KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, April 15, 2010

Kelakar di Projek Kg Orang Asli


Kisah ini merupakan satu pengalaman sebenar saya untuk makluman pembaca. Pernah saya bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah di Timur Laut Johor (Mersing) dan menjalankan banyak projek-projek pertanian. Salah satu pprojek yang saya laksanakan ialah Projek Penanaman Belimbing di Kg Asli Peta dengan jenis B1o dan B2 serta B17. Projek tersebut dilaksanakan pada tahun 1998 seluas 4.0 hektar secara berkelompok di ketuai oleh Mat Perang (Dah meninggal pada 2004). Saya sering membuat lawatan pengembangan ke projek tersebut dan menginap bersama-sama pegawai-pegawai pengembangan di khemah atau kuarters.

Satu hari saya memberi ceramah kepada peserta projek berkaitan projek tanaman belimbing tersebut. Tajuk ceramah ialah kaedah kawalan rumpai dan kaedah pembajaan yang betul untuk tanaman belimbing. Saya melawat projek sebelum membuat ceramah dan mendapati keadaan kebun agak semak serta rumput agak tidak dijaga walaupun pertumbuhan pokok memuaskan. Saya pun bertanya kepada salah seorang peserta (Kalau tak silap En Mat Perang -Ketua Projek). "Kenapa rumput di kebun awak tumbuh lebih tinggi dari pokok belimbing? .....
Dengan nada selamba Mat Perang menjawab..." Encik Simen saja tanah kebun saya ... nanti rumput tak tumbuh..."

Saya terus diam dan faham maksud beliau.


Ha..Ha...Ha...
Kelakar jadi kenangan

By
M Anem
Kg Peta
Endau Mersing


By
M Anem
PTJ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...