Support My Blog

Saturday, September 23, 2023

CARA ISTIHAR VARIETI BARU PADI DI MALAYSIA (Part 1)

TANAMAN PADI
(Oryza sativa) merupakan tanaman penting di Malaysia dan juga di banyak negara Asia sebagai tanaman strategik yang mana ia juga merupakan makanan ruji utama. Apa pun di Malaysia terdapat lebih dari 35 varietii padi yang telah diistiharkan kerajaan sejak dulu dan kini telah didaftarkan didalam senarai National Varieti Listing di Jabatan Pertanian. Pihak MARDI menghasilkan varieti padi melalui penyelidikan biakbaka dibeberapa pusat penyelidikan mereka. Apa pun pada penulis blog mendapati dimana faktor pengenalan baka padi merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang sepi. Kita patut berterimakaseh kepada penyelidik, pegawai pengembangan, pesawah dan juga pengilang padi diatas kejayaan ini. Semasa artikel ini ditulis pada 20 September 2023 dimana disana-sini 
ramai yang mengeluh mengenai beras. Harga beras sudah naik dengan mendadak dan stok beras juga dikatakan tiada di pasaran.  Sebenarnya harga beras ditentukan dari segi jenama, gred, jenis dan sebagainya akan tetapi terkini harga dikatakan telah naik mendadak di mana kadar kenaikannya mengejutkan orang ramai. Dilaporkan sekitar 90 peratus beras di pasaran adalah beras putih tempatan dan import manakala baki sekitar 10 peratus lagi adalah beras wangi, beras pulut, basmati dan beras istimewa lain seperti beras Jepun.  Majoriti beras putih adalah beras putih tempatan manakala bakinya beras putih import.  Beras tempatan dikenakan harga siling dan menjadi penanda aras kepada beras putih import di mana jurang perbezaan keduanya adalah kecil. Beras wangi pula ia biasanya menjadi pilihan masyarakat Cina, beras basmati menjadi pilihan restoran mamak dan Arab, beras pulut untuk dijadikan kuih muih, ketupat atau lemang dan beras jepun di restoran Jepun. Walau pun kerajaan sentiasa memahami serta prihatin akan nasib pengguna yang tidak mendapat keadilan semasa urusan jual beli. Berikutan dengan harga beras import dan tempatan yang di jual mahal pada masa sekarang, satu pemantauan khas harga beras akan dilakukan pada setiap hari bermula pada 11 September 2023 melibatkan semua kategori premis pemantauan iaitu pasar basah, hypermarket, supermarket, pasar mini dan kedai runcit. Pemantauan khas beras ini akan diselia oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH). Dilaporkan ramai tidak tahu bahawa selama ini ada dua jenis beras yang dijual di pasaran iaitu beras import dan beras tempatan. Harga beas import tidak dapat dikawal oleh kerajaan dimana ia sebenarnya dijual mengikut harga pasaran.  Kerajaan hanya mengawal harga beras tempatan iaitu RM2.60 sekilo. Harga beras putih import (BPI) ditentukan oleh negara pengeksport beras. Tahun ini harga beras dunia telah naik dengan mendadak berbanding tahun lepas.  Kenaikan harga beras import menyebabkan permintaan terhadap beras tempatan naik dengan mendadak. Ada banyak peniaga mula beralih kepada beras tempatan bagi tujuan menjimatkan kos dan ada yang membelinya dalam kuantiti yang banyak bagi menyimpan stok untuk pernigaan mereka.  Keadaan ini menyebabkan stok beras tempatan cepat habis dijual di pasaraya. Artikel di kedinginan subuh ini semasa hujan ebat dalam blog "Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai bagaimana prosedur pengistiharan padi yang ada di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Aktiviti p
embaikbakaan dan pembangunan varieti padi di lakukan di Malaysia dan seluruh dunia dimana ia amat penting untuk tujuan menyumbang kepada tahap pengeluaran beras negara bagi menjamin keselamatan makanan. Apa pun pembangunan varieti padi baharu melibatkan aktiviti aktiviti pembaikbakaan, penilaian dan peningkatan skala yang mana ia memerlukan tempoh masa yang lama, staf yang ramai dan terlatih serta peruntukan kewangan yang mencukupi sehingga ia sesuai ditanam secara meluas dab nebghasilkan beras. Apa pun dalam pada masa yang sama selalunya para penjana teknologi (plant breeders) perlu memastikan inovasinya adalah berkualiti untuk memastikan kepentingan petani dan negara terjamin. Di Malaysia apa yang penulis blog tahu dimana ada satu Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam pembangunan dan pengisytiharan varieti baharu padi perlu disediakan bagi memastikan pelaksanaannya dibuat dengan teratur dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan supaya varieti yang dihasilkan terjamin kualitinya. Apa pun objektif SOP ini merupakan sebagai garis panduan kepada penjana teknologi (penyelidik atau saintis) untuk mereka melaksanakan aktiviti pembaikbakaan dan pengisytiharan varieti baharu supaya lebih sistematik. Selalunya bagi tujuan  menjamin kualiti baka dan benih varieti baharu yang dihasilkan serta mengelakkan berlakunya penggunaan benih sebelum ianya diperakukan dan diisytihar. Ada banyak varieti padi ditanam di Malaysia dimana ia disesuaikan dengan lokaliti seperti yang saya tulis dalam blog ini dan boleh dibaca dengan pautan (Sila klik disini). Ada banyak lagi artikel mengenai varieti-varieti padi popular di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan dalam blog ini.


