Support My Blog

Saturday, June 15, 2024

BLACK SOLDIER FLY - FAKTA DI MEDIA (PART 3)

MENTERNAK BLACK SOLDIER FLY (Hermetia illucens) atau pun BSF kini merupakan satu industri yang sudah dilakukan dibeberapa negara untuk pelbagai tujuan. Dilaporkan dalam alam semulajadi dimana kewujudan haiwan serangga secara semulajadi yang punya manfaat penting dalam rantaian ekosistem. Terdapat banyak spesis serangga dimana peranan mereka tidak boleh diremehkan walaupun saiznya mungkin sangat kecil atau lemah. Faktanya hampir 80% populasi fauna yang menduduki keseluruhan ekosistem di bumi didominasi oleh bangsa serangga ini. Dalam pada itu dengan jumlah sebanyak ini kelas serangga (insecta) itu mewakili hampir keseluruhan 90% kehidupan fauna di muka bumi dan boleh dijumpi pada setiap ruang ekosistem yang berbeza-beza seperti di lautan, daratan dan udara. Salah satu kategori serangga adalah LALAT (Fly) yang boleh dijumpai dipelbagai lokasi dengan julat kawasan yang amat luas. Antara ciri fisiologi lalat yang jadi pembeza dengan serangga lainnya adalah dimana lalat ada sepasang sayap yang memang berfungsi untuk terbang juga adanya organ 'halter' sebagai sambungan daripada sayap pada bahagian belakang pada tubuhnya. Lalat adalah dari ordo Diptera didominasi dengan kewujuan serangga yang biasa dipanggil dengan sebutan lalat (Fly) yang menganggu kesihatan jika membawa wabak. Terdapat jenis lalat dikenalpasti menjadi pembawa kepaa kes penyebaran penyakit serta masalah gangguan kesihatan lainnya. Ini merupakan salah satu ciri utama yang banyak dimiliki serangga dari ordo diptera. Dalam pada itu selain lalat terdapat pula beberapa anggota ordo ini iaitu Kupu-kupu dan Rama-rama, Nyamuk, Agas dan lainnya yang mencapai hingga 240,000 spesies banyaknya. Serangga  Black Soldier Fly (BSF) atau Lalat Soldadu Hitam  atau Lalat Askar Hitam  secara umum bahkan membawa lebih banyak manfaat bagi kehidupan. Artikel yang ke 8,040 pada lewat malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa fakta mengenai BSF dalam media tempatan bagi dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Menarik fakta dari Universiti Sain Malaysia (USM) dalam portal berita newsusm.my bertajuk '
LARVA LALAT ASKAR HITAM MAKANAN ALTERNATIF TERNAKAN' untuk dijadikan bahan rujukkan. Dilaporkan ada sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang yang diketuai oleh Dr. Hadura Abu Hassan berjaya menjalankan kajian ke atas larva lalat askar hitam atau dikenali sebagai black soldier fly  atau BSF (Hermetia Illucens) yakni sejenis lalat yang mampu memproses sisa-sisa organik bernilai rendah dan mengubahnya menjadi protein berkualiti tinggi yang digemari haiwan ternakan seperti ayam, ikan dan sebagainya. Dilaporkan larva lalat askar hitam mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi sehingga 42% protein dan 32% lemak sesuai dijadikan makanan alternatif kepada haiwan ternakan khususnya ayam manakala sisa yang dihasilkan dapat digunakan sebagai baja organik untuk tanaman. Apa pun kini teknologi penggunaan serangga untuk menghasilkan makanan haiwan ternakan telah pun mendapat perhatian ramai di dalam dan luar negara terutama bagi mengurangkan kos tenaga dan penggunaan bahan kimia dalam proses pengurusan sisa organik serta mengurangkan import bahan mentah makanan haiwan ternakan secara global. Dilaporkan mereka juga turut menerima geran penyelidikan berjumlah RM20,000 dari rakan industri iaitu BETSOL Sdn. Bhd. bagi meneruskan kajian dalam bidang tersebut. Mereka sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh syarikat BETSOL Sdn. Bhd. untuk menjalankan kajian berkaitan penggunaan larva lalat askar hitam dan manfaat yang dapat diperoleh oleh manusia dan persekitaran. Kandungan unsur mikroorganisma yang terdapat di dalam media pembiakan serta larva lalat askar hitam sebelum dan selepas mereka menggunakan spesies ini juga akan dikaji. Kajian ini berjaya buktikan bahawa mikroorganisma berbahaya yang terdapat di dalam sisa organik seperti Escherichia sp., Salmonella sp. atau koloni enterobakteria yang lain berkurangan atau terhapus selepas dihadam oleh larva lalat askar hitam. USM telah menerima replika cek geran penyelidikan dari Pengarah Urusan BETSOL Sdn. Bhd. pada majlis penyerahan geran penyelidikan itu dimana USM turut menyampaikan ceramah bertajuk ‘Black Soldier Fly, Hermetia illucens: Biology, behaviour and benefits’ yang mana pihak USM juga ada membentangkan secara menyeluruh aspek biologi lalat askar hitam serta manfaatnya kepada manusia dan alam persekitaran. Menurut seorang lagi pensyarah veterinar dan entomologi perubatan PPSK, Profesor Madya Dr. Hamdan Ahmad menerangkan berkaitan penghasilan, penyimpanan dan kawalan kualiti serangga secara komersial dalam ceramah bertajuk ‘Mass production of insects, storage and quality control.’ Bagi Ketua Pegawai Pemasaran BETSOL iaitu Thomas Pui Wee Hua nyatakan dimana USM adalah pilihan rakan institusi yang unggul dalam projek ini berasaskan kepercayaan BETSOL terhadap kepakaran penyelidik-penyelidik terutamanya Hadura dan akademia yang lain di USM khususnya di PPSK. Hasil maklumat yang dipaparkan di laman web World Economic Forum dimana sisa makanan di seluruh dunia dijangka akan meningkat hampir 2.1 billion tan menjelang tahun 2030, oleh itu, pengurusan rawatan sisa makanan merupakan satu isu sosial yang perlu diberi perhatian yang kritikal. BETSOL adalah sebuah syarikat yang menggunakan konsep bio-teknologi yang mesra alam untuk mengolah dan memproses sisa organik seperti sisa makanan untuk menghasilkan protein serangga dan kompos. Tema iaitu 'Transforming Waste to Protein' merupakan objektif utama perniagaan BETSOL dalam usaha mengitar semula sisa organik kembali ke alam sekitar dan secara langsungnya, mengurangkan kesan pencemaran di persekitaran kita. Hasil daripada kajian ini diharap dapat meyakinkan masyarakat bahawa serangga merupakan teknologi semulajadi yang hebat seterusnya dapat digunakan untuk proses kitar semula yang bebas daripada penggunaan bahan kimia berbahaya serta mengurangkan kos, tenaga dan pencemaran alam sekitar.


