Support My Blog

Thursday, September 21, 2023

KEPENTINGAN HUTAN HUJAN TROPIKA MALAYSIA (Pt 4)

HUTAN (Forest)
adalah merujuk kepada suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hutan hujan tropika yang luas dimana ia masih kekal dijaga dengan baik sehingga kini. Penulis blog merujuk kepada perkataan 'hutan' itu sendiri dimana ia adalah merujuk kepada tiga konsep yang berlainan iaitu didalanya berdiri banyak pokok atau tumbuh-tumbuhan yang merupai pokok, di seluruh komuniti terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok dan juga dimana seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi dimana ia juga termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya. Penting untuk mengetahui akan apakan dia makna 'hutan hujan' agar ia mudah difahami. Hutan hujan adalah sebagai satu komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan. Lazimnya struktur hutan hujan terdiri daripada dua atau lebih peringkat pokok-pokok dan tumbuhan renek yang turut berinteraksi bentuk tumbuhan yang lain seperti pepanjat, palma dan episit. Seterusnya dijelaskan maksud 'Hutan Hujan Tropika' atau dalam bahasa Inggeris sebagai ' Tropical Rainforest' iaitu ia merupakan jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan yang bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling selain daripada kelembapan. Takrif hutan tropika juga merangkumi lingkungan habitat darat dan habitat separa darat yang luas di zon inter-tropika. Lokasi hutan hujan tropika berada di zon tropika di antara 23027 Utara dan 23027 Selatan. Pada masa kini kawasan-kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah diwakili oleh hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia Selatan. Dilaporkan dimana struktur hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia adalah satu profil yang berlapis. Lapisan-lapisan itu terdiri daripada pokok-pokok renjong, silara utama, tumbuhan tingkat bawah dan tumbuhan permukaan tanah. Hutan di Malaysia merupakan satu aset negara yang penting dalam menyumbang kepada ekonomi dan juga kelestarian alam sekitar. Menjaga hutan merupakan satu perkara penting dijalankan oleh kerajaan dimana perlu ada akta dan kawalan berkaitan hutan untuk generasi akan datang. Artikel subuh Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat bagaimana kepentingan hutan terutama di negara Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Berdasarkan kajian dan laporan dimana ada b
eberapa jenis tumbuh-tumbuhan di hutan mengandungi unsur-unsur racun yang dapat mengakibatkan kemudaratan jika tersalah penggunaannya. Memang ada sesetengah tumbuh-tumbuhan mempunyai bulu atau duri halus yang boleh mengakibatkan gatal dan lecur pada kulit manusia. Dilaporkan dimana terdapat juga beberapa tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai tuba untuk menangkap ikan, racun serangga dan menghalau atau menghindari serangan anai-anai. Di antara tumbuh-tumbuhan yang sering digunakan sebagai tuba termasuklah Tumbuhan Renek Tuba (Derris elliptica) yang sesuai getak akarnya digunakan getahnya untuk memabukkan ikan dan menangkapnya kemudian. Saya ada menulis lebih 10 artikel mengenai tumbuhan tuba dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan semua dengan pautan yang berikut (Sila Klik Disini), (Sila klik Disini) dan banyak lagi. Kajian mendapati bahawa kandungan racun pada tuba dikenali sebagai derrids pada masa dulu tetapi sekarang dikenali sebagai rotenona. Bahan aktif ini dijumpai pada akar tuba dengan kadar antara 2½-3% sahaja dan sebenarnya terdapat paling banyak terkandung dalam bahagian kulit akar.kajian saintis juga mendapati bahan Derrids hampir tidak terlarut dalam air. Tuba digunakan secara tradisional sebagai racun ikan. Cara ini ia menggunakan adalah dengan bahagian akarnya biasanya digali dan dipotong. Akar tuba akan dikeringkan selama beberapa hari (sekitar 3-4 hari) dulu. Akar tuba ini kemudian ditumbuk dan dicampur dengan air menghasilkan cairan yang berwarna seperti susu. Campuran air dengan kepingan akar ini kemudian dituang kedalam lubuk ikan atau parit atau anak sungai yang ada arus air. Jika arus air tidak laju kandungan tuba digunakan tak perlu banyak tetapi jika air berarus deras dan luas makan jumlah tuba perlu banyak. Akar tuba yang ditumbuk diletakkan dalam air mengalir.