Memang ramai kalangan pembaca dan pesawah yang kurang tahu bagaimana proses dan prosedur pengistiharan varieti baru padi di Malaysia dilaksanakan. Pada pesawah asalkan baka padi baru ini memberikan hasil tinggi, tahan serangan penyakit, cepat di tuai serta memberikan pulangan baik akan menjadi kesukaan mereka. Penulis blog yang pernah bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia selama 58 tahun memang ada sedikit sebanyak terlibat dan tahu bagaimana proses dalam penyelidikan baka padi yang kemudian diistiharkan untuk ditanam oleh pesawah. 
Apa pun prosedur pengistiharan varieti padi melibatkan empat proses utama di Malaysia iaitu Proses Pembaikbakaan, Proses Penilaian baka, Proses Pengeluaran biji benih dan akhir sekali barulah Proses PengisytiharanKesemua proses tersebut adalah berkaitan di antara satu sama lain yang mana ianya dikendalikan oleh beberapa pihak. Langkah pertama dilakukan iaitu Proses Pembiakbakaan   secara konvensional kebiasaannya memakan masa yang agak lama iaitu 8-10 musim penanaman atau 4-5 tahun. Para penyelidik atau pembiakbaka atau pun penjana teknologi merupakan pihak yang terlibat dalam proses ini. Di MARDI wujud Program Pembaikbakaan di bawah Pusat Penyelidikan Padi dan Beras merupakan pihak yang bertanggungjawab menghasilkan dan menilai baka pdi baharu.  Ia melibatkan beberapa aktiviti seperti daripada peringkat Kacukan (penghibridan), Pemilihan titisan, Penilaian hasil awal atau Preliminary yield trial (PYT) dan Penilaian hasil lanjutan atau Advanced yield trial (AYT). Aktiviti ini dilakukan dan akan dinilai semua ciri-ciri yang terdapat pada varieti padi baru tersebut dan dianalisa.


Proses 
Kacukan (penghibridan) adalah penting untuk penentuan objektif pembaikbakaan varieti padi. Sebagai contoh apa yang penulis blog tahu dimana ia membangunkan varieti yang mempunyai ciri hasil tinggi, toleran saliniti, rintang karah, benah perang dan sebagainya. Proses pemilihan induk penderma yang membawa gen ciri yang diingini kebiasannya diperoleh daripada sumber dalaman iaitu Bank Gen Padi yang terletak di MARDI Seberang Perai dan juga daripada sumber luar seperti International Network for the Genetic Evaluation of Rice (INGER), Hybrid Rice Development Consortium (HRDC) dan sebagainya. Induk penderma akan dikacukkan dengan induk betina yang telah dikenalpasti oleh pembaikbaka bergantung kepada objektif baikbaka. Proses pendaftaran kacukan Setiap kacukan baharu yang berjaya menghasilkan titisan generasi pertama (F1) dimana ianya akan diberikan nombor pendaftaran RU (Rice Unit) dan direkodkan butiran lain seperti tarikh atau tahun daftar, induk jantan dan betina serta nama pembaikbaka.  Kaedah kacukan pula dilaporkan ada terdapat beberapa kaedah kacukan yang biasanya digunakan oleh pembaikbaka seperti kacukan tunggal, kacukan berganda dan kacuk-ulang yang mana ianya bergantung kepada objektif pembaikbakaan. Bagi aktiviti Pemilihan Titisan dimana cara pemilihan Pukal (F2) akan ditanam sekitar 3,000sehingga 5,000 pokok padi per kombinasi. Kemudian dibuat pemilihan pedigree awal (F3) dimana kemudian ditanam 100 pokok per titisan dan hasilnya adalah pedigree (F4 - F10) yang ditanam 20 pokok per titisan. Kalangan pembaca dan peawah jangan khuatir tidak memahami bahasa teknikal ini kerana ini adalah kerja-kerja saintis yang menjalankan biakbaka padi sahaja. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya untuk memahami dengan lebih baik. Semuga tulisan ini memberi info berguna dengan bahasa mudah untuk dijadikan bahan rujukkan. Wasallam!!!..
BIAKBAKA PADI... SUKAR KERJANYA....
MENCARI VARIETI BARU.. AGAK LAMA...
SUDAH DI ISTIHAR...MUDAH DITERIMA...
HASIL TINGGI... RAKYAT GEMBIRANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3101, Phnom Penh Hotel,
No 53, Monivong Boulevard Phnom Penh,
Sangkat Sran Chok, Phnom Penh, 
Kemboja.
(6 RabiulAwal 1445H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...