Support My Blog

Thursday, January 18, 2024

KRISIS BERAS DI MALAYSIA - FAKTA MENARIK (PT 3)

KRISIS BERAS DI MALAYSIA
merupakan satu isu yang selalu di bincangkan terutama apabila berlaku kenaikan harga dan juga kekurangan bekalan kepada pengguna. Pada penulis blog faham dimana ketika kenaikan harga beras terus menjerut orang ramai pada beberapa tahun kebelakangan ini dimana kerap ada persoalan yang timbul mengenai kesediaan kerajaan untuk menguruskan masalah bekalan makanan ruji rakyat Malaysia tersebut. Pengguna paling resah apabila isu kenaikan harga beras tempatan yang di kaitkan dengan harga beras dunia yang mengakibatkan harga beras import dalam pasaran tempatan turut naik dimana ini sekali gus dijangka meningkatkan kos operasi di kedai dan restoran. Isu ini amat ketara pada penggal keempat 2023 apabila kenaikan harga beras import amat dirasai pengguna dan kekurangan bekalan beras tempatan semakin mengugat semua. Isu kemana perginya beras tempatan menjadi salah satu pertanyaan kepada ramai pengguna di Malaysia dan ada yang dakwa beras tempatan sudah dijadikan 'beras import' yang harga pasaran runcit hampir dua kali ganda dari beras import. Apa pun dilapangan ramai petani masih menjual padi mereka kepada agen yang dilantik dan pengguna memang tidak boleh salahkan mereka untuk mengatakan hasil padi dan beras menjadi kurang di pasaran. Ada banyak spekulasi timbul apabila kerajaan terus membuat kenyataan yang berbeza-beza dan rakyat tidak berpuashati. Ramai dakwa dimana apa yang berlaku ialah di peringkat kilang, pemborong dan runcit. Apabila harga beras import naik sehingga RM38 untuk setiap 10kg manakala bagi harga beras putih tempatan pula ia dikawal peringkat peruncit pada kadar RM2.60 sekilogram. Dilaporkan dimana tahap sara diri padi negara ialah pada 65% yang bermakna pasaran perlu mempunyai bekalan sekurang-kurang pada peratusan yang sama. Ada kenyataan yang juga mendakwa aktiviti menukar kampit beras tempatan kepada beras import untuk mendapatkan keuntungan. Apa pun tugas bahagian kawal selia padi dan beras memaklumkan akan mengambil 20% beras daripada setiap kilang diberikan kepada pihak dilantik kerajaan untuk mengeluarkan beras tempatan. Dilaporkan dimana kalangan pengguna pula sudah pun membeli beras berlebihan dimana kemudian ia dihadkan pembelian untuk pengguna yang sedia ada. Berlaku kes dimana ada kenyataan tidak konsisten ini menunjukkan ada sesuatu yang orang ramai tidak tahu. Dalam masa sama dimana diperingkat global, negara India yang merupakan pengeksport beras terbesar dunia melarang bahan beras itu dieksport ekoran cuaca panas. Ia menjejaskan dimana pada Jun 2023 harga beras import meningkat pada bulan-bulan selepasnya. Di Asia Tenggara dilaporkan dimana Filipina sudah membuat pakatan dengan Vietnam untuk membeli beras dari negara tersebut manakala Presiden Indonesia pula iaitu Joko Widodo mengutarakan cadangan membeli beras dari Kemboja, China dan Bangladesh. Pihak Padiberas Nasional (Bernas) iaitu satu-satunya syarikat yang diberikan lesen mengimport beras mengumumkan kenaikan harga beras import sebanyak 36% iaitu daripada RM2,350 per metrik tan kepada RM3,200 per metrik tan bermula 1 September 2023. Dalam masa sama dilaporkan dimana Indonesia telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India berkaitan potensi mengimport satu juta tan beras dan Malaysia pula dilaporkan akan mendekati negara seperti Pakistan, Myanmar, Brazil dan Uganda untuk bekalan beras import. Kerajaan akan berikan lesen mengimport