Terdapat banyak isu-isu asas dan isu penting dalam sektor pertanian di Malaysia yang terus menerus perlu di tangani agar sektor pertanian lebih maju sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri dan juga sektor pertanian lain. Apa pun dilihat Isu Produktiviti dan Kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang maksimum adalah antara yang perlu di perhatikan. Berlaku situasi dimana kekangan meningkatkan produktiviti sektor pertanian ada lagi kaitan dimana sektor pertanian ada yang masih ianya tidak diusahakan dengan cekap terutama beberapa sektor yang mana penggunaan tenaga buruh yang masih tinggi seperti kebanyakan jenis bidangusaha tanaman makanan. Kini terdapat lebih dari 487,000 (2023) orang iaitu angka rasmi jumlah pekerja asing yang terlibat dengan sektor pertanian (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu mungkin masih ada kalangan pekerja asing yang tiada permit sah. Ada isu dimana daya pengeluaran sesetengah sektor pertanian ditahap yang rendah walau pun ada permintaan meningkat seperti tanaman kelapa tinggi (Malayan Tall - CN1) akan tetapi dilaporkan pokok kelapa ini sudah tua (semenjak d tanam dalam tahun 1970'an) melalui program RPSKK Jabatan Pertanian yang di berhentikan pada awal tahun 1980'an dimana kini hasil pengeluaran sudah rendah. Malaysia masih mengimport diantara 100 - 130 juta biji kelapa untuk memenuhi permintaan kelapa setiap tahun. Penanaman kelapa semakin berkurangan daripada lebih 220 ribu hektar pada tahun 1980'an menurun kepada 82 ribu hektar pada tahun 2023. Bagaimana pun dilihat aktiviti penanaman kelapa (Cocos nucifera) merupakan satu bidangusaha yang 'sun set' apabila lebih ramai pekebun kecil menukarkan tanaman kelapa kepada tanaman lain seperti tanaman makanan dan kelapa sawit. Isu ketiga di Malaysia sejak dulu yang perlu di lihat adalah Isu Saiz Tanah Pertanian yang terlalu kecil terutama untuk pekebun kecil yang jumlahnya lebih ramai dimana keluasan yang kecil dan ia menyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang lebih ekonomikal dan akan berikan hasil rendah. Penulis blog dapati kebanyakan tanah pertanian yang di punyai oleh petani kecil luarbandar ini berada pada kawasan tanah dari kategori tanah kurang subur iaitu berada di dalam Tanah Kelas 3, 4 dan 5 (Jenis tanah pertanian kurang subur dan tanah bermasaalah). Tanah yang baik dan subur (Kelas 1 dan 2) kebanyakannya sudah lama ia dibangunkan dengan tanaman industri seperti taaman keapa sawit dan getah oleh pihak estet sejak zaman kolonial lagi.
Isu lain perlu di ketahui dan yang masih menjadi isu keterjaminan makanan dan sektor pertanian di Malaysia adalah bagaimana ada peluang untuk dapat menambahkan pengeluaran pertanian akibat isu kekurangan petani dalam penggunaan teknologi yang lebih berkesan. Walau pun ada beberapa pengusaha pertanian berskala komersial sudah pun mengunakan mesin dan peralatan moden akan tetapi bagi kebanyakkan petani kecil dan tradisional masih kurang menggunakan teknologi moden. Walau pun beberapa jenis tanaman penting termasuk tanaman padi sudah ada lebih dari 40 varieti padi telah di istiharkan semenjak merdeka akan tetapi penggunaan varieti padi baru yang lebih produktif dan lebih cepat di tuai sangat perlahan di lakukan oleh pihak penyelidikan biakbaka di Malaysia. Satu-satu varieti padi ini mengambil masa berpuluh tahun sebelum varieti baka padi baru di lancarkan bagi menggantikan varieti lama yang sudah tidak praktikal ditanam selepas beberapa musim tanaman. Lebih malang apabila kebanyakan benih sayuran dan buah-buahan terpilih masih diimport dari luar negara terutama benih hibrid dimana Malaysia masih mengimport lebih daripada 90% untuk benih sayuran hibrid dan tanaman makanan tertentu. Isu seterusnya yang selalu di perkatakan mengancam sektor pertanian adalah bagaimana perubahan cuaca dan iklim termasuk kesan cuaca seperti musim hujan dan panas yang akan menjejaskan