ADA BANYAK JENIS PUCUK PAKUPAKIS (Ferns) yang tumbuh liar yang mana ada sebahagiannya sesuai di makan. Apa pun pucuk pakis merupakan tumbuhan yang mudah kita jumpa didalam belukar di Malaysia terutama di kawasan tanah pamah yang lembab atau di tanah gambut. Tumbuhan yang diberi nama sebagai pakupakis (pteridofit) adalah daripada keluarga Davalliaceae mempunyai lebih dari 40 spesis merupakan jenis tumbuhan berdaun yang lazimnya berwarna hijau atau berwarna lain yang dilaporkan mengandungi anthocyanin. Ia merupakan satu dari golongan tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri khas dimana selalunya pada pucuk daun muda terdapat satu bentuk seperti 'gelungan tali' yang mana ia berlingkar dikenali sebagai 'krozier'. Ciri lain yang nyata ialah kesemua pakupakis menghasilkan spora yang terbentuk di dalam sporangium. Sporangium ini berkumpul membentuk tompokan iaitu di bahagian hujung, permukaan ataupun tepi daun. Kumpulan sporangium ini dikenali sebagai sorus. Susunan dan bentuk sorus berbeza-beza bergantung kepada spesies pakupakis tersebut. Secara umumnya saya dapati tumbuhan paku pakis dibahagikan kepada dua jenis kelompok utama iaitu pakupakis primitif yang berstruktur ringkas (fern-allies) dan pakupakis sejati (true-fern). Pada paku-pakis primitif akarnya hanya berupa rizoid (seperti Psilotum), berbatang kecil dan secara umumnya berwarna hijau kerana memiliki klorofil sehingga dapat membantu proses fotosintesis dan daunnya hanya berupa sisik dengan satu vena daun sahaja. Manakala pada paku–pakis sejati terdapat ciri-ciri pembahagian antara akar, batang dan daun nampak jelas. Ketiga-tiga organ tersebut dilaporkan telah mencapai kesempurnaan yang tinggi. Artikel petang Khamis ini di Bandar Desaru, Kota Tinggi, Johor saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta beberapa jenis paku pakis dan cara memakan paku pakis untuk ia dijadikan bahan rujukan dan bacaan semua.
Memang tidak berapa banyak penulisan mengenai jenis-jenis paku pakis yang sesuai dimakan di Malaysia atau pun didalam bahasa Inggeris. Bagaimana pun ada beberapa jenis Pakis Sayur atau Sayur Paku yang mana ia menjjadi hidangan umum dikalangan rakyat marhaein untuk di kongsikan infonya. Pada penulis blog yang sejak kecil tinggal di kampong di Johor memang sering memetik pakis kampong yang di masak air (bening) atau di tumis pedas (Sila lihat foto disebelah) dimakan dengan nasi putih. Pendek kata selepas balik sekolah rendah atau sekolah menengah jika ada makanan dari sayur pakis memang menambah nasinya. Masa itu cuma kena oakis kampung yang berwarna hijau, merah atau coklat dan belum kenal pakis lain seperti Pakis Midin yang terkenal di Sarawak. Kini setelah menulis artikel hampir 8 ribu dan menjadi warna emas dengan pengalaman lebih 38 tahun dalam sektor pertanian barulah memahami bertapa nikmatnya makan sayur pakis zaman dulu. Sebenarnya pucuk pakis untuk dimakan yang enak ini memang ia mudah ditemukan dibanyak negara diman akan dibincangkan beberapa spesis yang sesuai di makan. Antara yang paling dikenalpasti adalah jenis Pteridium aquilinum (bracken) dimna jenis Bracken atau Pteridium aquilinum mudah ditemui di banyak negara. Apa pun dilaporkan jenis ini mengandungi bahan karsinogen yang disebut ptaquiloside. Dilaporkan dimana jenis pakis ini iaitu Ptaquiloside boleh ia menyebabkan kerosakan DNA hingga panyakit kanser kepada sistem pencernaan. Saini=tis dakwa dimana kandungan bahan ini adalah beracun jika di makan mentah atau tidak dimasak dahulu sehingga benar-benar cukup masak terlebih dahulu. Laporan kajian pada tahun 2001 dimana ia di lakukan oleh International Journal of Cancer iaitu pakis bracken mentah memang ia mengandungi enzim thiaminase dimana ia boleh memecahkan vitamin B1 dan menyebabkan penyakit beri-beri. Bagaimana pun ada kaedah atau cara menjadikan