Support My Blog

Showing posts with label KEPENTINGAN HUTAN HUJAN TROPIKA MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label KEPENTINGAN HUTAN HUJAN TROPIKA MALAYSIA. Show all posts

Thursday, September 21, 2023

KEPENTINGAN HUTAN HUJAN TROPIKA MALAYSIA (Pt 4)

HUTAN (Forest)
adalah merujuk kepada suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hutan hujan tropika yang luas dimana ia masih kekal dijaga dengan baik sehingga kini. Penulis blog merujuk kepada perkataan 'hutan' itu sendiri dimana ia adalah merujuk kepada tiga konsep yang berlainan iaitu didalanya berdiri banyak pokok atau tumbuh-tumbuhan yang merupai pokok, di seluruh komuniti terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok dan juga dimana seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi dimana ia juga termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya. Penting untuk mengetahui akan apakan dia makna 'hutan hujan' agar ia mudah difahami. Hutan hujan adalah sebagai satu komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan. Lazimnya struktur hutan hujan terdiri daripada dua atau lebih peringkat pokok-pokok dan tumbuhan renek yang turut berinteraksi bentuk tumbuhan yang lain seperti pepanjat, palma dan episit. Seterusnya dijelaskan maksud 'Hutan Hujan Tropika' atau dalam bahasa Inggeris sebagai ' Tropical Rainforest' iaitu ia merupakan jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan yang bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling selain daripada kelembapan. Takrif hutan tropika juga merangkumi lingkungan habitat darat dan habitat separa darat yang luas di zon inter-tropika. Lokasi hutan hujan tropika berada di zon tropika di antara 23027 Utara dan 23027 Selatan. Pada masa kini kawasan-kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah diwakili oleh hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia Selatan. Dilaporkan dimana struktur hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia adalah satu profil yang berlapis. Lapisan-lapisan itu terdiri daripada pokok-pokok renjong, silara utama, tumbuhan tingkat bawah dan tumbuhan permukaan tanah. Hutan di Malaysia merupakan satu aset negara yang penting dalam menyumbang kepada ekonomi dan juga kelestarian alam sekitar. Menjaga hutan merupakan satu perkara penting dijalankan oleh kerajaan dimana perlu ada akta dan kawalan berkaitan hutan untuk generasi akan datang. Artikel subuh Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat bagaimana kepentingan hutan terutama di negara Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Berdasarkan kajian dan laporan dimana ada b
eberapa jenis tumbuh-tumbuhan di hutan mengandungi unsur-unsur racun yang dapat mengakibatkan kemudaratan jika tersalah penggunaannya. Memang ada sesetengah tumbuh-tumbuhan mempunyai bulu atau duri halus yang boleh mengakibatkan gatal dan lecur pada kulit manusia. Dilaporkan dimana terdapat juga beberapa tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai tuba untuk menangkap ikan, racun serangga dan menghalau atau menghindari serangan anai-anai. Di antara tumbuh-tumbuhan yang sering digunakan sebagai tuba termasuklah Tumbuhan Renek Tuba (Derris elliptica) yang sesuai getak akarnya digunakan getahnya untuk memabukkan ikan dan menangkapnya kemudian. Saya ada menulis lebih 10 artikel mengenai tumbuhan tuba dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan semua dengan pautan yang berikut (Sila Klik Disini), (Sila klik Disini) dan banyak lagi. Kajian mendapati bahawa kandungan racun pada tuba dikenali sebagai derrids pada masa dulu tetapi sekarang dikenali sebagai rotenona. Bahan aktif ini dijumpai pada akar tuba dengan kadar antara 2½-3% sahaja dan sebenarnya terdapat paling banyak terkandung dalam bahagian kulit akar.kajian saintis juga mendapati bahan Derrids hampir tidak terlarut dalam air. Tuba digunakan secara tradisional sebagai racun ikan. Cara ini ia menggunakan adalah dengan bahagian akarnya biasanya digali dan dipotong. Akar tuba akan dikeringkan selama beberapa hari (sekitar 3-4 hari) dulu. Akar tuba ini kemudian ditumbuk dan dicampur dengan air menghasilkan cairan yang berwarna seperti susu. Campuran air dengan kepingan akar ini kemudian dituang kedalam lubuk ikan atau parit atau anak sungai yang ada arus air. Jika arus air tidak laju kandungan tuba digunakan tak perlu banyak tetapi jika air berarus deras dan luas makan jumlah tuba perlu banyak. Akar tuba yang ditumbuk diletakkan dalam air mengalir.


Walau pun penulis blog agak jarang terjumpa akan Pokok Kris (A
namirta cocuculus), Pokok Tuba Buah (Diospyros wallichi) dan juga Pokok Putat Tuba (Barringtonia scortechinni) namun daripdada lawatan ke Kg Orang Asli di Mersing dan Segamat ada melihat getah yang beracun. Dikalangan ramai penduduk dayak di Borneo juga akan menggunakan racun ipoh ini untuk memburu gunakan alatan khas (Sila lihat foto disebelah). Racun Ipoh merupakan sejenis racun merbahaya yang digunakan untuk melumpuhkan haiwan buruan yang di sumpit kearahnya dan mengenai  tepat pada badannya. Racun Ipoh ini lazimnya ia didapati secara menoreh kulit Pokok Ipoh (Antiaris toxicaria) paling terkenal sebagai racun untuk menyumpit atau mengumpan haiwan buruan di kalangan Orang Asli. Pokok Ipoh adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Pokok Ipoh mempunyai getah beracun yang digunakan sebagai racun untuk hujung sumpitan orang asli. Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk dapat mengelakkan keracunan kepada pemburu maka bahagian daging pada mangsa perburuan akan dipotong dan dibuang. Ciri-ciri daun pokok Ipoh ini ialah hujung daunnya berbentuk tirus, oblong elliptik, pangkal daun berbentuk bulat. Secara umumnya daun pokok ini adalah nipis dan hanya penduduk tempatan yang ahli sahaja akan mengenalinya. Penulis blog tertarik dengan kisah dimana nama bandaraya Ipoh, Perak sebenarnya berasal daripada nama sepohon pokok yang mengeluarkan getah beracun atau juga dikenali dengan 'upa'. Getah beracun dari pokok itu dikatakan banyak kegunaannya dan ianya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat orang asli untuk memburu binatang. Getah pokok Ipoh yang beracun akan disalutkan pada mata sumpit yang mana bertujuan untuk memburu dan juga mempertahankan diri serta keluarga mereka. Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk mengelakkan keracunan makanan apabila digunakan untuk memburu, bahagian daging pada haiwan buruan akan dipotong dan dibuang. DIlaporkan setelah 37 tahun gagah berdiri teguh di hadapan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad Ipoh, akhirnya ia tumbang setelah hujan turun dengan lebat dan dicampurkan dengan angin yang kencang. Oleh kerana pokok Ipoh ini penting sebagai simbolik kepada nama Ipoh, pihak pewajib telah mengambil langkah dengan kaedah menanamnya semula untuk generasi yang akan datang. 
Peristiwa penanaman semula pokok Ipoh ini amat penting kerana ia punyai nilai sejarah kepada negeri Perak dan menjadi lambang kepada bandaraya Ipoh.