Di Universiti Pertanian Malaysia melalui portal tnciupm.edu.my dengan fakta bertajuk 'Serangga 'black soldier fly' (BSF) sebagai alternatif makanan ayam' amat menarik di kongsikan. Ada laporan media menyatakan s
ebenarnya serangga ini makanan semula jadi kepada ayam dimana kalau ayam di kampung kita lihat memang dia makan ulat dan serangga dan itu adalah sumber protein pada ayam. Salah satu serangga yang sesuai ialah BSF yang kaya dengan protin. Kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menternak serangga dikenali sebagai 'black soldier fly' (BSF) sebagai alternatif jangka masa panjang bagi menggantikan kacang soya sebagai makanan ayam sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada import bahan berkenaan. Pengarah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) Universiti Putra Malaysia (UPM) dimana perkara ini dinyatakan oleh Profesor Datuk Dr Zulkifli Idrus dimana larva serangga itu boleh ianya digunakan sebagai sumber protein kepada ayam (Sila lihat foto disebelah).Dilaporkan sekiranya negara ini mahu untuk menternak serangga berkenaan maka bahan makanannya adalah terdiri daripada bahan buangan industri kelapa sawit dan sisa makanan. Selain daripada ia dapat membantu industri ternakan ayam dia adakwa ia juga akan juga dapat menyelesaikan masalah pengurusan sisa di Malaysia. Kini dilaporkan Malaysia mempunyai kelebihan untuk menternak serangga ini kerana faktor iklim yang sesuai di samping turut mempunyai kepakaran. Bagaimana pun diligat industri BSF di Malaysia pada peringkat permulaan dan sangat baharu. Larva yang dihasilkan tak cukup menampung keperluan ayam yang ada di Malaysia. Tetapi UPM kini mendapati Malaysia harus bermula (penternakan serangga ini) secara serius berskala komersial. Setakat ini hanya ada dua syarikat daripada luar negara yang menternak serangga itu di Malaysia iaitu di Selangor dan Johor. Pihak UPM turut percaya ada beberapa penyelidikan juga perlu dijalankan tentang kesesuaian untuk menternak serangga berkenaan. Antara skop kajian termasuk bagaimana teknologi ini disesuaikan dan setakat banyak mana kita boleh gunakan sebagai bahan makanan ayam dan ikan serta produk lain berasaskan BSF. UPM juga turut mereka mencadangkan agar kerajaan menggalakkan penggunaan hampas kelapa sawit yang telah diproses untuk dijadikan sebahagian makanan ayam. Walau pun ada terdapat kajian yang menunjukkan hampas kelapa sawit boleh menggantikan penggunaan kacang soya dan juga jagung sebagai makanan ayam.


