TANAMAN KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) merupakan sejenis tanaman ladang yang paling luas di usahakan di Malaysia dan menyumbang KDNK yang signifikan kepada Malaysia. Keluasan tanaman kelapa sawit di Malaysia ialah 5,865,297 hektar. Negeri Sarawak mempunyai keluasan tanaman kelapa sawit terbesar iaitu 1,584,520 hektar diikuti Sabah dengan jumlah keluasan iaitu1,543,054 hektar. Data menunjukkan dimana dengan keluasan hampir 5.9 juta hektar itu dimana Malaysia menjadi pengeksport minyak sawit kedua terbesar di dunia selepas Indonesia. Keluasan tanaman sawit di Indonesia adalah signifikan dalam sepuluh tahun terakhir. Berdasarkan data Kementerian Pertanian dilaporkan pada 2023 luas tanaman kelapa sawit mereka sudah mencapai sejumlah 16.8 juta hektar iaitu bertambah sekitar 6 juta hektar setahun. Di Malaysia sejumlah 4.94 juta hektar atau 87.4% daripada keluasan tanaman sawit dan sebanyak 407 daripada 446 kilang sawit telah dipersijilkan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) setakat April 2024. Dilaporkan juga seramai 151,152 pekebun kecil (66%) merangkumi 542,215 hektar tnaman sawit juga telah mendapatkan pensijilan MSPO dalam tempoh yang sama. Ini merupakan antara hasil usaha pihak kerajaan dan pemain industri dalam meningkatkan taraf kemampanan industri ini dalam tempoh penubuhan MSPO selama 10 tahun. Slain itu, MSPO telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pemegang taruh di negara-negara pembeli seperti Jepun, China, India, Mongolia dan Filipina. “MSPO juga telah menandatangani MoU bersama Halal Development Centre (HDC) bagi mempromosi hasil sawit negara ke pasaran halal di seluruh dunia. Di nyatakan dimana dalam perbincangan dua hala iaitu diantara pihak Malaysia dengan pihak Kesatuan Eropah (EU) berkenaan isu European Union Deforestation-free Regulation (EUDR) dan MSPO, respon positif telah diterima berkaitan usaha Malaysia untuk mengurangkan kadar penebangan hutan. Bagaimana pun artikel pada kesunyian subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis menegnai isu perosak tanaman sawit dan cara kawalan berkesan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Sebenarnya pada peringkat awal menanam sawit biasanya terdapat pelbagai jenis masaalah serangan penyakit dan perosak yang menyerang tanaman tersebut. Serangan yang mungkin boleh berlaku di kawasan yang baru dibangunkan iaitu di tanah baru dibuka dan juga di kawasan tanam semula pokok sawit menggantikan pokok lama. Kerosakan tanaman ini adalah disebabkan oleh dua jenis kategoori perosak iaitu Jenis Perosak Serangga dan jenis Perosak Haiwan Mamalia. Bagi penulis blog mendapati dilama lazimnya jenis serangga perosak utama termasuklah Serangga di kenalis sebagai Kumbang Koboi, Kumbang Badak, Anai-anai dan juga Belalang, manakala perosak haiwan mamalia pula adalah Tikus, Landak, Babi Hutan, Monyet dan Gajah. Kawasan tanah baru terutama yang di buka bersempadanan dengan hutan paling kerap di serang oleh haiwan seperti babi hutan dan gajah sementara kawasan tanam semua paling lazim adalah serangan oleh tikus. Bagaimana pun terkini populasi tikus sudah boleh dikawal dengan teknologi menggunakan burung hantu (Tyto alba) yang memangsa tikus terutama dengan membuat sarangnya yang di huni oleh burung tersebut di ladang sawit. Kepada pemilik ladang yang luas atau pekebun keil sawit dimana pengawalan perosak ini adalah penting dan sekiranya tidak dikawal dari peringkat awal maka kesannya ia akan menyebabkan kerugian yang besar kerana melambatkan pertumbuhan dan mengurangkan hasil. Apa pun jika berlaku kadar serangan yang teruk dimana ia akan menyebabkan kematian kepada tanaman yang baru ditanam dan amat merugikan. Pemantauan kehadiran perosak ini di ladang sawit perlu dijalankan sepanjang masa dengan melakukan 'surveilance' mengikut SOP yang betul. Adalah malang jika sudah berlaku serangan yang teruk baru hendak di lakukan pengawalan kerana ia melibatkan kos dan tahap keberkesnan yang kurang memuaskan serta menjejaskan hasil.
Serangga KUMBANG KOBOI merupakan sejenis serangga perosak utama anak sawit di tapak semaian dan anak sawit yang baru ditanam di ladang. Terdapat dua spesis kumbang kaboi yang menyebabkan kerosakan iaitu kumbang Apogonia dan Adoretus. Kumbang Apogonia (Apogonia sp.) berwarna hitam manakala kumbang Adoretus (Adoretus compresus) berwarna perang dan berbulu halus di badannya. Lazimnya jenis kumbang dewasa berukuran di antara 10 mm hingga 12 mm panjang dan hanya aktif pada waktu malam sahaja. Pada waktu siang, kumbang dewasa ini bersembunyi di dalam tanah. Telur perosak ini boleh ditemui di dalam tanah berhampiran pangkal pokok. Larva kumbang hidup dengan memakan bahan yang mereput serta akar-akar rumpai. Apa pun lazimnya jenis kerosakan daun oleh kumbang kaboi dimana tanda serangan ini dapat dilihat di lubang-lubang yang terdapat pada daun sawit (Sila lihat foto disebelah). Kumbang Apogonia memakan daun dengan lebih luas bermula dari tepi daun manakala kumbang Adoretus memakan bahagian tengah daun dan menyebabkan daun berlubang-lubang dalam bentuk yang lebih kecil. Apa pun cara kawalan yang berkesan untuk mengawal perosak ini adalah dengan menyembur racun trichlorfon atau cypermethrin pada daun sawit. Kehadiran serangga ini lebih ketara jika tiada pengawasan dilakukan di kawasan tanaman kelapa sawit.
Serangan BELALANG dimana ia menjadi perosak utama dalam keadaan cuaca yang sesuai di mana populasi perosak ini meningkat. Serangan perosak ini bermula dengan kerosakan pada tanaman penutup bumi dan kemudiannya memakan daun sawit yang masih muda. Belalang kunyit (Valanga nigricornis) didapati merosakkan tanaman sawit. Ia bertelur dalam kelompok di antara 70-100 biji yang ditanam dalam tanah dengan kedalaman 5 mm hingga 8 mm. Telur ini akan menetas dalam temph dua bulan dan melalui enam peringkat nimpa sebelum menjadi dewasa dalam tempoh 80 hari. Apa pun cara kawalan yang berkesan untuk perosak ini adalah dengan menanam kekacang penutup bumi untuk tujuan mengurangkan kawasan pembiakannya. Perosak ini akan bertelur di kawasan yang terbuka dan berpasir. Sekiranya serangan telah berlaku racun trichlorfon dan chlorpyrifos hendaklah disembur pada daun. Semasa penyediaan larutan ini, gula boleh juga ditambah di dalam larutan tersebut untuk menarik minat belalang tersebut memakan daun dan seterusnya memakan racun-racun yang telah disembur. Jenis haiwan mamalia lain seperti serangan babi hutan dan tikus di tulis dalam artikel uang berlainan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.