produktiviti. Setiap tahun akan ada bencana alam terutama masaalah banjir yang dilihat memusnahkan kebanyakan kawasan pertanian yang menghasilkan makanan seperti di kawasan tanaman padi, sayuran dan buah-buahan tertentu. Setiap kali bencana banjir akan menyebabkan jutaan ringgit hasil pertanian musnah dan kos pemulihannya juga memerlukan biaya yang tinggi. Isu cuaca panas dan kemarau akibat El-Nino dilihat lebih mengancam sektor pertanian dunia termasuk di Malaysia. Suhu panas dan ketiadaan air tanah (kemarau) pada bulan tertentu menjejaskan semua aktiviti penanaman dimana banyak strategi dan teknologi yang perlu di perkenalkan bagi mengatasi masaalah akibat bencana alam seperti ini. Penggunaan air bumi (underground water) melalui pembinaan kolam takungan, riubwell dan sistem pengairan lain perlu di kukuhkan untuk tujuan ini.
Sejak lama pelbagai pendekatan sudah di lakukan di Malaysia bagi mengatasi masaalah kekurangan produktiviti pertanian termasuk menjalankan Sistem Pertanian Komersial, Sistem Pertanian Berkelompok, Sistem Pertanian Intergrasi, Sistem Pertanian ala-TKPM dan sebagainya. Pendekatan sistem Pertanian melaui Ladang Berkelompok dahulu adalah dengan kaedah dimana kawasan ladang-ladang kecil digabungkan untuk memastikan aspek keberkesanan penggunaan sumber sedia ada. Dahulu aktiviti dimana kebun bersaiz kecil ini akan digabungkan menjadi ladang kelompok seperti ladang getah, kelapa sawit, sayuran, buah-buahan dan sawah padi dalam satu pengurusan berpusat. Cara ini dimana kawasan ini akan menjadi lebih luas dan mudah di uruskan amalan agronomi dimana ia mampu memberikan penghasilan lebih baik. Salah satu isu dalam pertanian adalah dimana penggunaan teknologi termasuk bahan tanaman yang disediakan melalui kaedah kultur tisu dapat menghasilkan lebih banyak bahan penanaman yang berkualiti dan tahan penyakit dalam masa singkat. Teknologi mekanisasi dan automasi dalam sektor pertanian di Malaysia dengan cara menggunakan jentera atau teknologi sistem pengairan titis, sprinkler, Sistem Struktur Perlindung Hijan (SPH), Sistem Fertigasi (ada pelbagai jenis fertigasi) dan teknologi penggunaan UAV atau Drone perlu di perluaskan. Penggunaan drone dalam industri tanaman padi, nanas, sayuran, kelapa sawit dan beberapa bidangusaha lain dilihat semakin menjadi pilihan petani komersial walau pun ia perlu di perluaskan akan penggunaannya. Pada penulis blog zaman ini melihat bagaimana isu ketidakstabilan harga bahan imput pertanian adalah diantara perkara kritikal dala pertanian di Malaysia dan diseluruh dunia. Semenjak tahun 2020 dimana purata harga input pertanian seperti baja dan racun kimia telah meningkat lebih daripada 156% daripada 5 tahun sebelumnya. Isu ini menyebabkan kos pengeluaran hasil pertanian dan ternakan terus meningkat sedangkan tekanan untuk menaikan harga hasil pertanian kurang berlaku. Ini kerana kebanyakan hasil pertanian adalah produk mudah rosak dan perlu dijual dalam keadaan segar atau jika hendak disimpan ianya juga memerlukan kos penyimpanan yang tinggi. Hasil pertanian cepat rosak dan teknik penyimpanan terhad menyebabkan hasil pertanian tidak dapat disimpan sementara menunggu harga meningkat dan penulis blog mendapati dimana kos pengeluaran hasil pertanian di Malaysia adalah ia semakin meningkat membebankan petani dimana isu bekalan yang berlebihan juga menyebabkan ketidakstabilan harga. Oleh itu pemahaman bagaimana perlunya langkah dalam mengatasi ketidakstabilan harga hasil pertanian mudah rosak yang perlu di pertingkatkan di Malaysia termasuk kaedah memproses hasil tanaman atau sering kuga dilakukan ada agensi kerajaan membeli hasil yang berlebihan. Langkah biasa yang pernah juga dilakukan adalah usaha untuk mengurangkan sistem pemasaran hasil pertanian dengan melalui penggunaan orang tengah. Kerajaan juga pernah memperkenalkan kawalan harga minimum terjamin di peringkat ladang dan peringkat pengguna (terutama pada hari perayaan).
