KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, February 1, 2010

Tanaman Keladi


KELADI (Colocasia esculenta L.) merupakan sejenis tanaman umbisi yang di percayai berasal dari Malaysia atau India yang hidup subur di kawasan rendah (khususnya tanah gambut) dan mempunyai saliran yag baik seperti di kawasan tanah gambut sederhana dalam. Keladi adalah tumbuhan umbisi dari keluarga Araceae. Tanaman Keladi atau juga di panggil Taro (Indonesia), Callalo, Coco dan Cocoyam digunakan sebagai sumber makanan ramai penduduk semanjak dulu kala. Artikel kali ini saya akan membincangkan tanaman keladi dari sudut pengalaman penulis selama 34 tahun dalam bidang pertanian, rujukan buku, risalah dan minat makan keladi goreng. Keladi banyak zat mineral dan vitamin seperti Thiamin, Riboflavin, Zink, Posforus, Kalium, Manganese dan juga  Zat Besi. Kandungan vitamin pula seperti Vitamin C, Niacin, B6 dan juga asid Oksalik. Keladi mempunyai sumber Kanji yang sangat tingggi. Dibeberapa negara seperti Irian Jaya, Papua New Guinea, Timor Leste dan beberapa masyarakay di Afrika menjadikan keladi sebagai makanan ruji mereka. Ini telah menjadikan tanaman keladi amat penting dinegara mereka dengan ditanam untuk sumber makanan negara. Artikel pada kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi tanaman keladi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Tanaman keladi merupakan sejenis tanaman umbisi yang mempunyai daun lembut berwarna hijau gelap dan mengeluarkan umbisi dibahagian pangkal pokok dibahagian dalam tanah. Terdapat dua jenis keladi iaitu Keladi yang tidak boleh dimakan (Digunakan sebagai pokok ornamental hiasan) dan Keladi yang boleh di makan. Di Malaysia keladi yang popular di tanam adalah seperti Keladi Minyak, Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Sarawak, Keladi Taro, Keladi Ais Kerim dan sebagainya yang ditanam secara komersial. Ais Kerim perasa keladi biasanya berwarna Ungu oleh Syarikat Marigold atau Jenama lain. Rasa aiskrim keladi memang sedap dan diminati ramai.

Pada zaman dulu keladi digunakan sebagai sumber makanan utama dengan merebus sahaja dan dimakan terus. Di Malayisia keladi lebih digemari dengan di goreng dengan tepong (70% kegunaan masa kini) atau di proses untuuk kerepek ubi atau di proses buat kueh. Pucuk keladi atau batang keladi yang umbisinya boleh dimakan selalunya boleh digunakan sebagai sayuran. Akar keladi yang di panggil 'SULUR' sangat enak untuk dijadikan sayuran dikalangan maysrakat Jawa di Muar dan Johor. Keladi banyak mengandungi kabohiderat dan protin serta nutrient lain serta antiokisdan. Penulis mempunyai pengalaman dalam menjalankan projek penanaman keladi secara komersil di Johor (Daerah Mersing, Segamat dan Muar) dan menjalankan pengembangan Pakej Teknologi Tanaman keladi (Gambar atas).


Daripada 11,860 hektar kategori tanaman kontan di Malaysia dalam tahun 2010 yang dimajukan , seluas 4,520 hektar (38%) merupakan tanaman keladi. Negeri Johor dan Selangor merupakan penyumbang utama pengeluaran keladi di Malaysia. Negeri Johor pada tahun 2010 menanam seluas 685 hektar tanaman keladi iaitu di Daerah Kota Tinggi (303 ha), Muar (41 ha) dan bakinya di daerah2 lain sementara Daerah Kuala Langat, Selangor menanam seluas 22 ha pada tahun yang sama. Kebanyakan kawasan penanaman padi di Johor dan Selangor adalan dari jenis tanah gambut.

