Support My Blog

Monday, September 25, 2023

CARA ISTIHAR VARIETI BARU PADI DI MALAYSIA (Part 3)

TANAMAN PADI
(Oryza sativa) merupakan tanaman penting di Malaysia dan juga di banyak negara Asia sebagai tanaman strategik yang mana ia juga merupakan makanan ruji utama. Apa pun di Malaysia terdapat lebih dari 35 varieti padi yang telah diistiharkan kerajaan dan kini telah pun
  didaftarkan didalam senarai National Varieti Listing di Jabatan Pertanian. Pihak MARDI menghasilkan varieti padi melalui penyelidikan biakbaka dibeberapa pusat penyelidikan mereka. Apa pun pada penulis blog mendapati dimana faktor pengenalan baka padi merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang sepi. Kita patut berterimakaseh kepada penyelidik, pegawai pengembangan, pesawah dan juga pembilang padi diatas kejayaan ini. Semasa artikel ini ditulis pada September 2023 dimana disana-sini ramai mengeluh mengenai beras. Harga beras sudah naik dengan mendadak dan stok beras juga dikatakan tiada di pasaran. Sebenarnya harga beras ditentukan dari segi jenama, gred, jenis dan sebagainya akan tetapi terkini harga dikatakan telah naik mendadak di mana kadar kenaikannya mengejutkan orang ramai. Dilaporkan sekitar 90 peratus beras di pasaran adalah beras putih tempatan dan import manakala baki sekitar 10 peratus lagi adalah beras wangi, beras pulut, basmati dan beras istimewa lain seperti beras Jepun. Majoriti beras putih adalah beras putih tempatan manakala bakinya beras putih import. Beras tempatan dikenakan harga siling dan menjadi penanda aras kepada beras putih import di mana jurang perbezaan keduanya adalah kecil. Beras wangi pula ia biasanya menjadi pilihan masyarakat Cina, beras basmati menjadi pilihan restoran mamak dan Arab, beras pulut untuk dijadikan kuih muih, ketupat atau lemang dan beras jepun di restoran Jepun. Walau pun kerajaan sentiasa memahami serta prihatin akan nasib pengguna yang tidak mendapat keadilan semasa urusan jual beli. Berikutan dengan harga beras import dan tempatan yang di jual mahal pada masa sekarang, satu pemantauan khas harga beras akan dilakukan pada setiap hari bermula pada 11 September 2023 melibatkan semua kategori premis pemantauan iaitu pasar basah, hypermarket, supermarket, pasar mini dan kedai runcit. Pemantauan khas beras ini akan diselia oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH). Dilaporkan ramai tidak tahu bahawa selama ini ada dua jenis beras yang dijual di pasaran iaitu beras import dan beras tempatan. Harga beas import tidak dapat dikawal oleh kerajaan dimana ia sebenarnya dijual mengikut harga pasaran. Kerajaan hanya mengawal harga beras tempatan iaitu RM2.60 sekilo. Harga beras putih import (BPI) ditentukan oleh negara pengeksport beras. Tahun ini harga beras dunia telah naik dengan mendadak berbanding tahun lepas. Kenaikan harga beras import menyebabkan permintaan terhadap beras tempatan naik dengan mendadak. Ada banyak peniaga mula beralih kepada beras tempatan bagi dapat menjimatkan kos dan ada yang membelinya dalam kuantiti yang banyak bagi menyimpan stok untuk pernigaan mereka. Keadaan ini menyebabkan stok beras tempatan cepat habis dijual di pasaraya. Artikel di kedinginan subuh ini semasa hujan lebat dalam blog "Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai bagaimana prosedur pengistiharan padi yang ada di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Proses seterusnya adalah Percubaan Penentusahan Setempat (LVT) dijalankan bagi tujuan bagi kerja. Menilai kesesuaian dan penerimaan petani setempat terhadap vareti baru. selalunya varieti Padi yang berpotensi dari ADAPT dimajukan ke peringkat LVT. Penting tentukan lokasi sama seperti kajian Adapt. Ia perlukan keluasan 0.5 - 1.0 ha bagi setiap varieti. Bilangan varieti minima satu (1) varieti dan bersebelahan dengan varieti popular setempat sebagai kawalan. Jangka masa 2 musim (musim utama dan luar) Dan juga pengurusan tanaman:  adalah berdasarkan amalan petani dan menggunakan pakej agronomi yang disyorkan oleh penjana teknologi (kajian pakej baja). aktiviti pengumpulan data yang direkodkan adalah termaduk hasil CCT, Hasil sebenar,  Morfologi (umur matang, tangkai terbit),  Pandangan petani, insiden serangan perosak dan penyakit utama. Dalam pada itu ada jenis data tambahan diambil seperti  Ujirasa (kajian penerimaan oleh pengguna juga boleh ianya dijalankan) Dan juga data Ujian pengilangan komersil (jika perlu). Ada juga data baka terpilihyang ia boleh dijalankan pembiakan benih asas untuk persediaan dijadikan benih daftar.Aktiviti Peningkatan skala perlu dibuat bagi tujuan bagi penanaman varieti pada skala yang luas dan boleh diperluaskan kepada projek perintis. Selalunya jumlah keluasan penanaman Minima 1.0 ha. Perlu dikumpul Dan dianalisa data tidak teknikal seperti Hasil CCT Dan data  Hasil sebenar.  Pengeluaran benih asas boleh dijalankan sebagai persediaan untuk diedarkan kepada syarikat benih sekiranya varieti mendapat kelulusan untuk diisytihar. Juga di analisa aktiviti pemerhatian insiden serangan perosak dan penyakit yang boleh melibatkan Jambatan dan agensi (agensi pengembangan). 