beras yang hanya diberikan kepada Bernas bermakna hanya syarikat itu yang mempunyai jawapan kepada usaha mengimport beras. Antara perkara di berikan perhatian adalah dimana kalau hendak mendapatkan bekalan maka syarikat perlu membuat perjanjian semasa harga beras murah. Jika mengimport beras pada harga sedang tinggi ianya akan bertentangan dengan kepentingan korporat mereka kerana itu adalah cara dan kesan dari penswastaan. Pendekatan subsidi beras dan kawalan harga hanya kaedah penyelesaian sementara dan tidak mampu menyelesaikan masalah selagi kartel tidak dihapuskan daripada rantaian bekalan padi negara. Malaysia memang boleh mencapai bekalan beras tempatan untuk tampung keperluan penduduk malah tak mustahil untuk eksport beras satu hari nanti dengan kekayaan sumber dan usaha-usaha yang ada dengan syarat atasi masalah akar iaitu kartel. Artikel pada petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai isu krisis beras di Malaysia dan beberapa fakta menarik sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Merujuk kepada laporan daripada akhbar utusan.com bertajuk '
Tangani isu beras tempatan  yang hilang’  berkaitan dengan tajuk artikel kali ini. Dilaporkan dimana kerajaan digesa menggunakan kuasanya bagi menurunkan harga beras import dalam pasaran ketika ini. Apa pun pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diminta segera mengatasi isu harga beras berharga ‘kayangan’ yang terus mencengkam kehidupan rakyat. Tinjauan Utusan Malaysia di Temerloh dan bandar berdekatan pula menyatakan dimana hanya beras import dijual di kedai runcit dan pasar raya sekali gus ia telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengguna ke mana ‘hilangnya’ beras tempatan. Rata-rata pengguna yang ditemui turut mempersoalkan akan ketulenan beras import yang ada dijual atau sama ada ia hanya ditukar bungkusan daripada beras tempatan demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Seorang peniaga restoran. Bagi pembeli beras Meor Shahriman Ghafar menyatakan dimana ada beras pelbagai jenama lima kilogram yang dulunya berharga antara RM13 dan RM14 kini dijual sekitar RM24. Dakwanya lagi bagi beras 10 kilogram yang dahulunya hanya RM25 sekampit akan tetapi kini dijual lebih RM40 dan harga ini memang ia begitu membebankan. Dia dakwa kerajaan seolah-olah terlepas kawalan berkaitan harga beras menyebabkan pemborong atau peniaga dengan mudah menaikan harga sekali ganda. Sebagai peniaga makanan dimana dia terpaksa menaikkan harga makanan termasuk nasi bagi menampung harga bahan mentah yang semakin meningkat secara mendadak. Dia juga berharap KPDN dan menteri yang baharu dapat berperanan memastikan beras yang yang dijual benar-benar beras import. Merujuk kepada kenyataan oleh Pengerusi Gabungan Peniaga dan Penjaja Melayu Malaysia (Gapema) Pahang dikenali dengan Rohani Mahat merayu agar pihak kerajaan menggunakan kuasanya bagi menurunkan harga makanan asasi rakyat Malaysia. Dakwanya rakyat mahu agar subsidi kerajaan terhadap barangan keperluan asas diterjemahkan melalui harga beras dan lain-lain seperti minyak, tepung, gula dan lain-lain dapat dinikmati seperti sebelumnya. Tumpuan harus diberikan bukan sahaja mengatasi masalah harga beras dan bgaimana isu ‘kehilangan’ beras tempatan tetapi juga barangan keperluan harian lain seperti tepung, minyak masak, telur dan susu. Kerajaan diminta dapat bertindak tegas tangani isu ini supaya peniaga dan pemborong tidak berani serta sewenang-wenangnya memanipulasi harga barangan keperluan.


