Support My Blog

Friday, June 7, 2024

KISAH SORGHUM DI INDONESIA

TANAMAN SHORGUM (Sorghum bicolor Linn) di Indonesia telah dijadikan satu bidangusaha yang di galakkan untuk dijadikan bahan makanan manusia dan bahan makanan ternakan ruminan. Sorgum yang juga disebut sebagai tanaman bijirin (cereal crop) yang berpotensi menjadi bahan makanan (pangan) alternatif. Sorgum memiliki kandungan protein lebih tinggi dibandingkan jagung dan beras. Oleh itu tanaman sorgum dapat dimanfaatkan sebagai pembekal bahan makanan penduduk di Indonesia. Pengembangan bagi tanaman sorgum diharapkan dapat meningkatkan produktiviti kebun pertanian, mempelbagaikan bahan asas makanan dan keterjaminan makanan negara. Merujuk laporan oleh pihak Cybex Kementerian Pertanian Republik Indonesia dilaporkan penggunaan sorgum bermula dari bahagian biji, tangkai biji, daun, batang dan akar yang boleh dimanfaatkan sebagai produk utama secara langsung atau pun sesuai di proses. Apa pun dilaporkan dimana produk utama sorgum adalah biji, daun dan batang. Biji sorgum mengandungi kandungan tepung dan pati yang berpotensi untuk dimakan. Bahagian daunnya dapat digunakan untuk dijadikan makanan ternakan sementara bagi batang sorgum boleh dijadikan sebagai bahan asas gula dan bioethanol. Buah sorgum merupakan biji-biji yang tertutup oleh kulit yang liat dan berwarna seakan kekuning-kuningan atau kecoklatan dimana warna bijinya bervariasi iaitu coklat muda, putih dan putih pudar. Bentuk buahnya juga ada bermacam-macam bentukdari berbentuk agak bulat dan agak pipih. Berat bijinya adalah 0.45 kg dimana selalunya biji sorgum sifatnya ada yang keras dan ada yang lembut dengan endosperm berwarna putih. Dalam pada itu penulis blog dapati dimana akar sorgum adalah merupakan jenis akar serabut atau akar lateral yang halus. Akar ini letaknya agak ke dalam dengan ruang anp akar sedalam 1.35 - 1.8 meter dengan ukuran panjang 10.8 meter. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technollgy" saya kupas menegnai beberapa kisah menarik berkaitan tanaman sorghum untuk dijadikan bahan rujukkan semua pe,baca blog ini.


Sebaiknya penulis akan mencuba untuk mengenai akan tumbuhan sorghum yang jarang dijumpai di Malaysia. Antara ciri atau karakteristik tanaman sorgum adalah dimana tanaman ini mempunyai skala adaptasi yang 
cukup luas kerana sorgum mampu tumbuh pada tanah marginal dan toleran terhadap kekangan disekitarnya. Daya adaptasi merupakan keunggulan utama tanaman sorgum dimana dilaporkan di Indonesia, sorgum sesuai ditanam di tanah yang kering sebeb ia cuma perlukan sedikit air sahaja. Keragaman genetik tinggi sorgum yang didakwa mempunyai tahap keragaman yang tinggi ia bermula dari faktur umur, ketinggian tanaman, warna biji dan rasa biji sehingga memudahkan pembiakbaka tanaman untuk menciptakan varieti baru untuk dikembangkan sesuai dengan keperluan petani dan agroekologi. Amalan agronomi tanaman sorgum adalah mudah berbanding dengan tanaman bijirin yang lain. Ia dilaporkan tidak rumit seperti tanaman padi dan tanaman jagung. Lazimnya benih sorgum dapat tumbuh dengan baik pada berbagai jenis tanah dan mampu untuk kemudian menyesuaikan semasa berlaku kekeringan. Apa pun didakwa dimana risiko gagal menuai adalah kecil. Selalunya penanaman sorgum mudah dengan kos yang relatif murah dimana sesuai ditanam secara monokultur maupun secara bercampur dengan tanaman lain dan produktivitinya tinggi. Di samping itu ada kajian mendapati sorgum lebih tahan daripada serangan serangga perosak dan penyakit. Oleh itu di laporkan risiko kegagalan menuai relatif kecil serta memiliki kemampuan tumbuh semula setelah dituai (ratun) sehingga akan mengurangkan lagi kos pengeluarannya.