Perenggan terakhir dalam tulisan artikel kali ini dikaitkan dengan penghasilan pelbagai jenis minyak dan ubatan daripada tanaman herba dan sayuran dari dalam hutan di Malaysia. Terdapat produk minyak 
secara semulajadi dalam buah-buahan dan biji-bijian tumbuh-tumbuhan dimana kebanyakan daripada minyak-minyak kini boleh dimakan. Contohnya termasuk produk minyak daripada Pokok Sengkawang dan Pokok Ketapang dimana ia menjadi salah satu bahan asas didalam membuat sabun, cat dan lilin. Apa un dilaporkan dimana jenis minyak bauan asli ialah sejenis minyak yang meruap dan terdapat lazimnya pada pada bahagian-bahagian kulit, akar, daun, buah atau bunga tumbuh-tumbuhan tertetu didalam hutan. Minyak-minyak ini berperisa enak dan berbau harum dimana diantara beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yang sering digunakan sebagai bahan asas di dalam penghasilan minyak bau-bauan ini adalah seperti Bunga Kenanga, Nilam, Bunga Tanjung dan sebagainya. Sebagai penutup dimana kawasan hutan yang terdiri daripada pelbagai jenis pokok, palma, pokok renek, herba dan paku-pakis memang ianya sangat berpotensi untuk didomestikasikan. Bagaimana pun perlu ada kajian lengkap mengenai situasi kecukupan bahan tumbuhan tersebut untuk di komersilkan. Ini merujuk kepada berlaku kekurangan bahan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Halia Bara dan sebagainya apabila tidak ada kawalan.  Keunikan sifat tumbesaran dengan bunga-bunga yang beranika bentuk, warna dan keharuman bau adalah ciri-ciri istimewa yang terdapat pada kebanyakan tumbuh-tumbuhan kita. Pokok-pokok bunga tempatan seperti Pokok Medang (Cinnamomum sp.), Pokok Penaga (Mesua sp. ), Pokok Palas (Licuala sp.), Pokok Pinang Hutan (Pinanga sp.), Pokok renek delek (Anisophyllea sp.), Tumbuhan seperti Herba Setawar (Costus sp.) dan berbagai spesies paku-pakis adalah merupakan antara tumbuhan hutan spesies tempat yang mampu menawarkan kesan yang lebih berkesan bagi kegunaan hortikultur hiasan dan senitaman di Malaysia.  Hutan adalah suatu sumber tanah yang penting dimana kewujudan kawasan hutan adalah luas dan dijaga rapi makan kawasan hutan berpotensi untuk berbagai kegunaan seperti ladang ternak, tapak penempatan baru, kawasan ladang baru atau sebagai tapak untuk kegiatan rekreasi dan pendidikan. Apa pun dengan adanya hutan dimana ia telah memudahkan kajian-kajian terhadap flora dan fauna. Walaupun berbagai spesies flora dan fauna telah dijumpai, namun masih terdapat banyak lagi yang belum dikenali nama. Kehadiran hutan di Malaysia membolehkan penerokaan ilmu secara berkekalan. Hutan juga dijadikan sebagai tempat ideal untuk hutan simpanan bagi pertumbuhan semulajadi flora dan fauna. Akibatnya akan berlaku kepupusan terjadi pada sesetengah haiwan dan tumbuhan, hutan simpan adalah langkah penting untuk menjamin populasi sesuatu flora dan fauna daripada diancam dan mengalami kepupusan. Pada penuis blog memang jelas bahawa hutan adalah unsur penting untuk membentuk ciri-ciri alam semulajadi yang mana ia menyediakan berbagai keperluan asas kepada kehidupan haiwan dan manusia. Hutan tropika mungkin mengandungi hampir separuh daripada spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan di dunia, termasuk beberapa banyak genus dan famili yang masih belum lagi diketahui.  Terdapat beberapa banyak contoh struktur tumbuh-tumbuhan dan tingkah laku haiwan yang tidak wujud di zon iklim sederhana, termasuk pertalian ekologi dan fisiologi yang khusus antara tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan persekitarannya pula terdapat di hutan tropika. Tetapi pembangunan pesat yang berlaku telah mengancam kedudukan dan keadaan semulajadi di hutan. Ini telah mengancam kepentingan hutan dari segi ekonomi setempat dan perdagangan sedunia. Jika pemusnahan hutan terus berlaku, dua pertiga daripada spesies di hutan hujan tropika akan pupus sebelum kita berjaya menemuinya menjelang 2025 dan selepas itu. Penting kesedaran perlu diwujudkan tentang betapa pentingnya adanya hutan. Pengawalan perlu dilakukan melalui pembentukan undang-undang dan kerjasama daripada semua pihak bagi tujuan membendung pemusnahan hutan yang berterusan serta melindunginya sebagai suatu khazanah yang penting untuk generasi yang akan datang. Artikel ini di bahagikan kepada empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HUTAN DI MALAYSIA.... LUAS JUMLAHNYA...
DIJAGA RAPI... ANCAMAN MEMUSNAHNYA...
ASET BERNILAI... KELESTARIAN NEGARA...
BACA ARTIKEL... SECARA SANTAI SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agromist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Safar 1445H).
Kemaskini pada 4 Rabiulawal 1445H.

Wednesday, September 20, 2023

KEPENTINGAN HUTAN HUJAN TROPIKA MALAYSIA (Pt 3)

