.6%) dalam kacang ini bagus untuk kesihatan badan manusia.
Pokok kacang soya hijau sejenis pokok renek yang rimbun dengan ketingggian antara 20-180 cm. Akarnya mempunyai akar tunjang sepanjang 150 cm tetapi kebanyakkanya berada antara 30-60 cm dari aras tanah mempunyai nodul kecil. Daunya berbentuk trifoliate serta mempunyai bentuk oval ke bentuk lansolat. Bunga kacang soya hijau berbentuk gumpalan yang mempunyai 3-15 bunga. Lengai buah mempunyai 3-15 bilangan, berbulu dan mengandungi 1-5 biji dimana berat setiap 100 biji antara 10 -20 gram.
Antara kultivar yang sesuai di tanam di Malaysia adalah MKS 1 yang dibawa masuk dari Jepun dan Taiwan berasal dari AVRDC (Asia Vegetables Research Development Center). Jenis ini mudah ditanam dan disukai oleh pengguna dimana purata ketinggian pokok cuma 38 cm serta mempunyai saiz biji yang besar. Potensi hasil lingkungan 7 mt / ha/ musim. Tempoh pokok berbunga 50% ialah 40 hari dan matang dalam tempoh 70 hari. Jenis ini pernah di majukan oleh beberapa petani di Selangor dan Perak serta Johor. Stok benih perlu didapati dari beberapa petani di Perak.
Kacang Soya Hijau sesuai ditanam disemua jenis tanah yang subur dengan pH 4.5-7.5 dan tidak banjir. Kadar keperluan benih sebanyak 50 kg/ ha dimana jarak tanaman disyorkan ialah 10 cm x 50 cm. Rawat benih dengan agrocide atau racun kulat dan bubuh 2 biji setiap lubang penanaman. Pembajaan dengan N (10-20 kg/ha, 25-70 kg P/ha dan 30-35 kg K /ha. Kawalan rumpai dengan cara manual dan kimia (Alachlor - 2 kg/ ha). Kerja-kerja penyiraman dibuat dengan renjisan sehingga air mencukupi terutama pada peringkat awal penanaman. Bagi kawasan tanah Bekas Lombong atau Tanah Bris perlukan sistem pengairan khusus.
Antara musuh dan perosak tanaman kacang soya hijau di kenalpasti ialah Lalat Kacang (Omphiomyia phaseoli) yang menyerang bahagian batang anak benih muda (1-3 minggu) dimana larva makan tisu pokok. Kawalan dengan kebersihan kebun dan racun seperti Dimethoate, Diazinon, trichlorofon dengan kepekatan 0.1% bahan aktif. Ulat Ratus (Spodoptera litura) menyerang daun disemua peringkat mengakibatkan daun berlubang2 dan di kawal dengan Amalan Pertanian Baik serta kawalan dengan racun cypermethrin jika tahap serious. Pengorek Buah (Marucca testulalis) menyerang buah lengai dan bunga dengan larva mengorek dan makan biji dan meninggalkan najis. Kawalan dengan kebersihan ladang dan racun cypermethrin, deltamethrin atau cyfluthrin jika seroius. Penyakit kacang soya hijau adalah seperti Bisul Bakteria (Xanthomonas phaseoli var Sojese), Penyakit Karat Daun (Phakospora vignas) dan penyakit virus. Di Malaysia belum berlaku serangan penyakit ini terhadap varieti MKS 1.
Penuaian hasil MKS 1 dalam masa 70 - 75 hari selepas menanam. Ciri2 buah matang adalah apabila lengainya (buah) 95% penoh dan bentuk biji dalamnya jelas. Warna lengainya bertukar menjadi hijau tua. Hasil dituai dengan secepat mungkin kerana kelewatan akibatkan buah menjadi keras dan rendah mutunya. Potong pokok kacang soya hijau kira-kira 2 cm dari paras tanah dan lengainya dileraikan.
Kajian ekonomi di Malaysia pada atahun 2008 mendapati kos pengeluaran untuk menanam kacang Soya Hijau adalah sebanyak RM 5,740 sehektar. Dari pemerhatian mendapati harga jualan kacang soya hijau sebanyak RM 4.00/ kg dan memperolehi pendapatan kasar sebanyak RM 18,000/ ha menjadikan pendapatan Bersih Ladang RM 12,530.00. Kajian juga mendapati kos setiap RM pelaburan sebanyak RM 3.29 dan Kos pengeluaran sebanyak RM 1.21. Promosi penanaman kacang soya hijau perlu dibuat untuk mempastikan tanaman ini akan dimajukan oleh petani di Malaysia dengan teknologi yang sesuai.
APA KATA CUBA.... TANAM KACANG SIYA HIJAU..
TANAMAN BARU .... KENA BELAJAR DULU.....
MANA NAK CARI BENIH.... TANYA YANG TAHU....
DULU POPULAR KEJAP... SEKARANG TAK TAHU...
Related articles:
1. Kacang Tanah (Klik disini)
2. Kacang Kuda (Klik disini)
3. Kacang Pea (Klik disini)
4. Kacang Parang (Klik disini)
5. Kacang Panjang (Klik disini)
6. Kacang Buncis (Klik disini)
7. Kacang Hijau (Klik disini)
8. Kacang Serinding (Klik disini)
9. Kacang Bendi (Klik disini)
By
M Anem
Air Keroh,
Bukit Beruang,
Melaka,
Malaysia.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.