Support My Blog

Saturday, June 8, 2024

CIRI VARIETI KELAPA MBD (CN27)

VARIETI KELAPA RENEK COKLAT MALAYA atau Malayan Brown Dwarf (MBD) adalah sejenis kelapa renek yag ada di Malaysia dan didaftarkan sebagai CN27. Varieti kelapa Malayan Brown Dwarf ini telah berjaya di daftarkan dalam Senarai Varieti Tanaman Malaysia di Jabatan Pertanian Malaysia pada 22 Jun 2023 oleh pihak MARDI yang mana pokoknya ada di buat pemeriksaan oleh pakar kelapa di Jabatan Pertanian di Stesyen Pertanian MARDI, Sungai Sumun, Bagan Datuh, Perak. Penulis blog ada beberapa kali membuat tinjauan kepada pokok induk kelapa MBD ini semenjak tahun 2015 lagi. Pokok yang ada di stesyen ini sudah matang dan sudah lama berbuah dan dilihat pada tinjauan ia sangat berpotensi untuk di daftarkan dan kemudian sesuai di komersilkan di Malaysia. Bagaimana pun usaha untuk mendaftarkan varieti kelapa ini tertangguh atas sebab penyelidikan sedang dilakukan sehingga 12 tahun kemudian barulah lulus pendaftarannya. Apa pun kajian oleh penuis blog mendapati dimana anakbenih kelapa ini dipercayai dibawa masuk ke Malaysia melalui kerjasama COGEN untuk menjaga janaplasma kelapa renek diseluruh dunia sebagai langkah penting dalam industri penanaman kelapa. Bagaimana pun dilaporkan juga dari sumber lain dimana benih asal kelapa MBD ini diperolehi oleh pegawai Jabatan Pertanian dari beberapa pokok milik petani di Alor Gajah, Melaka dan kemudian ia di tanam dalam tanah di stesyen ini (Dulu ia milik Jabatan Pertanian sebelum di serahkan kepada MARDI). Kelapa MBD mungkin ada juga yang telah ditanam oleh petani atau pekebun kecil lain dalam negara tanda disedari atau diketahui mereka. Walau pun varieti kelapa MBD ini telah berjaya didaftarkan namun ada kekangan dari segi mendapatkan aanakbenih kelapa MBD kerana di fahamkan pihak MARDI belum lagi membenarkan bijikelapa dari stesyen ini untuk dijadikan sumber benih untuk dijual atau ditana oleh petani sehingga artikel ini di tulis. Ada kemungkinan pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia melihat potensi agar benih kelapa MBD ini di keluarkan secara komersil demi kepentingan industri kelapa negara. Pada masa ini Malaysia masih perlu mengimport diantara 120 - 200 juta biji kelapa dari negara Indonesia melalui AP untuk tujuan industri berasaskan kelapa setiap tahun. Kini dengan varieti kelapa MBD ini didaftarkan ianya akan memberi peluang kepada pemain industri kelapa mempunyai pilihan menanam kelapa renek yang berpotensi untuk di komersilkan. Artikel pada subuh Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan temuan kajian oleh pakar kelapa di Jabatan Pertanian Malaysia sebagai bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua. Artikel ini adalah seumpamanya yang pertama ditulis dan di publish di Malaysia.


PENGENALAN MBD
Pokok kelapa varieti MBD ini dilaporkan berasal dri Malaysia dimana ia telah pun didaftarkan dengan nama Kelapa Renek Coklat Malaya atau Malayan Brown Dwarf dan nombeor pendaftarannya adalah CN27. Pokok ini dari kategeori kelapa renek yang mana semasa pemeriksaan pokok sudah berumur 7 tahun dengan sebanyak 40 pokok matang diperiksa oleh pasukan pakar. Pemeriksaan ketinggian pokok purata setinggi 4.2 m (agak rendah walau sudah berumur 7 tahun) dengan ukurlulit batang pokok adalah 86.5 cm. Melihat ciri buahnya dimana setiap tandan mempunyai sebanyak 8 biji buah dengan buah mudanya adalah beerwana Perang yang berbentuk Epiliptik (Sila lihat foto disebelah). Apa pun diperiksa air kelapa muda tidak mempunyai aroma khusus. Bagaimana pun bentuk buah dewasa atau buah matang adalah berbentuk Ovat dengan warna kelabu coklat. Ketebalan tempurung MBD sekitar 3.878 mm dengan purata ketebalan isinya adalah 11.76 mm. Analisa terhadap kualiti santan dan air kelapa tua tidak dilakukan semasa pemeriksaan dijalankan.


CIRI DAUN MBD
Pokok kelapa MBD mempunyai panjang petiol sekitar 104.8 cm dengan purata ukuran ketebalan keratan rendas daun adalah berukuran 2.5 cm panjang. Purata lebar petiol daun adalah 5.98 cm dengan warna petiol adalah kuning hijau. BAgi daun un di periksa dimana sifat daun adalah melempai kebawah dengan purata panjang rakis adalah 312.4 cm dan purata bilangan lai daun setiap pelepah adalah sebanyak 187 helai. Memeriksa lai daun dimana purata panjang laidaun adalah 264.6 cm dan purata lebaarnya pula adalah 11.152 cm. Warna daun kelap MBD adalah hiju gelap.


BUNGA KELAPA MBD
Jambak bunga kelapa varieti MBD diperiksa dimana ia mempunyai panjang pedunkel 40.2 cm dengan purata lebarnya pula adalah 4 cm. Purata panjang pakai tengah adalah 30.14 cm dengan mempunyai sebanyak purata 36 spikelet. Dalam pada itu purata bilangan spikelet yang mempunyai bunga betia adalah sebanyak13 unit.  Ukuran lain diambil adalah purata panjang spikelet yang mempunyai bunga betina pertama iaitu sepanjang 34.4 cm.


Ulasan umum Varieti Kelapa MBD
Pada penulis blog dengan pendaftaran kelapa Malayan Brown Dwarf (MBD) telah menambahkan lagi pilihan penanam kelapa di Malaysia untuk menanam kelapa jenis renek yang cepat berbuah ini. Kelapa Renek ini membolehkan koleksi 8 jenis kelapa renek sedia ada di Malaysia iaitu terdiri dari kelapa MRD, MYD, MGD, Kelapa Pandan, Kelapa Tacunan, Gadung Hijau dan Kelapa Gadung Coklat. Analisa kualiti santan dan air kelapa muda perlu dianalisa tetapi laporan awal dilaporkan iaanya mempunyai kualiti yang baik untuk dikomersilkan penanamnya. Bagaimana pun isu semasa mengenai varieti MBD ini adalah begaimana petani ingin mendapatkan benih kelapa MBD yang tulis untuk ditanam kerana ia masih di kawal oleh pihak MARDI. Semuga pihak kementerian pertanian mampu menjadikan kelapa MBD ini sebagai salah satu varieti kelapa yang di syorkan penanamannya dan dimasukkan didalam program penanaman kelapa yang sedang dijalankan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KELAPA MBD...BARU DIDAFTARKAN...
PEMILIK MARDI...SESUAI DI MAJUKAN...
CEPAT BERBUAH...RENDAH KELIHATAN...
LUASKAN TANAM...KERJA KEMENTERIAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
wp PUtrajaya,
Malaysia.
(28 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...