Support My Blog

Wednesday, January 17, 2024

KRISIS BERAS DI MALAYSIA - FAKTA MENARIK (PT 2)

KRISIS BERAS DI MALAYSIA
merupakan satu isu yang selalu di bincangkan terutama apabila berlaku kenaikan harga dan juga kekurangan bekalan kepada pengguna. Pada penulis blog faham dimana ketika kenaikan harga beras terus menjerut orang ramai pada beberapa tahun kebelakangan ini dimana kerap ada persoalan yang timbul mengenai kesediaan kerajaan untuk menguruskan masalah bekalan makanan ruji rakyat Malaysia tersebut. Pengguna paling resah apabila isu kenaikan harga beras tempatan yang di kaitkan dengan harga beras dunia yang mengakibatkan harga beras import dalam pasaran tempatan turut naik dimana ini sekali gus dijangka meningkatkan kos operasi di kedai dan restoran. Isu ini amat ketara pada penggal keempat 2023 apabila kenaikan harga beras import amat dirasai pengguna dan kekurangan bekalan beras tempatan semakin mengugat semua. Isu kemana perginya beras tempatan menjadi salah satu pertanyaan kepada ramai pengguna di Malaysia dan ada yang dakwa beras tempatan sudah dijadikan 'beras import' yang harga pasaran runcit hampir dua kali ganda dari beras import. Apa pun dilapangan ramai petani masih menjual padi mereka kepada agen yang dilantik dan pengguna memang tidak boleh salahkan mereka untuk mengatakan hasil padi dan beras menjadi kurang di pasaran. Ada banyak spekulasi timbul apabila kerajaan terus membuat kenyataan yang berbeza-beza dan rakyat tidak berpuashati. Ramai dakwa dimana apa yang berlaku ialah di peringkat kilang, pemborong dan runcit. Apabila harga beras import naik sehingga RM38 untuk setiap 10kg manakala bagi harga beras putih tempatan pula ia dikawal peringkat peruncit pada kadar RM2.60 sekilogram. Dilaporkan dimana tahap sara diri padi negara ialah pada 65% yang bermakna pasaran perlu mempunyai bekalan sekurang-kurang pada peratusan yang sama. Ada kenyataan yang juga mendakwa aktiviti menukar kampit beras tempatan kepada beras import untuk mendapatkan keuntungan. Apa pun tugas bahagian kawal selia padi dan beras memaklumkan akan mengambil 20% beras daripada setiap kilang diberikan kepada pihak dilantik kerajaan untuk mengeluarkan beras tempatan. Dilaporkan dimana kalangan pengguna pula sudah pun membeli beras berlebihan dimana kemudian ia dihadkan pembelian untuk pengguna yang sedia ada. Berlaku kes dimana ada kenyataan tidak konsisten ini menunjukkan ada sesuatu yang orang ramai tidak tahu. Dalam masa sama dimana diperingkat global, negara India yang merupakan pengeksport beras terbesar dunia melarang bahan beras itu dieksport ekoran cuaca panas. Ia menjejaskan dimana pada Jun 2023 harga beras import meningkat pada bulan-bulan selepasnya. Di Asia Tenggara dilaporkan dimana Filipina sudah membuat pakatan dengan Vietnam untuk membeli beras dari negara tersebut manakala Presiden Indonesia pula iaitu Joko Widodo mengutarakan cadangan membeli beras dari Kemboja, China dan Bangladesh. Pihak Padiberas Nasional (Bernas) iaitu satu-satunya syarikat yang diberikan lesen mengimport beras mengumumkan kenaikan harga beras import sebanyak 36% iaitu daripada RM2,350 per metrik tan kepada RM3,200 per metrik tan bermula tarikh 1 September 2023. Dalam masa sama dilaporkan dimana Indonesia telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India berkaitan potensi mengimport satu juta tan beras dan Malaysia pula dilaporkan akan mendekati negara seperti Pakistan, Myanmar, Brazil dan Uganda untuk bekalan beras import. Kerajaan akan berikan lesen mengimport beras yang hanya diberikan kepada Bernas bermakna hanya syarikat itu yang mempunyai jawapan kepada usaha mengimport beras. Antara perkara di berikan perhatian adalah dimana kalau hendak mendapatkan bekalan maka syarikat perlu membuat perjanjian semasa harga beras murah. Jika mengimport beras pada harga sedang tinggi ianya akan bertentangan dengan kepentingan korporat mereka kerana itu adalah cara dan kesan dari penswastaan. Pendekatan subsidi beras dan kawalan harga hanya kaedah penyelesaian sementara dan tidak mampu menyelesaikan masalah selagi kartel tidak dihapuskan daripada rantaian bekalan padi negara. Malaysia memang boleh mencapai bekalan beras tempatan untuk tampung keperluan penduduk malah tak mustahil untuk eksport beras satu hari nanti dengan kekayaan sumber dan usaha-usaha yang ada dengan syarat atasi masalah akar iaitu kartel. Artikel pada petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai isu krisis beras di Malaysia dan beberapa fakta menarik sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Krisis dan isu bekalan beras dilaporkan dimana '