Kebanyakan keladi ditanam diatas tanah gambut (Gambut sederhana atau gambut cetek). Selain daripada dijual segar sebagai "fresh produk" didapati keladi ini dihantar kekilang proses ais kerim dan sebahagian lagi di buat kerepek keladi yang popular terutama Hari Raya Puasa. Keladi Mawar merupakan jenis keladi yang disukai di Kawasan Muar kerana mempunyai pasaran yang baik. Harga keladi ditawarkan sehingga RM 1.30 - RM 1.60 diladang sekilogram. Ada beberapa petani yang menanam keladi daiatas tanah mineral tetapi mesti dibuat batas agar pembentukkan umbisi keladi dapat membesar. Dalam lawatan saya ke Kahang, Kluang , Johor saya berpeluang bagaimana Mr Lee menanam keladi diatas tanah mineral seluar 4 hektar diantara tanaman pisang. Petani tersebut menanam keladi dengan membuat batas setinggi1.5 kaki dengan panjang mengikut barisan. Penanaman adalah sepokok diatas batas mengikut baris. Oleh kerana ia tanah mineral jenis liat berpasir, jika tidak dibuat batas maka pembentukkan umbisi keladi kurang menjadi.

Benih keladi di perolehi daripada sulur anakbenih pokok berumur lebih 4 bulan dan dikutip dengan memotong sepanjang 4 - 6 inci (Buang daun dan umbisi keladi). Kos bagi benih keladi sekitar RM0.30 - RM 0.50 satu sulur bergantung kepada saiz dan jenis keladi. Kawasan penanaman di tanah gambut yang telah dibersihkan di buat lubang dengan menggunakan tugal kayu tajam berukurlilit 4-6 inci untuk membuat lubang sedalam 5 -8 inci. Masukkan satu benih sulur kedalam setiap lubang dangan jarak tanaman 75 cm x 75 cm dan bilangan pokok sebanyak 18,000 pokok/ha. Pembajaan dengan NPK 15:15:15 sebanyak 20 gm/pokok dibuat peringkat 2 minggu lepas tanam. Baja 12:12:17:2 pula diberikan dengan kadar 300 kg/ha pada umur 2 bulan lepas tanam serta Bulan ke 5 dan Bulan Ke 6. Jalankan kawalan rumpai menggunakan kaedah manual dan semburan racun rumpai tidak digalakkan. Penggunaan racun pra-cambah seperti Racun Altrazine dan Racun Ametryn dibuat sebelum mula penanaman.

Tanaman keladi matang dalam tempoh 7-12 bulan bergantung kepada jenis keladi dan kaedah pengurusan dengan hasil potensi sebanyak 20,000 kg sehektar. Penuaian perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut saiz pokok, umur pokok dan harga pasaran. Keladi yang matang di cabut dan dibersihkan dengan membuang daun serta bahagian batang serta akar serabut tinggalkan kira-kira 6-10 inci. Gredkan mengikut saiz dan jenis sebelum dijual. Keladi tahan seningga 3-4 bulan jika dijaga dengan baik. Lazimnya sakibaki tanah pada keladi yang tidak dibuang akan dapat mengekalkan kesegaran keladi lebih lama.