Isu penting yang menjadi ingauan ramai penduduk di Malaysia dalam sektor pertanian di Malaysia adalah bagaimana cara untuk dapat melahirkan petani terutama golongan muda dan penternak yang berdaya maju dan inovatif. Penulis blog dapati pihak kerajaan melalui pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Perladangan dan Komoditi dan pihak swasta terus berusaha menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan dalam teknologi makanan dan industri ternakan serta perikanan serta pemprosesan makanan agar lebih maju. Amat malang dimana isu Tanah Terbiar di Malaysia masih menjadi isu yang sudah lama akan tetapi kaedah penyelesaiannya masih belum berkesan. Dilaporkan dalam media ada lebih 103,000 hektar tanah terbiar dan lua lagi tanah pertanian yang tidak produktif yang perlu di selesaikan (Sila lihat foto disebelah). Isu tanah terbiar merujuk kepada tanah bermilik yang tidak diusahakan semala 3 tahun berturut-turut (6 muism bagi sawah padi) dimana jika lokasi ini di majukan akan dapat menyumbang kepada bekalan makanan negara. Isu-isu atau punca tanah terbiar termasuk jenis tanah bermasaalah, tiada pemilik yang dapat di kesan, tanah bersaiz kecil, kekurangan modal untuk di majukan, lokasi tanah tiada akses dan banyak lagi. Isu penghijrahan dari desa ke bandar terus berlaku yang menyumbang kepada tanah terbiar dan ketiadaan tenaga kerja pertanian di luarbandar. Penduduk dari sini berpindah kebandar berpunca dari faktor sosial dan jug atarikan gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur moden. Ada yang menjadikan faktor ekonomi dimana pendapatan yang kurang lumayan atau rendah di desa menyebabkan mereke beralih kepada sektor industri dan perkhidmatan. Apa pun perlu di usahakan dengan lebih jitu pendekatan untuk membawa industri ke desa dan usaha menggalakkan belia mengusahakan pertanian secara professional dan komersial. Isu lain yang mengancam sektor pertanian di Malaysia zaman ini termasuk isu Pencemaran Alam Sekitar dimana kawasan pertanian akan terganggu (terutama sektor akuakultur dan tanaman makanan). Penulis blog merujuk laporan media yang menyatakan diantara punca pencemaran adalah dari sisa bahan pertanian sendiri contohnya sisa getah dan kelapa sawit dari kilang yang selalu menyebabkan isu tempata. Dalam kes lain ada isu sisa toksik dari racun makhluk perosak, isu asap dari pembakaran jermi padi (kini semakin tiada), isu pembuangan najis yang tidak terkawal dari industri ternakan dan juga isu penghasilan gas metana melalui pereputan sisa pertanian. Dalam pada itu pertanian di Malaysia juga meghadapi isu hakisan kawasan penanaman. Apa pun langkah berterusan dilakukan bagi mengatasi pencemaran termasuk dengan menggunakan semula sisa pertanian untuk makanan ternakan dan medium penanaman atau gunakan kaedah biologi untuk merawat air tercemar. Apa pun di pihak kerajaan perlu jalankan penguatkuasaan undang-undang dan terus berusaha mengurangkan penggunaan racun perosak dan juga memperbanyakkan struktur rumah jaring kalis serangga (SPH), kawalan perosak bersepadu, kawalan biologi dan menanam secara organik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.