TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) iaitu tumbuhan dari keluarga Arecaceae di Malaysia merupakan komoditi yang keempat terpenting selepas tanaman Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Merujuk kepada statistik dimana pada tahun 2022 ada seluas 81,898 hektar tanaman kelapa mampu dalam menghasilkan sebanyak 561,780 metrik tan kelapa. Penulis blog dapati kawasan tanaman kelapa yang paling luas berada di Sabah iaitu seluas 12,258 hektar diikuti oleh Johor seluas 12,381 hektar, Kelantan (10,340 ha), Selangor (9,120 ha) dan Perak (7,568 ha) dimana negeri-negeri lain dilaporkan kurang keluasannya (Sumber: Booklet Statistik Keluasan tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Hasil penelitian penulis blog dimana Kelapa Tinggi Malayan Tall (CN1) adalah varieti kelapa yang paling luas di tanam terutama semasa Program Pembangunan Semula Kawasan Kelapa oleh Jabatan Pertanian Malaysia yang di tamatkan program tersebut pada awal tahun 1980'an dahulu. Varieti kedua yang popular dan luas di tanam adalah kelapa hibrid Kelapa Matag (CN13, CN14 dan CN15) yang mana ia dipromosikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia semenjak tahun 2005 dahulu. Jenis ketiga adalah Kelapa Pandan (CN6) yang meluas di tanam di merata tempat sama ada oleh sektor perladangan atau pun oleh pekebun kecil. Jabatan Pertanian selaku pandarfar varieti tanaman di Malaysia sudah menjalankan kerja-kerja pendaftaran banyak jenis tanaman di Malaysia termasuk Kelapa. Sehingga artikel ini ditulis sudah ada sebanyak 29 varieti kelapa yang berjaya didaftarkan didalam senarai ini dimana maklumat ini boleh diakses dalam website yang sesuai iaitu http://pvpbkkt.doa.gov.my/NationalList/ dan dari pengalaman penulis blog sendiri. Apa pun pihak urusetia masih sentiasa kemaskini senarai ini saban tahun untuk mendaftarkan varieti tanaman di negara ini dengan baik. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan semua 28 varieti kelapa untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
(26) VARIETI GADONG GREEN DWARF (CN26)
Gadung Green Dwarf (GGD) merupakan salah satu varieti kelapa renek yang baru sahaja di perkenalkan di Malaysia. Varieti kelapa renek ini telah didaftarkan dengan Senarai Varieti Tanaman Malaysia di Jabatan Pertanian Malaysia pada 22 Jun 2023 (6 bulan lalu) dengan nombor pendaftarannya sebagai CN26 oleh pemiliknya iaitu Gadong Sari Enterprise Sdn Bhd yang beralamat di Kg Sg Selisik, Ulu Bernam, 44020, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor, Selangor. Penulis blog ada membuat tinjauan mengenai varieti kelapa ini lebih 7 tahun lalu di nurseri dimana kelapa ini dipercayai ia berasal daripada negara Vietnam dan menjadi pilihan utama penanam kelapa di sana. Penulis blog ada membuat tinjauan kepada beberapa ladang swasta dan petani individu yang sudah menanam varieti kelapa ini di Selangor, Melaka, Johor dan Sabah. Apa pun sepintas lalu sebagai penilaian asas didapati varieti kelapa ini dilihat amat memberangsangkan dari segi penghasilan untuk kelapa tua apa lagi jika buahnya dituai sebagai kelapa muda. Pokok ini mula berbuah seawal 2.5 tahun (yang di tanam di kebung sekitar nurseri di Selangor) dan bagi penanaman di ladang ia mula berbuah selepas 3-3.5 tahun ditanam. Ia merupakan jenis kelapa renek yang cepat berbuah berbanding dengan kebanyakan kelapa 'tall variety' yang mula berbuah selepas 7-8 tahun