Kempen menanam sorgum mendapat perhatian Presiden Jokowi apabila dia melawat kawasan tanaman sorgum seluas 120 hektar di Jawa Tengah dimana pada tahun 2024 dilaporkan di J
awa Tengah di rancang untuk mennaam seluas 25,000 hektar penanaman sorgum secara komersial. Sorgum sebenarnya bukan komoditi baru bagi petani di Jawa Tengah. Selama ini sudah ada penanaman sorgum seperti di Kabupaten Demak, Kabupaten Semarang dan Kabupaten Wonogiri. Walau pun penaanaman ini terbatas disebabkan isu pemasaranya dilihat masih terbatas dimana hanya mereka yang ada masaalah penyakit kencing manis sahaja yang suka membelinya. Harga sorgum masih rendah dimana di jual dengan harga sekitar Rp40,000 sekilogram (RM4.10 sekilogram). Isu mengenai teknologi tanaman sorgum berkait dengan masaalah  ketiadaan alat sesuai menuai hasil (dituai secara manual sahaja), ketiadaan produk berasaskan sorgum di bangunkan dimana ia dijual sama seperti beras sahaja (murah) dimana belum ada kilang yang memprosesnya menjadi tepong. Apa pun penting bagi mendapatkan teknologi mesin bagi menuai sorgum yang masa ini belum tersedia dan beberapa teknologi memprosesan sorgum serta aspek pemasarannya yang perlu dibangunkan di Indonesia. Hasil kajian menyatakan dimana purata hasil tuaian dari plot sedia ada dimana setiap hektar boleh menghasilkan 8-9 mt sorgum. Plot tanaman kajian dan pemerhatian dengan keluasan sekitar 120 hektar kini dijangka mampu menghasilkan sebanyak antara 960 - 1,080 mt sorgum semasa penuaian kelak. Kementerian Pertanian menyatakan dan menekankan dimana tanaman sorgum adalah komoditi penting yang boleh digunakan sebagai bahan alternatif makanan pengganti gandum. Ini kerana tepong dari sorgum boleh dijadikan bahan membuat mee, kuih mueh dan pelbagai makanan lain. Kempen menanam sorgum akan dijadikan asas kepada petani kerana ia tidak memerlukan air air yang banyak dan pembajaannya juga hampir 50% dan tentu saja selain buahnya dimana bahagian batangnya juga boleh dijadikan bahan membuat gula serta bahagian daunnya boleh diproses sebagai makanan ternakan.
 

Presiden Jokowi semasa tinjauan di pusat memproses sorgum disini menyatakan agar tanaman ini di kembangkan sama dengan jenis tanaman bijirin yang lain (Sila lihat foto disebelah). Dinyatakan agar ada pihak bank yang akan bekerjasama dengan petani didalam menyediakan bantuan pinjaman kewangan bagi boleh bangunkan tanaman sorgum di Indonesia. C
ara ini akan membolehkan dimana dari 200 hektar yang ada ditanam masa ini ianya akan berkembang kepada seluas 3,000 hektar pada tahun berikutnya sehingga sasaran maksima 10,000 hektar dalam beberapa tahun mendatang. Apa pun dengan konsep 'zero waste' bagi tanaman sorgum dimana semua bahagian tumbuhan akan di gunakan dan di proses. Tanaman ini yang toleran terhadap kekeringan dan tidak memerlukan banyak air selama pertumbuhannya boleh di tuai beberapa kali dengan konsep ratun. Indonesia perlu mengimport 11 juta mt gandum setahun dimana memang tanaman gandum tidak boleh di tanam di negara tersebut. Akan datang tidak mustahil jika tepong gandum di campur dengan tepung ubi, tepung sorgum tepong sagu dan sebagainya sebagai langkah mengurangkan pengimportan tepong gandum. Salah satu kawasan tumpuan di Indonesia yang akan di perluaskan tanaman sorgum adalah di NTT dimana kawasan ini kering dengan tanah marginal dan tanaman sorgum subur hasil kajian dijalankan di Waingapu iaitu di NTT.  Cabaran sedia ada adalah bagi menyediakan sumber benih mencukupi dan juga varieti unggulan. Usaha untuk mengeluarkan benih sorgum perlu dilakukan jika ingin menjadikan tanaman sorgum mampu di perluaskan. Cabaran selepas menanam pula adalah bagaimana hendak menuai dan seterusnya aktiviti lepas tuai produk sorgum. Kalau boleh petani memproses sendiri sorgum sehingga menjadi produk siapguna dimana diperlukan peralatan dan mesin khusus. Walau pun sorgum memang boleh dijual dalam bentuk masih memiliki kulit sebagaimana gabah padi namun petani harus diberi peralatan yang boleh mengupas kulit biji sorgum yang ada sehingga menjadi bentuk serupa beras seterusnya di kisar menjadi tepong sorgum. Sebenarnya tepong sorgum tidak akan dapat menggantikan tepong gandum 100% sebab  gandum memiliki bahan 'gluten'. Penulis blog teruja dengan komitment Indonesia sehingga Presiden Jokowi sendiri turun padang melihat dan mendokong pembangunan tanaman sorgum yang merupakan tanaman bijirin alternatif. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA SORGUM... TANAMAN APA...
PRESIDEN JOKOWI...SERIUS DI SANA...
KAWASAN KERING...JADI TUMPUANNYA...
TANAMAN ALTERNATIF... AGAR BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 806, Royal Hotel.
Jl. H. Juanda, Kabupaten Bogor,
Jawa Tengah, 
Indonesia.
(29 Syaaban 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...