Support My Blog

Friday, June 14, 2024

BLACK SOLDIER FLY - FAKTA DIMEDIA (PART 2)

MENTERNAK BLACK SOLDIER FLY (Hermetia illucens) atau pun BSF kini merupakan satu industri yang sudah dilakukan dibeberapa negara untuk pelbagai tujuan. Dilaporkan dalam alam semulajadi dimana kewujudan haiwan serangga secara semulajadi yang punya manfaat penting dalam rantaian ekosistem. Terdapat banyak spesis serangga dimana peranan mereka tidak boleh diremehkan walaupun saiznya mungkin sangat kecil atau lemah. Faktanya hampir 80% populasi fauna yang menduduki keseluruhan ekosistem di bumi didominasi oleh bangsa serangga ini. Dalam pada itu dengan jumlah sebanyak ini kelas serangga (insecta) itu mewakili hampir keseluruhan 90% kehidupan fauna di muka bumi dan boleh dijumpi pada setiap ruang ekosistem yang berbeza-beza seperti di lautan, daratan dan udara. Salah satu kategori serangga adalah LALAT (Fly) yang boleh dijumpai dipelbagai lokasi dengan julat kawasan yang amat luas. Antara ciri fisiologi lalat yang jadi pembeza dengan serangga lainnya adalah dimana lalat ada sepasang sayap yang memang berfungsi untuk terbang juga adanya organ 'halter' sebagai sambungan daripada sayap pada bahagian belakang pada tubuhnya. Lalat adalah dari ordo Diptera didominasi dengan kewujuan serangga yang biasa dipanggil dengan sebutan lalat (Fly) yang menganggu kesihatan jika membawa wabak. Terdapat jenis lalat dikenalpasti menjadi pembawa kepaa kes penyebaran penyakit serta masalah gangguan kesihatan lainnya. Ini merupakan salah satu ciri utama yang banyak dimiliki serangga dari ordo diptera. Dalam pada itu selain lalat terdapat pula beberapa anggota ordo ini iaitu Kupu-kupu dan Rama-rama, Nyamuk, Agas dan lainnya yang mencapai hingga 240,000 spesies banyaknya. Serangga  Black Soldier Fly (BSF) atau Lalat Soldadu Hitam atau  Lalat Askar Hitam secara umum bahkan membawa lebih banyak manfaat bagi kehidupan. Artikel ke 8,039 lewat malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa fakta mengenai BSF dalam media tempatan bagi dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Merujuk kepada portal majalahsains.com yang bertajuk 'Pengkomposan Sisa Makanan Menggunakan Black Soldier Fly (BSF) dan Teknik Bokashi; Pilihan Alternatif Pengurusan Sisa Secara Lestari' ia amat menarik dikongsikan dan ditulis semula. Dilaporkan dimana Malaysia menghasilkan sekurang-kurangnya 17,000 metrik tan sisa makanan setiap hari. Fakta ini merupakan 45% daripada keseluruhan sisa pepejal yag terhasil. Kebanyakan sisa makanan ini tidak dikitar semula sebaliknya dilupuskan ditapak-tapak pembuangan sampah sehingga kesannya boleh menyebabkan pelbagai isu alam sekitar termasuk pencemaran air, udara, bau dan jangkitan penyakit berjangkit. Demi tujuan merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu amalan pengurusan sisa makanan yang lebih cekap dan mapan perlu dititikberatkan terutama sekali kepada pelajar-pelajar sekolah yang akan menjadi penyambung generasi akan datang. Mengambil kira kepentingan ini dimana Pusat Pengajian Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan, Fakulti Sains Kesihatan UiTM Cawangan Selangor telah bekerjasama dengan pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Pihak Industri (Entomal Biotech Sdn Bhd dan TT Organic Sdn Bhd) bagi tujuan untuk melaksanakan satu program pengurusan sisa makanan iaitu secara lestari kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Saujana Utama Sungai Buloh, Selangor (Sila pembaca lihat foto disebelah). Program ini yang dijalankan pada 21 Jun 2023 ini melibatkan 60 orang pelajar dan 15 orang guru-guru. Terdapat 2 teknik pengurusan sisa lestari yang diperkenalkan iaitu pengkomposan sisa makanan menggunakan larva lalat tentera hitam atau Black Soldier Fly (BSF) dan pengkomposan menggunakan teknik Bokashi. Apa pun pogram dimulakan dengan penerangan berkaitan pengkomposan sisa makanan menggunakan larva lalat BSF oleh pihak Entomal Biotech Sdn Bhd. Lalat BSF (Hermetia illucens) ialah spesies paling biasa ditemui dalam famili Stratiomyidae. Ia boleh ditemui di Eropah, Afrika tropika, Australasia, Amerika Tengah dan timur Asia termasuk juga ada Malaysia. BSF adalah sejenis lalat yang tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit. Tempoh hidup seekor lalat BSF dewasa adalah di sekitar 5 hingga 7 hari sahaja. Penggunaan larva lalat BSF sebagai alternatif kepada pengurusan sisa makanan semakin mendapat perhatian ramai di seluruh dunia. Langkah ini bukan sahaja berpotensi boleh mengelakkan pembaziran sumber sisa makanan dan mampu mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah dapat menjana ekonomi penduduk setempat melalui penghasilan makanan alternatif kepada haiwan ternakan. Larva Lalat BSF mengandungi kandungan protein yang tinggi sekitar 40% selain 32% lemak yang memang sesuai untuk dijadikan makanan haiwan ternakan terutama ayam dan ikan. Hasil komposnya pula boleh digunakan untuk tujuan pertanian. Selain daripada itu, pengkomposan sisa makanan dengan cara menggunakan lalat BSF dapat mengurangkan jumlah mikroorganisma berbahaya di dalam sisa organik seperti Escherichia, Salmonella atau koloni enterobakteria yang lain. Ketika program ini dijalankan, para pelajar serta guru-guru yang terlibat amat teruja apabila diberi peluang untuk dapat menyentuh dan memegang sendiri larva dan lalat BSF yang sudah dewasa semasa latihan.