Dalam laporan lain yang bertajuk 'I
su Beras Mahal: Beras Tempatan Dijual Paling Murah' berkait dan sesuai dirujuk. Dilaporkan jika dilihat di dalam elemen harga bagi beras tempatan yang dapat dibuktikan bahawa beras putih tempatan adalah beras paling murah berbanding negara-negara lain. Di Malaysia sahaja yang mana harga jualan beras telah ditetapkan pada kadar RM2.60 untuk sekilogram. Harga berkenaan dikawal oleh kerajaan dan peniaga-peniaga tidak boleh sewenang-wenangnya boleh ia menaikkan harga jualan. Jadi bila dilihat balik kepada situasi terkini bagi bekalan beras putih tempatan dimana ianya boleh dikatakan terjejas ekoran lebih ramai pengguna yang memilih untuk beli beras tersebut pada waktu ini. Perkara ini kerana kenaikkan harga beras import dan juga perbezaan harga yang agak jauh di antara beras import dan beras tempatan. Apa pun dengan Program Khas Beras Putih Tempatan yang telah dilaksanakan dan dijangka bekalan beras putih tempatan akan dapat dipulihkan dalam tempoh sebulan. Disebabkan itu juga dilaporkan dimana para pengguna adalah dinasihatkan untuk membeli beras mengikut keperluan dan juga ingatlah pada orang lain juga. Jangan disebabkan kita 'memborong' habis beras tempatan di pasaran, orang lain tidak berkesempatan untuk membelinya walaupun hanya satu kampit. Seterusnya dalam portal berita hmetro.com dilaporkan bagaimana 'Isu harga beras: Peniaga makanan terkesan' juga wajar dikongsikan faktanya. isu berlaku kesukaran mendapatkan beras tempatan di samping kenaikan harga beras import memberi tekanan kepada peniaga-peniaga makanan dimana sehingga ia telah menjejaskan mata pencarian mereka. Hasil temubual dengan seorang peniaga gerai nasi kukus ayam berempah dikenali Man Mastan di Sungai Buloh didapati dimana dia berasa amat terkesan dengan isu kenaikan harga beras import sehingga menjejaskan perniagaannya. Dia yang mana memang risau dengan keadaan ekonomi sekarang kerana kuasa membeli berkurangan apabila harga barang meningkat. Dia memang tidak naikkan harga makanan setakat ini walaupun jualan agak merosot. Kalau sebelum ini harga sebungkus nasinya yang di buat dua mangkuk kecil akan tetapi sekarang kita hanya boleh buat satu mangkuk sahaja. Apa pun daripada segi bekalan beras import dimana setakat ini dia masih tidak ada masalah untuk mendapatkannya akan tetapi harga sahajalah yang meresahkannya. Dakwanya jualan nasi ini pada biasanya dikira untung melalui beras sahaja akan tetapi apabila semua barang naik harga memang untung tidak seberapa. Dalam kes lain seorang peniaga nasi kerabu bernama Siti Masitah juga di Sungai Buloh yang turut meluahkan rasa gusar disebabkan pelanggan di kedainya semakin berkurangan. Kalau sebelum ini pelanggan sudah beratur sejak 9 pagi akan tetapi tetapi kini jumlahnya tidak ramai menyebabkan pendapatan semakin berkurangan. Dia juga berusaha menawarkan makanan lain sebagai inisiatif untuk menambah pendapatan harian. Walau pun ada dia sesekali buat 'review' untuk mempromosikan nasi kerabu ini supaya lebih ramai orang datang ke kedainya akan atau dia cuba memanjangkan waktu operasi berniaga hingga malam namun kurang berjaya. bagi seorang peniaga nasi ayam pula iaitu Encik Halim menyatakan di Titiwangsa dimana jualan hariannya terjejas disebabkan kuantiti nasi yang ada dijual terpaksa dihadkan daripada 20 kilogram kepada 15 kilogram sehari. Bekalan beras sekarang semakin berkurang dan sukar untuk dapat dimana dia kini perlu hadkan penggunaan beras yang digunakan supaya dia dapat berniaga setiap hari. Apa pun apa yang dilakukan kini adalah kadang kala terpaksa tutup kedai awal sebab nasi sudah habis dan ini menjejaskan jumlah pendapatannya.