HUTAN (Forest) adalah merujuk kepada suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hutan hujan tropika yang luas dimana ia masih kekal dijaga dengan baik sehingga kini. Penulis blog merujuk kepada perkataan 'hutan' itu sendiri dimana ia adalah merujuk kepada tiga konsep yang berlainan iaitu didalanya berdiri banyak pokok atau tumbuh-tumbuhan yang merupai pokok, di seluruh komuniti terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok dan juga dimana seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi dimana ia juga termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya. Penting untuk mengetahui akan apakan dia makna 'hutan hujan' agar ia mudah difahami. Hutan hujan adalah sebagai satu komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan. Lazimnya struktur hutan hujan terdiri daripada dua atau lebih peringkat pokok-pokok dan tumbuhan renek yang turut berinteraksi bentuk tumbuhan yang lain seperti pepanjat, palma dan episit. Seterusnya dijelaskan maksud 'Hutan Hujan Tropika' atau dalam bahasa Inggeris sebagai ' Tropical Rainforest' iaitu ia merupakan jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan yang bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling selain daripada kelembapan. Takrif hutan tropika juga merangkumi lingkungan habitat darat dan habitat separa darat yang luas di zon inter-tropika. Lokasi hutan hujan tropika berada di zon tropika di antara 23027 Utara dan 23027 Selatan. Pada masa kini kawasan-kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah diwakili oleh hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia Selatan. Dilaporkan dimana struktur hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia adalah satu profil yang berlapis. Lapisan-lapisan itu terdiri daripada pokok-pokok renjong, silara utama, tumbuhan tingkat bawah dan tumbuhan permukaan tanah. Hutan di Malaysia merupakan satu aset negara yang penting dalam menyumbang kepada ekonomi dan juga kelestarian alam sekitar. Menjaga hutan merupakan satu perkara penting dijalankan oleh kerajaan dimana perlu ada akta dan kawalan berkaitan hutan untuk generasi akan datang. Artikel subuh Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat bagaimana kepentingan hutan terutama di negara Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Hutan juga berfungsi sebagai penstabil cuaca bumi dan hampir 70% daripada penawaran oksigen dunia adalah datangnya dari hutan hujan tropika. Semasa tumbuhan menjalankan proses fotosintesis , ianya menyerap karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen pada masa yang sama . Ini diimbangi oleh pernafasan (respirasi) tumbuhan dan haiwan serta aktiviti ungkaibina yang mengakibatkan penggunaan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida melalui proses karbonisasi. Apa pun jika berlaku p
emusnahan yang berlarutan terhadap hutan akan menyebabkan berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Peningkatan pemekatan bagi karbon dioksida di udara akan mengakibatkan masalah dalam pemanasan dunia terjadi. Ianya akan mempengaruhi dalam pengurangan kadar gas dan secara tidak langsung ianya dapat mempengaruhi ketebalan lapisan ozon yang terdapat di atmosfera. Kehadiran gas-gas seperti karbon dioksida (CO2), Chlorofluorocarbons ( CFCS ), methane, tropospheric ozone dan nitrid oksida di atmosfera akan menyekat pelepasan tenaga sinaran daripada permukaan bumi dan menyebabkan suhu meningkat sehingga berlakunya fenomena kesan rumah hijau. Hutan juga berfungsi sebagai agen pembersih udara melalui proses fotosintesis. Wap air yang dibebaskan melalui proses tersebut dapat menolong melembabkan serta ia akan menyamankan udara. Selain itu juga dilaporkan dimana hutan juga berupaya mengawal bahan cemar yang terapung di udara apabila pencemaran tidak begitu tinggi. Ini ada kaitan memandangkan permukaan dalaman daun adalah lebih besar dan mampu menyerap bahan pencemaran dengan lebih berkesan. Contohnya, hutan mampu memerangkap unsur plumbum yang tinggi di udara dan menyimpannya di dalam tanah. Hutan adalah sebagai sumber bahan mentah . Hutan merupakan tempat asal bagi kebanyakan tanaman makanan manusia dan haiwan. Makanan yang kita guna seharian adalah berasal dari hutan hujan tropika. Antara isu kini termasuklah kopi, buah-buahan dan rempah. Hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia adalah habitat asal beberapa pokok buah-buahan tempatan seperti Pokok Manggis (Garcinia mangostana) dan Pokok Rambutan 
(Nephelium lappaceum). Selain itu dilaporkan dimana ada beberapa jenis buah-buahan seperti limau, pisang , betik, manggo dan nanas secara asalnya adalah berasal dari hutan hujan tropika. Tumbuh-tumbuhan seperti halia, lada hitam, vanila, cengkih, kayu manis, buah pala dan lada juga tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada mulanya.


Hutan tropika di Malaysia juga adalah gedung penuh dengan tumbuhan dan pokok-pokok yang mempunyai nilai-nilai perubatan. Secara anggarannya telah dilaporkan dimana satu perempat dari prekripsi dadah adalah bersumberkan daripada tumbuhan yang terdapat di hutan hujan tropika. Perkara ini telah meningkatkan kegunaan tumbuhan tempatan terutamanya dari hutan dalam bidang perubatan. Contohnya ubat anti-Malaria dan kuinin. Dilaporkan dimana kebanyakan daripada tumbuh-tumbuhan hutan hujan tropika mengandungi nilai-nilai perubatan terutamanya dari bahagian-bahagian batang, akar, pucuk, daun dan ubi. Pemakaian bahan ubat yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan berbeza mengikut sifat penyakit yang diubati. Biasanya ia dapat mengubati penyakit yang akan membawa kepada maut seperti penyakit kuning. Misalnya dalam kegunaan perubatan tradisional, masyarakat Melayu meminum air rebusan Tongkat Ali ( Eurycoma longifolia dan E.apiculata ) sebagai sejenis tonik kesihatan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Orang-orang asli pula menggunakan bahagian kulit akar Tongkat Ahli bagi mengubati demam cacar (smallpox) manakala serbuknya pula digunakan bagi merawat luka atau bisul serta bagi meredakan deman malaria. Penulis blog yang banyak kali masuk hutan ada menemui pokok lemba yang menghasilkan maniisan dan dilaporkan mempunyai nilai perubatan baik (Sila lihat foto disebelah). Di antara spesies-spesies tumbuhan lain yang sering dikaitkan dengan nilai perubatannya termasuklah daripada jenis selusuh Fatimah atau Kacip Fatimah (Labisia sp.), Pokok Mempisang (Goniothalamus sp.) dan Pokok Medang (Cinnamomum sp.). Dalam pada itu Bunga Pakma (Rafflesia hasselti) pula dikatakan mengandungi nilai-nilai perubatan turut mendapat harga yang tinggi di pasaran. Hutan hujan tropika juga dapat menampung sumber bahan getah, damar, resin, pencelup dan bahan-bahan dasar pengeluaran minyak yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi. Di antara contohnya ialah bahan-bahan seperti getah daripada pokok jelutong (Dyera costulata) pernah digunakan dalam pengeluaran gula getah pengunyah (chewing gum). Minyak pokok keruing gondol (Dipterocarpus kerrii) pula digunakan sebagai bahan asas dalam pemprosesan minyak wangi tempatan. 