Bracken (Pteridium aquilinum) agar tidak beracun. Kajian oleh USA Forest Service dimana pakis jenis bracken yang ia mengandungi bahan ptaquiloside yang cukup tinggi adalah bahaya jika dimakan mentah. Apa pun sebenarnya bahan ptaquiloside sendiri bersifat larut dalam air dan mudah rosak apabila kena suhu panas dan keadaan beralkali. Kepekatan bahan ptaquiloside pada pakis bracken menurun jika diletakkan pada suhu bilik dan memang habis tidak bersisa semasa dimasak hingga mencapai suhu didih. Apa pun kaedah terbaik untuk memproses masak pakis ini adalah dengan merendam dulu dan kemudian bolehlah memasaknya dengan api. Jika hendak mengolahnya menjadi salad sebaiknya dioleh bagaimana bracken diolah oleh orang Jepun atau Korea iaitu merendam pakis dalam larutan air dan kapur untuk menghilangkan racunnya. Walau pun boleh dimanan akan tetapu pakis pakis bracken sebaiknya diambil dengan jumlah sedikit sahaja dan tidak terlalu kerap. Ia adalah bagi elakkan risiko kanser yang tentunya tidak boleh hilang 100% dalam tubuh.
Jenis Pakis Royal (Osmunda regalis) pula selalu di sebut sebagai 'Royal fern' atau 'Pakis kembang' dimana spesis ini selalu dijumpai banyak di Asia, Afrika, dan Eropah yang biasanya tumbuh di tepi sungai dan kawasan berpaya. Ciri khas yang ada pada akarnya ia sering akan digunakan sebagai media tanaman pokok bunga orkid. Batangnya yang masih muda biasa ia boleh dimakan dimana dilaporkan ia memiliki rasa yang mirip dengan sayuran Asparagus. Penulis blog bagaimana pun belum pernah ujirasa pakis jenis ini di lapangan. Walau pun pakis royal ini didakwa ia cukup sering dimakan kerana ia diminati sebagai sayuran di banyak negara. Bagaimana pun sebelum di masak sebaiknya pakis royal ini mesti dicuci dan merendamnya terlebih dahulu dengan air bersih. Apabila pakis royak sudah dicuci bersih dan kemudian diredam di dalam air bersih selama 10 -15 minit dan kemudian ia boleh diramas-ramas dengan sedikit garam makan untuk menghilangkan bulu halus di batangnya. Sebaiknya dimasak pakis royal ini dengan suhu tinggi dan dipastikan sayuran sudah benar-benar cukup matang sebelum dihidangkan. Dalam pada itu paling popular masa kini terutama di Sarawak dan dijadikan kuliner ikon yang diminati ramai adalah jensi Pakis Midin. Pakis Midin (Stenochlaena palustris) memang paling penulis blog suka dimana setiap kali berkunjung ke Sarawak memang 'never miss this culinary'. Lazimnya kalangan orang tempatan akan menyebut Stenochlaena palustris ini sebagai 'midin' atau 'Lembiding'. Penyediaan masakan pakis jenis pakis sayur ini ini umum ditumis dengan bawang, bilis dan juga belacan (Sila lihat foto disebelah). Satu pinggan hidangan ini yang dinikmati dengan nasi panas dan hidangan 'ikan sweet sour' atau pun makanan laut lain di lihat sebagai hidangan hebat yang penulis blog menyukainya. Dalam pada itu dilaporkan yang mana di Vietnam, India dan juga Filipina amalan gunakan daunnya sebagai untuk ubat yang didakwa ia mampu dalam mengurangkan masaalah demam, penyakit kulit, sakit perut dan gastrik. Kajian lain menyatakan dimana kandungan bahan Glikosida flavonol yang terkandung di dalam jenis pakis ini memiliki sifat antibakteria dimana sesiapa yang makan midin akan mendapat faedah seperti bahan Antikulat serta fungsi Antioksidan. Memakan midin juga memudahkan sistem pencernaan dan membuang air. Pakis Stenochlaena palustris juga disebut mengandung sejumlah kecil thiaminase. Menurut buku "Discovering Wild Plants: Alaska, Western Canada, The Northwest oleh Janice Schofield Eaton" melaporkan dimana ada bahan enzim thiaminase boleh dihilangkan dari pakis dengan pemanasan melalui proses pengeringan atau pun cra memasaknya. Memasak midin dengan suhu tinggi sampai ia benar-benar matang. Proses memasak boleh dijalankan dengan cara merebus, mengukus atau paling popular dengan cara menumis.