Tidak kurang laporan oleh Malaysian gazette yang bertajuk '
Apungkan harga beras, selesai masalah' sebagai satu cadangan beberapa pihak. Dilaporkan dimana Persatuan Peruncit Bumiputra Malaysia (BRO) berkata, kerajaan perlu ada kehendak politik (political will) yang kuat untuk mengapungkan subsidi terutama bagi beras tempatan supaya masalah bekalan yang berlarutan sejak berbulan-bulan ini dapat diselesaikan segera. Presidennya Datuk Ameer Ali Mydin dakwa pelaksanaan pengapungan harga beras itu perlu mengambil kira keadaan semakin mendesak memandangkan bekalan di seluruh dunia mengalami kekurangan (Sila lihat foto disebelah). Kerajaan masih meneruskan subsidi beras, telur, minyak masak dan beberapa item lagi tetapi pada masa sama bekalan tidak mencukupi. Jadi apa perlunya subsidi jika barang keperluan tidak ada di kedai atau pasar-pasar raya. Kini bekalan beras sudah dua bulan bermasalah, isu bekalan telur yang disubsidi juga masih belum selesai seperti dia yang melaporkan kepada MalaysiaGazette. Dakwanya kerajaan tidak sepatutnya menunggu terlalu lama lagi untuk dapat melaksanakan subsidi bersasar, memandangkan segala pilihan raya sudah pun berakhir. Jika kerajaan terus menerus mengambil pendirian untuk tunggu dan lihat lagi adalah ia dikhuatiri timbul isu-isu besar lain yang tidak dijangka terus mengekang kerajaan membuat keputusan sukar dan mencabar berhubung subsidi. Paling penting sekarang kena buat keputusan cepat, lagi pantas buat keputusan kita dapat tangani isu bekalan makanan. Beliau percaya pengapungan harga beras dan telur dimana ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan isu kekurangan bekalan. Dia tidak mahu untuk menyalahkan sesiapa kernana padanya pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, mahupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sudah memberi banyak input mengenai situasi terkini. Bagaimana pun ia terpulanglah kepada Kerajaan Persekutuan untuk memutuskannya. Dia juga mengakui bekalan beras di pasar-pasar raya Mydin sudah kekurangan bekalan sejak dua bulan lalu dan sehingga hari ini pembekal hanya mampu untuk mereka menghantar 3.0 - 5.0% daripada tempahan bekalan beras yang Mydin dibuat. Apabila keadaan macam ini maka dia pun tidak tahu beras pergi mana?. Terfikir juga adakah beras disembunyikan atau ditukar kepada bungkusan beras import kerana beras ini lebih mahal, saya tak pasti. Cuma masalah ini kena atasilah segera. Dia yang cukup faham dan berpengalaman dalam perniagaan runcit di negara ini berkata, keadaan yang melanda sekarang bukan luar biasa kerana ia akan berlaku apabila semua harga makanan dunia naik. Apa pun ketika seluruh dunia menyaksikan harga bekalan naik, Malaysia pula buat kawalan harga, memang akan jadi macam inilah. Dia berharap kerajaan segera apungkan harga bekalan makanan yang disubsidi supaya isu kekurangan bekalan dapat diatasi. Dia juga percaya kerajaan mempunyai pelbagai mekanisme untuk membantu golongan B40 jika semua harga makanan keperluan diapungkan termasuk meningkatkan bantuan tunai menggunakan semula kos subsidi bernilai RM1.8 bilion untuk diagihkan kepada golongan tersebut. Apa pun dengan peningkatan bantuan tunai ini maka golongan B40 boleh menggunakan wang tersebut membeli keperluan makanan termasuk beras, telur dan lain-lain. Bahkan dengan adanya wang tersebut B40 boleh menikmati kualiti makanan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Dia juga tidak dapat menolak mungkin dengan kaedah itu tanggungan subsidi kerajaan dapat dikurangkan kerana Sumbangan Tunai Rahmah hanya melibatkan golongan yang betul-betul memerlukan bantuan sahaja sedangkan subsidi makanan yang perlu ditanggung kerajaan jauh lebih besar. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog ani agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KRISIS BERAS... BERLAKU DI MALAYSIA...
HARGANYA NAIK... RAMAI RAKYAT DERITA...
BERAS IMPORT MAHAL...TEMPATAN TIADA...
PERLU DI TANGANI... MAKANAN RUJI UTAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
N0 47, Jalan Kebun Nanas,
Bandar Putra 2, Kelang,
Selangor,
Malaysia.
(2 Rejab 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...