Menarik satu laporan bertajuk '
Khazanah hutan semakin kritikal' dilaporkan oleh bharian.com yang perlu dikupas akan berita ini. Foro dimana Pokok Damar Hitam Siput Daun Besar antara spesies balak yang semakin kritikal jumlah di hutan. Dilaporkan dimana spesis pokok balak atau nama saintifik Shorea kuantanensis dan lebih kenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai pokok Damar Hitam Siput Daun Besar,yang pernah dilaporkan sudah pupus di dunia oleh 'Malaysia Plant Red List: Peninsular Malaysia Dipterocarpaceae' akibat aktiviti penukaran tanah hutan kepada pertanian iaitu pada tahun 2018. Pokok dari kumpulan kayu keras sederhana dalam kumpulan damar sebelum ini hanya boleh ditemui di Hutan Simpan Bukit Goh, Kuantan, Pahang pada 1963. Bagaimanapun, tiga pokok Damar Hitam Siput Daun Besar, ditemui semula di Taman Eko-Rimba Lata Tembakah terletak di Hutan Simpan Pelagat, Hulu Besut di Jerteh, Terengganu, pada Ogos 2014. Pokok itu ditemui oleh pegawai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Mohd Nasir Mohd dan Salleh Endut ketika memasuki hutan terbabit. Susulan penemuan itu JPSM dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu mengambil langkah pemeliharaan dan pemuliharaan spesies pokok itu dengan menubuhkan petak Hutan Yang Mempunyai Nilai Pemuliharaan Yang Tinggi (HCVF) di Hutan Simpan Pelagat. Apa pun penubuhan HCVF bertujuan memastikan shorea kuantanensis dapat diurus dan dipulihara secara efektif bagi mengelakkan kepupusan. Kawasan itu juga tidak dibenarkan sebarang aktiviti seperti pembalakan, riadah dan sebagainya kerana boleh mengganggu tumbesaran pokok. Pada masa sama, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang untuk tujuan mengagihkan anak benih pokok untuk ditanam di kawasan bersesuaian sekitar Kuantan bagi tujuan menambah populasi spesies Damar Hitam Siput Daun Besar. Kegunaan pokok damar mengikut para penyelidik pokok hutan termasuk spesies damar yang juga pensyarah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Nazre Saleh dimana Pokok Shorea kuantanensis adalah spesies damar yang menjadi khazanah hutan wajar terus dipelihara sama seperti cengal, merawan, keruing, balau serta meranti. Kini dengan pelbagai kegunaan dan dikatakan pula mempunyai khasiat tersendiri, mempunyai nilai yang tinggi menjadikan pohon berkenaan sentiasa menjadi buruan. Dalam pada itu damar sebenarnya bahan terdapat di bahagian dalam pokok yang turut dikenali sebagai resin, antara fungsinya melindungi pokok itu jika terluka. Bentuk damar ini seperti getah pokok. Apabila keluar ia sedikit cair, namun lama-kelamaan akan menjadi keras dan perlu dicairkan semula sebelum digunakan. Damar sudah mengeras itu diambil dan digunakan sebagai bahan bakar, perekat, varnis dan ada juga digunakan untuk menjadi minyak wangi.  Bau damar ini pula berbeza dengan gaharu kerana baunya seakan bau kemenyan.


Dilaporkan dimana spesies kritikal dan hampir pupus untuk digunakan dalam perubatan dimana adalah tidak dinafikan ada menggunakan damar secara tradisional, namun dalam jumlah yang kecil kerana jika tersalah atau terlebih, ia boleh membahayakan kesihatan. Kegunaan pokok damar lebih sebagai salah satu sumber kayu balak kerana ia lebih berharga. Pokok Damar Hitam Siput Daun Besar dimana ia kemungkinan dahulunya ditebang kerana tidak tahu ia adalah spesies yang kritikal dan hampir pupus. Dilaporkan jangka hayat pokok damar mampu mencapai hampir 200 tahun dan hanya mula matang ketika berusia 30 - 50 tahun. Apa pun mengenai Damar Hitam Siput Daun Besar yang pupus dalam laporan sebelum ini adalah disebabkan berlaku penukaran kawasan berhutan kepada pembangunan termasuk untuk pertanian di sesebuah kawasan menjadikan antara punca utama habitat pokok musnah sama sekali. Tidak semua orang mengenali pokok damar terutama spesies Hitam Siput Daun Besar, malah sehingga kini usaha untuk merekodkan dan mengkaji spesies pokok lain di hutan masih dilakukan oleh Jabatan Sains Perhutanan dan Biodiversiti, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM, agensi lain seperti Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) serta JPSM. Ada kemungkinan spesies shorea kuantanensis ini boleh didapati di kawasan lain juga tetapi kemungkinan itu sangat kecil. Jumlah pokok yang ditemui semula itu di Hutan Lata Tembakah boleh dikatakan sangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah keluasan hutan di Malaysia dan di seluruh dunia yang menjadikan spesies ini endemik dan berstatus kritikal untuk terus dipulihara. Ada usaha kekalkan populasi spesies damar dengan mencari lagi populasi pokok berkenaan itu katanya, bukan satu usaha yang mudah kerana selain memerlukan kepakaran dan tenaga kerja, ia turut membabitkan sumber kewangan yang banyak bagi tujuan meneroka dan merekodkan spesies tumbuhan. Dalam satu hektar di kawasan berhutan, berkemungkinan terdapat antara 700 sehingga 1,000 pokok yang terdiri daripada pelbagai spesies. Untuk mengkaji satu persatu spesies yang ada, kajian botani dan ekologi perlu dilakukan berdasarkan saiz plot tertentu yang dibina dan ia turut mengambil masa. Adalah penting supaya pokok-pokok yang sudah diketahui habitatnya terutama semakin diancam kepupusan itu harus terus dipulihara.