Krisis beras dah berlaku sejak 1971' seperti dilaporkan oleh hmetro.com pada 16 Sept 2023. Kini permintaan beras beras tempatan ataupun SST mendapat sambutan sejak kenaikan beras dunia. Isu bekalan dan harga beras kembali menjadi topik perbualan ramai sejak beberapa bulan mengundang isu kebimbangan pengguna mengenai kos sara hidup. Ia susulan langkah Padiberas Nasional Bhd (Bernas) yang menyelaraskan harga jualan beras putih import kepada RM3,200 satu tan metrik berkuat kuasa mulai 1 September 2023. Ada pelbagai fakta dakwaan dilemparkan termasuk wujudnya pertukaran kampit beras tempatan kepada import untuk mengaut untung mudah. Pihak Pejabat Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ada menyatakan dimana kenaikan harga beras putih import serta kesukaran untuk mendapatkan bekalan beras Super Spesial Tempatan (SST) menjadi isu terbaru. Kenaikan harga beras import berlaku disebabkan harga beras dunia sudah pun naik. Bernas dipertanggungjawabkan untuk import beras dan harga pasaran sekarang ini di peringkat dunia adalah AS$650 dan dijangka naik sehingga AS$700. Susulan dari isu  itu kini jumlah permintaan beras tempatan dijangka mendapat permintaan yang banyak daripada orang ramai tapi tinjauan awal kita mendapati ramai yang membeli dalam jumlah pukal yang banyak antara 500 - 700 kampit terutama di peringkat peniaga. Sebab itu kajian dibuat secara kawalan pembelian hanya dibenarkan 10 kampit 10 kilogram (kg) di mana setiap kali pembelian tidak boleh melebihi 100 kg. In boleh did buat kawalan di bawah Peraturan 10 (1b) di bawah Akta Kawalselia Padi dan Beras (Akta 522). Kini jumlah permintaan beras tempatan ataupun SST5 mendapat sambutan sejak kenaikan beras dunia. Sebelum ini kita dapati permintaan biasa-biasa saja dan ramai rakyat kita tidak berminat dengan beras tempatan kerana beras tempatan bukan saja yang paling murah di Asia Tenggara, RM2.60 per kg ataupun RM26 untuk 10kg, boleh dikatakan yang termurah di dunia. Ada orang beranggapan semasa naik harga barulah ada penguatkuasa Bahagian Kawalselia muncul. Krisis beras ini dilaporkan memang ia sudah pun berlaku 1971 dimana diwujudkan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai satu badan yang lebih fokus untuk menjaga padi dan beras negara pada ketika itu. Namun kini ianya sudah dibubarkan dan Bernas mengambil alih pada 1996. Walau bagaimanapun kemudian pihak Bernas hanya bertanggungjawab untuk mengimport beras putih sahaja dimana dari segi dasar aktiviti seperti penguatkuasaan, polisi masih lagi di bawah Kawalselia Padi dan Beras (KPB) yang kini di bawah KPKM. Bernas sudah pun melancarkan Op Jamin iaitu satu kerjasama antara KPKM dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk meninjau bekalan beras terutama beras tempatan di seluruh negara. Kenapa kerjasama ini berlaku disebabkan pihak KPDN mempunyai anggota sampai di peringkat daerah yang boleh membantu kami untuk mendapatkan maklumat mengenai bekalan beras di seluruh negara. Dengan itu penguatkuasaan ini maka kerajaan dapat data yang lebih tepat. Setakat ini terdapat 1,200 pemeriksaan Op Jamin kita jalankan di seluruh negara dan didapati hanya ada satu kes di Selangor yang menaikkan harga beras tempatan daripada RM2.60 kepada satu harga yang lebih dan ia sudah dakwa. Namun untuk pertukaran kampit Bernas perlu dapat aduan rasmi daripada individu atau pun orang lain. Dalam pada itu dengan bekalan beras putih tempatan ketika ini adakah tindakan peniaga membeli dalam jumlah yang banyak menyebabkan masalah kekurangan bekalan. Kini dilaporkan bekalan beras putih tempatan amat terhad ketika ini namun kawalan dihadkan kepada 10 kampit atau 100kg untuk kita kawal supaya ia boleh agihkan dan dapat dirasai seluruh rakyat. Perkara ini adalah bersifat sementara dimana apabila dibuat langkah intervensi iaitu akan diperbanyakkan lagi beras tempatan dengan penambahan 20% dan di jangka dapat selesaikan dalam tempoh sebulan. 


