Menarik laporan dari bhnews@bh.com yang bertajuk 'Obor-obor bahaya tapi enak dimakan' yang sesuai di kongsikan kali ini. Foro disebelah menunjukkan bagaimana nelayan bernaama John Abiu menunjukkan balung api atau obor-obor dijadikan sebagai makanan sampingan bagi keluarganya. Kisah dari Kota Kinabalu menyatakan dimana struktur obor-obor yang lembut seperti jeli, selain dikenali sebagai haiwan laut berbisa antara faktor tidak ramai memilihnya untuk dijadikan hidangan. Tetapi lain pula ceritanya bagi dua beradik dari Kampung Bambangan, Inanam bernama John Abir (72) dan adiknya Christina (50) yang menganggap obor-obor sebagai anugerah bagi mereka sekeluarga apabila tiba musimnya. Selalunya kehadiran obor-obor atau lebih dikenali 'balung api' oleh penduduk setempat di sepanjang Pantai Tanjung Aru di sini walaupun menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengunjung, ia dianggap lubuk rezeki bagi mereka berdua. Dakwa John haiwan balung api yang dijeruk menggunakan limau adalah makanan tradisi bagi sebahagian penduduk negeri ini dan biasanya dimakan bersama nasi. Dakwanya memang balung api ini berbisa dan sekiranya tersentuh ia boleh menyebabkan anggota badan yang terkena mengalami kemerah-merahan, gatal dan pedih sehingga selalu ia boleh menyebabkan kematian. Akan tetapi kalau sesiapa tahu cara membuang bisanya maka tiada masalah malah ia boleh dimakan begitu saja. Haiwan balung api hanya perlu agar dibersihkan dengan membuang bisa pada jejari dan pasir yang melekat pada haiwan berkenaan sebelum dibawa pulang. Balung api ini lebih enak dimakan apabila ia dipotong kecil-kecil sebelum diperah asam limau dan digaul bersama cili, bawang serta belacan dan boleh tahan lama kerana ia dijeruk. Didakwa dengan khasiat tersendiri menyebabkan ia sering menjadi makanan kegemaran kami seisi keluarga dan apabila musimnya tiba mereka memang tidak melepaskan peluang untuk mencari balung api di pantai. Bagi Christina dimana dia baru saja mengetahui musim balung api tiba dan dimaklumkan timbul di kawasan pesisir Pantai Tanjung Aru. Dia dan abangnya ke sini dan tidak sangka pesisir pantai dipenuhi dengan haiwan berkenaan. Bagi menangkap balung api dimana ia memerlukan mata yang tajam untuk melihat haiwan itu kerana ia berwarna putih jernih seakan-akan agar-agar dan biasanya ia berada di dalam air mengikut pergerakan ombak. Setakat ini dia sudah dapat tangkap tiga ekor dan saya terpaksa menggunakan sauk untuk mengangkatnya bagi mengelak daripada disengat kerana ia berbisa. Dahulu haiwan ini biasanya akan mengeluarkan racun dipanggil 'nematosit' daripada jejari yang boleh menyebabkan rasa gatal pada badan dan boleh juga menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan segera. Haiwan itu akan muncul di pesisir pantai sekitar April dan antara Julai atau Ogos setiap tahun.
Berlainan pula dengan kisah dari Sarawak di mana 'Obor-obor merah landa Pulau Bruit, beri rezeki kepada nelayan' yang sesuai dikongsikan. Dilaporkan dimana di Pulau Bruit musim obor-obor merah kembali menyerang perairan Pulau Bruit hari ini sekali gus memberi pulangan lumayan kepada nelayan sekitar pulau ini. Dilaporan antara perkampungan nelayan Pulau Bruit yang meraih obor-obor merah ialah Kampung Betanak, Tekajong, Penipah, Salah Kechil, Penibong, Penuai dan Sebako. Bagi seorang nelayan tempatan dikenali sebagai Zamri Mohamad (48) yang mendakwa musim obor-obor merah adalah peluang nelayan meraih rezeki berbanding biasa. Biasanya setiap kali musim obor-obor merah melanda di perairan pulau itu maka ramai nelayan mula turun ke laut. Apa pun sejak awal pagi lagi ramai para nelayan akan turun ke laut beramai-ramai untuk dapat menangkap obor-obor merah. Musim obor-obor merah juga merupakan tangkapan paling banyak sehingga mencecah ratusan ringgit setiap hari. Selalunya musim obor-obor merah bukan sahaja rezeki buat nelayan tempatan malah penduduk berpeluang menjana pendapatan lebih. Mereka menyifatkan musim obor-obor merah merupakan peluang untuk nelayan meraih hasil tangkapan yang banyak. Selalunya musim obor-obor merah juga turut memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar khususnya golongan muda. Hasil tangkapan obor-obor merah dari laut terus dijual ke kilang pemprosesan obor-obor merah di Pulau Bruit. Kebanyakan obor-obor merah hasil tangkapan nelayan dari laut terus dijual kepada pemilik kilang di sini. Setiap hasil rezeki yang diperolehi ia sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan seharian keluarga dan anak-anak ke sekolah. Obor-obor di sini menjadi makanan tematan yang eksotik dan di sukai masyarakat tempatan.
Makanan berasakan obor-obor memang ada banyak jenis akan tetapi yang paling di sukai di Sarawai tentunya UMAI OBOR-OBOR yang mudah disediakan dan sesuai di makan dengan nasi putih. Memang ada banyak cara dan resepi dalam menyediakan umai obor-obor begantung kepada citarasa, lokaliti dan kemahira indiividu. Bagaimana pun bagi mereka yang belum pernah ujirasa keenakan boleh berkunjung ke Sarawak untuk menikmatinya, Bagi penulis blog yang pernah bertugas di Sarawak selama lebih dua tahun memang suka makanan ini yang di dapatkan ketika membuat tinjauan teknolgi pertanian. Bagi menyediakan makanan umai obor-obor diperlukan bahan seperti segenggam obor-obor masin, 2 biji cili merah (dibuang biji), 1 biji bawang besar (dihiris nipis), 3 ulas bawang putih, 1 sudu serbuk kacang tanah (telah digoreng dan ditumbuk), 5 biji limau kasturi dan bahan perisa. Cara membuatnya adalah dengan mula-mula rendamkan obor-obor terlebih dahulu bagi mengurangkan rasa masinnya selama beberapa jam. Kemudian perlu ditoskan dan hiriskan obor-obor (sebaiknya saiz adalah sepanjang 1 inci) dan d ketepikan. Langkah seterusnya adalah perahkan limau kasturi dan gaul dengan obor-obor tersebut. Kemudian boleh dimasukkan bahan yang ditumbuk dan gaul lagi sehingga rata. Kemudian dimasukkan pula bawang besar dan kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk gaul sebati. Gaul sehingga sebati dan ia siap untuk dihidangkan dan dimakan dengan basi putih panas. Sebagai tips memang tidak perlu tambah garam disebabkan biasanya obor-obor sudah masin. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro tevhnology kali ini. Wasallam!!!....
MUSIM JULAI-OGOS...ADA MENJELMA...
AWAS SENGATANNYA...AMAT BERBISA...
DI JADIKAN UMAI... IA ENAK RASANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Jalan Istana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 Syaaban 1445H).
Posted from,
Room 202, Rompin Beach Resort,
Rompin, Pahang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.