Dilaporkan dimana program diteruskan lagi dengan penerangan iaitu berkaitan proses pengkomposan sisa makanan iaitu dengan menggunakan teknik Bokashi oleh TT organic Sdn Bhd. Bokashi merupakan satu kaedah pengkomposan yang popular berasal dari negara Jepun. Teknik ini dilaporkan ia melibatkan proses iaitu berlaku penguraian sisa makanan tanpa oksigen sehingga menghasilkan baja kompos yang mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Proses ini melibatkan penggunaan mikroorganisma penapaian yang dikumpulkan dan dikenali sebagai “bokashi bran” untuk membantu pengkomposan bahan organik. Bahan-bahan yang digunakan dalam teknik bokashi termasuk sisa makanan, sayur-sayuran yang hampir basi, kulit buah, sisa dapur seperti sisa kopi dan teh, serpihan kertas, dan bahan organik lain. Di dalam program ini dimana semua para pelajar turut diberi pendedahan praktikal berkaitan langkah-langkah pengkomposan menggunakan teknik-teknik membuat Bokashi. Keseronokan para pelajar dapat dilihat menerusi penglibatan aktif masing-masing dalam kerja mereka menyediakan taburan bokashi bran di setiap lapisan bahan organik yang disediakan. Campuran ini kemudiannya akan  diletakkan di dalam bekas tertutup bagi tujuan mengelakkan pengoksidaan dan memastikan persekitaran tanpa oksigen. Bahan ini dibiarkan selama 2 minggu sebelum hasilnya boleh digunakan. Selain daripada mengelakkan berlaku pembaziran makanan, pengkomposan menggunakan teknik Bokashi dapat menghasilkan baja yang berkualiti dan mempunyai nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan. Ia juga boleh meningkatkan kesuburan tanah dengan meningkatkan kandungan bahan organik dan mikroorganisma yang bermanfaat. Terdapat 4 jenis mikroorganisma bermanfaat di dalam Bokashi iaitu terdiri daripada kumpulan Bakteria Fotosintetik, Bakteria Asid Laktik, Actinomycetes dan Yis. Apa pun proses penerapan nilai murni dan pengurusan sisa lestari adalah penting dalam satu proses  pembangunan kanak-kanak. Melalui pembentukan nilai-nilai murni dan kesedaran tentang alam sekitar, kanak-kanak akan menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, peduli, dan mempunyai komitmen terhadap kelestarian alam dan masa depan yang lestari. Oleh itu, sebagai masyarakat, kita perlu memberi perhatian dan usaha dalam memupuk nilai-nilai ini dalam kalangan kanak-kanak demi kebaikan bersama dan masa depan yang lebih baik. Bak kata pepatah “Kalau kita tidak mewarisi dunia ini daripada nenek moyang, sebaliknya, kita meminjamnya daripada generasi akan datang”.