ditanam. Pada masa ini saya sudah ijirasa air kelapa muda kelapa varieti Gadung Green Dwarf (GGD) dimana disebabkan buahnya yang sederhana besar maka sebiji kelapa tersebut amat sesuai diminum dengan kuantiti air yang banyak. Walau pun pproses pendaftaran kelapa renek yang dipercayai berasal dari negara Vietnam ini agak lama akan tetapi setelah berjaya didaftarkan dan tunjauan di ladang yang sudah berhasil pebulis blog dapati ia mempunyai potens terbaik untuk di komersilkan di Malaysia. Penulis blog percaya mana-mana pekebun kelapa yang masih menanam kelapa Malayan Tall (CN1) yang sudah tua amat di syorkan untuk menanam kelapa renek jenis ini dimasa akan datang. Penulis blog agak kurang pasti harga benih tulen GGD ini tetapi dilaporkan agak mahal juga iaitu dimaklumkan ia dijual runcit lebih dari RM40.00 sepokok bagi anakbenih yang berkualiti. Kepada mereka yang berminat boleh mencari pemilik dan pendaftar syarikat untuk membeli benih kepala CCD yang sudah diperiksa oleh JAbatan Pertanian di bawak Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) bagi setiap konsainan. Beberapa ladang swasta, pekenun kecil di Johor, Sabah dan Selangor dilaporkan sudah menanam varieti kelapa ini secara komersial. Penulis blog sudah membuat tinjauan prestasi pokok kelapa ini di Ladang Basir, Kota Tinggi, Johor yang sudah berbuah (Sila lihat foto disebelah) dan prestasinya agak memberangsangkan.
(27) VARIETI MALAYAN BROWN DWARF (CN28)
KELAPA RENEK COKLAT MALAYA atau Malayan Brown Dwarf (MBD) atau nama saintifiknya Cocos nucifera asalnya merupakan satu jenis atau varieti kelapa renek yang kurang dikenali ramai. Kajian penulis mendapati pokok kelapa ini ada ditanam di MARDI, Bagan Datok, Perak didalam beberapa plot penyelidikkan mereka yang penulis blog minta agar ia didaftarkan didalam senarai varieti tanaman Malaysia semenjak tahun 2012 lagi. Apa pun variieti MBD ini telah berjaya di daftarkan oleh MARDI dengan nombeo pendaftaran sebagai CN27 dan diluluskan pada 22 Jun 2023 (ia hanya didaftarkan 11 tahun kemudian selepas saya minta dilakukan). Benih kelapa ini dipercayai dibawa masuk ke Malaysia melalui kerjasama COGEN untuk tujuan menjaga janaplasma kelapa renek diseluruh dunia sebagai langkah penting dalam industri penanaman kelapa. Asalnya kelapa MBD ini dipercayai sebagai sejensi kelapa yang berprestasi baik tetapi ia jarang dikenali dan ditanam oleh petani diluar sana. Ada laporan kemungkinan jika ada juga yang telah ditanam oleh petani atau pekebun kecil lain dalam negara tanda disedari atau diketahui mereka. Ini kerana menlihat daripada pencirian pokok tersebut pada masa itu (20012-2015) penulis blog ada melihat beberapa ciri persamaan marfologi dengan jenis Kelapa Sungai Gulang-Gulang (SGG) dimana ia kemudian di daftarken dengan nombor pendaftaran iaitu CN16 yang ditanam oleh beberapa petani dikawasan tersebut. Pencirian varieti kelapa SGG (CN16) ini dilakukan terkemudian setelah ia dibuat penelitian oleh pakar kelapa. Asalnya penulis blog dan pakar kelapa di Malaysia memang berpendapat mungkin varieti kelapa Sungai Gulang-Gulang (CN16) ini adalah hasil mutasi pokok kelapa MBD. Sehingga hari ini belum ada anakbenih tersedia untuk di tanam oleh petani kerana pokok induk yang dikenalpasti tulis berada di Stesyen MARDI Sg. Sumun di Bagan Datuh, Perak. Ada beberapa petani yan menanam varieti kelapa ini di seluruh negara tanpa petani tersebut mengetahuinya.