Dilapaorkan ada banyak aktiviti pencerobohan hutan dimana untuk memulihara pokok atau kawasan yang mempunyai tumbuhan penting seperti Damar Hitam Siput Daun Besar ia memerlukan usaha yang paling mudah iaitu dengan tidak berbuat apa-apa iaitu membiarkan sahaja ia hidup dalam keadaan semula jadi terutama di dalam hutan termasuk melarang apa sahaja aktiviti manusia di dalam habitatnya. Apa pun usaha itu amat sukar dilakukan berikutan ketika ini terlalu banyak pencerobohan hutan oleh pelbagai pihak termasuk aktiviti rekreasi dan riadah yang sekali gus mengakibatkan tumbuhan di habitat asal terganggu serta musnah di tangan manusia. Apabila manusia masuk ke hutan terutama bagi menjalankan aktiviti contohnya secara haram, pasti ada perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan seperti mencabut pokok atau penebangan pokok kecil bagi membuat khemah atau buaian. Perbuatan itu akan menyebabkan kerosakan tumbuhan dalam hutan tanpa disedari. Pokok di dalam hutan amat sensitif dan mudah terganggu terutama spesies yang tidak mudah dijumpai seperti Damar Hitam Siput Daun Besar dan akhirnya musnah secara perlahan. Oleh kerana spesies tumbuhan di dalam hutan hidup dalam satu komuniti dengan pelbagai spesies, tetapi jika berlaku gangguan pada sebatang pokok, maka pokok sekelilingnya juga akan terjejas sekali gus mungkin ada yang mati secara perlahan-lahan. Hakikatnya dimana pihak komuniti pokok di dalam hutan saling memerlukan 'rakan-rakan' mereka sendiri bagi tujuan kemandiran (survival) untuk terus hidup. Ini kerana spesies berkenaan tidak boleh berpindah seperti haiwan. Sejak jutaan tahun dahulu mereka hidup dalam ekosistem sebegitu. Menyentuh mengenai ekosistem hutan terganggu, Mohd Nazre berkata, ekosistem hutan jika terganggu perlu mengambil masa lama untuk pulih, iaitu sekurang-kurangnya 30 tahun atau lebih. Malah, untuk pulih sepenuhnya seperti keadaan asal memerlukan ratusan tahun. Sebagai manusia yang turut memerlukan hutan bagi tujuan kehidupan seharian termasuk ekonomi, rekreasi dan lain-lain kegunaan, sudah pasti tidak dapat mengelak untuk masuk ke hutan. Kini ada konsep lestari dalam pengurusan hutan termasuk mengetatkan kawalan, contohnya keperluan bagi dapatkan permit. Dengan itu ia dapat mengawal jumlah manusia yang memasuki hutan supaya tidak mengganggu atau memberi impak besar kepada ekosistem hutan. JPSM amat berharap supaya konsep pengurusan lestari itu dapat digunakan secara berterusan supaya hutan terus terpelihara terutama untuk generasi akan datang. Masyarakat juga perlu mengawal diri ketika di dalam hutan supaya tidak mengusik atau ianya akan merosakkan pokok bagi mengelak ia diancam kepupusan.  Ketika ini, terdapat kira-kira 10 spesies damar hitam seperti Damar Hitam Gajah dan Damar Hitam Telepok, namun tidak banyak maklumat diperoleh berkaitan Damar Hitam Siput Daun Besar. Artikel ini di bahagikan kepada empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca artikel ini kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HUTAN DI MALAYSIA.... LUAS JUMLAHNYA...
DIJAGA RAPI... ANCAMAN MEMUSNAHNYA...
ASET BERNILAI... KELESTARIAN NEGARA...
BACA ARTIKEL... SECARA SANTAI SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agromist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Safar 1445H).
Posted from,
Hotel Casuarina, 
Kuala Kangsar, Perak.

Tuesday, September 19, 2023

KEPENTINGAN HUTAN HUJAN TROPIKA MALAYSIA (Pt 2)

HUTAN (Forest)
adalah merujuk kepada suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hutan hujan tropika yang luas dimana ia masih kekal dijaga dengan baik sehingga kini. Penulis blog merujuk kepada perkataan 'hutan' itu sendiri dimana ia adalah merujuk kepada tiga konsep yang berlainan iaitu didalanya berdiri banyak pokok atau tumbuh-tumbuhan yang merupai pokok, di seluruh komuniti terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok dan juga dimana seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi dimana ia juga termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya. Penting untuk mengetahui akan apakan dia makna 'hutan hujan' agar ia mudah difahami.  Hutan hujan adalah sebagai satu komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan. Lazimnya struktur hutan hujan terdiri daripada dua atau lebih peringkat pokok-pokok dan tumbuhan renek yang turut berinteraksi bentuk tumbuhan yang lain seperti pepanjat, palma dan episit. Seterusnya dijelaskan maksud 'Hutan Hujan Tropika' atau dalam bahasa Inggeris sebagai ' Tropical Rainforest' iaitu ia merupakan jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan yang bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling selain daripada kelembapan. Takrif hutan tropika juga merangkumi lingkungan habitat darat dan habitat separa darat yang luas di zon inter-tropika. Lokasi hutan hujan tropika berada di zon tropika di antara 23027 Utara dan 23027 Selatan. Pada masa kini kawasan-kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah diwakili oleh hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia Selatan. Dilaporkan dimana struktur hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia adalah satu profil yang berlapis. Lapisan-lapisan itu terdiri daripada pokok-pokok renjong, silara utama, tumbuhan tingkat bawah dan tumbuhan permukaan tanah. Hutan di Malaysia merupakan satu aset negara yang penting dalam menyumbang kepada ekonomi dan juga kelestarian alam sekitar. Menjaga hutan merupakan satu perkara penting dijalankan oleh kerajaan dimana perlu ada akta dan kawalan berkaitan hutan untuk generasi akan datang. Artikel subuh Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat bagaimana kepentingan hutan terutama di negara Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Rakyat Malaysia pastinya sudah kenal bagaimana keadaan hutan di Malaysia kerana ia mudah di akses di banyak negeri. 
Malaysia kini berada pada kedudukan keempat daripada 10 negara teratas dalam menangani pengurangan kehilangan hutan utama setakat 2022. Berdasarkan dari laporan terbaru World Resources Institute Global Forest Watch dan University of Maryland mengenai isu penebangan hutan secara global dimana Malaysia berjaya mengekalkan kadar kehilangan hutan pada paras yang rendah. Kementerian  Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) laporkan secara keseluruhannya Malaysia mengurangkan kehilangan hutan utamanya sebanyak 57% pada 2022. Apa pun pencapaian ini disebabkan oleh beberapa inisiatif termasuk penguatkuasaan yang lebih ketat, pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang semakin disebar luas dan Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT) untuk inisiatif didalam Pemuliharaan Biodiversiti. Pada Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada 1992 dimana Malaysia telah pun menyatakan komitmen untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara supaya dilitupi pokok dan kawasan berhutan. Apa pun sehingga kini, Malaysia masih mengekalkan komitmen itu di mana kawasan berhutan adalah seluas 18.05 juta hektar atau 54.58 peratus daripada keluasan tanah negara. Merujuk kepada Laporan Penilaian Sumber Hutan Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2020 telah pun menyenaraikan Malaysia sebagai satu daripada kalangan 25 negara membangun diiktiraf sebagai negara Hutan Tinggi dan Penebangan Hutan Rendah. Pihak NRECC bagaimanapun menyedari bahawa Malaysia tidak boleh leka dan banyak usaha perlu dilakukan untuk dapat memastikan kehilangan hutan utama negara dihentikan sepenuhnya dalam masa terdekat. NRECC akan terus melaksanakan beberapa inisiatif, termasuk memperkasakan perundangan seperti Akta Perhutanan Negara 1984, meningkatkan usaha untuk mewartakan kawasan hutan termasuk di kawasan Central Forest Spine dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar. Dengan meningkatkan peruntukan EFT pada 2023 kepada RM150 juta (peningkatan sebanyak 150 peratus sejak pelaksanaannya pada tahun 2019) dan pelbagai usaha lain ke arah peningkatan pemuliharaan hutan negara.