Walau pun penulis blog agak jarang terjumpa akan Pokok Kris (A
namirta cocuculus), Pokok Tuba Buah (Diospyros wallichi) dan juga Pokok Putat Tuba (Barringtonia scortechinni) namun daripdada lawatan ke Kg Orang Asli di Mersing dan Segamat ada melihat getah yang beracun. Dikalangan ramai penduduk dayak di Borneo juga akan menggunakan racun ipoh ini untuk memburu gunakan alatan khas (Sila lihat foto disebelah). Racun Ipoh merupakan sejenis racun merbahaya yang digunakan untuk melumpuhkan haiwan buruan yang di sumpit kearahnya dan mengenai  tepat pada badannya. Racun Ipoh ini lazimnya ia didapati secara menoreh kulit Pokok Ipoh (Antiaris toxicaria) paling terkenal sebagai racun untuk menyumpit atau mengumpan haiwan buruan di kalangan Orang Asli. Pokok Ipoh adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Pokok Ipoh mempunyai getah beracun yang digunakan sebagai racun untuk hujung sumpitan orang asli. Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk dapat mengelakkan keracunan kepada pemburu maka bahagian daging pada mangsa perburuan akan dipotong dan dibuang. Ciri-ciri daun pokok Ipoh ini ialah hujung daunnya berbentuk tirus, oblong elliptik, pangkal daun berbentuk bulat. Secara umumnya daun pokok ini adalah nipis dan hanya penduduk tempatan yang ahli sahaja akan mengenalinya. Penulis blog tertarik dengan kisah dimana nama bandaraya Ipoh, Perak sebenarnya berasal daripada nama sepohon pokok yang mengeluarkan getah beracun atau juga dikenali dengan 'upa'. Getah beracun dari pokok itu dikatakan banyak kegunaannya dan ianya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat orang asli untuk memburu binatang. Getah pokok Ipoh yang beracun akan disalutkan pada mata sumpit yang mana bertujuan untuk memburu dan juga mempertahankan diri serta keluarga mereka. Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk mengelakkan keracunan makanan apabila digunakan untuk memburu, bahagian daging pada haiwan buruan akan dipotong dan dibuang. DIlaporkan setelah 37 tahun gagah berdiri teguh di hadapan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad Ipoh, akhirnya ia tumbang setelah hujan turun dengan lebat dan dicampurkan dengan angin yang kencang. Oleh kerana pokok Ipoh ini penting sebagai simbolik kepada nama Ipoh, pihak pewajib telah mengambil langkah dengan kaedah menanamnya semula untuk generasi yang akan datang. 
Peristiwa penanaman semula pokok Ipoh ini amat penting kerana ia punyai nilai sejarah kepada negeri Perak dan menjadi lambang kepada bandaraya Ipoh.