Menarik fakta dari Johor dalam poetal  hmetro.com bertajuk 'Black Soldier Fly sebagai makanan alternatif haiwan ternakan' dimana YB Adham bersama menunjukkan lalat larva dikenali Black Soldier Fly (BSF) pada Majlis Pelancaran Program Bioremediasi Keluarga Malaysia di Pusat Perkhidmatan Pertanian Bersepadu, PPK Muar Selatan di Muar. Dilaporkan dimana di Malaysia bakal menghasilkan lalat larva Black Soldier Fly (BSF) yang dikenal pasti berpotensi menjadi sebagai makanan alternatif bagi haiwan ternakan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Datuk Seri Dr Adham Baba nyatakan projek di bawah Program Bioremediasi Keluarga Malaysia itu diharap mampu mengurangkan beban pengusaha industri ternakan yang kini dibelenggu kenaikan harga dedak. Dilaporkan program yang dibiayai menerusi dana Malaysia Inovasi Sosial (MyIS) MOSTI dan dilaksanakan oleh Institut Agro-Bioteknologi (ABI), Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Muar Selatan itu juga diharap dapat mengurangkan masalah pengurusan sisa domestik dan sisa pertanian di negara ini. Apa pun menurut data Persatuan Usahawan Ruminan Negeri Sembilan 2022 dimana harga dedak meningkat 30 peratus bermula sejak Mac tahun 2022. Sebagai contoh dimana harga makanan kambing pada bulan Mac tahun lalu adalah sekitar RM52 bagi setiap 50 kilogram namun ketika ini ia meningkat kepada RM64 bagi setiap 50 kilogram. MOSTI menjayakan Program Bioremediasi Keluarga Malaysia ini bagi memastikan beban dan kos penternak dapat dikurangkan. Program ini selari dengan Dasar Sains dan Teknologi Negara 2021-2030 dan Agenda Sekuriti Makanan Negara. MOSTI memainkan peranan penting dalam memantapkan penyelidikan teknologi agromakanan dalam penghasilan formulasi makanan ternakan haiwan sebagai sumber protein alternatif melalui Projek Pemprosesan Bio-Sisa menggunakan larva BSF. Dia berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Bioremediasi Keluarga Malaysia di Pusat Perkhidmatan Pertanian Bersepadu, PPK Muar Selatan, Johor dimana projek ini juga mampu mengatasi kebergantungan terhadap bahan import makanan haiwan ternakan. Impaknya akan dapat mengawal harga pasaran daging dan seterusnya dapat menjamin keselamatan makanan negara dimana jika usaha dibuat maka ia akan dapat menjana pendapatan komuniti kawasan Muar Selatan dan Batu Pahat yang terbabit sebagai peserta yang menternak dan menjual larva lalat berkenaan. Artikel ini di tulis dalam 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca kesemuanya. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
SEJENIS LALAT... HITAM WARNANYA...
CEPAT MEMBIAK...MEMAKAN SISA...
MENGANGGU KELULUT...KISAHNYA...
MENJADI INDUSTRI...POTENSI ADA...
KAYA PROTIN...BOLEH KOMERSIL DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Dzulhijjah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...