Memang h
utan hujan tropika adalah satu khazanah yang berharga kepada semua orang di bumi ini tidak kira di mananya kita tinggal. Hutan memainkan peranan yang penting dalam menjaga nilai kehidupan alam sejagat. Hutan penting bukan sahaja sebagai tanah ladang yang berpotensi tetapi sebagai simpanan balak yang boleh dieksploitasi, sebagai sumber spesimen biologi yang baharu dan sebagai habitat bagi berbagai variasi flora dan fauna.  Hutan hujan tropika meliputi hanya 12% daripada jumlah kawasan dunia. Namun demikian ia adalah habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga 90% spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia. Satu hektar tanah hutan hujan tropika di Malaysia mengandungi lebih daripada 180 jenis pokok. Di laporkan dimana dalam hutan di Semenanjung Malaysia, terdapat lebih daripada 8,000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga telah direkodkan. Di Sarawak pula, 70% daripada kawasannya adalah diliputi oleh hutan hujan tropika. Ia juga menempatkan lebih daripada 8,000 spesies flora dan 20,000 spesies fauna. Hutan memang membekalkan makanan secara langsung atau tidak langsung kepada haiwan yang memakan buah-buahan, bijian, putik bunga, pucuk daun dan bahagian pokok lain. Selain itu juga dilaporkan dimana ia juga adalah satu habitat yang sesuai kepada burung-burung yang datang semasa musim sejuk. Hutan adalah sebagai tempat untuk perlindungan semulajadi bagi orang-orang asli di kawasan pedalaman hutan. Mereka dapat menyara hidup mereka melalui sumber hutan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kegiatan seharian mereka amat bergantung kepada hutan. Mereka memburu bukan sahaja untuk mendapatkan sumber makanan tetapi untuk mendapatkan pakaian dan tempat perlindungan. Contohnya, kumpulan etnik Bidayuh di Sarawak. Hutan adalah sumber pendapatan seharian mereka. Kebanyakan barang keluaran hutan seperti herba, gum (damar), sarang burung dan keladi dikumpulkan oleh mereka untuk dijual di pasaran urban sebagai sumber tambahan pendapatan kepada mereka. Justeru itu, masyarakat orang asli seperti suku kaum Batek di Hutan Simpanan Kuala Tahan, Taman Negara yang mana ia masih berinteraksi secara langsung dengan khazanah hutan. Ada banyak perbincangan dilakukan menganai isu ini sepanjang masa.


Hutan bertindak sebagai kawasan tadahan air dalam memelihara kualiti alam sekitar dengan menyerap dan menapis air hujan sebelum kemudian ia menyalurkannya ke sungai-sungai. Dengan itu dilaporkan hutan dapat memastikan bahawa bekalan air di negara kita tidak terputus sepanjang tahun. Hutan juga bertindak sebagai penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanah-tanih dengan akarnya. Kesemua ini dapat memelihara kualiti alam sekitar daripada dicemari dan dapat mencegah kejadian-kejadian buruk seperti banjir kilat. Hutan juga berfungsi sebagai bunga karang (sponge) yang mana ia berongga, menyerap air hujan dan mengalirkannya perlahan-lahan ke dalam anak-anak sungai bagi mengelak kejadian banjir daripada berlaku. Ia juga akan bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air secara tidak langsung. Kitar atau edaran hidrologi yang berlaku di kawasan-kawasan hutan akan memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti sungai. Dari segi kuantitinya, ekosistem hutan berperanan sebagai 'regulator' air dan mengawal kadar alirannya. Pada masa yang sama, silara pokok hutan berupaya mencegah atau menyerap air hujan antara 20 hingga 28%, di mana sebahagian besarnya akan kembali ke atmosfera melalui sejatan pepeluhan. Kehilangan litupan hutan dilihat akan menyebabkan air hujan terus mengalir ke sungai-sungai dan mengakibatkan kejadian banjir kilat yang secara tidak langsung akan mendatangkan bencana kepada manusia. 
Artikel ini di bahagikan kepada empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HUTAN DI MALAYSIA.... LUAS JUMLAHNYA...
DIJAGA RAPI... ANCAMAN MEMUSNAHNYA...
ASET BERNILAI... KELESTARIAN NEGARA...
BACA ARTIKEL... SECARA SANTAI SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agromist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Safar 1445H).
Posted from:
Room 113, Casuarina Hotel,
Kuala Kangsar, Perak.

Monday, September 18, 2023

KEPENTINGAN HUTAN HUJAN TROPIKA MALAYSIA (Pt 1 )

HUTAN (Forest)
adalah merujuk kepada suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hutan hujan tropika yang luas dimana ia masih kekal dijaga dengan baik sehingga kini. Penulis blog merujuk kepada perkataan 'hutan' itu sendiri dimana ia adalah merujuk kepada tiga konsep yang berlainan iaitu didalanya berdiri banyak pokok atau tumbuh-tumbuhan yang merupai pokok, di seluruh komuniti terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok dan juga dimana seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi dimana ia juga termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya. Penting untuk mengetahui akan apakan dia makna 'hutan hujan' agar ia mudah difahami. Hutan hujan adalah sebagai satu komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan. Lazimnya struktur hutan hujan terdiri daripada dua atau lebih peringkat pokok-pokok dan tumbuhan renek yang turut berinteraksi bentuk tumbuhan yang lain seperti pepanjat, palma dan episit. Seterusnya dijelaskan maksud 'Hutan Hujan Tropika' atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'Tropical Rainforest' iaitu ia merupakan jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan yang bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling selain daripada kelembapan. Takrif hutan tropika juga merangkumi lingkungan habitat darat dan habitat separa darat yang luas di zon inter-tropika. Lokasi hutan hujan tropika berada di zon tropika di antara 23027 Utara dan 23027 Selatan. Pada masa kini kawasan-kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah diwakili oleh hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia Selatan. Dilaporkan dimana struktur hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia adalah satu profil yang berlapis. Lapisan-lapisan itu terdiri daripada pokok-pokok renjong, silara utama, tumbuhan tingkat bawah dan tumbuhan permukaan tanah. Hutan di Malaysia merupakan satu aset negara yang penting dalam menyumbang kepada ekonomi dan juga kelestarian alam sekitar. Menjaga hutan merupakan satu perkara penting dijalankan oleh kerajaan dimana perlu ada akta dan kawalan berkaitan hutan untuk generasi akan datang. Artikel subuh Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat bagaimana kepentingan hutan terutama di negara Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Hutan merupakan satu sumber kayu-kayan hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan taburan berbagai spesies pokok-pokok balak komersial negara seperti merbau, bitis, nyatoh dan kempas yang bernilai tinggi. Ini menjamin bekalan sumber kayu-kayan di negara kita untuk tujuan kegunaan tempatan mahupun untuk dieksportkan. Kepelbagaian flora dan juga spesies kayu-kayan telah membolehkan industri yang berasaskan kayu untuk menggunakan spesies-spesies kayu dijalankan secara lebih meluas. Sektor perhutanan adalah satu sumber pendapatan negara yang penting. Ia memainkan peranan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara dari segi pendapatan pertukaran asing, hasil kerajaan, pelaburan dan pekerjaan. Antara Januari hingga September 1990, nilai eksport balak dan barangan kayu adalah RM 2.1 billion atau 40% daripada jumlah pendapatan eksport negara. Jumlah pelaburan industri berasaskan kayu bagi tempoh tersebut adalah melebihi RM 967 juta. Punca-punca eksport sektor perhutanan adalah terdiri daripada kayu gergaji, papan lapis, kayu kumai, venir dan perabot. Jumlah hasil hutan yang dipungut daripada royalti, premium dan sumber-sumber lain seperti hukuman, denda dan pampasan berkaitan dengan perhutanan, lesen dan perkhidmatan perhutanan pula bernilai RM 203 juta. Dilaporkan dimana ia juga telah menawarkan pekerjaan lebih daripada 62,800 orang sama ada dalam kegiatan pembalakan atau kegiatan hiliran seperti kilang papan dan perabot pada tempoh itu kepada penduduk tempatan. Hutan juga adalah penting sebagai sumber keluaran hasil hutan bukan kayu yang mempunyai kegunaan yang berlainan. Ia termasuklah rotan, buluh, mengkuang dan pandan, tumbuh-tumbuhan pewarna, damar dan lain-lain. Rotan adalah hasil hutan bukan kayu yang terpenting di Semenanjung Malaysia. Ia telah menjadi satu perusahaan yang penting yang tertumpu di kawasan luar bandar. Ia lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti pengeluaran perabot bagi pasaran tempatan dan melibatkan aktiviti mengeksport barangan rotan separa proses dan siap. Rotan Manau  (Calamus manan) adalah rotan yang paling popular untuk ia diperdagangkan dan berharga tinggi. Sila baca banyak artikel yang saya tulis mengenai rotan dalam blog ini dan antaranya  (Sila klik disini). Penulis blog pernah memasukan hutan dimana ada banyak hasil hutan di Kg Peta, Mersing dahulu semasa bertugas disana.