Menarik fakta dari negara Indonesia iaitu portal kompas.com untuk di kongsikan yang bertajuk '
Sampah hingga Dapat Penghasilan Tambahan' untuk di tulis semula. Lalat BSF (Hermetia illucens) yang boleh ia dipakai untuk pengolahan sampah organik. Ada fakta di sebalik manfaat ulat maggot atau belatung black soldier fly (Lalat Tentara Hitam) mulai dilirik oleh masyarakat. Haiwan tersebut dinilai berjasa dalam mengurangkan jumlah sampah di Pasar Rejowinangun, Kota Magelang, Jawa Tengah. Ulat-ulat ini di laporkan ia mampu memakan sampah organik sampai 1 gerobak (trailer) yang isinya 1.5 meter persegi. Sementara itu kalangan masyarakat di Desa Sokawera, Kecamatan Cilongok, Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah dimana mereka sudah merintis pembuatan 'Kampung Lalat' dengan alasannya budidaya (usaha) lalat tentara hitam ini sudah diyakini dapat menghasilkan nilai ekonomi yang tinggi. Salah satunya adalah memberikan bantuan sekolah kepada anak-anak dari keluarga tidak mampu. Berikut ini fakta lengkap di balik manfaat lalat tentara hitam (Hermetia illucens) di Magelang dan Banyumas yang sudah dilaporkan berjaya untuk di contohi. Pertama dimana Ulat BSF ini berfungsi untuk bersihkan sampah-sampah lokal sesuai jenis sampah yang ada di Pasar Rejowinangun Kota Magelang, Jawa Tengah.  Faedah BSF ini baru dilakukan sejak tiga bulan lalu. Ulat BSF yag di ternak ini juga atas kerja sama dengan Pejabat (Badan Penelitian dan Pengembangan Kota Magelang) dimana pada setiap hari peserta memisahkan diantara sampah organik dan non-organik. Sampah organik akan kumpulkan di satu tempat dan di bubuh ulat BSF dan sampah itu akan habis dimakan ulat tersebut (belatung). Fakta ke dua BSF akan kurangkan isu sampah organik hingga 1.5 meter kubik apabila ulat-ulat ini mampu memakan sampah organik sampai 1 gerobak yang isinya 1.5 meter kubik sampah organik. Perkara ini dilihat setelah membandingkan antara keadaan sebelum dan sesudah menggunakan ulat-ulat BSF tersebut dilapangan. Semasa ia masih pilot project dimanatahap pembuangan meletak sampah organik sendiri hanya sebanyak 4 meter kubik tetepi kini isu tersebut selesai oleh pengkomposan BSF kerana ia kuat makan sampah organik. Sifat ulat BSF ini memang banyak makan akan tetapi tidak gemuk juga kerana ia adalah aktiviti atau kemampuan menukar sampah kepada kompos sangat tinggi diman ulat BSF ini bolehhidup lebih lama di tempat sampah dimana usianya sekitar 1-2 bulan. Fakta ketiga dimana di kawasan projek ada lebih dari 200 kepala keluarga (KK) yang merintis budidaya ternak Lalat BSF dimana asalnya ada dua kandang besar dibuat sebagai perintis gunasama dan ada kandang-kandang kecil disiapkan di setiap rumah untuk ternak lalat ini. Seorang warga tertarik menternak BSF sebagai salah satu kaedah penyelesaian pengelolaan sampah di Banyumas. DIlaporkan dimana setiap 1 kilogram maggot (larva) boleh ia mengambil atau makan 1 kilogram sampah organik.  APa pun penghasilan dari menternak lalat BSF ini digunakan untuk membayar persekolahan anak-anak dan mampu untuk memberikan tambahan pendapatan bagi warga penduduk desa disini. Kemudian projek ini dikembangkan mulai akhir 2018 oleh anak-anak Sekolah Kader Desa Brilian dimana kemudian mereka mampu emberi biasiswa lebih banyak lagi kepada murid sekolah. Kalau awalnya hanya 3 orang murin yang terima biasiswa kini sudah ada lebih 30 murid yang menerima biasiswaSeain itu, hasil dari budi daya ternakan BSF dimana ada sebahagian pendapatan digunakan untuk membayar iuran jaminan sosial ketenagakerjaan di di Badan Penyelenggara Jaminan Sosial (BPJS) Ketenagakerjaan. Ini bertujuan untuk memberikan jaminan sosial bagi pekerja iaitu terutama buruh di sekitar hutan agar warga boleh membayar yuran dari menjual maggot. Tidak usah banyak ternak dimana kalau setiap rumah boleh menghasilkan iulat BSF 1 kilogram sehari maka dalam sebulan boleh dapat sekitar Rp 90,000 (RM26.05) itu sudah lebih dari cukup untuk membayar yuran BPJSSemuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
SEJENIS LALAT... HITAM WARNANYA...
CEPAT MEMBIAK...MEMAKAN SISA...
MENGANGGU KELULUT...KISAHNYA...
MENJADI INDUSTRI...POTENSI ADA...
KAYA PROTIN...BOLEH KOMERSIL DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Dzulhijjah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...