Antara masaalah penanaman keladi ialah kesukaran untuk mendapatkan anakbenih berkualiti dan selalunya kena cari daripada pembekal yang telah disahkan jenis dan kualitinya. Oleh kerana kawasan penanaman biasanya tanah gambut, maka kejadian tanah terbakar musim kemarau dan banjir musim hujan juga menjejaskan tanaman keladi. Antara perosak tanaman keladi ialah serangan koya hijau pada daun yang berlaku pada musim panas dan serangan siput kecil yang merosakkan bahagian daun tanaman. Kawalan menggunakan racun kimia yang disyorkan. Antara Penyakit tanaman keladi adalah Penyakit Hawar Daun yang menyerang daun dan dikawal dengan mengamalkan giliran tanaman. Penyakit Reput Umbisi pula menyerang umbisi keladi yang menyebabkan reput dan busuk dikawal dengan mencabut dan musnahkan serta rawatan racun kulat pada sulur benih sebelum menanam. Perosak keladi pula ialah Kumbang Pengorek Umbisi yang mengorek buah keladi mengakibatkan umbisi busuk dan dikawal dengan mencabut serta musnahkannya. Serangan Koya sering berlaku pada musim panas dimana koya akan berada di bahagian bawah daun dan menghisap air sap daun akibatkan kerosakan daun dan boleh dikawal dengan 'white oil'. Serangan Tikus yang makan umbisi keladi di kawal dengan racun Matikus (Bahan aktif warfarin).


Kajian saya di Daerah Muar mendapati purata hasil dicapai tanaman keladi di kawasan tanah gambut sebanyak 18,000 kg sehektar dan jika dijual dengan purata harga ladang sekitar RM 1.20 sekilogram menjadikan pendapatan kasar ladang sebanyak RM 21,600 sehektar. Sementara itu kiraan kos pengeluaran tanaman keladi pula sebanyak RM 11,460.00 sehektar (Kos benih paling banyak) dan akan menjadikan pendapatan bersih ladang adalah sebanyak RM 10,140.00 sehektar. Kos pengeluaran setiap kilogram keladi ialah sebanyak RM 0.63 dan pulangan setiap ringgit dilaburkan ialah bernilai RM 1.88. Tanaman keladi merupakan aktiviti yang menguntungkan jika di urus dengan baik dengan menjalankan Amalan Pertanian Baik di ladang. Pengurusan oleh petani dengan bimbinngan oleh pegawai pengembangan adalah diperlukan (Lihat foto saya memeriksa projek tanaman keladi di Air Hitam, Muar, Johor).Memang ramai dikalangan pembaca mencari artikel mengenai keladi tetapi amat kurang di internet. Artikel ini yang saya pot pada tahun 2010 mendapat pautan yang memang sangat tinggi dikalangan pelayar internet. Salam Bahagia!


TANAM KELADI ...MESTI MENJADI....
MAKAN KELADI...KENYANG PASTI ....
KELADI MAWAR...ENAK SEKALI....
TEKNOLOGI KELADI ..KENA CARI...

Related Articles :-
1. Keladi Mawar (KLIK DISINI)
2. Pengurusan Tanaman Keladi (Klik di SINI)
3. Racun Rumpai (KLIK DISINI)
4. Cashflow Keladi (KLIK DISINI)
5. Petani di Malaysia (KLIK DISINI)

By,
M Anem
Senior Agronomist
DOA, Jalan Kamariah,

Muar , Johor,
Malaysia.
(Kemaskini pada 8 Febuari 2014)

7 comments:

  1. memang caya la bro!! hdup keladi

    ReplyDelete
  2. Baca artikel Keladi Mawar dan Keladi Cina!
    Ada banyak lagi Info boleh di dapapti...

    ReplyDelete
  3. saya ingin minta izin copy maklumat ini untuk kerja kursus saya. tq very much...

    ReplyDelete
  4. Salam buat tuan rumah,
    minta halal ilmunya.
    Nor Azman Pontian.

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera, saya ingin bertanya daripada rujukan mana tuan mengetahui informasi 7540 hektar tanaman ubi di Malaysia? Terima kasih

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya.. salam tuan ada tak mana nak cari benih yang baik.. saya duduk batu pahat.. tq
    ne no tel saya 01115303551
    wak mustar

    ReplyDelete
  7. Hi M, I was amazed by the details and info. you shared about Keladi & Ubi Keledek.
    I'm in a business and constantly looking for opportunities to source these 2 items locally direct from farm.
    Is it possible that you can share the contacts with me?
    I can be contacted via sooky322@gmail.com
    Thank you very much.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...