Merujuk kepada beberapa laporan dimana t
erdapat 28 genera dengan 150 spesies palma asli di Malaysia. Lazimnya pihak berwajib amalkan kaedah penekanan dan penggunaannya hanya terhad bagi jenis-jenis palma yang popular seperti rumbia, nipah dan bertam sahaja. Penulis blog sempat memasuki hutan di Raub, Pahang dan sempat bergambar dengan keunikan sejenis pokok palma yang cukup menarik (Sila anda lihat foto disebelah)Tumbuhan Nipah (Nypa fruticans) tumbuh di sepanjang tebing-tebing sungai seluruh Semenanjung Malaysia. Saya ada menulis mengani pokok nipah untuk dibaca dalam blog ini dengan pautan (Sila klik disini)  dan  (Sila klik disini). Daun-daunnya boleh digunakan untuk membuat atap dan barangan kraf manakala daun-daun muda yang masih belum terbuka (anak daun) digunakan bagi membuat kertas pembalut tembakau rokok. Buah-buahnya pula boleh dimakan sementara tangkainya boleh diperah bagi mendapatkan nira (palm-wine). Terdapat juga jenis iaitu jenis tumbuhan  Rumbia atau Sagu (Metroxylon sagu) dan (Metroxylon rumphii) ialah jenis palma yang lebih besar dan hidup di paya-paya air tawar. Ianya merupakan bahan utama dalam pembuatan tepung sagu daripada bahagian dalam batangnya. Ada lebih 15 artikel yang saya tulis mengenai sagu dalam blog ini untuk dibaca antaranya adalah pautan berikut  (Sila klik disini). Daunnya pula boleh disisir menjadi atap dan dinding rumah. Isi batangnya juga berguna sebagai bahan makanan kepada binatang ternakan seperti ayam dan itik. Tumbuhan jenis Pokok Bertam (Eugeissona tristis) adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Tumbuhan Bertam juga boleh dijadikan atap yang merupakan bahan tradisional. Buahnya kadang-kala diukir untuk dijadikan barang hiasan. Buluh merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili rumput (Gramineae). Penggunaan buluh adalah lebih meluas. Ini disebabkan sifat batangnya yang ringan, seragam, tegar dan mudah diperolehi. Dengan penggunaan mesin-mesin pemprosesan, industri barangan berasaskan buluh dapat dikembangkan menjadi perusahaan yang lebih berdaya maju. DIlaporkan dimana di Negeri Kedah adalah merupakan negeri yang terbanyak mengeluarkan jenis  Buluh Semantan  (Gigantochloa scortechinii). Sia baca lebih dari 50 artikel mengenai buluh dalam blog ini antaranya (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Penghasilan rebung-rebung buluh terutamanya dri jenis Buluh Betung (Dendrocalamus asper) dan Buloh Beting (Gigantochloa levis) yang hidup liar atau ditanam boleh dijadikan sumber makanan yang berzat. Tumbuh-tumbuhan pewarna yang paling berharga di Semenanjung Malaysia ialah daripada spesies Sepang (Caesalpinia sappan) yang digunakan untuk tujuan mewarnakan pandan, tikar, sutera, kapas dan benang. Ia juga digunakan sebagai pewarna bahan makanan. Antara jenis tumbuh-tumbuhan pewarna lain ialah Pokok Mengkudu (Morinda sp.), Pokok Merbau (Intsia sp.), Pokok Sena  (Pterocarpus indicus) dan Akar Kunyit (Fibraurea chloroleuca). Di samping kulit bakau dilaporkan melalui kajian dimana Kulit Pokok Punggai (Coelostegia griffithii), Pokok Bayur (Pterospermum sp.), Pokok Ketapang (Terminalia catappa), Pokok Rhu (Casuarina sp.) dan Pokok Rengas juga boleh digunakan bagi menghasilkan bermacam-macam warna. Damar dikutip daripada pecahan atau luruhan kulit batang bagi membuat andang, pemetik api dan pemampal bahagian-bahagian perahu dan perabot. Damar Mata Kucing yang dihasilkan daripada spesies Merawan (Hopea sp.) dan Damar Perak yang dihasilkan daripada spesies Pokok Cengal (Neobalanocarpus heimii) lazimnya digunakan dalam industri penggilapan dan pembuatan kertas. Pokok Damar Minyak (Agathis borrensis) hasilkan damar minyak yang digunakan sebagai kemenyan dalam upacara keagamaan dan rawatan tradisional, lampu penyuluh, pemetik api, penampal bahagian bot yang bocor dan juga sebagai asap penghalang nyamuk. Ia juga dieksport khususnya bagi pembuatan bahan penggilap gred tinggi dan pelekat selain digunakan dalam pemprosesan kulit haiwan.


