HALIA BARA merupakan sejenis halia daripada keluarga Zingiberaceae yang sering dikaitkan dengan dunia perubatan tradisional dalam alam Melayu dan Nusantara. Halia bara juga digunakan sebagai ramuan penting didalam masakkan kita yang menyedapkan rasa pada makanan. Semasa pameran MAHA dan HPPNK yang diadakan setiap tahun, Jabatan Pertanian ada membuat pameran mengenai tanaman nadir dan herbatermasuk halia bara dimana ramai pengunjung yang bersungguh-sungguh minta anak benih halia bara untuk dibawa balik kerana katanya memang amat sukar untuk mendapatkan benih tersebut. Namun mereka kecewa kerana bahan pameran tersebut hanya sedikit untuk tujuan pameran sahaja. Tinjauan saya mendapati Halia Bara juga kadang-kadang dipanggil sebagai Halia Merah, Halia Udang atau di Indonesia dipanggil Halia Emprit. Halia Bara memang tanaman yang dicari oleh pengamal perubatan tradisional kerana khasiat perubatan yang ada didalam tanaman tersebut. Kepada mereka yang tidak kenal dengan halia bara memang agak sukar untuk membezakannya dengan halia biasa atau Halia Makan seperti varieti Halia Bentong atau varieti Halia Sabah. Penulis blog dapati halia bara mempunyai saiz umbisi yang lebih kecil, berwarna kemerahan (merah tua), mempunyai bau yang lebih kuat dan saiz umbisi lebih kecil. Pada daunnya pula didapati halia bara mempunyai saiz daun lebih kecil dengan bahagian hujung yang meruncing. Apa pun pada penulis blog dimana tumbuhan Halia Bara sama seperti pokok halia biasa yang mempunyai bentuk berumpun. Ketinggian tumbuhan ini diantara 15-30 cm dari paras tanah bergantung kepada kesuburan tanah dan pengurusan tanaman. Daunnya adalah kelihatan seperti pokok halia biasa, halia padi atau bonglai. Kini kaedah penanam halia bara lebih sering di lakukan dalam polibeg secara Sistem Fertigasi (Sila lihat foto disebelah). Batang halia keluar dari perdu pokok dan mempunyai batang yang sederhana lembut naik menegak keatas dengan beberapa helai pelepah daun. Halia ini memiliki rizom bersaiz kecil daripada halia biasa dan berwarna kemerahan. Saiz rizom seakan halia padi tetapi ia berwarna merah dengan isi kekuningan dan memang terasa lebih pedas. Keunikan rasa pedas ini membezakan dengan halia biasa dan menjadikan ia amat sesuai digunakan oleh pengamal perubatan. Semasa penanaman halia bara lazimnya adalah daripada rizom yang telah matang dan sihat serta mempunyai mata tunas. Sila baca tulisan saya mengenai halia bara dengan pautan (Sila Klik Disini). Ia boleh ditanam diatas batas atau dalam pasu atau polibegs secara fertigasi dimana selalunya jangkamasa penuaian juga hampir sama dengan halia biasa iaitu sekitar 1 tahun untuk rizomnya cukup matang.
KOSTING TANAMAN HALIA BARA (1 HEKTAR)
1. Nama Tanaman : HALIA BARA
2. Varieti Ditanam : VARIETI TEMPATAN
3. Kepadatan Pokok : 13,000 pokok/hektar
4. Jarak Tanaman : 0.75 m x 0.6 m
5. Jangkahayat tuai : 8 bulan
6. Intensiti tanaman setahun : 1 kali (8 bulan)
ALIRAN WANG MASUK (Semusim / 3 tahun):
TAHUN 1 3 TAHUN
7. Hasil Tanaman (Kg/ha) 18,000 26,000
8. Harga Ladang (RM/kg) 8.00 8.00
9. Pendapatan Kasar (RM) 80,000 208,000
10. Pendapatan Bersih (RM) 5,527.50 49,136.50
ALIRAN WANG KELUAR (Semusim / 3 tahun):
TAHUN 1 3 TAHUN
11. Kos Pembangunan (RM) 18,320 0
12. Kos Bahan Input (RM) 8,496.20 52,746.20
13. Kos Tenaga Kerja (RM) 16,800 69,736.40
14. Kos Pelbagai (RM) 1,380 5,640
15. Kos Luar Jangka (10%) 3,546.50 7,564.60
16. Jumlah Kos Pengeluaran 74,472.50 158,863.50
ANALISA KEWANGAN (UNTUK 3 TAHUN):
17. IRR (Internal rate of Return) : 68%
18. NPV (Net Present Value) : RM 34,775.00
19. BC Ratio (Benefit Cost) : 1.30
20. Titik Pulang Modal : RM 6.11
21. Tempoh Pulang Modal : Tahun ke 2
Beberapa media utama tempatan ada dan pernah laporkan bagaimana 'KADA teroka potensi halia bara sebagai tanaman kedua selepas padi' untuk dijadikan bahan rujukkan. Pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sedang meneroka potensi halia bara sebagai tanaman kedua selepas padi dalam usaha meningkatkan pendapatan petani di kawasan kelolaannya. Pihak KADA menyatakan dimana projek rintis tanaman itu akan dijalankan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Puri, Kota bahru, Kelantan. Halia bara dapat diolah sebagai satu produk hiliran dan pada hari ini sudah ada satu syarikat yang menandatangani aku janji perjanjian untuk memasarkan produk tanaman ini. Projek ini yang dilaksanakan menerusi konsep ‘Satu PPK Satu Produk’ berkenaan melibatkan 263 peserta. Halia bara diketahui umum sebagai tanaman yang mempunyai khasiat untuk kesihatan dan perubatan dimana didakwa setiap peserta menerima 10 polibeg benih halia bara yang akan mengambil masa lapan bulan untuk membuahkan hasil. Dalam satu polibeg boleh menghasilkan satu hingga lima kilogram halia bara dan setiap kilogram pula berharga RM20 hingga RM30. PPK itu merancang untuk memastikan peserta terbabit menambah lima polibeg setiap bulan sehingga penghujung tahun ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM HALIA BARA...IA PELABURAN...
BERMULA ...BENIH MESTI DIADAKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... MENJADI PANDUAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Zulkaedah 1445H).
BERMULA ...BENIH MESTI DIADAKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... MENJADI PANDUAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Zulkaedah 1445H).
Posted from
Room 202, Rompin Beach Resort,
Rompin, Pahang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.