Persoalan yang ditimbulkan adalah sama ada apakah berlaku manipulasi harga kawalan yang ditetapkan oleh kerajaan dengan menukar kampit beras tempatan kepada kampit beras import dan adakah kenaikan harga berlaku secara tergesa-gesa?. Setakat ini dilaporkan KPKM masih belum menerima aduan secara rasmi mengenai penukaran beras kampit tempatan kepada beras kampit import. Jika mana-mana pihak atau individu ada maklumat, boleh buat aduan kepada Kawal selia Padi dan Beras di seluruh negara supaya kita boleh ambil tindakan undang-undang kepada mereka yang terbabit. Kita akan batalkan lesen serta-merta. Kenaikan harga beras hanya di peringkat beras import dan Bernas sudah mengemukakan kenaikan harga beras ini pada bulan Jun, tetapi perkara ini berlaku pada 1 September 2023. Ini tidak boleh ditahan lagi kerana isu global. Beras dunia yang meningkat naik, jika Bernas tidak dapat menaikkan harga beras di peringkat pemborong, Bernas tidak boleh lagi bertahan dalam perniagaan mereka. Itu yang saya dimaklumkan. Dalam kes lain iddakwa dimana i
su beras seolah-olah dipolitikkan dan apa yang sepatutnya dibuat penggiat industri dan netizen adalah untuk meneliti kes berkaitan. Adalah diharap agar isu beras dan padi ini tidak perlu lagi dipolitikkan kerana krisis dan isu ini adalah isu negara. Ia membabitkan aspek keterjaminan makanan yang menjadi tanggungjawab bersama kepada semua pihak. Sebaiknya semua pihak perlu memainkan peranan dan diharap semua pihak dapat bertenang kerana kekurangan beras tempatan ini dapat diatasi dalam tempoh sebulan sahaja lamanya dimana krisis ini adalah di peringkat pelaksanaan. Jika ada yang mempunyai masalah kekurangan bekalan beras tempatan maka merka dilaporkan masih boleh maklumkan kepada KPKM melalui KPB dan kita akan cuba mengatasi semua masalah ini dalam masa terdekat. ISu ini menyamai dengan ketika masalah ini wujud seperti mana ketika pandemik Covid-19 apabila isu bekalan beras tidak menjadi isu nasional kerana tidak dipolitikkan pada ketika itu. Namun kini dilihat rata-rata ramai pengguna yang memberikan pandangan, mengkritik ketiadaan beras tempatan tapi tidak membuat aduan rasmi. Perkara ini perlu dielakkan supaya ia dapat meredakan keadaan dan tidak menimbulkan suasana panik di seluruh negara. Memang kerajaan tidak ada pilihan melainkan menghasilkan sendiri beras dalam negara dan mengurangkan beras import. Sebab itu sebaiknya ia dapat dilaksanakan Sawah Berskala Besar (Smart SBB) dan lebih ekonomik seperti bagaimana pesawah di Sekinchan, Selangor melakukannya. Kaedah dengan memperluaskan sawah padi sepatutnyta menjadi tumpuan di seluruh negara. Sekarang secara purata produktiviti sawah di Malaysia adalah ia mampu untuk menghasilkan 3.7 matrik tan per hektar. Sekiranya Malaysia dapat tingkatkan hasil produktiviti kepada 6 mt/ha maka dijangka Malaysia boleh menjadi SSL kepada 100% dimana berkemungkinan Malaysia akan menjadi sebuah negara pengeksport beras pula nanti.