(28) VARIETI GADONG BROWN DWARF (CN27)
Kelapa Renek Gadong Coklat ini telah didaftarkan pada 22 Jun 2023 dengan nama Gadong Brownn Dwarf atau nombor daftarnya CN28 oleh pihak pendaftarnya iaitu Gadong Sari Enterprise Sdn Bhd yang beralamat di Sg Seliseh, Ulu Bernam, Hulu Selangor, Selangor. Penulis blog ada mengikuti dengan kerap bagaimana varieti kelapa renek ini yang mana ia dipercayai ia berasal dari Vietnam di bawa masuk ke Malaysia semenjak tahun 2015 lagi untuk dijalankan ujian mengikut prosedur ketat oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Kelapa ini dipercayai merupakan Kelapa Vietnam Brown Dwarf yang berprestasi baik di negara yersebut sehingga menjadi salah satu varieti kelapa renek yang agak luas ia di komersilkan penanamannya disana. Penulis blog juga ada membuat tinjauan di beberapa buah ladang yang menanam dengan luas varieti Kelapa Renek Gadong Hijau di Ladang Bertam, di Selangor dan di Ladang Kelapa BCF di Johor. Varieti ini dilihat sudah berbuah dalam masa 3.0 - 3.5 tahun dengan bilangan buah diantara 10 -15 biji setandan dan saiznya adalah jauh lebih besar daripada kelapa MRD, MGD dan MBD. Bagaimana pun dalam dilihat pengeluaran buah kelapa ini pada peringkat awal ada mengeluarkan buah besar bersama putik buah kecil yang unik (Sila lihat foto dibawah). Ia dilaporkan berlaku apabila pokok kelapa ini baru belajar berbuah dan akan stabil apabila pokok berumur 5 tahun kelak. Apa pun dari segi mula menghasilkan buah awal ia dilihat sama sahaja jangka masanya. Penulis blog ada beberapa kali membuat tinjauan syarikat nurseri benih Kelapa Gadong Brown Dwarf ini dan mendapati mereka mampu mengeluarkan anakbenih dengan jumah yang banyak.
(29) VARIETI CAMAERO (CN29)
Varieti kelapa Camaero ini diberi nombor daftar CN29 adalah varieti baru yang mana ia di biakbaka oleh pihak MARDI malangnya dimana tidak ada sebarang maklumat yang ada di dalam sistem. Penulis blog hairan bagaimana tiada apa-apa maklumat di dalam sistem tersebut dimana ia mungkin disebabkan ia didalam peringkat kajian oleh MARDI. Jika tidak ada apa-apa perkembangan mengenai varieti ini dari pihak MARDI sebaiknya status pendaftaran varieti Camero ini di semak semula atau di gugurkan kerana kesian ramai peanam kelapa yang bertanya dan ingin mendapatkan anakbenih akan tetapi 'senyap' sahaja jawapan pihak terlibat. Artikel ini di tulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan PArt 6 yang sesuai untuk di baca kesemuanya sebagai bahan rujukkan. Tindakan wajar mengenai pendaftaran varieti kelapa ini perlu di kemaskini oleh urusetia di Jabatan Pertanian Malaysia semua industri tanaman kelapa negara terus berkembang. Wasallam!!!...
TANAMAN KELAPA... PENTING DI MALAYSIA... BANYAK VARIETI.. 29 JUMLAH SEMUANYA...
DARI CN 1 KE CN29...PELBAGAI CURUNYA...
BOLEH DI RUJUK... BLOG INI SUMBERNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Jamadilawal 1445H).
Posted from:
Gate F3, Terminal 2,
soekarno-Hatta Int'l Airport,
Jakarta Indonesia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.