Menarik bagaimana kita hendak tahu akan piawaian atau standard sayur cekur manis kerana ia agak jarang ianya ada di perkatakan. Semasa di Sarawak, Sabah dan Pendalaman Pahang ada melihat sayuran cekur manis dijual bersama batangnya (bersama daun tua, buah dan bunganya sekali). Kemudian penulis blog menrujuk kepada info dari FAMA yang sediakan standard ini untuk sayuran cekur manis (Sauropus androgynus) daripada famili
Euphorbiaceae untuk pasaran segar. Cekur manis terdiri daripada batang,
cabang, daun dan pucuk. Penulis blog di fahamkan dalam maklumat ini bagi tujuan spesifikasi ini dimana terma-terma yang digunakan bermaksud seperti 'BERSIH' bermaksud sayuran ini bebas daripada kekotoran dan benda asing. Skpo 'ECACATAN' adalah bermaksurd ia mempunyai tanda-tanda yang menjejaskan persembahan dan 'CACAT BENTUK' adalah jenis bentuk cekur manis yang tidak normal dan sempurna. Dalam pada itu 'CACAT RUPA ' adlaah ada tnda-tanda yang menjejaskan rupa keseluruhan seperti karat dan kesan-kesan lain yang tidak boleh dibersihkan. Maksud 'Keseragaman saiz' bermaksud yang panjang cekur manis adalah sama dimana ia selalunya akan diukur dari pucuk ke pangkal. Maksudd 'agi 'Pembentukan Sempurna adalah peringkat fisiologi dan juga pembentukkan morfologi yang sesuai untuk keperluan pasaran. 'Perapian' pula ia bermaksud kerja membuang batang yang keras dan bersabut (struktur berkayu), daun yang berwarna kekuningan, kering dan rosak. sementara istilah 'ROSAK' adalah sebarang kecederaan disebabkan oleh perosak dan/atau penyakit,
kesan mekanikal dan atau fisiologi yang menjejaskan kualiti dan jangkahayat
pasaran. Selain itu maksud 'Kecederaan' yang berlaku ia mungkin juga disebabkan oleh perosak dan/atau penyakit seperti
berlubang akibat kesan gigitan serangga, reput dan kering. 'Kecederaan mekanikal' pula proses yang meungkisn terjadi iaitu semasa pengendalian seperti daun terkoyak
dan batang/cabang patah. Maksud 'Kecederaan fisiologi' mungkin ia berlaku adalah ia disebabkan oleh keadaan seperti kekurangan
nutrien, perubahan cuaca dan suhu yang ketara. Contoh kerosakan
seperti nyahwarna. Cekur Manis Segar adalah istilah bagi bahan cekur manis seperti hasil yang baru dituai (dari segi warna dan
tekstur) dan tidak kelihatan layu.
Sayuran cekur manis yang dijual dimana sahaja termasuk dipasar basah atau pasar malam sebenarnya ia mempunyai standard minimum untuk sesuai di jual atau di beli oleh pengguna. Di nyatakan dimana standard keperluan minima bagi sayur cekur manis adalah ia segar dan bersih serta sebaiknya ia hendaklah agak bebas daripada rosak dan kecacatan. Dalam pada itu syarat minima termasuk cekur manis ini hendaklah umurnya mencapai tahap pembentukan sempurna mengikut ciri-ciri varieti dan kawasan di mana ianya ditanam. Sebagai syarat minima ia juga hendaklah mempunyai keseragaman saiz dan varieti yang sama dalam satu bungkusan (Sila lihat foto disebelah). Apa pun sebelum dijual kepada orang tengah, pemasar atau pengguna sebaiknya di jalankan kerja pembersihan , grading dan pembungkusan sesuai atau ia di istilahkan sebagai kerja membuat perapian. Ukuran cekur manis yang di potong untuk di makan sendiri atau dijual tidak melebihi 40cm dipotong dan diikat kemas sebelum dijual di pasaran. Penulis blog daat tahu dimana sayur cekur manis dikelaskan kepada tiga (3) gred yang mana ia bergantung kepada spesifikasi. Gred tersebut adalah Gred Prenium, Gred 1 dan Gred 2 dimana yang lain belum sesuai di petik dan tidak dipetik dari pokoknya. Bagi Gred Premium dimana sayur cekur manis tersebut hendaklah diasingkan dan digredkan daripada varieti yang sama, bebas daripada rosak dan atau kecacatan dan sebaiknya ia masih lagi dikekalkan kualiti dan bagaimana cara persembahan dalam pembungkusan. Ia dijual dengan baik kepada pembeli dimana jika ada ciri kerosakan hendaklah tidak melebihi 3%. Tahap kerosakan yang maksimum sehingga 5% mengikut berat yang tidak mencapai keperluan Gred Premium tetapi memenuhi Gred 1. Kelas ke dua adalah Gred 1 dimana ciri kualiti cekur manis tersebut hendaklah ia daripada varieti yang sama dengan agak bebas daripada kejadian rosak dan/atau kecacatan dimana perlu dikekalkan kualiti dan persembahan dalam pembungkusan. Tahak kerosakan hendaklah tidak melebihi 5% dengan kadar maksimum 10% mengikut berat yang tidak mencapai keperluan Gred 1 tetapi memenuhi Gred 2. Kelas ke 3 adalah Gred 2 dimana cekur manis hendaklah daripada varieti yang sama (tidak bercampur dengan varieti lain) dimana ia hampir bebas daripada sebarang kerosakan dan/atau kecacatan. Gred ini perlu dikekalkan kualiti dan persembahan dalam pembungkusan dimana perlu ia menepati keperluan minimum sebagaimana ditetapkan akan tetapi tidak termasuk bagi Gred Premium dan Gred 1. Tahap kerosakan bagi gred 2 ini hendaklah tidak melebihi 10% dengan tahap maksimum 15% mengikut berat yang tidak mencapai keperluan Gred 2 atau keperluan minimum. Apa pun selalunya harga jualan bagi gred premium adalah lebuih mahak daripada harga jualan gred 2.
