Support My Blog

Thursday, April 29, 2010

Ciri2 Klon Belimbing Malaysia


Belimbing (Averrhoa carambola) di Malaysia mempunyai beberapa Klon Popular iaitu B2, B10 dan B17. Belimbing merupakan jenis buah yang mana Malaysia merupakan pengeluar dan pengekspot terbesar didunia. Terdapat seluas lebih dari 1,300 hektar tanaman belimbing di Malaysia dengan pengeluaran lebih dari 6,500 metrik tan pada tahun 2011 dimana kebanyakannya untuk pasaran domestik dan sebagagian untuk diekspot. Saya diberi amanah untuk memberi ceramah kepada kursus 'Agronomic Practices in carambola Production' kepada peserta kursus antarabangsa seluruh Asia Tenggara mengenai varieti belimbing dan pengurusan agronomi. Artikel ini membentangkan ciri-ciri Klon Belimbing dalam 'Anim Agro Technology' tersebut yang diperolehi dari Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia dan pengalaman penulis sendiri semasa menjalankan tugas selama 32 tahun dalam bidang pertanian.

1) BELIMBING B2
Nama Biasa varieti Belimbing B2 ialah MAHA 66 yang dimiliki asalnya oleh En Foo Fatt dari Port Disckson, Negeri Sembilan. Pokoknya berbentuk renek dan tumbuh menegak berbentuk kanopi Kubah. Warna daun dan ranting adalah perang tua. Daun Belimbing varieti B2 berbentuk Oblong dengan bentuk hujung yang Mukronat and anak daun termal Elliptik. Warna tangkai daun perang kehijauan dan pucuk merah keperangan. Bunga belimbing B2 keluar sepanjang tahun dimana kedudukan stigma lebih tinggi dari stamen. Warna bunga nya ungu muda. Buah B2 berbentuk Elliptik dan keratan rentas berbentuk Sendeng Tirus. Saiz Buah Besar (13-15 cm panjang) dengan purata berat 200-250 gram. Warna buah masak (indeks 5) adalah putih kehijauan. Tekstur buah halus dan tidak rangup.

2) BELIMBING B10
BELIMBING B10 tiada nama lain dan ia dimiliki asalnya oleh Encik Chan Sing Keow dari Sri Kembangan, Selangor. Pokoknya berbentuk rendang dengan tabiat daunnya mendatar. Kanopi pokok berbentuk Kubah dengan warna dahan dan ranting adalah Perang. Daun B10 berorientasikan Tegak dan berbentuk Oblong. Bentuk hujung daun Mukronat dan anak daun terminal Obovat. Bunga B10 keluar sepanjang tahun berwarna unggu dipangkal ranggi. Buah B10 berbentuk Oval serta hujung berlekuk. Bentuk keratan rentas Sanding Cembong dengan saiz lingkungan 8-12 cm panjang. Purata berat B10 antara 200-300 gram dengan warna kuning keemasan. Tekstur buah halus dan sedikit rangup. Varieti ini dipasarkan untuk pasaran domeatik dan merupakan paling banyak untuk diekspot terutama ke Eropah dan Negera barat lain. DI negara tersebut belimbing B10 dipetik pada indeks 3 atau 4 yang dimakan sebgai 'Salad' bukannya buah segar seperti kita makan biasa.

3) KLON B17
Klon B17 dikenali dengan nama 'Belimbing Madu' dan dimiliki oleh En Ti Kok Seng dari Triang, Pahang. Pokok bertabiat rendang dan dahan yang melempai. Bentuk kanopi Kubah dan warna daun/ranting perang muda. Daunnya menegak dengan bentuk anak daun sisi Ovat Sempit. Bentuk permukaan daun sedikit melengkung keatas. Daun tidak berkilat dengan warna hijau muda. Warna pucuk merah tua. Bunga B17 keluar sepanjang tahun dengan warna pangkal ranggi Ungu Tua. Buah B17 berbentuk Oblong dangan hujung buah lekuk. Saiz buah lingkungan 8-12 cm panjang dengan purata berat 250-300 gram/biji. Warna buah adalah oren dimana putik muda berwarna hijau. Tekstur buah adalah rangup dan berserabut sedikit. Saya pernah berbincang dengan pemilik asal varieti ini sekitar awal tahun 1980'an untuk membuat pencirian dan mendapatkan anakbenih pokok belimbing ini.


Artikel ini memberikan pencirian mengenai 3 jenis varieti belimbing yang popular di Malaysia. Dari segi agronomi, percampuran antara varieti B2 dengan belimbing B10 dan B12 diperlukan kerana varieti belimbing B2 adalah sebagai pembekal pollen atau debunga yang berkesan kepada pokok belombing varieti lain. Pada saya varieti B17 atau Belimbing Madu menjadi kegemaran untuk dimakan segar kerana rasanya yang amat manis dan warnanya yang menarik. 


KLON BELIMBING ......DARI MALAYSIA...
DITANAM LUAS....PASARAN DUNIA...
KLON DIPILEH... GUNAKAN KOMBINASI ...
RUJUK MAKLUMAT...AGAR MANJADI ....


Related Articles:
1. Klon Belimbing di Malaysia (Klik disini)
2. Carambola - Star Fruit (Click here)
3. Klon Buah Popular di Malaysia (Klik disini)


By
M Anem
Horticulture Division

Dept of Agriculture
Johore,
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...