Beberapa laporan menyatakan dimana h
utan juga adalah sumber getah yang penting. Dilaporkan sejenis getah 'gutta-perca' yang didapati daripada Pokok Nyatoh Taban Merah (Palaqquim gutta) mempunyai ciri-ciri sebagai salah satu bahan bukan konduktor kuasa panas atau elektrik.  Gutta’ bermaksud ‘getah’ dalam Bahasa Melayu manakala ‘percha’ itu nama pokok tersebut. Gutta percha daripada famili Sapotaceae tergolong dalam kumpulan balak saiz sederhana yang dapat mencecah ketinggian 35 meter (Sila lihat foto disebelah). Spesies pokok ini ada dijumpai di hutan tanah pamah di Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera dan kawasan Borneo. Gutta percha merupakan jenis kayu keras ringan adalah sesuai untuk pembuatan hiasan dalaman dan panel. Daunnya berwarna hijau kekuningan atau berkarat dengan urat-urat daun berwarna tembaga manakala bunganya berwarna putih bersaiz kecil.  Pokok ini mula mengeluarkan getah berwarna putih bila melebihi 15 tahun. Pada suhu bilik, getah gutta percha adalah keras namun apabila dipanaskan, bahan ini boleh dikepal-kepal menjadi pelbagai bentuk. Gutta percha mula-mula diperkenalkan di Eropah dan dipasarkan setelah diketahui memiliki sifat-sifat yang sesuai (senang lentur, tahan tekanan tinggi dan suhu dingin) untuk pembuatan penyalut dawai elektrik dalam air. Di samping itu, getahnya juga digunakan sebagai pelapis bola golf, dalam rawatan gigi serta dapat menghasilkan genggaman pistol dan bahan perhiasan. Getah ini tidak menganjal dan akan bertukar menjadi plastik apabila dipanaskan pada suhu 820C dengan mengekalkan bentuk yang digubah ketika ianya masih panas. Bahan ini mempunyai beberapa kegunaan teknikal seperti membuat pemegang alat-alat pembedahan, bola-bola golf, bahan penampal sementara gigi dan penutup corong-corong kegunaan di makmal-makmal kimia. Memang kalau sebelum ini ada tanaman pokok-pokok Getah (Hevea brasiliensis) diperkenalkan di Semenanjung Malaysia dilaporkan ada sumber-sumber getah asli diperolehi daripada pokok-pokok hutan tropika terutama daripada tumbuhan pepanjat seperti akar-akar gerit daripada famili Apocynacease. Di antara kumpulan pokok memanjat daripada famili ini yang dilaporkan ada menghasilkan getah ialah Willughbeia, Leuconotis, Chilocarpus dan juga Melodinus. Terdapat laporan dimana buah dan biji-bijian liar yang terdapat di hutan Semenanjung Malaysia menjadi sumber makanan fauna dan manusia. Di antara buah-buahan hutan yang dijual di pasar-pasar tempatan adalah Buah Bacang (Mangifera foetida), Buah Jambu Air (Eugenia sp.), Buah Durian (Durio sp.) yang mana kesemua buah-buahan ini ada ditulis dalam blog ini dengan banyaknya. Artikel mengenai durian sahaja saya ada menulis hampir 500 artikel semenjak 25 tahun menulis dalam blog ini yang dibaca hampir 37 orang pembaca diseluruh dunia. 


Sejenis buah nadir yang agak popular apabila tiba musimnya adalah Buah Sentul 
(Sandoricum koetjape) yang ada buah masam dan kini sudah ada buah sentul yang manis. Sila baca tulisan saya mengenai buah sentul dengan pautan (Sila Klik Disini)Kegunaan tanaman sentul adalah untuk menghasilkan buah segar yang boleh di makan. Batang kayu yang keras adalah kategori ‘kayu balak’ yang boleh dijadikan Tiang Rumah, Papan lantai dan dinding rumah, Perabot dan banyak lagi. Saya ada merujuk beberapa buku seperti tulisan oleh Ong Hean Chooi yang mengatakan akar pokok sentul yang direbus boleh diminum dan memberikan rawatan cirit birit, disentri, bengkak usus besar, kejang otot, tonik yang dapat melegakan perut dan sesuai dijadikan tonik untuk ibu selepas bersalin. Buahnya pula dijadikan jus sangat baik untuk rawatan disenteri. Daun segar boleh dijadikan ubat rawatan gatal-gatal kulit, dicampur dengan daun lain untuk dijadikan ramuan mandian bagi meredakan demam panas. Dalam pada itu Pokok Rambutan (Nephelium sp.), Pokok Langsat (Lansium domesticum) dan Pokok Manggis (Garcinia mangostana) memang ada tumbuh didalam hutan. Daun-daun pokok Asam Gelugor (Garcinia atroviridis ) dan Buah Cemperai (Champereia manillana) pula boleh dijadikan sayur-sayuran dimana saya ada menulis artikel berkaitan dalam bolg ini (Sila cari). Sementara biji-biji buah hutan seperti Petai (Parkia speciosa) dan Jering (Pithecelobium jiringa) pula boleh digulai atau dijadikan ulam dimana apembaca gogle dalam blog anim agro technology untuk penjelasan lanjut juga. Terdpat juga di dalam hutan di Malaysia akan Pokok Enau yang dikenali sebagai kabong (Arenga pinnata) iaitu sejenis palma besar yang hidup di pinggir hutan dapat dijadikan sumber gula yang boleh dimasak bersama-sama santan kelapa dan gula Melaka. Saya ada menulis mengenai tumbuhan ini (Sila klik disini) untuk membacanya. Kini hutan di Malaysia merupakan salah satu dari sumber pemakanan dari hutan telah mula mendapat pasaran yang tinggi sebagai salah sumber makanan tempatan. Terdapat banyak bahan daripada binatang-binatang di hutan menjadi buruan kepada mereka yang ingin memilikinya sama ada untuk hiasan atau sebagai sumber dagangan yang lumayan. Di antara barangan berasaskan haiwan dan haiwan-haiwan yang diburu ini termasuklah gading gajah, kulit harimau, badak, harimau bintang, tapir, sambur, pelanduk dan burung. Tahi atau najis kelawar dipungut untuk digunakan sebagai baja asli. Selain daripada itu, lilin lebah dan sarang burung layang-layang juga dipungut sama ada untuk tujuan makanan atau perubatan.  Artikel ini di bahagikan kepada empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HUTAN DI MALAYSIA.... LUAS JUMLAHNYA...
DIJAGA RAPI... ANCAMAN MEMUSNAHNYA...
ASET BERNILAI... KELESTARIAN NEGARA...
BACA ARTIKEL... SECARA SANTAI SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agromist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Safar 1445H).
Posted from
Room 113, Casuarina Hotel,
Kuala Kangsar, Perak.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...