Seterusnya adalah PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH yang merupakan satu r
antaian pengeluaran biji benih sah padi dimana ia libatkan pengeluaran Benih Baka, Benih Asas, Benih Daftar dan pastinya adalah Benih Padi Sah untuk di kometsilkan Dan ditanam pedawah. Maksud Benih Baka adalah benih asal bagi sesuatu varieti. Tujuan benih baka untuk memastikan pengeluaran biji benih baka padi yang berkualiti dan tulen mengikut piawaian ISO 9001:2015 bagi kegunaan pengeluaran benih asas. Lokasi Plot benih baka yang terkawal sama ada di dalam institut, stesen institut atau agensi pelaksana. Varieti yang ditanam bergantung kepada permintaan daripada pengeluar benih asas. Permohonan biji benih baka padi daripada pengeluar benih asas akan menentukan anggaran benih baka yang akan ditanam pada setiap musim. Permohonan perlu dilakukan sebelum bermulanya musim penanaman baru. Benih Asas adalah benih padi yang mana ia diperolehi daripada pembiakan biji benih baka. Tujuan Untuk memastikan pengeluaran biji benih asas padi memenuhi keperluan permintaan pelanggan Ianya diperlukan untuk mengeluarkan segala keperluan biji benih asas berpotensi untuk dijual kepada syarikat pengeluar benih padi. Lokasi Plot benih asas yang terkawal sama ada di dalam dalam institut, stesen institut atau agensi pelaksana. Aktiviti pemeriksaan ladang dibuat oleh Jabatan Pertanian untuk ia memastikan varieti yang ditanam mengikut ciri-ciri varieti dan memenuhi piawaian ladang seperti yang ditetapkan dalam Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM, 2009). Jenis Benih Daftar adalah benih padi yang mana ia diperolehi daripada penanaman biji benih asas yang dikawal proses pengeluarannya mengikut prosedur tertentu dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan dibawah Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM, 2009).  Pengeluaran benih oleh syarikat yang dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan mengikut kelulusan Jawatankuasa Pengesyoran Varieti MAFI. Terakhir adalah jenis Benih Padi Sah iaitu jenis benih sah diperolehi daripada penanaman biji benih daftar yang dikawal pengeluarannya mengikut Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi dan Standard Jabatan Pertanian Malaysia. Benih, bahan tanaman atau baka baharu telah sedia ada dan mencukupi untuk penjualan atau tujuan pengedaran kepada pedawah untuk ditanam. Pengeluaran benih sah untuk kegunaan petani oleh pengeluar yang dilantik mengikut kuota yang ditetapkan oleh MAFI. Apa pun dimana pengeluaran benih teraku (sah) oleh Jabatan Pertanian, agensi pengeluaran serta syarikat swasta perlu berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) atau Jabatan Pertanian. Dokumen berkaitan dalam fada ini adalah i. Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi (Edisi Ketiga), ii. Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM - 2009),  iii. Standard Jabatan Pertanian (SJPM - 2009). iv. Borang-borang Dalam Skim Pengesahan Benih Padi (SAP 11), v. Prosedur Pengendalian Semaian Benih Padi sehingga semuanya lengkap Dan sempurna direkodkan.


