Malaysia sudah menyediakan sebanyak enam langkah khusus telah diambil oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menangani isu dan kesan perubahan iklim dan memastikan bekalan agromakanan tidak terjejas. Pihak KPKM nyatakan dimana 6 langkah tersebut adalah (a) menggalakkan penggunaan teknologi berasaskan iklim dan automasi termasuk pendekatan dengan pertanian pintar iklim dengan mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk industri. Antara teknologi berasaskan iklim yang sedia ada adalah penanaman dalam persekitaran terkawal seperti kilang tanaman (plant factory). VEGGIE FACTORY (Kilang Pengeluaran Sayuran) mungkin satu konsep pertanian moden yang sesuai dilaksanakan dinegara kita seperti mana yang telah dijalankan dibeberapa negara maju. Anda boleh baca tulisan saya dengan pautan (Sila Klik DIsini). Teknologi ini dilaporkan mampu untuk mengatasi masalah kekurangan tanah yang sesuai untuk aktiviti pertanian. Perkataan 'Vege Factory' mungkin sesuai digunakan untuk generasi muda dalam menghasilkan beberapa jenis sayuran berkualiti yang selamat dimakan dan lebih segar kepada pengguna. Penulis bloh amat setuju dengan pendapat yang menyatakan isu kekurangan tanah pertanian dapat diselesaikan melalui teknologi 'Veggie Factory'. Perkembangan industri makanan semakin rancak diperkatakan pada masa ini berikutan pertambahan bilangan penduduk yang kian meningkat dan keprihatinan kepada makanan sihat serta kesedaran terhadap pencemaran alam sekitar. Kini semakinramai pengguna yang mampu untuk mendapatkan bekalan makanan berkualiti walau pun pada kos yang agak tinggi sedikit dengan teknologi pengeluaran sayuran konvensional diatas tanah terbuka. Keadaan global berkaitan dengan perubahan iklim dunia dan faktor cuaca seperti kemarau, hujan, banjir, jerebu dan pencemaran udara yang sering berlaku di negara ini banyak memberi kesan kepada penurunan hasil tanaman sayur-sayuran secara konvensional. Kedua (b) adalah mempergiatkan aktiviti Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) dalam amalan pertanian alternatif yang berpotensi untuk meningkatkan pengeluaran tanaman yang dapat beradaptasi dengan perubahan iklim seperti varieti padi MR 297 berpotensi ditanam dalam keadaan air yang lebih minima manakala varieti MRQ 76 mempunyai pencirian tahan kemarau. Antara penyelidikan yang sedang dilaksanakan adalah pembangunan varieti padi yang tahan kemarau dan banjir serta kajian pembangunan baka akuakultur yang mempunyai daya tahan kepada perubahan cuaca. Ketiga (c) adalah dengan penyediaan kemudahan bekalan air paip dan sistem tangki sebagai sumber air utama di kawasan penternakan untuk kegunaan kandang dan siraman pastura bagi mengurangkan tegasan haba dan memastikan kelangsungan bekalan makanan ternakan pada musim kemarau yang berpanjangan. Keempat (d) adalah penuaian air hujan dan telaga tiub merupakan teknologi bagi mengatasi masalah kekurangan sumber air semasa musim panas. Kelima (e) adalah dengan pembuatan silaj dan hay bagi sektor ternakan bertujuan sebagai konservasi makanan di musim terdapat banyak rumput. Silaj dan hay ini akan menjadi sumber bekalan makanan utama ternakan apabila berlaku kekurangan rumput segar semasa kemarau melanda dan ke 6 (f) adalah dengan pembinaan kelengkapan infrastruktur amalan pengairan sawah secara Alternate Wetting and Drying (AWD) bagi menggantikan pengairan secara “banjir” untuk mengoptimumkan penggunaan air dan meningkatkan kecekapan infrastruktur pengairan. Semua langkah ini selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.
Dalam pada itu portal bernama dan portal sinarharian laporkan 'El Nino beri kesan kepada hasil pertanian' sesuai dijadikan bahan rujukkan. Fenomena El Nino yang sedang berlaku beberapa kali memberikan kesan kepada hasil pertanian dan negara perlu bersedia menghadapi kesan cuaca lebih panas pada tahun 2025. Pihak kementerian KPKM nyatakan agensi pertanian berkaitan seperti MARDI disaran mencari langkah bagi mengatasi perkara berkenaan seperti kaedah pembajaan, jadual tanaman dan benih pertanian baharu. Fenomena panas El-Nino dilihat memberikan kesan apabila pengeluaran padi negara kekal pada kadar 62% dan negara perlu mengimport 38% lagi beras import bagi menampung permintaan. Apabila berlaku fenomena dan kesan cuaca panas El Nino ini ada macam-macam masaalah dihadapi sekarang terutama kesan cuaca panas pada tahap melampau. Diramalkan oleh MET dimana ramalan 2025 akan berlaku keadaan suhu yang paling panas dimana MADA, KADA dan IADA lain perlu bersedia menghadapi isu tersebut secara terancang dan berkesan. Masa ini dilaporkan yang hasil padi Malaysia masih kira-kira 62% lagi diman a pada umumnya keadaan cuaca panas ini sudah berlarutan tiga tahun melibatkan hasil padi dilaporkan semakin tidak memberangsangkan walau pengeluaran padi masih ada akan tetapi hasilnya pada jumlah pertengahan sahaja. Di laporkan dimana masa ini kerajaan sedang kuat berusaha memastikan pengeluaran padi negara dapat mencapai pada tahap 10 tan per hektar seperti yang dicapai di Sekinchan, Selangor dan Lot 1,000 di Perlis. Jika ada lebih banyak kawasan tanaman baharu padi perlu dibuka seperti di Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak bagi mencapai sasaran berkenaan. Laporan CCS padi mendapati kawasan sawah di Lot 1,000 dimana pesawah berjaya hasilkan 10 mt/ha keatas dan di Sawah Gulau pula pesawah mampu hasilkan 7 mt/ha. Walaupun ada pesawah yang memang sudah mencapai matlamat tersebut akan tetapi sasaran kerajaan adalah agar semua kawasan tanaman padi di Malaysia dapat keluar hasil lebih 7mt/ha negara boleh menvukupi bekalan beras dan kemudian mampu untuk mmengeksport beras. Isu keperluan air hujan dan indeks hujan perlu di kenalpasti agar penanaman padi dan tanaman lain akan kekal terus mampu menghasilkan bahan makanan mencukupi dan selamat dimakan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KEMARAU DAN EL-NINO...JEJASKAN PADI...
PERLU DI KAHI... BUATKAN STRATEGI...
TANAMAN SUBUR... HASIL DIMAKAN NANTI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Desaru Utama, Bandar Penawar,
Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(24 Syawal 1445H).
Posted from:
Room 202, Rompin Beach Resort,
Room 202, Rompin Beach Resort,
Rompin, Pahang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.