Isu dan krisis beras masa ini boleh dikaitkan dengan pasca Krisis Makanan 2008 diseluruh dunia yang memberikan implikasi penggantungan terhadap beras import suatu masa dulu. Pengalaman penulis blog masa itu (2008) semasa bertugas di Pejabat Pertanian Daerah Muar dengar bagaimana kes Krises Makanan Dunia berlaku. Sebenarnya i
su keselamatan makanan pada tahun 1970-an adalah lebih tertumpu kepada aspek kecukupan dari sudut penawaran. Dalam pada itu aspek permintaan (kemampuan mengekses) dimana perkara tersebut kurang diberikan perhatian. Ekoran daripada krisis makanan yang melanda dunia pada awal 1980-an dan perkarai ni sudah mula mendapat perhatian dari pelbagai pihak antaranya Food and Agriculture Organization (FAO) yang telah mentakrifkan semula konsep keselamatan makanan. Konsep ini kemudian telah dibahagikan kepada tiga komponen yang merangkumi kecukupan pengeluaran makanan; kestabilan bekalan makanan; dan akses fizikal serta ekonomi oleh kumpulan yang memerlukannya (Sumber: FAO, 1983). Konsep ini diperincikan lagi kemudian dimana ia merangkumi empat komponen iaitu Kesediaan Makanan (Food Availability), Akses Makanan (Food Access), Penggunaan Makanan (Food Utilization) dan Kestabilan Makanan (Sumber: Food Stability by FAO, 2006). Beras telah menjadi makanan ruji bagi majoriti rakyat Malaysia secara tidak langsung telah menjadikan beras sebagai komoditi strategik kepada negara dari sudut kebolehdapatan, akses, utilisasi dan kestabilan bekalan. Penekanan yang diberikan oleh kerajaan dapat dilihat melalui pelbagai dasar yang telah atau sedang dilaksanakan bagi tujuan menjamin keselamatan makanan negara seperti yang termaktub dalam kesemua dokumen Rancangan Malaya dan Rancangan Malaysia bagi setiap lima tahun (semenjak 1956), Dasar Pertanian Negara (DPN I hingga III), Dasar Jaminan Makanan (2008) serta yang terkini dalam Model Baru Ekonomi Malaysia (Sektor Pertanian) dan Dasar Agro-Makanan bagi tempoh 2011 hingga 2020. Sehingga kini dilaporkan dimana Malaysia masih menampung kira-kira 30% defisit dalam pengeluaran beras tempatan melalui pembelian beras import. Selain dari sumber bekalan yang mudah didapat dimana jumlah kos mendapatkan (pembelian) beras import adalah jauh lebih kompetetif secara relatif berbanding kos menghasilkan padi (pengeluaran) beras tempatan. Senario inilah yang dilihat ia sebenarnya ia menyebabkan tidak timbul keterdesakan untuk kerajaan dalam mengatur rencana untuk meningkatkan pencapaian tahap sara diri (SSL) beras negara melebihi 70%. Namun krisis makanan yang berlaku pada tahun 2008 telah merungkai implikasi dari sudut keselamatan makanan sekiranya penggantungan yang tinggi disandarkan terhadap sumber import. Justeru bila berlaku situasi ketidakstabilan harga beras di pasaran dunia pada masa itu jejaskan harga beras dimasa hadapan dilihat mampu mendatangkan kesan yang terbeban kepada pihak kerajaaan mahupun pengguna sekiranya negara terus meletakkan kebergantungan yang tinggi terhadap sumber beras import. Hasil beberapa kajian telah dijalankan bagi mengukur faktor-faktor yang mana ia akan menyumbang ke arah turun naik (volatility) harga beras di pasaran dunia berdasarkan data siri masa dari tahun 1984 sehingga tahun 2012. Hasil dari kajian ini seterusnya dapat membantu pihak kerajaan untuk menilai semula sasaran semasa SSL 70% beras dari masa ke masa dengan perlunya mengambil kira jaminan bekalan beras dalam negara dimana senario pasaran beras global dan kos relatif pengimportan adalah perlu diambilkira. Apa pun krisis makanan 2008 telah merungkai implikasi dari sudut keselamatan makanan akibat penggantungan yang tinggi terhadap sumber makanan import. Kenaikan harga beras yang mendadak di pasaran dunia pada tahun 2008 dilihat bukan berpunca akibat tekanan faktor bagi endogen permintaan mahupun penawaran semata-mata akan tetapi harga kenaikan tersebut juga telah didorong oleh isu penyusutan nilai dollar Amerika (USD) serta kenaikan harga mendadak komoditi lain seperti petroleum dan urea. Hasil dari kajian ini dijalankan bagu tujuan menganalisis dengan secara empirikal hubungan dan keanjalan faktor-faktor tersebut terhadap harga beras di pasaran dunia. Hasil analisis ini seterusnya membayangkan implikasi yang perlu dihadapi sekiranya negara terus meletakkan kebergantungan yang tinggi ke atas sumber bekalan beras import serta kepentingan untuk menilai semula sasaran semasa tahap sara diri (SSL) 70% beras dari masa ke masa.


