Sunday, February 14, 2010

Labu Air

Tanaman Labu Air di Projek PB Komersial Sayuran Parit Sagil, Tangkak, Johor.

Labu Air (Lagenaria siceraria) darri keluarga Cucurbitaceae sama seperti tanaman timun merupakan sejenis sayuran buah yang kurang popular di kalangan Masyarakat Melayu tetapi popular dikalangan kaum Cina. Labu Air atau calabash (English), Pinyin (Chinese), Upo (Philipines) dan sebagainya merupakan sejenis sayuran buah berwarna hijau. Saiz buah besar sehingga mencapai lebih 2 kg sebiji. Pokok labu air hidup subur dalam iklim tropika dan subtropika yang mempunyai cahaya matahari yang banyak dan hujan mencukupi. Labu Air merupakan tanaman menjalar yang ditanam atas tanah atau menggunakan para.

Di Malaysia Labu Air di tanam secara komersial terutama di Negeri Johor. Dilaporkan pada tahun 2009 seluas 29 hektar ditanam terutama di Daerah Kota Tinggi (18 ha), Daerah Mersing (11 ha) dan daerah Johor Bahru (7 ha). Kebanyakkanya di tanam dalam kawasan sayuran komersial kelolaan Jabatan Pertanian Johor. Benih di masukkan kedalam lubang penanaman diatas batas yang telah di lapik dengan plastik silvershine dan diberikan baja asas. Buat penyiraman dua kali sehari kecuali hari hujan. Jarak tanaman disyorkan ialan 1 m dalam barisan (1 baris ) atau 3 segi. Pembajaan dengan NPK 15:15:15 dengan kadar 20 gm/pokok pada peringkat awal dan ketika hampir berbuah bubuh baja NPK 12:12:17:2 dengan kadar 20 -30 gram/pokok.

Kawal perosak dan penyakit yang ada dengan cara manual atau semburan racun serangga atau racun kulat. Antara perosak yang menyerang labu air adalah seperti Lalat Buah (Bactocera spp), Ulat Pengirek Batang, Ulat Makan Daun dan Kutu Thrips. Buah yang matang dituai dengan pisau tajam dan dibersihkan serta di gred mengikut saiz dan kualiti. Sehektar lambu air mampu menghasiklan sekitar 25,000 - 28,000 kg labu air. Harga ladang diantara RM 0.60 hingga RM 1.10 bergantung kepada harga pasaran.

MAKAN LABU AIR.... BUAT SOP JE....
TANAM LABU AIR... SENANG JE....
JUAL LABU AIR .... TAHAN JE....
BELAJAR TEKNOLOGI... NAK TAU JE...

By
M Anem
DOA Muar

1 comment:

Farahin Anim said...

saya suka blog ini.sgt informatif dan berguna.teruskan usaha!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...