Perenggan terakhir dalam tulisan artikel kali ini dikaitkan dengan penghasilan pelbagai jenis minyak dan ubatan daripada tanaman herba dan sayuran dari dalam hutan di Malaysia. Terdapat produk minyak 
secara semulajadi dalam buah-buahan dan biji-bijian tumbuh-tumbuhan dimana kebanyakan daripada minyak-minyak kini boleh dimakan. Contohnya termasuk produk minyak daripada Pokok Sengkawang dan Pokok Ketapang dimana ia menjadi salah satu bahan asas didalam membuat sabun, cat dan lilin. Apa un dilaporkan dimana jenis minyak bauan asli ialah sejenis minyak yang meruap dan terdapat lazimnya pada pada bahagian-bahagian kulit, akar, daun, buah atau bunga tumbuh-tumbuhan tertetu didalam hutan. Minyak-minyak ini berperisa enak dan berbau harum dimana diantara beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yang sering digunakan sebagai bahan asas di dalam penghasilan minyak bau-bauan ini adalah seperti Bunga Kenanga, Nilam, Bunga Tanjung dan sebagainya. Sebagai penutup dimana kawasan hutan yang terdiri daripada pelbagai jenis pokok, palma, pokok renek, herba dan paku-pakis memang ianya sangat berpotensi untuk didomestikasikan. Bagaimana pun perlu ada kajian lengkap mengenai situasi kecukupan bahan tumbuhan tersebut untuk di komersilkan. Ini merujuk kepada berlaku kekurangan bahan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Halia Bara dan sebagainya apabila tidak ada kawalan.  Keunikan sifat tumbesaran dengan bunga-bunga yang beranika bentuk, warna dan keharuman bau adalah ciri-ciri istimewa yang terdapat pada kebanyakan tumbuh-tumbuhan kita. Pokok-pokok bunga tempatan seperti Pokok Medang (Cinnamomum sp.), Pokok Penaga (Mesua sp. ), Pokok Palas (Licuala sp.), Pokok Pinang Hutan (Pinanga sp.), Pokok renek delek (Anisophyllea sp.), Tumbuhan seperti Herba Setawar (Costus sp.) dan berbagai spesies paku-pakis adalah merupakan antara tumbuhan hutan spesies tempat yang mampu menawarkan kesan yang lebih berkesan bagi kegunaan hortikultur hiasan dan senitaman di Malaysia.  Hutan adalah suatu sumber tanah yang penting dimana kewujudan kawasan hutan adalah luas dan dijaga rapi makan kawasan hutan berpotensi untuk berbagai kegunaan seperti ladang ternak, tapak penempatan baru, kawasan ladang baru atau sebagai tapak untuk kegiatan rekreasi dan pendidikan. Apa pun dengan adanya hutan dimana ia telah memudahkan kajian-kajian terhadap flora dan fauna. Walaupun berbagai spesies flora dan fauna telah dijumpai, namun masih terdapat banyak lagi yang belum dikenali nama. Kehadiran hutan di Malaysia membolehkan penerokaan ilmu secara berkekalan. Hutan juga dijadikan sebagai tempat ideal untuk hutan simpanan bagi pertumbuhan semulajadi flora dan fauna. Akibatnya akan berlaku kepupusan terjadi pada sesetengah haiwan dan tumbuhan, hutan simpan adalah langkah penting untuk menjamin populasi sesuatu flora dan fauna daripada diancam dan mengalami kepupusan. Pada penuis blog memang jelas bahawa hutan adalah unsur penting untuk membentuk ciri-ciri alam semulajadi yang mana ia menyediakan berbagai keperluan asas kepada kehidupan haiwan dan manusia. Hutan tropika mungkin mengandungi hampir separuh daripada spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan di dunia, termasuk beberapa banyak genus dan famili yang masih belum lagi diketahui.  Terdapat beberapa banyak contoh struktur tumbuh-tumbuhan dan tingkah laku haiwan yang tidak wujud di zon iklim sederhana, termasuk pertalian ekologi dan fisiologi yang khusus antara tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan persekitarannya pula terdapat di hutan tropika. Tetapi pembangunan pesat yang berlaku telah mengancam kedudukan dan keadaan semulajadi di hutan. Ini telah mengancam kepentingan hutan dari segi ekonomi setempat dan perdagangan sedunia. Jika pemusnahan hutan terus berlaku, dua pertiga daripada spesies di hutan hujan tropika akan pupus sebelum kita berjaya menemuinya menjelang 2025 dan selepas itu. Penting kesedaran perlu diwujudkan tentang betapa pentingnya adanya hutan. Pengawalan perlu dilakukan melalui pembentukan undang-undang dan kerjasama daripada semua pihak bagi tujuan membendung pemusnahan hutan yang berterusan serta melindunginya sebagai suatu khazanah yang penting untuk generasi yang akan datang. Artikel ini di bahagikan kepada empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HUTAN DI MALAYSIA.... LUAS JUMLAHNYA...
DIJAGA RAPI... ANCAMAN MEMUSNAHNYA...
ASET BERNILAI... KELESTARIAN NEGARA...
BACA ARTIKEL... SECARA SANTAI SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agromist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Safar 1445H).
Kemaskini pada 4 Rabiulawal 1445H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...