Palng di tunggu adalah fada PROSES PENGISYTIHARAN benih padu baru oleh pihak kerajaan. Ianya melibatkan piha iaitu saintis biakbaka atau p
enjana yang perlu pastikan maklumat varieti Padi baru ini adalah lengkap dan mendaftar varieti tanaman di bawah Skim Seksyen Pendaftaran Dan  Perlindungan Varieti Tumbuhan (PVP) bagi Daftar Varieti Tanaman Kebangsaan melalui Jabatan Pertanian Malaysia. Jika sesuatu varieti berpotensi hanya boleh dicadangkan untuk pengisytiharan selepas dinilai (mengikut prosedur yang dijelaskan) dan didapati mempunyai kelebihan tertentu setelah dibandingkan dengan varieti popular sedia ada atau yang telah disyorkan sebelum ini. Carta alir proses pengisytiharan adalah seperti untuk ..,tujuan mendapatkan kelulusan di peringkat pengurusan tertinggi (Ketua Jabatan ,institut, Pengarah urusan syarikat dan sebagainya),   Mengemukakan surat permohonan kepada urusetia Jawatankuasa Teknikal Bantuan Kerajaan Kepada Industri Padi dan Beras (BKKIPB) serta dibentang kepada J/Kuasa Teknikal BKKIPB iv. Isytihar selepas mendapat perakuan. Proses kelulusan di peringkat Pengurusan Tertinggi Jabatan atau Institut bagi varieti berpotensi yang terpilih akan disyorkan untuk diisytiharkan. Pengenalan varieti baharu akan dibentangkan di peringkat Pengurusan Tertinggi untuk mendapatkan kelulusan. Proses seterusnya adalah permohonan kepada J/K Teknikal BKKIPB dimana selepas mendapat kelulusan di peringkat Pengurusan Tertinggi maka permohonan membentang varieti padi baharu kepada J/K Teknikal BKKIPB perlu dilakukan untuk mendapatkan perakuan varieti padi. Langkah selanjurnya adalah pembentangan kepada J/K BKKIPB dimana ia adalah proses membentangkan maklumat varieti baharu kepada J/K Teknikal BKKIPB untuk mendapatkan perakuan varieti padi untuk digunakan oleh pesawah di Malaysia. Ahli jawatankuasa (AJK) tetap mesyuarat terdiri daripada Agensi Pelaksana di bawah Industri Padi & Beras iaitu Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Integrated Agriculture Development Area (IADA), Barat Laut Selangor (BLS), Kemubu Agriculture Development Authority (KADA), Muda Agriculture Development Authority (MADA), Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sarawak, Ministry of Modernization of Agriculture, Native Land, Regional Development Sarawak (MANRED) dan Industri Padi & Beras (IPB). Selanjurnya adalah proses membembentangkan kepada J/K Dasar  iaitu setelah mendapat perakuan di peringkat J/K Teknikal BKKIPB, keputusan akan diangkat ke dalam Mesyuarat J/Kuasa Dasar BKKIPB yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Proses seterusnya afalah dirujuk kepada Majlis isytihar atau pelancaran yang akan tentukan bagi mengadakan majlis pelancaran atau isytihar varieti padi baharu adalah optional. Pembentangan varieti padi baharu di JK Teknikal BKKIPB dan mendapat perakuan adalah memadai bagi varieti baharu untuk diisytihar dan digunakan oleh petani. Artikel ini ditulis dalam tiga segmen iaitu part 1, part 2 dan part 3. Semuga artikel ini dalam blog Anim agro technology berguna kepada semua. Wasallam...
BIAKBAKA PADI... SUKAR KERJANYA....
MENCARI VARIETI BARU.. AGAK LAMA...
SUDAH DI ISTIHAR...MUDAH DITERIMA...
HASILNYA TINGGI... PESAWAH GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3101, Phnom Penh Hotel,
No 53, Monivong Boulevard Phnom Penh,
Sangkat Sran Chok, Phnom Penh, 
Kemboja.
(6 RabiulAwal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...