Support My Blog

Sunday, April 4, 2010

Kelapa Sawit (Part 1)


Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) adalah tanaman utama di Malaysia pada masakini. Kelapa sawit terdiri daripada dua spesies Arecaceae atau famili palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit Afrika (Elaeis guineensis) adalah jenis yang berasal dari Afrika Barat di antara Angola dan Gambia. Sementara itu Kelapa Sawit Amerika (Elaeis oleifera) pula adalah berasal dari Amerika Tengah atau pun Amerika Selatan. Terdapat seluas 4,691,160 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2012 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975. Pada masa ini Negeri Sabah merupakan kawasan utama tanaman sawit di Malaysia (1.362 juta ha atau 29.7%) diikuti dengan Sarawak (0.840 juta hektar atau 16.6% ) dan Johor (0.712 juta hektar atau 15.32%). Negeri paling kecil mempunyai tanaman kelapa sawit adalah di Pulau Pinang iaitu cuma 14,000 hektar sahaja. Daripada jumlah keluasan tersebut seluas 2.807 juta hektar kelapa sawit ditanam oleh pihak estet swasta (59.8%) sementara 20.2% dimajukan oleh Skim Kerajaan (FELDA - 675,167 ha, RISDA- 80,262 dan FELCRA- 160,832) , 321,947 hektar (7,1%) oleh Skim Kerajaan Negeri dan bakinya seluas 540,194 hektar (12.98%) oleh pekebun kecil. Nilai buah segar industri kelapa sawit Malaysia sekitar RM 4.6 billion dengan nilai pasaran produk berasaskan ekspot sebanyak RM 36.110 billion. Terdapat seramai 451,000 orang yang terlibat dengan industri kelapa sawit dengan sebanyak 1,264 buah perladangan (estet). Statistik menunjukkan pada masa ini ujud sebanyak 444 buah kilang memproses buah kelapa sawit dan beratus-ratus kilang atau syarikan yang memproses hasilan daripada industri kelapa sawit di Malaysia. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman kelapa sawit dan teknologi yang berkaitan dengannya.


Di Negeri Johor pula pada tahun 2009 terdapat seluas 712,448 hektar tanaman kelapa sawit dimana seluas 324,693 hektar (45.6%)oleh pihak swasta/estet , Felda (127,661 ha), FELCRA (22,106 ha), RISDA (5,063 ha), Skim2 Negeri (45,099 ha) dan Pekebun2 Kecil seluas 187,448 ha atau sebanyak 26.38%. Terdapat seramai 60,518 orang petani atau pekebun kecil terlibat dengan tanaman sawit di Johor dan 583 buah Ladang /Estet Kelapa sawit. Daerah Muar pula terdapat seluas 68,801 hektar tanaman kelapa sawit dimana seluas 37,610 ha (54%) diusahakan oleh pekebun2 kecil. Dari segi bilangan pekebun kecil pula seramai 13,593 orang terlibat dengan industri ini dan 63 estet melibatkan kawasan seluas 68,801 hektar. dari segi kaum pula seramai 28,826 orang di Johor adalah Melayu (Luas Tanaman - 62,170 ha), Cina seramai 29,991 orang (Luas Kebun 112,170 ha), India seramai 701 orang (Luas Kebun 11,208 ha) dan lain2 bangsa seramai 1,000 orang.


Malaysian Palm Oil Board (MPOB) merupakan agensi yang bertannggungjawab dalam proses menguruskan aktiviti penanaman sawit di negara kita (Lihat foto sebelah). Pada masa ini mengikut rekod MPOB, terdapat 583 orang diberi lesen membeli buah sawit di Johor. Fungsi MPOB menjalankan penguatkuasaan undang-undang MPOB yang ada dalam AKTA 582 (Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998). Peniaga buah yang diberi lesen MPOB atau yang diberi lesen boleh membeli dan mengalih buah kelapa sawit dan Menjual dan mengalih buah kelapa sawit. Peraturan dan syarat2 tertakluk oleh lesen yang diberikan oleh MPOB. Mereka yang melanggar peraturan boleh di kenakan tindakan kompoun atau jika disabitkan kesalahan di bawah Petikan Perkara2 5(3) PPLMSM (Perlesenan) 2005 boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.


Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20 meter tingginya. Daunnya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun. Bunganya berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga sepal dan tiga kelopak. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya, kelapa, kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur. Pembiakannyaadalah melalui penyemaian biji-biji.  Kelapa sawit termasuk tumbuhan pohon. Tingginya dapat mencapai 24 meter. Bunga dan buahnya berupa tandan, serta bercabang banyak. Buahnya kecil dan apabila masak, berwarna merah kehitaman. Daging buahnya padat. Daging dan kulit buahnya mengandungi minyak. Minyaknya itu digunakan sebagai bahan minyak goreng, sabun, dan lilin. Hampasnya dimanfaatkan untuk makanan ternak, khususnya sebagai salah satu bahan pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar dan arang.


Kelapa sawit yang berkembang biak dengan biji, tumbuh di daerah tropika, pada ketinggian 0 - 500 meter di atas aras laut. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur dan tempat terbuka, dengan kelembapan tinggi. Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan oleh adanya curah hujan yang tinggi, sekitar 2,000-2,500 mm setahun.  Bilangan pelepah yang dihasilkan meningkat sehingga 30 hingga 40 ketika berumur tiga hingga empat tahun dan kemudiannya menurun sehingga 18 hingga 25 pelepah. Pelepah sawit meliputi lai daun, dengan setiap satunya mengandungi lamina, racis tengah, petiol dan kelopak pelepah.  Setiap pelepah mempunyai lebih kurang 100 pasang lai daun. Lai daun berukuran 55 sentimeter hingga 65 sentimeter dan menguncup, dengan lebarnya antara 2.5 sentimeter hingga 4 sentimeter. Ada dua jenis bentuk kedudukan lai daun dalam Elaeis oleifera. Pelepah sawit tersusun dalam bentuk pusaran, dengan setiap lapan pelepah membentuk satu pusaran.


Stomata atau rongga terbuka untuk menerima cahaya dalam proses fotosintesis wujud pada permukaan lai daun. Pelepah matang mempunyai duri, dan berukuran hingga 7.5 sentimeter, dengan petiol lebih kurang satu perempat daripada panjang pelepah.  Sawit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis bentuk buah berdasarkan ketebalan tempurung, iaitu dura (tempurung tebal), tenera (tempurung nipis) dan pisifera (tiada tempurung).  Buah tenera menghasilkan minyak yang lebih banyak berbanding buah dura kerana perbezaan ketebalan tempurung. Pisifera adalah buah betina mandul, iaitu bunga betina yang sepatutnya berkembang untuk menjadi buah dan tandan akan gugur sebelum matang. Keadaan ini menyebabkan pisifera tidak mengeluarkan tandan, sebaliknya banyak mengeluarkan bunga jantan. Namun, ada juga segelintir pisifera yang subur. Artikel mengenai tanaman kelapa sawit bersambung pada artikel seterusnya untuk bacaan umum. Wasallam.

KELAPA SAWIT ... TANAMAN UTAMA...
HASIL BERBILLION... ESTET LUASNYA...
PEKEBUN KECIL... MENYUMBANGNYA...
BANYAK KILANG... 444 BUAH SEMUANYA...

By
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(Kemaskini pada 13 Ogos 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...