Menarik salah satu kajian yang bertajuk '
Krisis beras berlaku dan adakah kerajaan bersedia?' menarik untuk dikongsikan. Ada beberapa orang pakar pertanian dan ekonomi yang mengatakan masalah bekalan makanan tempatan tidak akan selesai dengan sendirinya tanpa melibatkan usaha kerajaan. Foto sebelah menunjukkan bagaimana terdapat seorang pesawah dilihat sedang meracun hasil tanamannya daripada makhluk perosak di tengah sawah di Kampung Alor Senibong, Langgar, Kedah iaitu salah satu jelapang padi yang utama di Malaysia. Apa pun ketika kenaikan harga beras terus menjerut orang ramai dimana persoalan tersebut timbul iaitu mengenai kesediaan kerajaan untuk menguruskan masalah bekalan makanan ruji rakyat Malaysia itu. Kenaikan harga beras dunia mengakibatkan harga beras import dalam pasaran tempatan turut naik, sekali gus dijangka seterusnya ia meningkatkan kos operasi di kedai dan restoran. Isu ini dilihat dimana adalah mustahil masalah bekalan makanan tempatan kurang secara semula jadi. Apabila pesawah menjual padi mereka maka kejadian ini tidak boleh salahkan kalangan pesawah apabila dinyatakan hasil kurang kerana faktur cuaca, serangan perosak dan penyakit serta isu lain. Ada pelbagai spekulasi timbul apabila kerajaan pun membuat kenyataan yang berbeza dimana isu di Malaysia adalah bdimana apa yang berlaku ialah di peringkat kilang dan runcit sahaja. Bila harga beras import naik sehingga RM38 untuk setiap 10kg sementara harga beras putih tempatan dikawal peringkat peruncit pada kadar RM2.60 sekilogram. Walau pun selama ini pihak kerajaan menyasarkan tahap sara diri padi negara ialah pada 65% akan tetapi ia berubah penghasilan padi saban tahun. Ini bermakna pasaran perlu mempunyai bekalan sekurang-kurang pada peratusan yang sama. Isu bagaimana dakwaan orang ramai menyatakan yang mendakwa aktiviti menukar kampit beras tempatan kepada beras import untuk mendapatkan keuntungan mungkin kurang tepat. Pihak kerajaan melalui bahagian kawal selia padi dan beras telah memaklumkan akan mengambil 20% beras daripada setiap kilang diberikan kepada pihak dilantik kerajaan untuk mengeluarkan beras tempatan. Pihak pengguna pula ada didakwa ada kalangan mereka membeli beras berlebihan walau pun cuba dihadkan pembelian untuk pengguna. Apa yang berlaku apabila di peringkat global dimana negara India yang merupakan pengeksport beras terbesar dunia melarang bahan itu dieksport ekoran cuaca panas. Apa pun dilaporkan dimana di Asia Tenggara dimana negara Filipina membuat pakatan dengan Vietnam untuk membeli beras dari negara tersebut.  Di Malaysia pula pihak Padiberas Nasional (Bernas) sebagai satu-satunya syarikat yang diberikan lesen oleh kerajaan untuk mengimport beras mengumumkan kenaikan harga beras import sebanyak 36% iaitu daripada RM2,350 per metrik tan kepada RM3,200 per metrik tan bermula daripada 1 September 2023. Sebenarnya lesen mengimport beras yang hanya diberikan kepada Bernas bermakna hanya syarikat itu yang mempunyai jawapan kepada usaha mengimport beras. isu subsidi beras dan kawalan harga hanya penyelesaian sementara dan tidak mampu menyelesaikan masalah selagi kartel tidak dihapuskan daripada rantaian bekalan padi negara. Malaysia masih boleh mencapai bekalan beras tempatan untuk tampung keperluan penduduk malah tak mustahil untuk eksport beras satu hari nanti dengan kekayaan sumber dan usaha-usaha yang ada dengan syarat atasi masalah akar iaitu kartel. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog ani agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KRISIS BERAS... BERLAKU DI MALAYSIA...
HARGANYA NAIK... RAMAI RAKYAT DERITA...
BERAS IMPORT MAHAL...TEMPATAN TIADA...
PERLU DI TANGANI... MAKANAN RUJI UTAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
N0 47, Jalan Kebun Nanas,
Bandar Putra 2, Kelang,
Selangor,
Malaysia.
(2 Rejab 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...