Dalam pada itu perlu penulis blog nyatakan dimana cekur manis boleh juga di lakukan pengelasan mengikut saiz akan tetapi agak jarang dilakukan kerana tiada keperluan saiz bagi cekur manis. Agak penting bagaimana cara dalam pembungkusan sayur cekur manis ini dilakukan kerana ia hendaklah mempunyai ukuran yang boleh menampung dengan secukupnya
kuantiti cekur manis yang dibungkus. Pembungkusan ini hendaklah mengandungi daun cekur manis daripada varieti dan gred yang sama. Apa pun sebaiknya kadar berat bersih yang dibenarkan bagi satu unit pembungkusan ialah tidak
melebihi 20 kg. Sebaiknya cara pembungkusan ini hendaklah memenuhi ciri-ciri kualiti, kebersihan dan ketahanan supaya produk ini dapat
memberi perlindungan yang maksimum daripada apa-apa kerosakan kepada
cekur manis semasa pengendalian dan juga sepanjang masa pengangkutannya. Sebaiknya bahan untuk membungkus cekur manis hendaklah diperbuat daripada bahan yang tidak menyebabkan kerosakan
dan menjejaskan kualiti. Dalam pada itu aspek perlabelan (labelling) bagi sayur cekur manis bagi pembungkusan hendaklah dilabel mengandungi maklumat seperti nama keluaran pertanian , nama varieti sayuran tersebut, Gred, tempat asal, nama dan alamat perniagaan, nama pengimport, nama pengeksport, nama ejen, nama pengeluar
atau nama pengedar. Pelu di tuliskan juga jumlah berat bungkusan serta pastinya tanda iaitu 'Produce of Malaysia' dimana ia menunjukkan produk untuk pasaran eksport. Apa pun selalunya di lakukan proses persampelan dimana bilangan sampel dan kaedah untuk persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah
berdasarkan kepada MS 1187 iaitu 'Method of sampling for fresh vegetables' yang di keluarkan SIRIM.
Terdapat banyak resepi dan juadah yang boleh di hasilkan dari daun cekur manis. Penulis blog kongsikan salah satu resepi tersebut iaitu Masak Lemak Pucuk Cekur Manis dengan Keledek Oren. Bahan yang perlu disediakan adalah sayur pucuk cekur manis secukupnya dimana sebaiknya diambil dari daun mudanya sahaja dan mesti dicuci bersih, 1 batang serai di ketuk, 1/4 cawan kacang hijau yang perlu di rebus hingga empuk (salah satu cara optional), 2 biji keledek oren atau unggu yang perlu dibuang kulit dan potong dadu sederhana besar, 1 cawan santan cair, 1/2 cawan santan pekat, batang lada merah yang perlu di hiris serta garam secukup rasa. Bagi bahan kisar perlu ada 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 sudu besar udang kering dan perlu rendam sehingga lembut, 2 sudu besar ikan bilis, kacang hijau di rebus dahulu hingga empuk dan perlu diangkat dan toskan. Cara memasaknya dengan memanaskan dulu minyak dan tumiskan serai dan bahan kisar hingga harum dan kemudian di masukkan santan cair dan keledek dan di masak lagi hingga keledek empuk. Seterusnya sayur cekur manis ini di ramas sedikit dan masukkan dalam periuk dan juga dimasukkan juga kacang hijau. Kemudian perlu dimasukkan santan kelapa yang pekat dan senantisa di kacau supaya santan tersebut tidak pecah dan diperasakan dengan garam. Akhir sekali di taburkan cili dan kemudian bila masal ia sedia di hidangkan bersama ikan goreng dan sambal belacan dengan nasi putih. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!....
PUCUKNYA DIMASAK...ENAK RASA...
STANDARA ADA... DISEDIAKAN FAMA...
MEMBACA ARTIKEL... RASA LEGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Preint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Dzulhijjah 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.