Pada penulis blog dimana jenis Pakis Sayur (Diplazium esculentum) pula ia merupakan pakis yang selalu di minati kalangan ramai penduduk Semenanjung Malaysia. Ada beberapa jenis pakis ini atau ia di kenali sebagai 'Pakus Sayur' atau pun 'Sayur Paku' atau dalam bahasa Inggeris ia di gelar sebagai 'Vegetable fern'. Dilaprkan diman Pakis Sayur banyak ditemui di Asia dan Oceania. Jenis ini paling mudah ditemui dan paling banyak di pasarkan di seluruh dunia. Penulis blog merujuk kepada kajian berjudul "Studies on pathological effects of linguda (Diplazium esculentum, Retz.) in laboratory rats and guinea pigs" yang diterbitkan di Indian Journal of Veterinary Pathology pada tahun 2004 dimana ia menyebut pakis sayur mempunyai kandungan racun yang jumlahnya adalah sedikit sahaja. Apa pun sejauh ini memang belum ada kes-kes iaitu keracunan akibat pakis sayur yang dicatitkan. Pakis Sayur ini dilaporkan memang ada sedikit racun walau tiada kes dilaporkan berlaku di Malaysia. Buat memastikan keamanan dalam mengonsumsi pakis sayur, pastikan batang dan pucuknya sudah dicuci bersih dengan air mengalir. Jika perlu, gosok-gosok agar bulu halus yang kadang masih menempel di batangnya terlepas. Cara menyediakan pakis sayur mudah dilakukan iaitu dengan ditumis pada suhu tinggi sehingga masak. Selalunya masakan pakis sayur yang betul akan menghilangkan rasa kelat pada pakis. Apa pun dilaporkan dimana pakis sayur mengandungi banyak nutrisi iaitu serat dan bahan antioksidan, antiinflamasi, serat (fiber), kaya akan nutrisi mikronutrien, beta karoten, asid folate dan juga bahan mineral (Ca, Fe, dan P). Nutrien seperti Kalsium (Ca), Posforan (P), zat Besi (Fe) dan vitamin B. Ia diantara bahan yang mampu mencegah penyakit kardiovaskular kerana ia juga kaya dengan vitamin A sumber makronutrient dan ada juga bahan Omega 3 yang biasanya terdapat pada ikan. Apa pun ada kajian menyatakan pakis sayur dilaporkan ia boleh menghalang pertumbuhan bakteria iaitu Salmonella typhi. Kajian telah dilakukan untuk mengetahui pengaruh ekstrak etanol daun pakis terhadap tikus jantan yang telah terinfeksi bakteria Salmonella typhi dimana ekstrak etanol daun pakis dengan kadar 500 mg/kg/berat badan dapat menurunkan 6.2% patogen Salmonella typhi pada tikus jantan. Ekstrak etanol daun pakis daun dengan pelbagai dos tidak signifikan menurunkan jumlah koloni bakteria pada tikus. Kajian lain mendapati dimana ekstrak etanol pakis sayur terbukti memiliki kesan antiinflamasi terhadap tikus yang disuntik dengan bahan karagenin dimana dos yang terbaik adalah dicatitkan pada kadar 125 ml seekor. Semuga attikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA BERACUN... IANYA MERBAHAYA...
PERLU DIMASAK... PELBAGAI CARA....
MEMBACA ARTIKEL...AMAT BERGUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Suriah 3, Taman Desaru Utama,
Bandar Penawar, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(13 Rejab 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.